37 : Ego + Risau + War + Merajuk????
Yoongi's focus🌸-
APA masalah kau ni Min Yoongi?
Telefon bimbit yang bergetar sejak tadi dikerling sekilas. Nama Wifey💞 yang tertera di panggilan telefon hanya ditatap dan diabaikan. Telefon bimbit segera di masukkan ke dalam beg galas yang dibawa olehku.
Beg galas tu aku humban dekat seat sebelah.
Haejung yang sudah terjaga mula bermain dengan patung mini zirafah yang menjadi bantal busuk dia.
Sebelah tanganku melingkar
di tubuh Haejung.
Pandangan yang penuh dengan sebal dibuang ke luar tingkap yang gelap.
Nafas ditarik perlahan-lahan
Dan dihembus perlahan-lahan juga.
Rambut digosok-gosok kasar.
Bengang sebenarnya.
Tapi aku kekalkan riak wajah yang bersahaja.
Nanti Sejin hyung soal selidik pula.
Malas.
Pandangan dialihkan ke depan bila bayangan Jieun dengan lelaki bernama Kangjun tadi berlayar di minda.
Kali ni mata pula dipejamkan.
Susah payah aku dari airport terus datang hospital tapi bila datang Hospital apa yang aku dapat?
Huh!
Sedar tak diri tu yang
dia tu dah bersuami.
Hak milik Min Yoongi.
Tak perlu rasanya rapat macam gitu
dengan lelaki lain.
She has a husband.
Kacak lagikan swag.
Genius pun bonus.
Nak skinship pun terlebih mampu.
Subur pun subur hm..
Apa lagi nak puji ni hah.
Tengok.. kan dah angkat bakul sendiri.
" Sejin hyung Kita balik dorm okay? "
" Tak balik rumah? " Soalan daripada Sejin hyung buat aku terkatup rapat bibir. Kalau balik rumah pun ada siapa?
Baju dalam Jieun adalah empunya nya tiada.
" Tak, lagipun Jieun dekat hospital lagi. " Mana aku tahu? Actually aku jumpa Roseanne dulu tanya bila dia keluar and sebab apa Jieun pengsan. And then, lawat omma choi.
Rose kata,
Jieun cuma tak cukup rehat, tak makan, pastu shock dengar berita pasal kemalangan omma..
Hm..
In the case..
Bukan aku tak kesian cuma...
Entahlah...
Cuma bagi aku masa untuk okay dengan semua ni. Urgh, baru nak leklek peluk isteri manja dengan isteri tapi perghh hampaaaaa.
Pehal aku yang nak emo ni semacam ni?
Hm, biarlah aku ambil masa untuk
diri aku sendiri.
" em.. hyung "
" dae? "
" Bangtan semua dekat mana? " Soalku sengaja kerana malas ingat pasal hal Jieun. Sekejap je, kang pikir balik -,-
" Dorm. Semua berehat "
" Arraseooooooo... "
✨________✨
🏚️Hannam The Hill🏚️
Ttit! Ttit!! Ttit!
" wasseoyeo.. "
Suara Yoongi yang meleret membuatkan si biskut sado mula terjengah-jengah kepala dari dapur. Gelas yang sudah kosong diletakkan ke dalam singki.
Mendengar derapan kaki hyung nya itu dia mula menghampiri figura Min Yoongi yang menonong jalan ke depan menuju kearah bilik nya.
" eo, hyung? Bukan ke harini hyung tidur rumah hyung? Lagipun Jieun noona dekat hospital kan? " Tegur Jungkook.
" anniya.. kkeunyang nak tidur sini. Dah lama tak tidur dekat dorm. Jieun tu ada orang jaga. " Balas Yoongi dengan muka tanpa riak. Kosong per kosong riak wajahnya.
Like zero to zero.
Tiada sedikit pun secalit senyuman
yang menarik bibir lelaki beku itu
daripada tersenyum.
" aik.. nugu? " Pelik Jungkook.
Dagu digaru perlahan dengan wajah musykil nya seperti menjawab soalan mathematics paling susah di dunia.
Berkerut dahi licin Jeon Jungkook.
Rambut hitamnya disebak ke belakang.
Bibir juga terherot cantik ke kanan dan mencemik sedikit.
Haejung yang melihat abang kook nya Tu turut meniru riak wajah abang kook nya itu. Berkerut-kerut pelipis dahi sang kecil itu meniru riak wajah abang kook.
" scandal. " Tenang Yoongi dan terus berjalan meninggal kan Jungkook yang terpinga-pinga macam wayar otak putus. Tercengang lagu Tu ja.
" kyah, hyung! Memain eh! "
" Ikut kau lah kook. " Yoongi kerling sekilas wajah Jungkook dan memusingkan badan membelakangi Jeon Jungkook.
" dahlah kook nak lawat noona lah. " Terdetik hatinya ingin melawat Jieun di hospital. Lagipun harini mereka rehat.
Sebelum esok akan menjelang
hari-hari yang sibuk dengan jadual
mereka padat untuk kemunculan terbaru mereka.
" kkeunyang.. kha.. " Balas Yoongi malas. Tombol pintu biliknya dipulas dan figura Yoongi hilang daripada mata bulat jejaka kacak Korea itu.
Ppap!
Terhinjut sedikit bahu sasa lelaki
arnab ini tika pintu bilik di hempas
sedikit kuat.
Tiada angin tiada ribut tetiba
mood fly ke bulan.
Hm.. isanghae..
" kyah, siapa pulak yang tutup
pintu kekuat ni?! " Jerit Jin yang tersembul di pintu bilik dengan wajah mamainya.
Terpisat-pisat matanya.
Mata pun macam nak taknak bukak je em.
" Yoongi hyung! " Laung Jungkook.
" eo? Takpelah. " Cepat sahaja jejaka berbahu lebar itu meloloskan diri ke dalam biliknya. Tak jadi nak melalak. Bukan dia tak tahu kalau Yoongi pulak melalak memang meletus dorm.
Apa kata dia pergi ke hospital melawat Jieun. Lepastu boleh pergi Bighit Ent. Berlatih apa yang patut dan bertapa di Golden Closet miliknya.
" Jwiminn-ssi! " Panggil Jungkook di muka pintu bilik Jimin. Bercekak pinggang seperti mak marah anak.
" waeyoooooooooooo " Balas Jimin yang berteleku atas katil sambil baca buku komik. Sedikit pun pandangan nya tidak terjejas dan teralih pada si Kook yang setia di hadapan pintu.
" free tak? Keluar dengan Araa tak? "
" free~ Harini Araa spend time
dengan keluarga dia so tak keluar. "
" pehal? "
" hospital jom. LAWAT NOONA! " Sengaja perkataan Lawat Noona itu ditekankan. Nak bagi si Yoongi Tu dengar sebenarnya tapi entah dengar ke tidak.
Telinga kebal.
" Jieun noona? " Kalini wajah kacak Jungkook dipandang meminta kepastian.
" Iyolah, jomler nanti boleh lepak
dengan noona. Pastu pergi Bighit Ent. " Ajak Jungkook yang sudah masuk ke dalam bilik Jimin.
Komik ditangan Jimin bertukar tangan.
Dilipat hujung muka Surat yang dibaca
oleh Jimong. Helaian demi helaian diselak sambil sempat melihat gambar-gambar yang terpapar.
" Boleh gak! "
" jom! "
✨_______✨
Nombor yang anda dail-
" Daedaphaejwo(jawablah) "
Mundar mandir aku dibuatnya.
Haiyoooo Min Yoongi ni memang
cemburu tahap gaban ni!
Aku baru rancang nak bagitahu berita gembira pasal kandungan ni.
Rancanganku punah begitu sahaja.
Tapi memang kawtim betul timing Yoongi datang lawat aku tu. Waktu aku tengah peluk Kangjun pulak tu. Tch..
Pastu suka hati je ambik Haejung daripada aku pastu kata Haejung Tu anak dia sorang. Aku pulak rasa nak merajuk sekarang ni. Yang mengandungnya aku tapi dia pulak yang terlebih emo sampai panggilan aku di reject.
Tch...
Min Yoongi pabo...
Air mata yang tertumpah dikesat
dengan ibu jari. Sedih hm.
Dahlah dia dah dah sibuk lepas ni dengan promotion comeback diorang pastu aku pun terpisat-pisat lah dengan Haejung dekat rumah.
Kerja?
Bukan aku taknak sebab aku ada sijil pebenda semua tapi Yoongi kata nanti dia cuba tanya Bang pd-nim pasal kerja kosong dekat Bighit. Lagipun aku rindu nak buat lagu. Kesian Pretty Lab tu dah lama tak jejak.
Sekarang ni main topic adalah Yoongi.
Huwaaaaa!
Hidung Aku dah kembang kempis tahan daripada mengeluarkan cecair mutiara yang akan membasahi pipi.
Baru je nak meraung melalak meratapi. Dengan spoiler nya pintu wad aku di tolak dan muncullah dua figura jejaka yang kacak lagikan menawan-pft.
" Weh noona pendek! "
" Kyah! Terkejut noona. "
" Siapa benarkan kauorang
dua masuk? "
" Sendiri! "
" dahlah noona no mood .
Malas layan korang merepek. "
" Halah.. halahhhhhhhhhhh noona, waeguraeseyo? "
" sakit perut ea? " Soal Jimin.
" anniyo! "
" gaduh dengan hyung ea ? " Jungkook pula. Terkebil-kebil aku dibuatnya
" erm..an..niyo " Nafiku dengan melarikan pandangan.
Aku lihat diorang berdua seperti berfikir.
Entah apa Pula yang terpacul dekat bibir mereka ni.
" Hah! PERIOD! " Serentak mereka cakap.
Darah menyerbu naik
hingga ke pipi.
Pipi aku tekup bila terasa panas.
" KYAH, PABO NOONA PREGNANT LAH!-oops!!! "
" bwo?! Chincha?! "
Terduduk atas katil aku dibuatnya.
Bibir ditepuk-tepuk tanda terlepas cakap.
Niat aku nak bagitahu diorang ni lepas aku bagitahu Yoongi tapi semuanya dah tersalah!
Disebabkan soalan maut diorang!
Eottaeyeo!!!
" Jieun noona Serius lah? " diorang dua mula menghampiri aku Dan berdiri tepat dihadapan aku.
" dah² diam sudah.
Korang ni noona baru nak
buat suprise dekat mamat gula Tu. "
" tapi korang gaduh Kan? "
Deng!!
" macam mana kook tahu? "
" hyung balik² cakap pepelik.
Kata dekat hospital ada
scandal noona jaga. "
Ya Tuhan!!
Scandal kau panggil Kangjun
wahai Yoongi?! Sabar je lah aku dengan perangai dia ni.
Nak tergelak pun ada tau.
" Jangan percaya cakap dia. Dia Tu merepek. Dah cemburu Tu memang tak reti nak simpan. "
" Jadi..
jelaskan dekat kitaorang berdua.
Jigeum. " Jimin dan Jungkook dah tarik kerusi untuk duduk.
" Macam ni... "
✨________✨
" jadi sekarang ni noona nak
kena pujuk Yoongi Tu balik. "
" Kalau Jimin Kan. Jimin pun akan Salah faham juga tau. Dahlah Seo Kangjun Tu kacak. Brrr .. "
Mendengar ayat Jimin buatkan aku duduk tegak. Wajah Jimin dipandang tajam. Heyyheyy yuhh, tadi kata bekap aku lah apalah.
" Kamu backup noona ke backup hyung kamu ni? "
" err, noona! "
" Kook rasa kan..
Noona kena slow talk lah dengan Yoongi hyung. "
" Nak slow talk gane nye dah call pun tak angkat. Pastu nak keluar hospital gi dorm korang? Alamatnya noona kena tahan dengan Rose nanti. " Geleng kepala aku bila terbayangkan aku kena tahan dengan Rose semata-mata nak larikan diri dari hospital.
" nantilah. Noona keluar bila ni? " Soal Jimin yang berpeluk tubuh.
" esok. "
" oky, apa kata balik nanti kitaorang kata kat Yoongi hyung yang esok yang hyung ambik noona. Pastu noona pujuklah hyung. " Idea bank Jimin dah muncul.
" Kalau hyung korang degil? "
" hurmm.. yang Tu nanti fikir kalau yang ni tak menjadi. "
" Hah yang korang dua datang ni
datang dengan tangan kosong je.
Makanan mana? "
" Tak sedar diri yang dia tu sakit,
nak makan makanan sedap² pulak! "
Cari pasal ye kau Kook dengan ibu mengandung-
" Sayang noona ke tak? "
" Tak! "
Terus aku buat muka -_-! Tanda sakit hati dengan perangai budak² depan Aku ni.
Ada peluang makan kaki kat hidung ni kang.
" Nampak pintu dekat depan Tu? Sila lah angkat kaki keluar. " Savage ku.
" Halah halah halau pulak! Dahlah bye! Noona makan hati je oky? " Bahu aku ditepuk oleh Jungkook dan hujung rambutku ditarik perlahan oleh Jimin.
Ayyyyy.
Cari masalah korang ni.
" Okay Fine! Jangan datang balik!
Noona merajuk dengan korang
berdua pulak! Don't you dare! "
Aku turun daripada katil hospital dan
tolak badan belakang budak dua orang ni Yang tak berhenti gelak supaya keluar daripada wad yang aku duduk sekarang.
" Bye noona! "
" Ingat, jangan bagitahu Yoongi pasal pregnant Tu! "
" Arraseo! "
Entah boleh percaya ke
tidak budak² Tu.
✨________✨
" hyung "
" pehal? "
" noona keluar hospital esok.
Ambik lah dia. " Jungkook duduk di sofa lagi satu. Niatnya ingin pujuk Yoongi yang nampak tenang duduk depan TV seperti tidak risau mengenai isterinya itu.
Terjentik sedikit tangkai hati si lelaki Korea ni bila mendengar Nama panggilan isterinya yang terhasil daripada
Juon Jenguk. Namun riak wajah kosong Cuba dikekalkan.
" esok hyung busy. "
Jungkook menggulingkan biji matanya keatas tanda menyampah dengan sikap dingin hyung nya ketika ini.
" pape je lah hyung. Penat cakap dengan hyung ni. Baik takpayah bagitahu hyung. Lagi bagus Kan, kalau Jieun naik grab car. "
Punggung diangkat tanda sudah
mahu bangun daripada sofa yang
menjadi tempat duduknya sebentar tadi.
Wajah kosong Yoongi dipandang
sebelum menuturkan kembali ayatnya.
" Senang sikit kena serbu dengan sasaeng fans.... Machi? " Jungkook sengih sinis dan melangkah pergi meninggal kan Yoongi yang masih statik di atas sofa.
Harap² lah Min Yoongi termakan
dengan kata² nya.
✨________✨
Bakpe keraih sangat hati dia ni?!
Sanggup ea suruh aku naik grab car.
Sungguh kang naik grab car baru tahu.
Sudahlah Seojun takde dekat Seoul sekarang ni. Appa kena Jaga omma.
Rose ada pembedahan.
Sudahlah aku try hard nak ambik
hati dia balik sampai sanggup
suruh Appa ambik baju yang aku pakai
ni dekat rumah.
Hmm..
Baju yang Yoongi beli waktu
dekat Saipan ritu.
Haih!
Nak taknak kena susahkan
orang ler ni!
Telefon dilekapkan ke telinga.
Menunggu panggilan disambungkan.
Kau tak Jawab panggilan ni Kejung memang aku Naik grab car jawabnya.
Tapi-grab car pun okay bukan-
" Hello Kejung! "
" Kenapa kau call? "
" Boleh tolong ambik aku kat hospital tak? Hantar aku balik rumah. "
" Laki kau mana? "
" Merajuk agi, puas dah call nye namo angkat. Pastu suruh Aku Naik grab car haloh! "
" pft! Hahahhaha tunggu ar kejap nanti Aku sampai. "
" Terima kasih doo! "
Ttut-
Jangan marah aku ler Yoongi kalau aku
naik dengan Kangjun.
Nak merajuk sangat Kan?!
Kotak bersaiz sederhana kecil di tepi beg tangan aku dipandang. Kotak yang bewarna hitam itu dicapai.
Dibelek-belek sebentar sebelum
penutup dibuka dengan senyuman yang menjadi-jadi.
Nampaknya takde peluang lagilah
nak buat kejutan dekat dia.
Haish bila lah ada peluang nak bagitahu
hal gembira ni.
✨________✨
Beg pakaian aku diambil oleh Kangjun.
Lengan Kangjun dipeluk olehku macam waktu dulu² bila balik sekolah . Ngehhh² terobek sikit!
Kangjun tolak tepi kepala aku bila aku peluk lengan dia. Haduhhh! Perangai memang tak ubah lah! Bak main kepala orang no satu.
" Bini orang Kan? " Perlian Kangjun rasa macam nak kutuk je rasaaaaaa.
Tapi hmm, Aku melebih ke?
Kkeuraekuna....
" Baiklah encik pelakon~ " Aku jauhkan tangan aku dari segala anggota badan Kangjun. Dengan sengaja aku menunduk hormat
" hahahahahahha "
Gelak sakan kami bila dapat kenakan
satu sama lain. Kepala dia aku
" Jieun jom! "
" Jom! "
Seiring kami keluar daripada wad sambil berborak rancak. Mengenangkan kisah² dulu yang terlampau noob.
Nasib makin lama makin bijak😭
" Kau tak kerja? "
" Nope, aku baru lepas habis schedule sekarang tengah kosong maknanya waktu aku rehat-kejap "
Tangan kiri aku ditahan Kangjun.
Pehal lak ni? Dia dekatkan tangan dia
dan kesat sesuatu di tepi bibirku.
" Kau makan ke tadi? Comot " Tangannya dijauhkan daripada bibirku.
" ouh makan roti dengan jem strawberry tadi. Comot ke? Ada lagi? "
" eo dae. Chamkamansaeyo "
Tangannya ligat membersihkan kotoran
di tepi bibirku dengan sehelai tisu yang dibawa daripada poket seluarnya.
" Kau makan ke kau melahap?
Bapak comot nya. Nasib sebelah je kalau dedua? Selebet punya katik. " Ditonyoh-tonyoh tepi bibirku.
Ei-
Ni bukan lap ni menonyoh namanya.
Pandir kamu Kejung.
" Yoongi marah kau lagi ke? Nak aku
jumpa dia? Terangkan semua? " Anak Mata Kangjun yang berwarna keperengan merenung mataku.
" Takpayah- "
" wow, instresting view "
Bunyi tepukan dan gelakkan seperti dibuat-buat membuatkan aku dengan Kangjun serentak memandang kearah empunya suara tu.
Wajah dingin Yoongi dapat dikesan.
Matilah nak-
" Yoongi.. "
" Buat apa dekat sini? " Soalku tanpa berbasa-basi. Kalau dia merajuk aku pun nam merajuk gak. No fun.
" Buat apa kat sini?
Kau tanya aku eun? Woww " Ditarik sengihan sinisnya sambil menundukkan sedikit wajahnya. Bila dia angkat kembali wajahnya. Lirikan mata seperti nak bunuh aku diberikan.
" Awak yang cakap dekat Jungkook yang awak tak endah kalau saya Naik grab car ke. Tumpang orang ke- "
" who's your husband right now..
Min Jieun? "
" dangshin- "
" and know.. ttarawa " Tangan aku dicapainya dan ditarik rapat kearahnya. Yoongi pandang seketika wajah Kangjun dan mengambil beg baju aku yang berada di genggaman Kangjun dengan gentle.
" Terima kasih sangat sebab ambil
berat pasal isteri kesayangan aku. "
" Ofc. That's my responsibilities. "
Dihujung ayat si Kejung ni dia tarik senyuman dia.
Kangjun!
Kau sengaja en nak buat dia
panas lagi 😭
Wajah Yoongi dipandang.
Bibirnya digigit geram. Raut wajahnya seperti mahu membelasah Kangjun dekat sini jugak pun ada.
" Awak.. jom? "
Pandangan Yoongi beralih kepada ku.
Dia tenung aku tajam-
heol... Aku pulak yang kena.
" Aku tengah bercakap dengan scandal
kau ni. Diam. "
Ayat yang meluncur daripada mulut dia buat aku tercengang dan mati dengan kata².
Heol..
Scandal? Scandal dengan Kangjun?
Tempah keranda gamaknya.
" Dia bukan scandal saya- " Benarku.
" Now, kau nak bekap dia? "Cantasnya selagi mampu.
" Bukan- "
Rasa macam nak nangis pun ada sekarang ni. Mendung habis dah muka ni. Kalau dia tak perasaan memang bodoh ler😭
" Ikut aku. Banyak benda yang aku
nak tahu daripada kau. "
" Kejap eun... "
Langkah aku terjeda bila tangan aku ditahan oleh Kangjun. Aku mengangkat sebelah kening.
" take care. "
Kangjun kenyitkan mata kanan dia.
Dan aku paham maksud Kangjun tu.
Sengaja je kau ye nak buat Suami Gula Batu ni naik angin -_-!
Ngek.
Nanti wa yang kena.
" eo.. "
" done? Dah jom. "
Tanpa banyak cakap Yoongi tarik
tangan aku supaya mengikut langkahnya.
Cengkaman tangan yang kuat sebentar tadi mula kendur dan menjadi lembut.
Aku hanya diam.
Takut nak bersuara buat masa ni.
✨________✨
🐦🐦🐦🐦
Bisu...
Bisu...
Bisu...
Adakah orang sebelah aku Masih bernyawa?
//Insert Jimin burung gagak voice//
Keadaan dalam kereta kini senyap.
Radio pun tidak terpasang.
Krikk.. krik..
Sejak kami masuk dalam kereta tiada siapa yang berani nak buka mulut nak bersuara-pembetulan. Aku yang tak berani nak bukak mulut.
Bila aku bersuara dulu mesti punya nanti kena sembur naya je.
Wajah Yoongi pun aku tak pandang
langsung tapi curi² pandang tu adalah.
Ketat bakhang muka.
Macam telan seratus biji kopi muka dia.
Secalit senyuman yang aku tunggu² lesap begitu sahaja.
Hm..
Mana aku tahu yang dia nak ambik aku.
Tadi beria sangat kata kat Jungkook yang dia memang taknak ambik aku sanggup suruh naik Grab car.
Bila aku suruh Kangjun ambik mula lah Salah faham. Tak ke bengongg?
Aku pun ada tahap kesabaran
jugak tau.
Cett.
Daripada tadi aku asyik pandang café. Nampak kek,roti, muffin dalam café Tu buat aku meleleh, kempunan.
Mula dah datang habit mengidam aku.
Hmm, weh kau bayangkan kek,roti, muffin segala seangkatannya dalam setiap café tu macam panggil aku.
Hah mula dah fantasi aku.
Bibir aku muncungkan dan kerdip² mata pandang Yoongi. Lengan bajunya ditarik-tarik manja meminta belas kasihan yang entah ke tidak dapat. Nasib waktu ni lampu isyarat warna merah.
Nak bodek arrr.
Mana tahu menjadi.
" Awak.. " Panggilku meleret.
" Pe? " Jawabnya acuh tak acuh.
" Nak tu... " Bibirku memuncung menunjukkan café bakeri yang disimpang jalan.
Yoongi turut memandang arah bibir aku yang menunjukkan café bakeri.
Terus dia gelengkan kepalanya.
" Manis. Tak baik untuk kesihatan. "
" Tapi saya nak! "
" Takpayah. nyusahkan je la kau ni " Dia jeling aku.
Bibir aku dah siap siaga mengomel
tentang dia dengan membuat muka
tak puas hati. Terus aku berpaling membelakangi Yoongi.
Menyusahkan?
Heol..
Aku betul² rasa nak marah sekarang ni.
Sebelum itu sempat aku melihat pintu kereta yang Yoongi lupa kunci.
Hampeh, kunci bahagian dia je.
💡💡Tting!💡💡
Sempat aku jeling mengejek
dekat Yoongi yang pandang hadapan.
" Okay fine! Baik saya pergi sendiri! " Protest ku.
Dengan bijaknya aku keluar daripada
kereta dan berjalan di kaki lima jalan.
Nak tunjuk protes sangat.
Lantak kau lah Yoongi.
Layan sangat ego nakharom kau tu.
Aku pun Ada tahap kesabaran.
Nak layan marah dengan cemburu kau sorang memang keras macam konkrit.
" haish! "
" kyah, JIEUN!! " Jerit Yoongi tegas.
Bluerkkk.
Tak kisah.
Kite Kan menyusahkan.
Jangan main² dengan perasaan ibu mengandung hmph!!
Aku pandang café bakeri yang berada di seberang jalan. Nyumm nyummm tunggu kite wahai makanan!
Haihh..
Makin teruk keadaan.
Aku tahulah dia bengang dengan Kangjun tapi tak perlu kot abaikan tanggungjawab dia untuk layan karenah aku.
Dahlah sejak² mengandung ni.
Sensitif.
Dulu bapak lah kental hati sampai jalan tutup Mata. Sekarang ni-okay sebab simptom mengandung tu buat aku sensitif.
Mudah terasa hati.
Sedap² termenung. Kebetulan lampu isyarat warna merah lagi-sekarang aku dengan Yoongi dah jauh. Berapa Usain bolt nya aku tadi jalan macam taknak pandang belakang dah.
Kenangkan masalah yang Aku lalui sekarang. Aduyaiii serabut!
Benda kecil macam ni pun jadi besar.
Ottokhaji?
" Kau ni main tolak² asal? "
" Aku gurau syall "
" micheonnabwa? "
Dua orang lelaki yang main gurau-gurau sehingga jalan raya buatkan aku yang leka terpandang.
Ouh dah melintas?
Tanpa memandang lampu isyarat aku teruskan langkahan dengan diri yang masih dalam dilema termenung.
Lintas dan melintas.
Bunyi hon kenderaan aku hiraukan tambahan pulak dengan naungan suara di tempat aku berdiri sebentar tadi.
Ppin! Ppin!
" KYAH! CHOI JIEUN! JIEUN! "
" MIN JIEUN! "
Ttak!!
Dupp!
Seperti baru terjaga daripada dilema.
Kaki aku statik seperti di gam sahaja.
Aku tak mampu nak bergerak.
Kereta dan kenderaan lain yang lalu lalang buatkan aku ada kalanya terundur ke belakang dan berpusing.
Aku cuba untuk terus melintas tapi aku terundur semula bila ada kenderaan lain yang terus-terusan meluncur di jalan raya.
Langsung!
Tak dapat peluang untuk meloloskan diri daripada kesibukan kenderaan di lalu lintas ini.
Bunyi hon kenderaan seperti berada dimana-mana. Aku rasa macam perkara bodoh yang aku buat makin menjadi-jadi.
Dan..
Situasi sekarang ni buat aku rasa sesak.
Tak boleh bernafas!
naneun hal su eobsda!
(Saya tak boleh! )
naneun sum-eul swil suga eobs-eo!
(Saya tak boleh bernafas! )
Ppin ppin!!
Lori Bunga yang menghampiri aku buatkan aku rasa lutut aku seakan-akan lemah seperti jeli.
Pengakhiran Choi Jieun?
“ pabo! ”
Serentak dengan itu tangan aku ditarik kuat dan terdorong hingga tubuhku terbertuh dengan tubuh seseorang itu.
Lehernya aku peluk erat.
Dapat bau minyak wangi orang ni pun aku tahu siapa orang ni.
Bila sampai tempat aku berdiri tadi aku sembamkan wajah dekat dada Yoongi. Kepala diangkat sedikit untuk melihat wajahnya.
Nampak gayanya dia lengkap dengan topi , spek mata hitam dan topeng mulut.
Belum sempat aku nak cakap pape
tangan aku ditarik supaya mengikutnya.
Habislah Aku!
Bila sampai dekat kereta.
Tanpa banyak tanya aku masuk.
Ppap!!
Terhinjut bahu aku bila pintu kereta dihempas kuat. Segala mak nenek yang cover wajah Yoongi sebentar tadi dilemparkan ke belakang. Kedua-dua bahagian tangan aku sudah mengenggam hujung dress yang disarungkan ditubuhnya.
Bibir diketap kuat.
Kereta dipandu separa laju. Dapat aku lihat wajah volcano nya itu. Bila-bila masa boleh meletus larva kemarahan dia.
Aku tahu kalini aku melampau.
“ awak...saya tak berm— ”
“ Cukup Jieun! ”
Lagi sekali bahu aku terhinjut bila ditengking sebegitu rupa. Hidung yang sudah merah menahan sebak mula memainkan peranan.
“ Berhenti buat aku risau! ”
“ Kau tahu betapa risaunya aku tadi macam nak putus nyawa aku?! ”
“ jebal eun jebal... Dengar cakap aku. ” Rintih Yoongi dihujung ayat.
Air mata yang perlahan-lahan jatuh ke pipi aku kesat dengan belakang telapak tangan aku. Pandangan aku buang kearah luar tingkap.
Nampaknya dah nak sampai rumah.
Baguslah. Nanti aku nak larikan diri aku daripada dia. Mogok lagi bagus.
“ turunkan saya sekarang. ”
“ Tak akan. Kau nak
menyusahkan aku lagi? ”
Ayat dia buat aku bertambah sakit hati.
Pening yang masih bersisa buatkan aku lagi rasa nak menangis dengan situasi tegang macam ni.
“ TURUNKAN SAYA SEKARANG! TAK RETI BAHASA KE?! AWAK NAK SAYA GUNA BAHASA APA UNTUK ORANG BIJAK MACAM AWAK NI FAHAM DENGAN BAHASA SAYA?! ” Anginku. Nafas aku turun naik bila bercakap dengan orang bijak macam dia ni.
“ Taknak. Faham tak? ”
“ Saya ni menyusahkan!
Orang macam saya ni menyusahkan! Faham ke tidak?! ” Aku tinggikan suara. Rambut diraup dengan penuh rasa bercampur aduk.
“ tak. Takfaham. Sekarang diam. ”
“ Hurgh! ”
Bila kereta betul² di pakir di halaman rumah. Lepas lock kereta mewah ni di unlock. Terus aku meloloskan diri Dan berjalan menghentak kaki sehingga ke pintu rumah.
Password access ditekan.
Sejurus sahaja pintu terbuka aku terus melangkah masuk.
Sekarang tempat utama adalah bilik depan bilik kami. Aku nak mogok kat situ.
Baru je nak melangkah kearah tangga. Tangan kiri aku direntap oleh Yoongi sehingga berpusing aku dibuatnya.
“ Aku tak habis cakap dengan kau pasal jantan tu lagi. ”
Pasal Kangjun pulak?
Aish!
“ Dia lelaki. Manusia. Bukan binatang ”
“ Wow, sayangnya kau dengan dia. Istimewa sangat ke dia sampai kau jadi macam ni dengan suami kau Jieun? ”
“ awak yang mulakan dulu! ”
“ Cakap je lah yang dia tu kekasih gelap kau. ” Sinis Yoongi.
“ Sekarang awak tuduh saya macam² pula. Bagus sangat lah tu Yoongi. Bagus! Awak buat saya kecewa dengan perangai awak. ”
“ Salah kau. Kau kata Salah aku? ” Selangkah dia kehadapan. Aku juga selangkah kehadapan. Tangannya yang maish mengenggam lenganku ditepis olehku.
“ Ya salah awak! Kalau awak tak buat andaian sendiri dan dengar penjelasan saya waktu saya call awak. Semua tak jadi macam ni! ” Berang ku.
“ Awak ingat saya suka ke dengan semua ni? Gembira bila macam ni?! Awak tahu tak saya dekat hospital tu macam orang gila Telefon awak! Tapi awak?!
Bila saya call Kangjun untuk ambik saya awak mula lah naik angin.
Sedangkan awak yang taknak
ambik saya Yoongi. ” Ungkitku.
“ Tapi dia siapa?! Kekasih gelap kau ke? Yang kau nak bekap dia sangat sampai sanggup tengking suami kau. Hebat sangat jantan tu boleh tarik perhatian isteri aku. Sampai peluk laga pipi bagai. Lap tepi bibir. Memang betul kan jantan tu kekasih gelap kau?!
Atau..
Suami kedua kau? ”
PPANG!
Terteleng wajah Yoongi bila mendapat tamparan hebat di pipi kirinya. Sebelah tangan aku menekup mulutku yang mati dengan kata² bila mendengar tuduhan Yoongi.
Sampai macam Tu dia fikir?
Tergamaknya kau Yoongi.
“ Saya kecewa dengan awak. ”
Aku pusingkan tubuh untuk berlalu pergi kearah tangga. Langkah besar dibuka.
Tapi langkahan aku terjeda bila teringatkan tentang kotak hadiah untuk diberikan kepada Yoongi.
Kotak yang berada dalam beg tangan diambil. Aku pandang seketika sebelum palingkan tubuh menghadap Yoongi yang meraup wajahnya.
“ nah ambik kotak ni! Harap lepas awak bukak kotak ni awak tak berlari panggil saya. ”
Kotak hadiah sederhana kecil itu dibaling tepat kearah perut Yoongi namun tak sempat disambut dan kotak itu jatuh mencium lantai.
Anak mata Yoongi jatuh memandang kotak hadiah itu sebelum diambil.
“ for your information. Seo Kangjun tu kawan baik saya daripada sekolah rendah. Terima kasih lah dekat dia sebab bawakan saya dekat hospital. Kalau tak awak tak berpeluang untuk tahu kewujudan seorang lagi insan. ”
“ Dan—terima kasih atas tuduhan awak selama ni. Saya Choi Jieun hargai sangat. ”
Dengan perasaan seremuk-remuknya aku Padang wajah Yoongi buat kali terakhir sebelum aku berlari menaiki tangga dengan tangisan yang makin menjadi-jadi.
Apakah kesudah kisah mereka?
Tatkala kebahagian mula dikikis dengan pelbagai anasir jahat .
Dapatkah mereka mengembalikan kebahagian yang sudah dimamah dengan ego dan kedegilan masing²?
××××××
🌴4062 words🌴
Assalammualaikum!!
dan
Hye!!
Chapter kalini panjang dan banyak bahagian.
Actually Kan, author en bape kali tukar tajuk untuk chapter kalini.
Adalah dalam 7 Kali😂
Araa baru je habis paper trial spm.
Getar beb!
Hahaha btw chapter kalini pun bape kali ubah. Tulah sampai 4000+ 😂🌴
💕Iloveyou gais!💕
💜Kirim salam Sayang Araa untuk lovely readers yang support cerita ni 💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro