Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

9 | misfortune party

Haewon tersenyum lebar.

Manakan tidak gadis itu jadi bahagia gila lepas Taehyung mengalah dan akhirnya ikutkan sahaja apa yang dia inginkan sebentar tadi.

Walaupun Taehyung sudah berkeras dan tidak mahu mengikut apa yang Haewon katakan tapi apakan daya , gadis itu mengugutnya lagi. Memang terpaksa lah jejaka itu mengikut sahaja.

Haewon menoleh sebentar ke tepi dan memandang ke arah Taehyung yang berada di sebelahnya. Taehyung dengan pandangan dinginnya itu sedang memandu kereta.

Jejaka itu , sugar daddynya sendiri.

"Taehyung-ah"

"Diam"

Haewon ketawa. "Kau bitter sebab tanak jadi sugar daddy aku ke ? Lawak apa ni , Taehyung ?"

"Aku tengah bawak kereta kan. Kena fokus lah. Fokus"

Haewon tersenyum seraya menggeleng kepalanya perlahan. Apa apa sahaja lah lelaki ini , malas dia nak layan. Baik dia main phone dia sahaja. Ada banyak faedahnya jugak.

Sedang Haewon bermain dengan phonenya tiba tiba satu notifikasi mesej masuk. Dan ianya merupakan mesej daripada Yoona sendiri. Dengan pantas , Haewon terus menekan butang ruang chat.

pwetty yuna : hae
pwetty yuna : free tak malam ni ?

hwon : why ?

pwetty yuna : ada party malam ni
pwetty yuna : act aku kena datang
pwetty yuna : tapi aku ada hal
pwetty yuna : boleh kau datang bagi pihak aku ?

hwon : party apa ?

pwetty yuna : reunion kawan lama gitu la

hwon : okyyy

Haewon terus menutup phonenya. Tak lama lagi nanti Yoona hantar location dan apa yang perlu dibuat lah tu. Yoona ni memang sejak akhir akhir ni macam sibuk semacam gak.

"Tae , malam ni kau free ?" soal Haewon selamba.

"Kenapa ?"

"Malam ni aku kena hadiri satu party ni. So aku fikir like nak bawak kau sekali memandangkan aku datang party tu atas belah pihak member aku"

"No , sorry. Malam ni aku ada perjumpaan keluarga"

Haewon hanya mengangguk perlahan. Tak jadi pulak ingin mengajak lelaki tersebut. Nak buat macam mana , takkan la dia nak mencelah perjumpaan keluarga vampire pulak kan.

Lagipula , Haewon tak sabar ingin menghadiri party pada malam ini.

♡♡♡

Malam sudah pun menjelang.

Taehyung sedang sibuk menyiapkan dirinya di hadapan cermin di dalam biliknya. Dengan menyarungkan tuxedo pada tubuhnya , kelihatan begitu kacak sekali.

Tok ! Tok ! Tok !

Taehyung yang sedang membetulkan bajunya itu pantas menoleh dan memandang ke arah pintu biliknya. Pintu biliknya yang terbuka sedikit oleh seseorang.

Maka terpampang lah wajah seorang lelaki yang amat dikenalinya di celahan bukaan pintu tersebut. Tersengih sengih lelaki itu memandangnya membuatkan Taehyung tersenyum nipis.

"Kau buat apa datang sini ?" soal Taehyung sinis.

"Hello , aku pun ahli keluarga ni jugak. Kau nak halau aku macam tu kenapa ?" balas Jimin tak puas hati.

Park Jimin.

Merupakan sepupu rapat Taehyung. Mereka berdua rapat sejak kecil lagi. Namun di saat mereka semua meningkat dewasa , sukar untuk mereka meluangkan masa dengan satu sama lain.

Jimin terus melangkah masuk ke dalam bilik tidur Taehyung. Tanpa meminta izin langsung , punggungnya terus dilabuhkan di atas katil empuk milik lelaki itu. Katil yang terasa begitu dingin sekali.

"Cincin kau masih tak jumpa pemiliknya lagi ke ?"

Soalan yang ditujukan lelaki lebih pendek itu membuatkan tangan Taehyung yang sedang ralit membetulkan bow tie itu terhenti buat seketika.

"Aku rasa fam meet malam ni nak cakap pasal kau. Kau sorang je lagipun yang takde owner sekarang"

Taehyung terdiam.

Entah kenapa kata kata Jimin sebentar tadi membuatkan dia serta merta berubah mood. Fikirannya pula jauh melayang memikirkan tentang apa sahaja yang bakal dibincangkan ahli keluarganya nanti.

Mungkin betul jugak apa yang baru sahaja Jimin katakan sebentar tadi , berkemungkinan jugak perjumpaan keluarga pada malam ini berkaitan dengan dirinya sendiri.

"Taehyung"

"Hurm ?"

"Masih takde memana vampire yang berjaya active kan hickey kau ke ?"

Taehyung diam.

"Sudah lah hanya kau seorang sahaja yang masih tak jumpa owner cincin tu. Hickey pulak tak diactivekan oleh sesiapa lagi. Tak ke nanti Tuan Kim hina kau cukup cukup ?"

Taehyung melepaskan keluhan berat. Wajahnya ditundukkan ke bawah sedikit. Menumpukan perhatian sepenuhnya kepada tangannya yang membetulkan bajunya.

Malas nak fikir sebenarnya.

Perlahan Taehyung pusingkan tubuhnya ke belakang bagi menghadap Jimin yang masih setia memandangnya. Senyuman segaris Taehyung ukirkan secara paksa.

"Jom kita keluar. Nanti abah marah , satu hal pulak"

♡♡♡

"Ini ke tempatnya ?"

Berkerut kerut wajah Haewon tatkala memerhatikan sebuah rumah agam yang berada di hadapannya ini. Dia sudah pun berdiri betul betul di hadapan pintu rumah tersebut.

Tapi entah kenapa tangannya masih terasa berat ingin memulas tombol pintu rumah tersebut mahupun mengetuk pintu sebagai tanda dia hadir ke rumah agam tersebut.

Bahkan gadis itu sendiri tidak tahu apa perlu dibuat untuk ke situ. Fikirnya , ianya merupakan party disco yang meriah dengan pelbagai orang.

Tak sangka pulak tempat party kalini senyap lain macam.

"Wait , kenapa pulak kau nak ragu ragu ni ? Sejak bila kau reti ragu ragu ni ?" Haewon geleng kepala perlahan.

Tanpa berfikir panjang , dia terus menggenggam tangannya dan mengetuk permukaan pintu tersebut sebanyak tiga kali.

Tak sampai berapa minit , pintu akhirnya dibuka oleh seseorang. Terpampang wajah seorang gadis berwajah putih di celahan bukaan pintu tersebut.

"Siapa..." wajah tertanya tanya gadis itu tayang.

Haewon tersenyum. "I'm Eun Haewon. Yoona suruh datang party harini bagi pihak dia"

Gadis itu mengangguk perlahan. Haewon di hadapannya di pandang dari bawah hingga atas beberapa kali sebelum membalas pandangan Haewon.

"Aku Dahyun"

Baru sahaja Haewon ingin membuka mulut bagi mengatakan sesuatu , Dahyun pantas sahaja membuka luas pintu tersebut dan memberi laluan kepada gadis itu untuk masuk ke dalam.

Faham dengan isyarat Dahyun , Haewon mengangguk seraya tersenyum sebelum dia melangkah perlahan masuk ke dalam rumah tersebut tanpa memikirkan tentang apa apa langsung.

Keadaan di dalam rumah tersebut membuatkan Haewon terpana buat seketika.

Dengan dekorasi rumah yang tak ubah seperti rumah filem barat yang diperbuat daripada kayu canggih dan mempunyai pelbagai barangan antik di dalamnya.

"Ikut aku"

Mendengarkan sahaja arahan Dahyun , Haewon terus mengangguk. Langkahnya laju sahaja mengatur untuk mengikut Dahyun dari arah belakang.

Matanya masih fokus memandang sekeliling rumah tersebut. Masih terasa kagum dengan kecantikan dan keunikan dekorasi di dalam rumah tersebut.

Namun buat seketika , Haewon agak tertanya.

Sudah kenapa pulak dia tidak nampak seorang pun manusia yang berkeliaran sedang berparty di ruang tamu atau apa sedangkan Yoona mengatakan dia harus menghadiri sebuah party.

Suasana dalam rumah ini pulak senyap sahaja tanpa sebarang bunyi bising.

Selalunya , party yang sentiasa Haewon hadiri itu merupakan party yang mempunyai ramai orang , bunyi muzik yang kuat dibuka dan pelbagai jenis makanan dihidangkan.

Namun anehnya , suasana di dalam rumah ini tidak kelihatan seperti tuan rumah membuat party langsung. Hanya kelihatan biasa sahaja di pandangan Eun Haewon.

"Masuk dalam tu. Mereka dah tunggu kau"

Sebaik sahaja tiba di hadapan sebuah bilik , tiba tiba sahaja Dahyun berkata begitu membuatkan Haewon sedikit keliru. Entah apa yang gadis itu bualkan dia sendiri tidak tahu.

"Mereka ?"

Perlahan dia angkat wajahnya dan menatap ke dalam anak mata Haewon. Mulutnya dibuka sedikit bagi mengatakan sesuatu tapi entah kenapa tiada sebarang perkataan yang terbit.

Dahyun terus memusingkan tubuhnya dan pergi meninggalkan Haewon yang berada di hadapan pintu bilik asing itu seorang diri dalam keadaan terpinga pinga. Masih keliru.

"Apahal pulak tu ?" berkerut dahi Haewon.

Kepalanya digeleng perlahan. Malas nak fikir tentang hal perempuan asing itu sebenarnya. Baik dia masuk sahaja ke dalam bilik itu.

Lagipun , dia hadiri ke tempat itu atas pihak kawannya sendiri. Kalau party tu terasa tidak menarik , boleh sahaja Haewon meminta diri dahulu.

Tanpa berfikir sekali atau dua kali , pantas sahaja dia memulas tombol pintu dan membuka pintu bilik tersebut. Haewon pantas sahaja melangkah masuk ke dalam.

5 orang yang terdiri daripada 2 orang wanita dan pemuda yang sedang duduk di meja bulat tersebut serentak memusingkan kepala bagi memandang ke arah Haewon.

Mungkin terasa agak janggal dengan pandangan sebegitu yang diberi , Haewon tersenyum kekok.

"A-anneyong. I'm Eun Haewon. Hadir bagi pihak Yoona" jelas Haewon sedikit ragu.

Bukannya dirinya tidak biasa diberi banyak perhatian namun entah kenapa tatkala mereka berlima memandangnya serentak , terasa agak kekok lain macam pulak.

Mata mereka semua serentak mencerlung tajam ke arah Haewon yang masih tercegat di hadapan pintu tidak tahu ingin membuat apa apa itu.

Sekali pandang , nampak seperti mereka boleh melahap Haewon di hadapan pada bila bila masa sahaja. Tak ubah seperti pandangan pemangsa kepada mangsanya sendiri.

"Jadi... kau lah Eun Haewon tu ? The chosen one ?" ujar Nayeon sinis.

"Nae ?"

Pandangan keliru Haewon paparkan. Masih tidak faham dengan situasi yang dihadapinya ketika ini. Mereka yang berada di dalam bilik itu dipandang penuh keliru.

"Kami amat menanti nantikan kedatangan kau , Eun Haewon..."

Mereka tersenyum lebar.

"...Kim Taehyung's ring owner"

Dan tatkala itu , menampakkan gigi gigi taring mereka yang tumbuh dengan jelas di dalam mulut mereka sendiri.

t o b e c o n t i n u e d —

sorry for the late update , neul dah balik maktab so cam susah sikit nak update so maybe neul akan update weekend je mampu 😭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro