• f o u r t e e n •
. . .
Aku menutup perlahan pintu rumah. Dikunci.
Tubuh aku dipusingkan ke belakang , menghadap wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Hwang Saesong itu.
Dia dari tadi tak habis memerhatikan segenap ruang rumah aku dengan mata bulatnya. Dah macam dia datang sini nak beli rumah aku pulak.
"Noona baru pindah pagi tadi ke ?"
Aku cuba untuk meruntuhkan dinding kekok yang terbina di antara kami berdua , memulakan bicara.
Pantas sahaja aku mengambil tempat di atas sofa yang disediakan di ruang tamu membuatkan Saesong juga turut mengikuti langkah aku.
Dia mengambil tempat di sebelah aku sambil matanya masih tak henti memerhatikan ruang sekelilingnya yang terasa agak asing.
"Eo. N-noona baru pindah pagi tadi. Bangunan flat ni memang sikit kan orang ?"
Aku angguk perlahan.
Keadaan di antara aku dan dia menjadi hening sekali lagi. Kedua dua kami langsung tidak tahu ingin membuka topik perbualan apa.
"Jeogi..."
"Erm ?" aku memandangnya dengan sebelah kening terjungkit ke atas.
"Nama awak apa ? Awak sekolah kat Busan Highschool tu eh ?"
Aku senyum.
"Jimin. Park Jimin."
Dia mengangguk perlahan. "Noona kerja dekat kedai burger yang dekat dengan kawasan sekolah awak tu. Nanti kalau lapar , pergi lah sana."
Dengan senyuman manisnya sekali lagi dia berikan kepada aku membuatkan aku senyum segaris.
Dia ni... tak penat ke senyum ?
Tak tahu ke yang dia buat tindakan paling bodoh bila masuk ke dalam rumah aku ni ?
"Jimin... omma appa awak balik pukul berapa ?"
Senyuman aku serta merta mati.
Aku hanya termenung jauh. Memandang ke arah hadapan. Sedangkan dia di sebelah masih dengan wajah tertanya tanyanya.
"Noona percaya ke omma dengan appa saya akan balik ?"
Dia terkebil kebil. "Nae ?"
"Aku sendiri tak tau siapa omma dengan appa aku..."
Mendengarkan perubahan dari nada suara aku membuatkan bulu roma Saesong serentak berdiri tegak. Riak wajahnya sudah mula berubah.
"Noona..."
Perlahan aku tolehkan wajah menghadap ke arahnya. Renungan dalam aku berikan tepat ke dalam anak matanya.
"...tiada sesiapa ke yang pernah bagitau noona..."
Aku mendekatkan tubuh dengan tubuhnya membuatkan jarak wajah di antara aku dan dia semakin dekat.
"...masuk ke dalam rumah lelaki yang tinggal berseorangan..."
Aku tersenyum sinis.
"...ianya bahaya , hm ?"
Dan pada malam itu , aku akan berjaya menyiapkan content aku dengan jelas.
Di kala sebuah camera yang dari suatu sudut yang baik merakam aku dengan wanita yang baru aku kenal di sebelah ini.
o n l i n e
STREAMER
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro