36 : Salah faham pt.2 🌴
Happy 10.3K !!! 🎈✨
And~
Happy JK's Day!🎂🎉🎁
First of all,, si Cik Araa ni memang tak gemar sangat nak buat konflik² ni sebab Araa memang decide nak buat soft conflict je. Sebab kebanyakkan cerita Araa memang kearah genre romance/fanfiction.
Pastu kalau Bab cringe tu bagi je kat Araa nanti settle 👀✍🏻✌🏻 .
Soft conflict okay?
____________________________________
Ttuk.. ttuk.. ttuk!
Cermin kereta diketuk-ketuk dengan jari telunjuk berserta jari hantu irama mula terbentuk. Dengan kelajuan yang perlahan ttuk.. ttuk.. ttuk! seperti sedang memikirkan sesuatu.
Rekaan bangunan besar dan kelihatan elit Hospital Myeondong yang jelas kelihatan disebabkan keberadaan kereta nya berada di luar hospital. Sesekali bibir merah bak delimanya berdecit kecil.
" Dah lama tak jumpa Puan.. "
Dikeluarkan seutas gelang silver yang memiliki huruf-huruf seperti nama seseorang dari poket seluarnya.
Dibaca bait-bait satu persatu huruf
itu menjadi satu perkataan.
" Y.. O.. O.. N.. G.. I '.. S "
" Yoongi's ?
Mesti suami dia punya ni. "
" Dahlah kawin tak menjemput.
Tch katik ni. " Decit geram dibuatnya.
Gelang silver yang berada di
genggaman tangan nya ditatap
lama sambil membelek-belek keadaan gelang cantik ini.
" Tak sangka mudah sangat dia lupakan zaman noob highschool dia. "
" tch.."
" Benarlah orang tua kata, kalau wanita yang bergelar ibu ni cantik dia lain macam. Tch.. tak sangka logik akal juga. "
" we'll meet tomorrow .. katik "
------
Twinkle twinkle little star~
How I wonder what you are~
✨✨✨
Langit malam yang nampak meriah dengan adanya beribu bintang yang berkelip-kelip menghiasi dada langit ditatap dengan penuh rasa yang bercampur aduk tidak dapat digambarkan.
Dengan berbaring secara mengiring membelakangi pintu wad gadis bertubuh genit itu ralit menikmati permandangan yang diciptakan oleh Tuhan.
Di dalam fikirannya asyik berlegar-legar memikirkan mengenai hal yang di luar kotak mahupun di dalam kotak.
Tidak berkedip iris mata bulat sedikit kebundaran nya menikmati keindahan alam.
Namun dirinya asyik dikacau oleh perasaan yang tidak menyedapkan hati mengenai seutas gelang milik Yoongi tetapi sudah menjadi miliknya.
Diperingatkan supaya menjaga gelang itu seelok-eloknya.
Aduhaiiiii!
Kemana pula hilang gelang tu!
Mahunya dia di marahi oleh jejaka swag itu jika Yoongi dapat tahu mengenai ini.
Mesti punya.
Tak perlu menidakkan.
Sebab si jejaka swag itu pernah berpesan.
" Jaga gelang ni macam kau Jaga nyawa kau dan macam kau Jaga hati kau untuk aku. Take note sayang.. "
Kini suara Yoongi melafazkan ayat demikian menusuk-nusuk gegendang telinganya.
Pening!
Tapi instinct nya kuat mengatakan yang keberadaan gelang itu pada jejaka yang menolongnya Di lapangan terbang siang tadi.
Nak taknak , rela tak rela memang dia perlu mencari jejaka itu esok sebelum Yoongi balik Korea. Kalau tidak memang nahas dirinya.
Tapi...
Nak cari jejaka Tu dimana?
Runsing, dibuatnya!
Sekarang si gadis ini hanya mampu merehatkan dirinya setelah melawat
ratu hati kesayangan nya sebentar tadi.
Nasib, dirinya memujuk Encik Choi, appa nya membawanya mengguna kan wheelchair khas hospital. Kalau tidak, tidaknya lepas jugalah si gadis kecil ini!
Jika dia mempunyai kudrat yang melimpah ruah ketika ini sudah tentu dirinya yang seakan masih terumbang-ambing dengan perkara yang difikirkan di benak fikiran akan membawa diri untuk berjalan sekitar Taman hospital untuk menikmati udara segar sekaligus menenangkan emosi, fikiran dan rohani nya.
Termenung dan termenung sehingga ralit benar dengan apa yang terpampang di hadapannya ini sehingga dia sendiri tersedar akibat telinganya dapat menangkap bunyi derapan tapak kaki yang menghampiri nya.
Automatik.
Dirinya berpaling ke arah belakang menghadap pintu wad nya.
" urmm Appa? "
" Appa menganggu waktu tidur kamu ke? " Soal si ayah yang perlahan-lahan melangkah kearah satu-satunya anak bongsunya itu. Senyuman Tua yang jelas dapat dilihat dibalas dengan senyuman manis seorang anak.
" Anniya..
Eun memang baru bangun ni.
Appa duduk lah dulu." Pelawanya.
Baru sahaja tubuhnya ingin bangun untuk duduk bersila namun terhalang bila sepasang tangan tua menyentuh bahunya seakan-akan menahan lembut dirinya daripada terus bangun.
" gwaenchana kamu boleh baring. Jangan susah-susah kamu tu baru nak pulihkan tenaga kamu. " Ditepuk lembut bahu kanan anaknya itu dan dirinya terus melabuhkan punggung pada kerusi.
Ditatap wajah anaknya yang masih kelihatan pucat itu. Terbit rasa kasihan dan sebak melihat satu-satunya anak perempuan nya yang berharga dalam keadaan begini.
Ini baru sekelumit akibat penangan
dek pengsan sedikit.
Bukan nya lebih teruk. Jika lebih teruk tidak pasal-pasal tubuh berumurnya pula terlantar sakit di hospital akibat terkejut.
" gwaenchanaseyo appa, kalau tak sampai bila eun nak terus berbaring. Eun dah penat nak baring lagipun eun dah cukup rehat. Jangan risau. " Segaris senyuman yang Manis dihadiahkan pada hero awal dan akhirnya.
" Macam mana appa tak risau kalau anak appa ni tak bertenaga pastu tengah berbadan dua? " Senyum Encik Choi dengan senyuman lebar nya.
Sedikit sebanyak hatinya yang sedih
akibat kemalangan yang menimpa
isterinya sedikit banyak terubat
melihat senyuman anaknya.
" Anak appa kan kuat! Hehehe "
" tch.. kuat sangat sampai boleh pengsan kan? "
" alaaaa apa niiii appaaaaa " Rengek Jieun bila dikenakan satu das ddu-ddu-du-ddu khas daripada appa nya.
" Hehehe, condition anak Appa okay? "
" Syukur..
lebih baik berbanding tadi. "
Terangguk-angguk kepala
menandakan dia faham dengan
ayat anak nya itu.
" Boleh Appa nak soal sesuatu dekat Jieun? " Tanya Encik Choi tanpa berdolak-dalih lagi.
" kkeurae .. hae.. gwaenchana "
" Siapa yang hantar kamu datang hospital tadi? "
Soalan Encik Choi buatkan si Min's meletakkan jari telunjuk kanannya di dagu menandakan dirinya juga dilanda perasaan musykil tentang bayangan seorang lelaki yang mempunyai anak mata bewarna coklat.
Seperti pernah dilihat tapi dimana ya?
Betul, Serius tak tipu sebab si Puan Jieun ini seperti amat mengenali pandangan mata sang lelaki yang membulat sedikit bundad tambahan pula anak matanya bewarna coklat keperengan.
Sungguh menimbulkan
persoalan di hati.
Siapa dia?
Kenal? Macam kenal..
Tapi siapa ea ?
Memikirkan pasal lelaki misteri
itu satu hal. Inikan pula memikirkan tentang sesuatu yang hilang sekarang.
Makin bertambah pening
struktur otaknya kini.
Boleh mereng rasanya.
" urm molla, rasanya orang yang tegur telefon eun jatuh masa kat airport tadi. Kenapa appa? "
" Tak ada lah sebab dia kata dia kenal kamu. "
Jawapan jujur daripada Encik Choi membuatkan dahinya berkerut nipis.
Ligat sungguh memikir siapa eh gerangan yang tolong aku Tu?
Termanggu-manggu pula dirinya
apabila otak ligat mencerna raut wajah
sang lelaki misteri yang hampir
lupus di benak fikiran.
" Sejak bila? "
" Appa pun macam kenal dia tapi tak berapa pasti. Tapi tak apalah dia pesan yang dia datang melawat kamu esok. "
" Nanti eun soal selidik dia
kalau dia datang berkunjung esok. "
Yakin si gadis genit ini.
Haraplah kata-kata pemuda itu benar untuk melawat. Kalau tidak, di cari pemuda itu sehingga ke lubang cacing kerana dia dapat berimaginasi yang gelang miliknya pada si pemuda itu.
Aduhai!
Gelang tu!
Harap² lah ada pada lelaki tu.
" Tapi appa macam mana omma boleh langgar lari? " Terbit soalan yang sungguh dia nanti-nantikan untuk bertanya kepada si ayah nya.
Encik Choi memperbetulkan
cara duduk nya sebelum menjawab pertanyaan anak nya ini.
Nasib anaknya bertanya.
Jikalau tidak, memang Encik Choi tak akan membuka mulut. Sedih katanya.
" Sebenarnya.. appa, abang kamu dengan omma dah pindah Seoul semalam. Hajatnya kami mahu buat kejutan dekat kamu dengan Yoongi dan omma kamu ingat nak masak kan sesuatu semperna kamu balik harini. Kan kamu ada pesan dekat omma yang harini kamu balik Korea..
Jadi.. omma kamu nak buat kejutan dekat kamu. Kamu macam tak kenal omma kamu yang suka jalan kaki. Memang kebetulan kawasan rumah Appa ni berdekatan dengan pasar raya. Jadi.. kamu boleh agak kan apa yang terjadi? Nasib baik jiran rumah baru appa tu kebetulan terlihat kejadian tu. "
" sepatutnya omma tak perlu bersusah payah untuk Jieun. Tengok apa dah jadi. Tsk.. omma memang degil. "
" Jangan risau pasal keadaan omma .. sekarang ni omma dah dipindahkan ke wad biasa. Keadaan omma juga bertambah baik lepas dengar suara anak kesayangan dia. " Senyuman manis tersungging di bibir semasa menuturkan ayat terakhirnya.
" Eun harap omma cepat sembuh. Eun rindu nak dengar suara omma , nak bagitahu berita gembira pasal ni.. " Jieun menyentuh perutnya yang masih kempis.
" Appa juga.. "
-------
Ting!
ELOK sahaja pintu elevator terbuka menandakan destinasi sudah sampai selangkah demi selangkah kaki nya mengatur langkahan beredar dari ruangan elevator yang kosong.
Tanpa menoleh kiri dan kanan,
laju sahaja si dia berjalan menonong ke hadapan melepasi kaunter pertanyaan yang terdapat beberapa jururawat yang sedang bertugas.
" Encik! "
Tap!
Bunyi derapan kaki terhenti.
Siap siaga memasang senyuman lalu menoleh kearah belakang.
Kerana dia pasti ada seseorang memanggil nya kerana kebetulan hanya dia seorang sahaja lelaki yang berjalan di kawasan itu.
" Encik ni actor bukan?
Matta? Majjayeo? "
" Dae.. Annyeonghasumika cik " Sapa jejaka itu dengan ramah. Senyuman di bibir mula mengoyak.
" Nak minta autograph boleh? "
" dae, sure you can "
Laju sahaja langkah si jejaka itu melangkah kembali kearah kaunter pertanyaan yang dilepasi nya sebentar tadi.
Terkocoh-kocoh si jururawat wanita bekulit putih tepung susu yang berbaju hijau itu mencari kertas kosong dan sebuah pen yang berdakwat.
" Lawat siapa? " Soal ramah si jururawat wanita itu sambil melihat jejaka tampan
di hadapan nya ini melakukan kerjanya yang sememangnya dikatakan sebagai
fan service.
" ouh, chingu.. kawan lama. " Tuturnya lembut dengan penuh ramah. Sempat sahaja pada hujung tanda tangannya itu di lukiskan bentuk hati yang berkelopak.
" Nama awak? " Soalnya serentak dengan memandang wajah gadis di hadapannya ini. Terlakar lagi Sebuah senyuman padu di hujung bibir. Makin tidak keruanlah gadis di hadapannya ini.
" Yena.. Lee Yena " Jawab jururawat wanita itu dengan tersekat-sekat . Makin menampakkan sisi polos gadis itu.
Sementara si jejaka tadi melakukan tugasnya dan menulis nama gadis itu
di bawah kelopak hati yang berterabur.
" aigoo kiyowo.. " Puji jejaka itu ikhlas. Manisnya bibir berbicara.
Tangan kanannya naik untuk
mengusap sisi kepala gadis itu yang rambutnya disanggul kemas.
" aaa.. dae.. kamsahamnida. "
" saya minta diri dulu ya. Annyeong! " Selepas menunduk hormat, si jejaka itu sempat menghadiahkan senyuman manisnya dan melangkah pergi.
Langkah demi langkah.
Langkahan nya terhenti di bilik wad yang bernombor 203A . Tertera nama seseorang Di bawah nombor itu.
" Choi.. Jieun "
Sunflower bouquet yang dipegang
sejak tadi didekatkan sedikit kearah hidungnya. Haruman yang menusuk-nusuk hidung membuatkan dirinya tersenyum ketika memejamkan mata nya.
" hehem.. "
Sempat dirinya berdehem seketika mengejaskan peti suaranya supaya
tidak tergelincir semasa menyapa si pesakit² itu.
Ttukk! ttuk! ttuk!!
Pemegang pintu wad dipegangnya
dan perlahan-lahan pintu wad ditolak
ke arah kiri.
" annheonghaseyo Puan.. "
Tidak semena-mena Jieun yang sedang memakan buah kiwi tercengang melihat jejaka yang tinggi lampai, wajah seiras model menegurnya.
Dia ke?....
Itu sahaja yang
terdetik di hati kecil Choi Jieun.
------
Nyumm nyumm!!
Urmmm mashitta!!
Aku sedang khusyuk menikmati buah kiwi yang masih segar hasil buah tangan daripada Omma Min sebentar tadi. Haejung yang tidur di pangkuan ku di tatap dengan sebuah senyuman yang memekar.
Hajatnya harini dia masih mahu berehat tetapi kebetulan sahaja Omma Min juga tidak berapa sedap badan demam katanya. Entah kenapa ramai pula orang sakit kebelakangan ni.
Lagipun...
Takkan aku nak susah kan Omma Min lagi suruh jaga Haejung. Biar aku pula jaga walaupun aku dekat hospital Trang tang tang ni .
Harini keadaan aku dah
bertambah pulih.
Dan..
Aku masih setia menunggu kedatangan
si jejaka lapangan terbang yang
menolong aku semalam. Haihhh ...
Sedang sedap elok enak aku
menyuap buah kiwi yang sudah
dipotong kecil-kecil bersama buah strawberry yang masih segar warnanya.
Aumm!!
Ttuk! Ttuk! Ttuk!
Klerkkk!
" annyeonghaseyo Puan.. "
" nugusey..yo.. "
Tercengang aku tika ini.
Raut wajah seorang jejaka yang seperti dikenali tersenyum sahaja kearah ku dan menunduk sedikit badannya.
Tanpa di pinta dia melangkah kearah ku dan menghulurkan sunflower bouquet kepadaku. Musykil aku dibuatnya.
Aku tak kenal dia tapi bagi bunga?
Serius lah?!
" dae? "
" ambil je " Dia tarik tangan aku supaya ambil sejambak bunga matahari yang cantik susunannya.
Kerusi disebelah katil wad ditarik dan dia labuhkan punggungnya pada kerusi. Ralit benar dia melihat Haejung yang tidur dipangkuan ku.
" Siapa awak ye? Heongsi awak kan yang tolong saya semalam? " Soalku tanpa berbasa-basi.
Sebab walaupun waktu tu aku tengah pening lalat tapi otak aku masih dapat mencerna dan ingat wajah orang lain.
" dae majjayeo! "
" kamsahamnida. " Ucapku dengan penuh rasa berterima kasih. Kemudian aku teringatkan pasal gelang silver milikku.
" Ada jumpa- "
" shh, saya tahu awak nak cakap apa. But yeah, nah gelang awak. Terjatuh semalam " elok sahaja gelang silver yang masih bersinar diletakkan dalam bekas lutsinar dihulurkan kepada aku.
Dengan tergopoh-gapah aku
mengambil bekas lutsinar itu.
Penutup bekas dibuka, terus
gelang diambil dan dibelek-belek.
" Chincha! Arhh lega saya gelang ni tak hilang. "
Fuhh..
Lega rasanya...
Gelang silver tu di kucup sekilas.
Sayang giler dengan pemilik gelang ni-ehh😂 Iyelah, tanpa pemilik gelang ni tak adalah gelang ni.
Hehek Yoongayyyy💕
" Syukurlah awak gembira.
Mesti gelang Tu sangat bermakna bukan? "
" dae, sangat bermakna. " Tersenyum saat merenung gelang cantik ini. Walaupun nampak macam rekaan lelaki-dah tentu ler dah tu laki kite punya😂
" anak? "
Mata aku jatuh pada Haejung yang nyenyak tidur walaupun suara aku dengan jejaka depan aku sedikit kuat. Sebijik macam Yoongi bila tidur tak sedar diri.
Dasar sloths .
Tch.
" dae, Min Haejung 2 tahun "
" comel " Pujinya.
" Comel. Sebab ikut muka bapak dia si Min Yoongi hahahanat. " Maaf babyyy isteri derhaka awak kutuk awak lagi~
" Memang tak kenal saya ke? " Soalan mengejut disajikan. Terkebil-kebil aku dibuatnya. Dia act macam Aku ni kenal dia.
" Ea, Kita pernah kenal ke? " Kerut dahiku.
" cha.. tengok muka saya betul-betul "
Pergelangan aku dipegang
lembut-ea you APA NI TOUCH TOUCH.
" urm..cham! Heongsi.. Seo Kang Jun?! Actor?! " Ujarku setelah meneliti betul-betul wajahnya.
" actor majjayeo,, ssss kkeundae.. gedaga?(selain itu?) "
WUAHH. Pelakon bhaiii!
Patutlah macam kenaii.
Amaaf saya jarang tengok TV😂
" naneun..molleunda ( saya tidak tahu ) "
" olbaleugae gieoghasibsio (Cuba ingat dengan betul ) "
" urm.. "
Berfikir panjang aku dibuatnya.
Otak aku dah shot sebab puas memikir. Tadi memikir siapa jejaka ni. Pastu memikir macam mana lah aku boleh bertuah sangat jumpa actor .
" Ni kawan noob kau lah Katik!
Seo Ke Jung! "
" kyah! Chincha? Neo? Yahhh! "
Akibat teruja.
Bahunya aku tumbuk kuat bila rasa malu gila sebab tak kenal manusia depan aku ni. Macam mana Aku boleh lupa Ke jung ni. Aishhh. Dah jadi actor manusia ni.
" Kau ensem sangat odoo Aku tak dapat cam! "
" tch. pabo jisaekiya.. " Decit Kangjun sambil mengusap sebal bahu kirinya.
Dagu aku dicuitnya.
Ini kalau Suami kutub utara Tu tengok mahu putih Mata dia nanti Dan Aku pun kenalah menelan tomahan yang dibuat olehnya sendiri.
" Halahhhhhhhhhhh rindu kau babe! " Tangan Kangjun ditarik sedikit kasar dan aku peluk leher dia erat.
Pelukan dibalas pelukan.
Badanku dipeluknya dan ditepuk-tepuk.
" Rindu kau jugak-hanat eh kau
tak kenal aku.
Berapa kejamnya kau wahai katik. " Suara dia mula bergendang dalam gegendang telinga aku.
" lain kali jangan hit puberty sangat!
Kan Aku dah tak cam kau. " Cebikku geram.
Ke jung ni-eh, Kangjun ni kawan aku sejak di bangku sekolah rendah lagi. Sampailah masuk highschool tapi dia pindah ikut keluarga dia. Sebab Tu, aku friend together gether dengan Suho. Dah lama tak jumpa budak ni. Sekarang ni lah baru nak jumpa balik.
Terima kasihlah dekat baby
buat mama pengsan dekat airport. 😂
" Jotta, neomu haengbokhada! " Dengan terujanya aku lagakan pipi aku dengan Kangjun.
KLEKKK!
" Sayang! neomu bogoshi-Jieun... "
" erk. Yoongi "
Mata aku bertembung dengan mata milik Yoongi. Dapat aku lihat wajahnya yang ceria dihiasi dengan senyuman mula kendur, tegang dengan mendadak. Terus Kami berdua jarakkan diri sedikit.
Air wajah kecewanya
jelas terpampang.
Ya Tuhan, apa kau buat ni Jieun!
" Maaf ganggu. Aku cuma nak bagi bunga ni dekat kau je. " Sejambak bunga matahari yang cantik gubahannya . Aku pandang lagi satu sejambak bunga matahari yang berada di kabinet kecil sebelah kiri yang dibawa oleh Kangjun sebentar tadi.
Aigoo.....
Kangjun dipandang .
Kami berdua dah pasang riak cuak bila bunyi derapan tapak kaki makin menghampiri.
" dah dapat bunga? " Soal Yoongi sedikit dingin dan memandang aku yang cuak-secuaknya.
Wajah Yoongi dengan Kangjun
dipandang silih berganti.
Sebelah belah kiri iaitu Kangjun
dan Yoongi di sebelah kanan.
" owh, ni Kangjun bagi " Jari telunjuk kanan dihalakan pada Kangjun. Bila Kangjun kaku mungkin terkejut dengan aura dingin Yoongi . Aku cubit tepi peha dia sedikit sehingga terbangun sendiri.
Sopan terus dia jadinya.
Dengan kedua-dua belah tangan dibawa ke depan. Sopan sangat!
" Ahh, annyeonghaseyo Seo Kang Jun imnida . "
" ouh. Kkeurae,, nan Yoongi. Min Yoongi " Segaris senyuman buat Kangjun dihadiahkan. Yoongi pandang aku sekilas dengan pandangan seperti aku buat 10000000 kesalahan padu.
" weh, aku pergi dulu. "
Tengok Tu, tak pernah² cakap weh tapi sekarang bukan main nak biadap cakap dengan aku. Tangkai hatiku dipagut perasaan terasa terguris dengan perangai dia macam ni.
Dahlah aku mengandung.
Aku cepat terasa tau.
Sentap maknab gitu.
Mimik muka sedihku jelas kelihatan.
" awak baru sampai. " Suaraku mula mengendur. Aku tahu dia cemburu lihat Aku dengan Kangjun.
Tapi, kalau dia dapat tahu yang
aku dengan Ke jung ni kawan baik
mesti dia malu benor sebab
berkelakuan dingin.
Iyelah, Ke Jung ni Kan hensem!
Tapi-Min Taugeh lagi hensem hekhek!
" tengok Haejung dulu. " Hujung baju nya sempat dicapai dan tangan besarnya di paut kemas.
Tanpa memandang aku, Yoongi melangkah kearah aku akibat ditarik sedikit kasar olehku. Yoongi mengusap tangan aku dan melepaskan tautan tangan. Eh-harapan palsu betul. Aku baru nak gembira.
Yoongi tersenyum melihat Haejung kemudian diambil Haejung yang masih nyenyak tidur dan didukung.
" eh, awak nak bawak
Junggie pergi mana? "
" Aku bawak dia pergi
dorm BTS kau kan ada tetamu. No need to worry aku pandai jaga anak aku. "
Anak aku?
Kyah, Min Yoongi!!!!!
Awak main kasar dengan saya?!
Dasar beruang kutub!
" Aku pergi dulu. "
" awak ni, tak rindu saya ke. "
" tak, nan pappa(saya sibuk). " Tanpa memandang aku. Yoongi terus berjalan laju untuk keluar dari wad persendirian milikku.
HUWAAAAAAAAAA!!
APA NI MAIN TINGGAL²
" eh eh. Yoongi, Yoongi! Min Yoongi! " Teriakku tapi langsung dia tak endahkan Dan terus menonong tinggalkan aku.
" aigoo-yaa naneun gongyeong-e ppajyeoissda (aduhai, saya dalam masalah) " Rambut panjang aku digenggam tanda geram dengan tindakkan Yoongi.
Baru je rancangan nak bagitahu pasal kandungan Aku pastu jadi cam ni.
Malang betul nasib anak Choi ni.
Alihkan pandangan untuk pandang Kangjun yang dah serba serbi merasai perasaan yang bersalah Dari riak wajahnya yang nampak muram. Lengannya disenggol perlahan.
" Dah lah, senyum nanti dia
okay lah tu. Aku isteri dia tahu sangat macam mana. Dalam luar semua dah masak. " Ujarku.
Acah je ni.
Padahal otak aku lihat memikir nak pujuk hati dia yang mungkin ranap kecewa melihatku.
Halahhhhhhhhhhh
ni sedih ni.
" eh , katik. Sorry tau.
Aku tak tahu pulak suami kau
emo macam tu. " Kesal Kangjun.
" Tapi nampak gayanya kalau
dia merajuk macam ni teruklah
nak pujuk dia balik. "
Doakan Jieun dapat pujuk
Min Yoongi si jejaka beruang kutub.
×××××
💕3016 words 💕
TARAKUCAH! TARAKUCAH! BILAA LARUT MALAM!! 💃🕺
ASSALAMMUALAIKUM 👋🏻
HAII👋🏻
HAPPY JUNGKOOK DAY!
LAMBAT SIKIT PUB ALMAKLUMLAH TRIAL SPM MASIH TERSANGKUT!
Nah YOONGIGIGIGIGI 💕
💜Loves a lot from Araa💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro