Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

dua puluh sembilan

Perlahan lahan mata aku terbuka.

Aku tergamam.

Masih terkejut dengan apa yang aku lihat tadi di dalam mimpi aku sebentar tadi.

Aku memandang sekeliling. Mata aku meliar memandang sekeliling.

Sehinggalah mata aku jatuh pada jam pada dinding yang menunjukkan pukul 1 pagi.

Nampaknya apa yang aku nampak tadi semuanya hanyalah sebuah mimpi.

"Tapi kenapa pulak aku bermimpi tentang Taehyung pulak ni ?" aku menggaru kepala yang tak gatal.

Aku melepaskan keluhan.

Tiba tiba telinga aku menangkap bunyi seperti seseorang sedang memasukkan kata laluan di dalam peti password.

Pantas sahaja aku bangun dari katil dan aku berlari menuju ke arah pintu utama rumah condo ini.

Tiba sahaja di hadapan pintu , daun pintu mula perlahan lahan terbuka.

Senyuman aku terukir.

"Eo ? Ji Eun ? Kenapa tak tidur lagi ?" Taehyung menyoal aku.

Pandangan pelik dia berikan kepada aku. Sambil matanya tak lekang memandang aku , kedua dua belah tangannya mula menanggalkan kasutnya.

Ianya Kim Taehyung.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro