+ tiga puluh +
Jira's
"Nampaknya tak lama lagi teman lelaki kesayangan kau tu akan datang untuk selamatkan kau"
Lelaki itu tersenyum sinis.
Aku mengerutkan dahi memandang wajah lelaki di hadapan aku ini. Mingyu hanya tersenyum sahaja langsung tidak terkesan dengan pandangan tajam yang aku berikan kepada dia.
Malah dia masih boleh tersenyum lebar.
"Mingyu..."
Setelah mengumpulkan kekuatan dan keberanian yang aku ada , akhirnya aku bersuara juga untuk memanggil nama lelaki itu.
Dia yang baru sahaja ingin mengalihkan pandangannya , tarus memusingkan kepala ke arah aku. Sebelah keningnya terangkat ke atas.
"Apa dia ?"
Aku menundukkan wajah.
"Be-betul ke apa yang kau cakap dekat aku tadi ? Se-semuanya betul ke ?"
Dia tersenyum.
"Kenapa ? Tak percayakan aku ?"
Aku kembali mendiamkan diri.
Sejujurnya aku tak tahu apa yang tengah berlaku sekarang ni. Apa yang baru sahaja terjadi dekat aku sekarang ni buatkan aku terlalu terkejut.
Dan mendengarkan sahaja cerita yang Mingyu sampaikan dekat aku tadi , buatkan aku betul betul tak boleh nak berfikir dengan waras sekarang ni.
Katakan kepada aku , itu semua satu penipuan.
"Nampaknya aku kena tinggalkan kau sekejap dekat sini buat sementara"
Dia tersenyum.
Perlahan lahan aku mengangkat wajah dan memandang wajahnya dengan sebelah kening aku terangkat ke atas.
"A-apa ?"
"Aku nak kena sambut kedatangan teman lelaki kesayangan kau tu. Tak elok lah kalau tetamu datang tapi tuan rumah tak sambut kan ?"
Dia ketawa kecil.
Aku ketap gigi rapat. Pelbagai perasaan sekarang ni tengah bercampur baur di dalam kotak fikiran aku.
Lelaki ni gila. Sumpah aku cakap , lelaki ni memang betul betul gila.
Lagi gila bila dia mempunyai sebuah beg besar yang diisi dengan pelbagai jenis senjata tajam.
Yang sudah semestinya budak sekolah seperti dia ini tidak mampu miliki dan tidak patut pun milikinya.
Entah macam mana lelaki ni boleh dapat pistol , pisau semua tu pun aku tak tahu. Bahkan apa yang terjadi di antara dia dan Jimin pun aku tak berapa jelas.
Hanya satu yang aku pasti.
Dia berdendam dengan Park Jimin. Dan dia gunakan aku untuk balas dendam dekat Jimin.
"Kau duduk sini diam diam okay ? Nanti aku datang balik"
Dia tersenyum nakal lalu mengenyitkan sebelah mata ke arah aku. Aku hanya memandang dia tanpa mengeluarkan sebarang suara.
Sebaik sahaja dia mula melangkah pergi meninggalkan aku seorang diri di dalam bilik ini , aku terus melepaskan keluhan berat.
"Kau kena fikir macam mana nak lepaskan diri dari sini , Shin Jira" aku berkata perlahan.
Aku memandang semula ke arah pintu masuk bilik ini cuba untuk memastikan sama ada adakah dia sudah pergi betul betul dari sini.
Nampaknya dia dah betul betul takde.
Mata aku meliar memandang sekeliling , cuba untuk mencari apa sahaja bahan yang boleh digunakan untuk melepaskan diri aku dari ikatan tali kuat ini.
Namun tiada satu pun yang boleh dijadikan alat.
Aku gigit bibir bawah aku erat. Aku mengeluh perlahan. Mata aku pula sudah berair apabila mengenangkan apa apa sahaja yang bakal berlaku pada diri aku ini nanti.
Aku tak mahu mati di sini !
Aku serabut. Betul betul serabut. Aku rasa macam nak menangis je sekarang ni. Sebab aku langsung tak tahu nak buat apa dah !
"Oh Shin Jira , aku lupa pulak !"
Bahu aku terhinjut kerana terkejut mendengar suara garau yang tiba tiba sahaja menyergah aku.
Mata aku membulat memandang wajah Mingyu yang tiba tiba sahaja menghampiri aku. Terkebil kebil aku memandang wajahnya.
"Mungkin aku patut kuburkan je niat nak sambut tetamu aku"
Sebelah kening aku terangkat.
"Kerana aku patut selesaikan tuan puteri ni dulu , tak ke begitu hm ?"
A-apa yang....
+++
Mata Jimin meliar memandang sekeliling. Cuba untuk memastikan apa apa benda yang tak kena ke apa yang bakal berlaku kepadanya.
Namun semuanya okay. Semuanya selamat.
Wajahnya diangkat semula bagi melihat sebuah kilang lama yang tidak berpenghuni ini. Inilah tempatnya.
Tempat yang dikatakan dan dimaksudkan oleh Mingyu. Dan keadaan di dalama kilang itu kelihatan begitu gelap dan sunyi sekali.
Sepertinya tiada siapa langsung di situ.
Jimin memusingkan kepalanya ke kanan dan kiri buat seketika , bagi memerhatikan keadaan di sekelilingnya sama ada selamat ataupun tidak.
Dia terpaksa meninggalkan Yugyeom seorang diri di dalam rumah yang mereka sedang periksa sebentar tadi. Kerana baginya , hal ini berkaitan dia dan Mingyu.
Dia tak perlu libatkan orang lain yang tak bersalah dalam hal ini.
Jimin tidak mahu lagi , disebabkan dia orang lain yang tak bersalah mati.
Langkahnya laju sahaja diaturkan untuk melangkah masuk ke dalam kilang tersebut. Sebaik sahaja dia tiba di dalam kilang itu , matanya terus meliar memandang sekeliling.
Tiada apa apa.
Sunyi sepi. Bagaikan tiada seorang pun yang ada di dalam kilang ini.
Walaupun keadaan di sini cukup sunyi sepi bahkan angin sekalipun terlalu takut ingin berbunyi. Namun dia tetap tersenyum.
Tersenyum tenang.
Bukannya ini merupakan kali pertamanya menghadapi situasi seperti ini. Sunyi sepi itu bukannya satu halangan bagi dirinya untuk mencari di mana Jira berada.
Dia berdiri tegak dan tenang di tengah tengah ruang kawasan kilang itu. Senyuman sinisnya mula terukir.
"Keluar. Aku tahu kau ada dekat situ"
Keadaan menjadi sunyi sepi.
Walaupun Jimin sudah pun bersuara seperti itu namun tiada sebarang bunyi pun yang dibuat.
Senyumannya pudar.
"Kenapa ? Takut aku bawak kapak ni ke ?" dia ketawa sinis.
Tangannya laju sahaja mencampak kapak yang dipegangnya itu jatuh ke lantai. Sekali lagi matanya meliar memandang sekeliling.
Memerhatikan sekeliling ruang yang sungguh gelap tanpa sebarang cahaya yang membantu aku untuk melihat.
"Kalau kau rasa kau ni lelaki , kau patut bersemuka dengan aku sekarang"
Tiba tiba gelak tawa seseorang kedengaran.
Jimin terus memusingkan kepalanya ke arah tersebut. Matanya meliar memeriksa tempat tersebut. Cuba mencari di mana Mingyu.
Perlahan lahan kelibat Mingyu yang sedang ketawa itu mula keluar dari tempat persembunyiannya.
"Park Jimin , long time no see huh ?"
Jimin hanya diam.
"Nampaknya kau betul betul sayangkan teman wanita kau. Tak sangka pulak kau sanggup datang sini semata mata nak selamatkan perempuan bodoh tu"
"Kau nak apa ?" Jimin merenung wajah Mingyu tajam.
Senyuman Mingyu terus mati.
"Kau"
Dahi Jimin berkerut. Sebelah keningnya terangkat ke atas tatkala memandang wajah lelaki di hadapannya itu.
"Kau tahu , deal kita macam mana kan ?" dia tersenyum sinis.
"Apa maksud kau sial ?"
"Wowo janganlah kasar sangat bahasa tu , Jimin. Kau kena layan aku baik baik je tau" Mingyu ketawa.
"Aku takde masa nak berbaik baik dengan tak guna macam kau ni"
Dia tersenyum sinis.
Jimin yang berada di hadapannya perlahan lahan dihampirinya. Jimin langsung tidak bergerak seinci pun , masih setia berdiri di situ.
"Aku nak bunuh kau"
Dalam sekelip mata sahaja sebilah pisau tajam dihalakan ke arah Jimin namun pantas dia mengelak daripada pisau itu menusuk masuk ke dalam tubuhnya.
Disebabkan tak berpuas hati dengan apa yang berlaku , Mingyu mara ke hadapan laju lalu sekali lagi menghalakan pisau itu ke arah Jimin.
Sekali lagi Jimin sempat mengelak.
"Tak guna !!!"
Mingyu mara ke hadapan dan sekali lagi pisau itu dihalakan ke arah Jimin. Namun kali ini dia berjaya menyasarkan betis lelaki itu membuatkan Jimin mengerang kesakitan.
Betisnya yang sudah pun berada itu disentuh perlahan. Dia mengerutkan dahinya , menahan rasa sakit pada betisnya.
Mingyu tersenyum puas.
"Kalau kau nak tuan puteri kau selamat , kau kena lah jadi seorang tuan putera yang mendengar kata kan ?"
Mingyu tersenyum sinis.
Baru sahaja dia ingin menghalakan pisau tajam itu sekali lagi ke arah Jimin , Jimin dengan pantas menendang Mingyu kuat.
Mingyu terundur ke belakang beberapa langkah sehingga dia terjatuh ke lantai kerana hilang keseimbangan badan ketika berdiri.
Pisau yang dipegangnya terjatuh di atas lantai. Jimin terus menyepak pisau itu jauh dari Mingyu.
Kapaknya yang dicampakkan di lantai itu diambil semula sebelum dia menghampiri Mingyu yang sudah terbaring lemah di atas lantai itu.
Jimin tersenyum sinis.
"Nampaknya aku tendang kau betul betul tepat dekat parut kau tu sampaikan kau tak boleh nak bangun dan lawan aku balik"
Mingyu gigit bibir bawahnya rapat. Dalam hati sudah berbakul bakul dia mencarut. Tak sangka pula dia boleh kalah dalam masa yang singkat sahaja.
Jimin duduk di atas tubuh Mingyu dan mula menumbuk wajah Mingyu berkali kali. Bukan sekali , bukan dua kali tetapi lima kali.
Tumbukan padu dan kuat yang dilepaskan pada wajah Mingyu membuatkan wajah lelaki itu sudah pun lebam teruk sehingga berdarah.
"Dah lama aku tak rasa penumbuk kau , Jimin" Mingyu ketawa kecil.
Aktiviti menumbuk Jimin terhenti. Matanya mencerlung tajam menatap anak mata Mingyu di hadapannya itu.
Dahinya berkerut.
"Kau ketawa ?"
Mingyu tersenyum lebar menampakkan barisan giginya yang sudah tercemar dengan cecair merah pekat itu.
"Untuk pengetahuan kau , aku menang"
Sebelah kening Jimin terangkat ke atas.
"Aku dah dedahkan identiti sebenar kau pada Shin Jira"
Jimin tersentak.
"Pembunuh macam kau ni memang layak kena heret masuk dalam penjara kau tahu tak !!"
Tumbukan pada wajah Mingyu dilepaskan membuatkan lelaki itu mengerang kesakitan.
"Kau...." suara Jimin mula bergetar.
Walaupun sudah ditumbuk namun Mingyu tetap tersenyum dan ketawa gembira. Bagaikan tumbukan yang diterimanya langsung tidak memberikan sebarang kesan kepadanya.
"Kau nak tahu kat mana aku letak Jira ?"
Jimin mengepal penumbuknya erat.
"Aku rendam dia dalam kolam. Sebagaimana kau rendam kakak kau dalam kolam untuk bunuh dia"
Tatkala itu Jimin mula menjulang kapaknya ke atas sebelum memenggal kepala Mingyu.
• to be continued •
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro