Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

- lapan belas -

"Okay seperti yang awak semua sedia tahu yang kita akan menerima pelajar pertukaran sementara dari Silver Highschool. Jadi perkenalkan pelajar yang akan join kelas kita , Shin Jira"

Aku menguntumkan senyuman manis dan menunduk hormat kepada kesemua pelajar yang ada di dalam kelas ini.

Dan paling mengejutkan sekarang ni , Park Jimin satu kelas dengan aku siot ! Tak , I mean aku yang satu kelas dengan dia !

Aku tak sangka jodoh aku dengan dia kuat sangat hiks.

"Okay kamu boleh duduk dekat sana" Cikgu Jung mula mengarahkan aku.

Sebaik sahaja dia menunjukkan tempat duduk yang kosong di dalam kelas ini , aku terus mengangguk kepala laju dan melangkah ke arah tempat itu.

Sempat aku pandang sekilas ke arah Jimin yang tengah sibuk tulis apa entah dekat buku dia. Salin nota lah kot.

Jarak tempat duduk aku dengan Jimin takdelah jauh mana. Tapi bagi aku agak jauh lah untuk aku berbual dengan dia.

Sedang aku mengeluarkan barang barang dari dalam beg , tiba tiba aku rasakan seperti ada sesuatu dibaling mengenai kepala aku.

Kepala aku terus aku pegang. Benda apa tu ? Aku mula melihat cebisan pemadam yang dipisahkan itu yang terjatuh di atas lantai.

Ada orang baling ni kat aku ke ?

Aku terus angkat wajah dan mata aku meliar memandang sekeliling. Mencari gerangan pembaling pemadam itu.

Aku tergamam tatkala mata aku bertembung dengan mata milik Jimin yang sedang memandang ke arah aku dengan senyuman lebarnya itu.

Dengan selambanya dia mula mengangkat tangannya dan melambai tangannya kepada aku. Dengan senyumannya yang lebar menampakkan barisan giginya.

Aku terkedu.

Kenapa pulak dia pandang aku macam tu sambil senyum dan lambai kat aku macam tu ?

Bibir bawah aku gigit erat. Pandangan aku laju sahaja dialihkan. Darah panas mula berkumpul di pipi aku sehingga membuatkan kedua dua belah pipi aku membahang dan berona merah.

Jimin tak guna !

+++

"Hai Shin Jira. Nama aku Park Haneul. Selamat berkenalan" seorang pelajar perempuan tiba tiba sahaja duduk di hadapan aku dan menegur aku.

Terkebil kebil aku pandang dia. Namun pantas sahaja aku menguntumkan senyuman kepadanya. Takkan lah aku nak tunjuk yang aku sombong pulak kan ?

"Lepasni kita ada kelas gym. Kau bawak baju sukan tak ?"

"Nae ?"

"Aku tahu , kau mesti tak bawak kan ?" dia ketawa kecil.

Aku tersenyum kelat dan menggaru kepala aku yang tak gatal. Aku tak ingat pulak yang papa suruh aku bawak baju sukan.

"Takpe disebabkan ni first day kau dekat sini , aku pinjamkan kau baju sukan aku"

"Ta-tapi kau nak pakai baju apa untuk kelas gym nanti ?"

Dia hanya tersenyum. "Aku tak hadiri kelas gym"

"Kenapa ?"

"Malas hahahha"

Aku hanya tersenyum kekok sahaja kepadanya.

Disebabkan lepasni kitorang ada kelas gym jadi kami satu kelas kena bergerak ke dewan untuk menghadiri kelas gym.

"Shin Jira"

Langkah aku terhenti tatkala mendengar suara garau seseorang memanggil nama aku. Terus sahaja badan aku dipusingkan ke belakang bagi berhadapan dengan lelaki itu.

Park Jimin.

"Hm ? Kenapa ?"

Dia berjalan menghampiri aku. Tidak langsung membuka mulut untuk mengatakan apa apa kepada aku.

Aku tergamam tatkala dia tiba tiba sahaja memegang tangan aku erat. Jantung aku berdegup laju. Aku memandang tangan kami yang saling berpegangan ini sebelum mengangkat wajah memandangnya.

"Jom kita pergi kelas gym sama sama ?" dia mengukirkan senyuman manisnya.

Aku tak membalas apa apa kepadanya , hanya mengikut sahaja kata katanya. Aku dan Jimin jalan beriringan menuju ke dewan sekolah.

"Kenapa kau ignore aku tadi ha ?"

"Nae ?" aku pandang wajah Jimin dengan kening terangkat.

"Aku bye kau kot tadi. Sampai hati kau ignore aku yang hensem ni"

Aku tergelak kecil. "Yah Park Jimin , kau buat aku kekok tahu tak ? Aku tahu lah aku kenal kau sorang je kat sekolah ni tapi jangan lah kau buat macam tu. Tak ke orang lain pandang kau nanti dia fikir kau gila ?"

Langkah Jimin tiba tiba sahaja terhenti membuatkan langkah aku jugak terhenti. Aku pandang dia dengan sebelah kening terangkat. Dia ni kenapa ?

Perlahan lahan kepalanya dipusingkan ke arah aku. Dia menatap ke dalam anak mata aku lama sebelum membuka mulut untuk mengatakan sesuatu.

"Salah ke kalau aku nak tunjuk yang aku seronok dapat jumpa teman wanita aku sendiri"

Aku tergamam.

Dia melepaskan keluhan berat. Tangannya perlahan lahan melepaskan tangan aku. Dia mengalihkan pandangannya daripada memandang aku.

"Aku pergi dulu"

Belum sempat aku nak cakap apa apa dekat dia , dia sudah pun beredar meninggalkan aku. Aku melepaskan keluhan.

"Aku ada salah cakap ke ?"

+++

Kelas gym harini akan diasingkan perempuan dengan lelaki. Lelaki main basketball manakala perempuan pulak main bola jaring.

Tapi jarak kami tak jauh pun. Memandangkan dewan Seoul Highschool ni besar jadi ianya muat untuk pelajar perempuan dan pelajar lelaki bermain dua permainan sekaligus.

"Yah Shin Jira"

Aku yang sedang menunggu bola jaring itu dipass kan kepada aku terus menoleh ke arah gerangan yang memanggil namaku.

"Nae ?"

"Aku Jihyun. Aku nampak kau macam rapat semacam dengan Jimin. Kau kenal dia ke sebelum masuk sini ?"

"Oh nae. Aku kenal dia"

"Macam mana ?"

"Armm panjang ceritanya" aku tersenyum kelat.

"Kau pernah dengar tentang kumpulan Hype ?"

Kata kata Jihyun membuatkan langkah aku terhenti. Aku memandangnya dengan sebelah kening terangkat.

"Hype ?"

"Jimin salah seorang daripada kumpulan bad boy paling berpengaruh dekat sekolah ni. Dan tak pernah seorang pun perempuan yang berani datang dekat dengan dia"

"Kenapa ?"

Jihyun memandang aku dan tersenyum sinis. "Sebab dia menakutkan"

"Nae ?"

Tiba tiba bola jaring tersebut berjaya ditangkap oleh Jihyun. Dia menolehkan kepalanya memandang ke arah aku sambil memegang bola jaring itu.

"Dan sebagai stranger luar dari sekolah ni. Tak adil kalau perempuan jalang macam kau rapat dengan lelaki popular macam dia"

"Apa yang kau..."

Belum sempat aku menghabiskan kata kata aku , Jihyun tiba tiba sahaja membaling bola jaring tersebut tepat mengenai wajah aku membuatkan aku terjatuh ke lantai.

Aku menjerit sakit dan menyentuh wajah aku yang terasa sakit akibat balingan kuat daripada Jihyun itu.

Balingan itu tidak berakhir dengan Jihyun sahaja. Selepas sahaja Jihyun membaling bola kepada aku , pelajar pelajar perempuan yang lain mula membaling bola ke arah aku jugak.

"Yahhhh !" aku menjerit sambil melindungi muka aku dengan kedua dua belah tangan aku.

Kenapa dengan diorang ni ? Diorang dah gila ke apa ? Kenapa pelajar sekolah ni layan tetamu diorang macam ni ?

Disebabkan cikgu yang ditugaskan untuk mengajar kami kelas gym tak ada di dalam dewan kerana ingin keluar sebentar , mereka gunakan masa yang ada ini untuk lakukan ini kepada aku ?

Aku menjerit sakit tatkala bola itu dibaling di kepala aku , tubuh aku dan juga kaki aku. Walaupun aku merayu kepada mereka untuk berhenti tetapi mereka tetap tidak berhenti.

Air mata mula bertakung di tubir mata aku. Jadi , macam ini ke perasaan mangsa buli dibuli ? Dan sekarang aku dijadikan mangsa buli pulak ke ?

"BERHENTI !"

Bahu aku terhinjut kerana terkejut mendengar suara garau seseorang menjerit. Bukan sahaja aku yang terkejut malahan satu kelas dalam dewan ini terkejut.

Perlahan lahan aku menaikkan tangan aku ke atas dan menyentuh bahagian bawah hidung aku. Rongga hidung aku yang terasa sakit itu aku tahan juga.

Tangan aku menggeletar apabila aku ternampak cecair merah pekat yang ada di jari aku tatkala aku menyentuh bahagian bawah hidung aku.

"Shin Jira"

Perlahan lahan aku dongakkan kepala aku dan mata aku bertembung dengan mata milik Jimin.

Jimin berada betul betul di hadapan aku dalam posisi sebelah kakinya melutut di atas lantai.

Riak wajahnya berubah apabila matanya bertemu dengan mata aku. Mungkin dia agak terkejut kerana melihat hidung aku yang sudah mula berdarah.

Aku terus tundukkan kepala aku ke bawah. Tak mahu Jimin melihat aku dalam keadaan begini. Aku... terlalu malu. Terlalu malu ingin bertentang mata dengannya.

"Shin Jira , kau..."

Baru sahaja dia ingin menyentuh aku namun pantas aku menepis tangannya kasar. Bibir bawah aku diketap rapat.

Sedaya upaya aku cuba untuk tahan diri ini daripada menangis di hadapan Jimin. Aku tak sepatutnya tunjuk yang aku ni lemah dan mudah menangis di hadapannya.

Tiba tiba Jimin menghampiri aku dan menarik tubuh aku ke dalam dakapannya. Aku cuba untuk menolak tubuhnya namun dia tetap berkeras.

"Jimin , please..." suara aku mula tersekat kerana aku rasa terlalu sebak.

Sehinggakan aku tak dapat ingin berkata kata dengan betul.

"No Shin Jira , aku tahu kau tak okay. Dan I know you really need me right now"

Bibir aku yang mula bergetar itu aku ketap rapat. Cuba untuk menahan diri aku daripada menangis selepas diperlakukan seperti ini.

Jimin tiba tiba sahaja mengangkat tubuh aku secara bridal style dan perlahan lahan mula berdiri tegak.

Aku masih menundukkan pandangan aku , tak mahu bertentang mata dengan Jimin. Walaupun dia sudah menatap wajah aku lama.

Jimin menarik nafasnya dalam dan menghembuskannya perlahan sebelum dia merenung wajah Jihyun yang ada di sebelahnya tajam.

"Kau fikir seronok ke ha ?" renungan tajam Jimin berikan.

Jihyun yang menerima renungan maut daripada lelaki itu terus kecut. Tergagap gagap perempuan itu jadinya.

Jimin mula memandang sekeliling. Memandang wajah classmatenya satu per satu dengan pandangan membunuh.

Sekali sahaja kau menerima renungan tajamnya , mimpi ngeri kau malam ini. Kerana lelaki bernama Park Jimin boleh hantar kau ke neraka bila bila masa sahaja.

Jikalau kau cari pasal dengan dia.

"Perhatian bagi semua sialan dalam dewan ni , aku takkan benarkan korang sentuh Jira dengan tangan jijik korang. Kalau kau rasa nak mati , cubalah" renungan tajam diberikan.

"Aku boleh panggil malaikat maut bila bila masa sahaja untuk cabut nyawa korang"

Keadaan di dalam dewan terus menjadi sunyi sepi tatkala mendengar pengumuman menyeramkan yang diberikan oleh lelaki bernama Park Jimin.

Lelaki kedua yang paling menakutkan di dalam kumpulan Hype. Sekali sahaja kau cari pasal dengan dia , hidup kau hancur macam tu sahaja.

Tak kira lah kau perempuan ke lelaki ke , junior atau senior , dia boleh hantar kau terus direct ke neraka tanpa belas kasihan.

Jimin terus berjalan pergi meninggalkan dewan ini sambil mengangkat aku cara bridal style. Langkahnya diaturkan menuju ke arah bilik rawatan sekolah.

Sedang berjalan di koridor bilik rawatan , tiba tiba Jimin menghentikan langkahnya. Dia tidak menundukkan wajahnya memandang aku , hanya memandang ke hadapan dengan pandangan kosongnya.

"Aku tahu kau nak menangis. Jangan tahan , lepaskan je semuanya"

Aku masih diam.

"Shin Jira , jangan pendam. Aku tak nak kau rasa makin sakit bila kau pendam"

Mendengarkan sahaja kata kata yang meniti di bibir Jimin , air mata aku mula mengalir deras membasahi pipi.

Esakan tangis aku mula kedengaran. Entah kenapa aku rasa sedih sangat sanga. Aku rasa kecewa sangat sangat.

Aku fikir di sekolah aku akan rasa bebas dan akan bebas daripada derita yang aku selalu rasa di rumah.

Tapi aku tak sangka di sekolah ini aku dibuli pulak. Apa salah aku sebenarnya sampai aku dilayan seperti ini ? Apa dosa aku yang sebenarnya ?

Aku membenamkan wajah ke dada milik Jimin dan menangis sepuas puasnya. Hati aku rasa terluka sangat sangat. Aku sedih sangat sangat.

"Maafkan aku"

Aku masih menangis.

"Aku janji yang aku akan lindungi kau , Shin Jira"

Dan dahi aku mula dikucup lembut oleh lelaki yang bernama Park Jimin ini.

Lelaki yang berjanji kepada aku yang dia akan lindungi aku. Dan lelaki bernama Park Jimin , tidak akan sesekali memungkiri janjinya kepada perempuan yang disukainya.

• to be continued •

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro