Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

- lapan -

"Nak pergi mana mana tak lagi ?" aku terus toleh memandang ke arah Jimin tatkala dia mula bertanya kepadaku.

Aku dan dia sama sama tengah jalan beriringan keluar dari taman itu. Katanya dia nak bawak aku makan malam terus bersama.

"Tadi kata nak makan kan ?" aku pandang dia balik.

Dia hanya mengangguk seraya tersenyum kepadaku.

"Kau nak makan kat mana ?"

"Oh , kau dah start guna kau ye ?" aku perli dia.

"Boyfriend service aku dah tamat. Buat apa aku nak gelar diri dengan panggilan nama dengan kau kan ?"

Aku menghentikan langkah dan dahi aku terus sahaja berkerut. Aku pandang dia pelik.

"Tunggu , maknanya kau cium dahi aku tu pun semuanya tipu je ke ?"

Dia mengangguk. "Kenapa ? Kau berharap aku akan cium dahi kau dengan penuh perasaan cinta ke , hm ?"

Aku terus diam.

Tak mampu nak balas apa apa dah dekat Jimin. Tipulah kalau aku cakap yang aku tak terfikir ciuman dia tadi tu ikhlas.

Tapi yelah , bila fikirkan balik pun. Dia bukannya sukakan aku pun. Jadi buat apa pulak dia nak bagi aku ciuman ikhlas secara tiba tiba kan ?

Tanpa berlengah masa , aku dan Jimin terus memilih sebuah restoran makan untuk menjadi destinasi kami menikmati makan malam bersama.

Seusai sahaja pelayan mengambil tempahan makanan kami , kami berdua saling berdiam diri di meja tersebut.

Aku duduk bertentangan dengan Jimin. Jadi mestilah aku akan kejap kejap bertembung mata dengan dia. Tapi kejap jelah , dia mana nak tengok aku pun.

Sebab bosan , aku terus ambil telefon aku dan main sekejap. Aplikasi Instagram aku bukak dan aku mula like like gambar orang yang post.

"Shin Jira"

Dahi aku terus sahaja berkerut tatkala aku terdengar suara Jimin memanggil namaku secara tiba tiba.

Aku turunkan sedikit tangan aku yang memegang telefon pintar daripada wajahku. Wajahnya di hadapan aku pandang dengan dahi berkerut.

"Apahal ?"

Dia jilat bibir bawahnya buat seketika dan memandang aku sekilas sebelum mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

"Tukar tempat dengan aku"

"Hurm ?" aku pandang dia pelik.

Apahal pulak mamat ni nak main tukar tukar tempat dengan aku pulak ni.

"Mengada lah kau ni , Jimin. Malas lah" aku balas selamba.

Mendengarkan sahaja balasan aku kepadanya , Jimin pantas menoleh memandang aku semula. Matanya menajam menikam anak mata aku.

Apahal pulak dia ni ?

"Shin Jira , jangan degil boleh tak ?" tegas suaranya.

"Tak kau kenapa ? Masalah betul lah" aku gulingkan mata ke atas.

Belum sempat aku nak bukak mulut untuk membebel lebih lagi kepada Jimin , tiba tiba sahaja dia bangkit daripada duduknya.

Terkebil kebil aku memandang dia yang sudah berdiri betul betul di hadapan aku ni. Dia ni dah kenapa do ?

Baru sahaja aku ingin membuka mulut untuk bertanya kepadanya , dia tiba tiba sahaja berjalan meninggalkan meja makan aku dan dia.

"Hey Park Jimin !" mata aku mengikut kelibatnya yang beransur pergi.

Sangkaan aku meleset. Dia bukannya nak pergi tinggalkan aku tapi dia pergi ke meja belakang.

Di meja belakang kami , ada tiga orang lelaki mungkin dalam baya kami sedang duduk tergelak tawa sambil mata setia memandang telefon masing masing.

"Hey bodoh" Jimin memanggil mereka bertiga dengan suara mendatarnya.

Mata aku terbuka luas memandang dia yang tiba tiba sahaja menganggu ketenteraman pelanggan yang lain.

Dia tu dah kenapa doh ?

Mendengarkan sahaja Jimin yang memanggil mereka dengan panggilan bodoh , senyuman lebar mereka terus pudar.

Perlahan lahan mereka bertiga mengangkat wajah dan memandang Jimin di hadapan mereka dengan pandangan pelik.

"Bak telefon korang sekarang" ketat sahaja wajah Jimin.

Mereka bertiga memandang antara satu sama lain sebelum memandang semula ke arah Jimin. Seorang daripada mereka mula berdiri untuk menghadap Jimin.

"Bro , kau kenapa ?" dia angkat keningnya memandang Jimin.

Tiada langsung senyuman yang dipaparkan di wajah Jimin. Mukanya ketat memanjang. Garangnya bang.

"Aku mintak baik baik dengan korang ni. So sebelum aku naik baran , bagi telefon korang bertiga sekarang"

"Untuk apa ?" lelaki itu tergelak kecil.

Apa yang mereka sedang bualkan , satu hapak pun aku tak faham. Tapi mata aku masih setia menyaksikan apa yang mereka lakukan.

Bukk !

Mata aku membulat kerana terkejut tatkala Jimin tiba tiba sahaja melepaskan tumbukan kuat pada wajah lelaki di hadapannya.

Tumbukan yang dilepaskan Jimin pada wajah lelaki itu membuatkan lelaki itu terjatuh ke lantai. Pelanggan yang lain semua memandang mereka.

"Aku dah cakap , aku ni panas baran orangnya" Jimin pandang lelaki itu tajam.

Disebabkan terlalu terkejut dengan apa yang dilakukan Jimin , aku terus bangun daripada duduk dan berlari ke arah Jimin.

"Jimin , apa kau buat ni ha ?" aku pegang lengan dia.

Sudah lah aku pergi ke sini bersama dengan dia , ni dia datang kedai makan ni buat kecoh pulak. Malukan aku je budak ni.

Jimin tolehkan kepalanya ke tepi untuk memandang wajahku. Dia pandang aku dengan pandangan redup dia.

Aku pandang dia dengan wajah yang serious. Meminta penjelasan daripada perbuatannya sebentar tadi.

"Kau pasti akan berterima kasih lepasni dekat aku" dia berkata perlahan.

Aku angkat kening.

"Park Jimin , jangan buat kecoh dekat sini boleh tak ?" aku pandang dia tajam.

Tiba tiba Jimin merampas telefon member lelaki yang kena tumbuk tadi tu pantas. Aku pandang dia dengan pandangan pelik.

Jimin terus hulurkan telefon pintar itu kepadak buatkan aku pandang dia dengan pandangan tertanya tanya.

"Tengok lah. Lepastu boleh lah kau judge aku patut ke tak tumbuk sialan ni"

Masih dalam keadaan keliru , tapi tangan aku mengambil juga huluran telefon pintar daripada tangan Jimin.

Skrin telefon pintar aku pandang buat seketika. Melihatkan sahaja gambar yang memaparkan gambar kaki aku yang hanya tersarung seluar pendek itu membuatkan mata aku membulat.

Bukan sahaja itu , mereka siap zoom kaki aku dan tangkap gambar lagi. Wajah aku lagi. Semua gambar yang ditangkap buatkan aku terus meremang.

"Tak guna !"

Telefon pintar lelaki itu aku campak ke mukanya sebelum melepaskan tumbukan kuat pada wajahnya.

+++

"Terima kasih"

Aku gigit bibir bawah aku tatkala aku baru sahaja menyebut dua patah perkataan tersebut.

Entah kenapa aku rasa malu dan ego sangat nak sebut dua patah perkataan tu. Sedangkan dua patah perkataan tu senang je.

Kata kata aku membuatkan langkah Jimin terhenti. Begitu juga aku. Dia perlahan lahan memusingkan tubuhnya ke belakang bagi menghadap aku.

Aku tergamam tatkala dia merenung wajah aku.

"A-aku dah cakap terima kasih kan ?" aku terus alihkan pandangan ke tempat lain.

Malu punya pasal sebab tuduh dia buat kecoh tadi dekat restoran tu , padahal dia tumbuk lelaki tadi sebab dia pervert tangkap gambar aku.

"Shin Jira" Jimin memanggil namaku.

Aku terus angkat wajah dan memandangnya. Mata kami bertembung buat seketika , di mana ianya mampu membuatkan jantung aku berdegup laju.

Perlahan lahan Jimin berjalan menghampiri aku buatkan aku terkebil kebil memandang dia.

Dan kenapa tubuh badan aku ni kaku tak boleh nak bergerak langsung ni ha ?

Jimin menghentikan langkahnya tatkala dirasakan tubuhnya berhenti betul betul di hadapan aku. Jarak di antara kami terlalu dekat.

Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah aku. Aku ketap bibir rapat dan pandang dia dengan pandangan gugup.

"Kau tu perempuan , lelaki kat luar sana boleh ambil kesempatan dekat kau bila bila masa saje"

Aku tergamam.

"Sekali kau terpedaya dengan lelaki lelaki yang macam tu , kau takkan dapat ubah balik kenyataan yang dah berlaku , kau tahu ?" dia tenung wajahku dalam.

Entah kenapa aku pulak rasa gugup semacam dengan dia.

"A-apa point kau ?" aku beranikan diri untuk bersuara.

Dia menarik tubuhnya jauh daripadaku namun matanya masih melekat pada wajahku.

"Kau tak boleh nak percaya sangat dengan lelaki zaman sekarang. Sebab lelaki zaman sekarang semua sampah" dia berkata tenang.

"Termasuk kau ?"

Dia mengangguk.

Eh ?

"Jadi sebagai kenalan kau , aku nasihatkan kau untuk pakai pakaian yang elok elok bila keluar rumah. Kau kena ingat yang kau tu perempuan"

"Apa kau cakap ni ?" dahi aku berkerut.

"Jaga diri kau sendiri , perempuan lemah"

Dia tersenyum sinis kepada aku sebelum memusingkan kembali tubuh badannya ke depan.

Baru sahaja dia ingin melangkah pergi ke hadapan , lengannya terus aku tarik membuatkan langkahnya terhenti.

"Kau kata aku perempuan lemah..."

Dia hanya diam.

Aku angkat wajah aku dan pandang dia yang membelakangi aku ketika ini.

"Kau tak nak lindungi perempuan lemah macam aku ni ke daripada lelaki lelaki sampah yang kau kata tu , hm ?"

Keadaan menjadi hening seketika sebelum dia mula menoleh memandang aku. Mata kami bertembung buat seketika.

"Kenapa ?" dia tergelak sinis.

Aku pandang dia pelik.

"Kau nak lelaki bernama Park Jimin ni lindungi kau ke ?"

Aku hanya diam.

Tiba tiba dia menolak tubuh aku kuat ke arah dinding membuatkan belakang tubuh aku berlanggar dengan dinding tersebut.

Aku terjerit kecil kerana belakang tubuh aku berlanggar kuat dengan dinding di belakang.

Jimin mendekatkan tubuhnya dengan tubuh aku. Kedua dua tangannya direhatkan di dinding tersebut , betul betul di sisi kepala aku.

Membuatkan aku terkepung dengan kedua dua belah tangannya dan tidak dapat melarikan diri ketika ini.

Mata aku terbuka luas tatkala wajahna betul betul ada di hadapan aku. Terlalu dekat.

"Shin Jira..." dia panggil namaku perlahan.

Aku diam. Mata aku terasa bagaikan bergetar memandang wajahnya.

"Kenapa kau nak Park Jimin lindungi kau ?" dia tersenyum.

Wajahnya didekatkan dengan wajah aku. Sumpah aku cakap , jantung aku rasa macam nak meletop dah sekarang ni.

Wajahnya didekatkan dengan telinga aku untuk berbisik sesuatu kepadaku.

"Kau yakin Park Jimin tak akan bertindak ganas pada kau , hm ?"

Aku teguk liur gugup.

"Kalau kau nak , aku boleh buktikan apa yang aku cakap sekarang" dia tergelak sinis.

"Lelaki bodoh..." aku gigit bibir bawahku geram. Pipi aku dah membahang doh.

"Bodoh bodoh aku pun , kalau aku terkam kau mengandung jugak kau nanti" dia tersenyum sinis.

Fuck Park Jimin.

●to be continued●

im sorry sebab lama tak update. neul busy sangat sangat nowadays ni and next week pulak ada exam and kalau free pun lepas exam

kalau esok tengok dulu lah boleh tak nak update cerita ni btw harap sangat readers setia menunggu ff neul ni hiks

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro