συя ℓαѕт ρяσмιѕє
Park Jimin.
Siapa sahaja yang tidak mengenali lelaki sempurna seperti dia ?
Mungkin bagi orang lain , dia hanya biasa biasa sahaja. Tapi bagi aku , Park. Ji. Min. Is a perfect man.
Dia juga merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan hangat di Seoul Highschool yang diberi nama kumpulan Hype. Antara ahli yang terkuat dalam kumpulan mereka.
Kumpulan popular yang hensem , popular dan juga nakal serta selalu membuat masalah di sekolah mereka.
Tapi aku bukan salah seorang pelajar Seoul Highschool.
Aku dari sekolah jiran mereka. Kenapa ? Tertanya bagaimana aku boleh meminati dia sedangkan kami bukan dari sekolah yang sama ?
Semuanya bermula tatkala papa mengupah dia sebagai private tutor aku. Setiap malam atau ketika waktu renggang , dia akan kunjungi rumah aku dan mengajar aku.
Siapa sahaja tidak kenal dia ?
Park Jimin. Top student Seoul Highschool. Pelajar paling pandai di sekolahnya. Sentiasa mendapat 4 flat dalam setiap peperiksaan.
Walaupun dia ni merupakan seorang pelajar yang nakal dan selalu buat masalah , tetapi dia juga merupakan seorang manusia yang sangat genius.
Dan semuanya bermula sewaktu pertama kali aku jumpa dia.
Di 7E. Di mana dia membantu aku untuk mencuri makanan di 7E. Kelakar bukan ? Tapi aku jatuh hati dengan dia kerana dia merupakan orang pertama yang menyokong aku membuat apa yang aku suka.
Saat itulah aku tahu yang aku jatuh cinta.
Tapi masalahnya sekarang ni , Park Jimin yang hot nak mampus tu tak sukakan aku tau.
Dia langsung tak tergoda dengan aku walaupun aku bogel depan dia kot. Dengan muka tegang dia , dia boleh cakap "body kau dengan muka kau sama. dua dua pecah".
Alahai hanat !
Tak kira ! Aku takkan berputus asa jugak ! Walaupun dia dah banyak tolak aku dan reject aku , aku tetap akan berusaha untuk buatkan dia jatuh cinta dengan aku !
Tapi satu masalah datang.
Aku jadi ragu ragu dan takut dengan dia. Bila aku tahu identiti dia yang sebenarnya.
Dia bukan seorang manusia biasa. Bukannya seorang pelajar biasa. Bukannya lelaki biasa.
Kerana dia seorang pembunuh.
+++
"Jap jap jap , aku tak faham lah"
Aku mengerutkan dahi. Kepala yang tak gatal mula digaru.
Satu hapak apa yang Jimin terangkan dekat aku , satu pun aku tak faham. Dia guna bahasa Tamil ke apa do sampai aku tak faham.
"Jira please , exam dah nak dekat ni. Kau fokus sikit boleh tak ?" dia menjeling aku tajam.
"Ye ye aku memang tengah fokus pun tapi masalahnya aku tak faham"
Aku kembali garu kepala aku yang tak gatal. Masih menayangkan wajah blur dan tidak tahu di hadapan mukanya.
"Kau tengok ni" buku teks di atas meja ditunding dengan jarinya.
"Jantung manusia akan berdegup laju apabila terjadinya suatu benda yang mengejutkan dan nerve cell kita akan bagi impulse dekat brain and buatkan involuntary action berlaku. Contohnya bila kau terpegang suatu benda panas and then tangan kau detect benda tu panas and serta merta kau akan tarik tangan kau tu jauh daripada benda panas tu , faham ?"
"Involuntary action tu pebende pulak aduhh" aku garu kepala.
Jimin melepaskan keluhan berat. Mungkin berputus asa dengan aku yang masih tidak faham.
"Kalau macam tu , aku akan buat experiment"
"Hurm ?" sebelah kening aku terangkat.
Tiba tiba Jimin menghampiri tubuhku membuatkan aku membulat memandangnya.
"A-apa yang kau nak buat ni ha ?"
Jimin tiba tiba sahaja menolak tubuh aku perlahan lahan baring di atas sofa ruang tamu ini. Dan entah kenapa aku hanya biarkan sahaja dia berbuat begitu.
Jantung aku berdegup laju.
Jimin betul betul berada di hadapan aku. Bukan , di atas aku. Dia merehatkan kedua dua belah tangannya di sisi kepala aku. Mata kami bertembung.
"Jantung kau berdegup laju kan ?"
Aku perlahan lahan mengangguk.
"Kalau aku kiss kau pulak , apa akan jadi ?"
"N-nae ?"
Belum sempat aku ingin berbuat apa apa , Jimin lebih pantas mengucup bibir aku membuatkan mata aku terbuka luas.
Jimin memejam matanya rapat dan mencium bibirku lembut sekali. Kulit sofa aku genggam erat.
Perlahan lahan aku juga membalas ciumannya.
Dia menarik tubuh aku dekat dengannya. Tangannya menahan belakang leher aku erat. Ciuman masih tidak dileraikan.
Jantung aku berdegup laju. Begitu juga dia.
Dia menarik pinggang aku dan membawa aku dekat denganku sehingga tiada jarak di antara kami. Baru sahaja hendak sampai ke klimaks, tiba tiba Jimin berhenti.
Kami berdua cuba untuk mengambil nafas.
"Tengok , pipi kau merah. Itu involuntary action. Reaksi yang berlaku tanpa kau sempat untuk berfikir"
Aku terkedu.
"Faham ? Kalau macam ni hari hari aku kena buat experiment dengan kau untuk kau faham"
Ha sudah. Jimin nak ajar aku buat experiment bab reproduction ke ?!
συя ℓαѕт ρяσмιѕє | Start
+++
so haiii semua ! new upcoming ff dari neul huehue. btw cite ni panjang pulak intro dia eh eh. anyway kepada sesiapa yang dah beli buku first snow , korang mesti kenal punya Shin Jira.
which is heroine untuk ff ni. sebab dalam first snow version novel neul ada selitkan watak dia dengan jimin dalam cite tu. memandangkan first snow , his personal assistant and our last promise ni berkait ceritanya , so readers jangan keliru tau.
kalini buat version jimin pulak. asyik jimin jadi watak tambahan je kan.
support neul tauuu ! i purple youuu 💜💜✨
random tag :
dadjeons hanniefuryy kanghanmin herraweasley Hysazeu iamputr1 candycakeu- jungoojams potaetobaby kyeoseok pottaetto Shashashine TheRealNajwa byeolKim_ najmahnj_ rosesjung BINUKAI__7 taetaehyung0230
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro