24 | i love you
Haewon's
Aku melangkah keluar dari bilik air. Tubuh aku elok tersarung dengan bathrobe berwarna merah jambu manakala rambutku yang basah digulungkan dengan tuala berwarna putih.
Jam pada dinding aku perhatikan buat seketika sebelum keluhan berat aku lepaskan.
"Lambat sangat ke aku dengan Taehyung balik ? Dah pukul 12 malam dah pun." Gumamku perlahan.
Aku meneruskan langkah menghampiri meja solek. Kerusi kecil yang terdapat di hadapan meja tersebut aku tarik sebelum melabuhkan perlahan punggungku ke atasnya.
Aku menatap perlahan pantulan wajahku di cermin besar di hadapanku. Perlahan aku ukirkan senyuman lebar. Entah kenapa tiba tiba teringatkan semula tentang aku dan Taehyung.
"Omo omo , cepat betul aku blushing ni kenapa ?"
Aku ketap bibir rapat. Terkejut dibuatnya tatkala melihat pantulan wajah aku di cermin yang sudah pun memerah pipinya.
Baru teringat akan Taehyung dan aku menjalani first date kami dah blushing semacam aku ni dah kenapa ek sebenarnya ?
Aku geleng kepala laju.
"Bengong lah kau ni , Haewon."
Aku terus mengambil beberapa alatan skincare routine yang aku sentiasa pakai setiap malam di atas meja. Bersiap sedia nak tidur selepas ini.
Tapi sejujurnya , aku masih tak boleh nak lupakan apa yang aku dan Taehyung lakukan buat seharian ni. Jujur , dia buat aku semakin jatuh cinta dengannya.
Dan...
Tangan kiri aku yang tersarung cincin lamaran Taehyung itu aku amati sekali lagi. Senyuman manis sekali lagi terkuntum di wajah manisku.
Aku langsung tak dapat nak sembunyikan betapa bahagianya aku rasa ketika ini.
"Bercinta dengan seorang vampire ? Hm , not bad." Aku senyum perlahan.
Selesai membuat skincare night routine aku , gulungan tuala pada rambut aku dibuka. Kini , rambutku pula menjadi sasaran untuk aku keringkan menggunakan alat pengering rambut.
Sampai kan tengah keringkan rambut pun aku masih boleh tersenyum senyum tatkala teringatkan riak wajah comel Taehyung yang dia berikan kepada aku.
Haish , perempuan buta mana je yang tak fall dengan Taehyung kan ?
Aku berani yakin , kalau Taehyung merupakan seorang kpop idol , dia mesti akan rosakkan bias list fans semua !
Aku ketawa kecil.
"Sah. Kau memang dah betul betul angau dengan dia ni , Eun Haewon."
Ttuk !
Aku tersentak.
Pantas sahaja aku menoleh ke kanan dan ke kiri buat beberapa kali. Aku rasa macam tadi aku ada dengar satu bunyi pelik. Perasaan aku je ke ?
Ttuk ! Ttuk !
Bahu aku terhinjut laju.
Nasib sahaja aku tak melatah macam nenek tua. Kalau tak habis hilang keayuan aku sebagai seorang perempuan pffttt.
Aku menoleh ke arah pintu bilik. "Madam Lee ke tu ?" Laungku kuat.
Namun anehnya , tiada siapa yang menyahut. Bahkan kalau bukan Madam Lee pun , takde sesiapa yang menyahut.
Heol , aku dah boleh dengar bunyi hantu pulak ke sekarang ?
Aku geleng kepala perlahan dan memejamkan mata rapat. Tak tak tak , mungkin aku terlalu banyak berfikir je kot tu yang terdengar bunyi bukan bukan.
Hantu kan mana wujud.
Sedaya upaya aku cuba untuk menenangkan diri sendiri walaupun jauh dalam sudut hati aku dah rasa semacam sekarang ni.
Aku betul betul tak sedap hati sekarang.
Ttuk ! Ttuk ! Ttuk !
Disebabkan terlampau terkejut , refleks tubuh aku terbangkit terus daripada duduk sehinggakan alat pengering rambut yang aku pegang terlepas dan jatuh di atas meja.
Mata aku terbeliak luas.
Terkejut. Macam mana aku boleh dengar bunyi pelik tu lagi ?!
Ttuk ! Ttuk !
Wajah aku pantas menoleh ke arah sliding door yang telah pun aku tutup dengan langsir itu. Entah kenapa , bunyi yang kuat itu kedengarannya datang dari arah situ !
A-ada apa pulak kat sana ?
"Anni anni , mungkin ada kucing ke anjing ke yang tersesat kat situ kot." Aku geleng perlahan.
Cuba untuk menenangkan diri sendiri yang daripada tadi masih tidak henti memikirkan tentang perkara perkara yang negatif sahaja.
Tapi walau macam mana pun , aku kena berani kan diri untuk tengok apa sebenarnya yang ada dekat luar tu supaya hati aku akan kekal tenang , kan ?
Aku ni seorang perempuan yang berprinsip.
Selagi aku tak nampak dengan dua biji mata aku apabenda dekat luar tu , selagi tu lah benda tu akan kekal menghantui aku sampai aku tak boleh nak tidur.
Aku genggam kedua belah tangan aku erat dan cuba untuk meraih keberanian sebanyak yang mungkin untuk menghampiri sliding door tersebut.
Dengan keberanian yang aku ada , aku terus mengatur langkah menuju ke arah sliding door tersebut. Langsir berwarna putih itu aku selak perlahan.
"Omo !" Aku menekup mulut , terkejut.
Pantas aku menyelak luas langsir tersebut. Mata aku membulat besar tatkala melihat Taehyung yang berada di sebalik sliding door itu dalam keadaan yang lemah.
Tanpa berfikir banyak , pantas sahaja aku membuka sliding door itu dan mendapati Taehyung. Tubuhnya aku tarik perlahan ke dalam.
Disebabkan terlalu panik , aku sendiri tak tahu apa yang patut aku lakukan. Aku membaringkan tubuh Taehyung di atas katilku dan menutup semula sliding door tersebut.
"Taehyung , kau--"
Aku memejam mataku rapat dan mengerutkan dahi. Dah kenapa pula Taehyung berbau alkohol ni ? Dia minum ke ?
Aku menghampiri Taehyung yang terbaring lemah di atas katil itu. Pipinya aku tepuk perlahan supaya dia akan menyedarkan dirinya.
"Taehyung , bangun sekarang. Kau minum ke ?" Soalku laju.
Taehyung terus bangkit daripada baringnya dan mengubah posisinya kepada duduknya. Matanya yang lemah menatap dalam ke dalam anak mata aku membuatkan aku sedikit tergamam.
Messy hair.
Taehyung yang sedikit berpeluh.
Baju yang tak terbutang sepenuhnya.
Dan ya , aku sedikit tergugat tatkala melihat Kim Taehyung dalam keadaan mabuk.
"Eun. Hae. Won."
"Taehyung ? K-kau mabuk. Jadi aku fikir--"
Kata kata aku tergantung di saat dia mendaratkan jarinya di atas bibirku. Aku tergamam buat seketika. Mata aku bagaikan sudah terkunci dengan pandangan matanya.
"Haewon-ah , i'm sorry..."
Berkerut wajah aku. "Ke-kenapa ?"
"Daddy is horny for you , babygirl..." dengan suara penuh garau dan deepnya , dia berbisik ke telingaku.
Buat seketika , terasa bagaikan jantung aku berhenti berdegup. Aku menelan liurku kasar. Entah kenapa mendengarkan bait perkataan tersebut membuatkan aku hilang kewarasan sebentar.
Dia ketawa kecil. "Don't blame me , sweetheart. You're the one who turned me on."
Sebaik sahaja dia berkata begitu , bibirnya terus mendarat lembut di atas bibirku. Aku memejam mataku rapat. Kedua dua belah tanganku digenggam erat.
Tunggu , ini bukan kali pertama buat aku. Ta-tapi kena aku berkelakuan seperti ini merupakan kali pertama ?
Dia menarik pinggangku ke hadapan membuatkan jarak di antara tubuh aku dan dia semakin terhapus. Manakala sebelah tangannya melekap di belakang tengkuk aku , mencegah aku dari mengubah fikiran.
Jujur , aku tak sangka semua ni akan berlaku.
Bila diingatkan semula , kali pertama aku lihat Taehyung dalam keadaan mabuk juga , dia seperti ini. Lain daripada dirinya yang aku kenal. Sudah semestinya aku terkejut.
He's horny everytime he's drunk. That's the fact.
Tiba tiba sahaja Taehyung mengangkat tubuh aku dan mendudukkan aku di atas ribanya. Mata aku sedikit membulat. Terkejut dengan tindakannya yang secara tiba tiba itu.
Dalam ciuman tersebut , aku tergamam buat seketika. Bukan kerana ciuman yang diberikan dia kepada aku , tapi apabila aku menyedari matanya yang berair.
Perlahan air matanya membasahi pipinya. Aku tak tahu apa yang berlaku kepadanya sehingga membuatkan dia jadi seperti ini sedangkan dia baik baik sahaja dengan aku sebentar tadi.
Ciuman itu dileraikan.
Taehyung tundukkan wajahnya ke bawah membuatkan rambut hadapannya yang sedikit panjang menutupi matanya yang basah daripada dilihat oleh aku.
"T-Taehyung..."
Ya , aku ingin tahu apa yang bermain dalam fikiran Taehyung ketika itu.
Aku ingin menenangkan dia dan memujuk dia daripada berterusan berasa sedih seperti ini. Aku betul betul benci melihatnya dalam keadaan yang menyedihkan ini.
Namun entah kenapa...
Tatkala dia mendongakkan wajah menghadap aku. Di kala mata aku dan matanya yang berair saling bertemu , aku tidak mampu langsung ingin mengungkapkan apa apa kepadanya.
Tubuh aku kaku.
Aku tak pernah melihat Taehyung dalam keadaan sebegini...
Kim Taehyung menangis.
Dan aku , langsung tidak tahu apa yang patut aku buat untuk memujuknya. Walaupun dia menangis seteruk ini di hadapan aku , aku... keliru. Tak tahu langkah apa yang aku patut ambil.
"A-aku..." suara Taehyung bergetar. "Aku harap kita tak pernah berjumpa langsung..." air matanya mengalir.
Aku terkedu.
Entah kenapa , hati aku terasa agak sakit mendengar luahan jujur daripada lelaki ini.
Dia mengetap bibirnya rapat dan memggeleng kepalanya laju. Cuba untuk menghilangkan rasa mabuknya. Kedua dua belah pipinya juga sudah berona merah kesan daripada alkohol tu.
"Kenapa... ke-kenapa aku wujud dalam dunia ni ?" Suara Taehyung sebak.
Dia berdecit perlahan dengan matanya yang berair teruk. "Aku sepatutnya mati. T-tak patut pun wujud dalam dunia ni. A-aku hanya lah bebanan alam ni...."
Mata aku mula berair.
Sekali lagi , aku tak mampu mengatakan apa apa kepadanya. Sama ada menenangkannya dengan ayat cliche seperti 'be strong' dan 'it's okay' pun , a-aku langsung tak mampu.
Dan ianya membuatkan aku rasa begitu benci dengan diri aku sendiri.
"Haewon-ah..." dia mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke dalam anak mata aku.
"Aku nak kita akhiri semua ni. Aku tak layak untuk kau. Dan kau... ta-takkan selamat berada di samping aku."
Air mata aku mengalir.
"Lelaki bodoh macam aku... ta-takkan mampu buatkan kau bahagia." Dia mengetap bibirnya menahan tangis sendiri. "...a-aku hanya akan letakkan kau dalam bahaya. A-aku bodoh , Haewon... a-aku bodoh..."
Wajah Taehyung lencun dengan air matanya sendiri. Dia menundukkan semula wajahnya ke bawah dan memegang kedua belah matanya erat menggunakan sebelah tangan.
"Ma-maafkan aku..." bahunya terhinjut berulang kali.
"A-aku tak mahu melihat k-kau menangis seperti ini , Haewon... a-aku nak kau senyum... a-aku nak kau bahagia ta-tapi aku cuma---"
Kata kata Taehyung tergantung tatkala aku mendekatkan wajahnya dengan wajah aku dan mula membenamkan bibirku ke bibirnya membuatkan kedua belah matanya pantas terpejam rapat.
Tak , aku tak mahu kau katakan apa apa lagi , Kim Taehyung.
Aku tak mahu kau ucapkan kata putus dalam hubungan kita.
Aku bahagia.
Aku gembira.
Aku selamat.
Semuanya hanya kerana kau.
Ja-jadi jangan pernah merasakan seperti kau hanya menjadi bebanan bagi aku. Jangan fikir yang kau langsung tidak mampu buatkan aku tersenyum gembira dan bahagia !
Aku memejam mata erat sehingga air mata aku mengalir deras membasahi pipi.
Pipi Taehyung aku pegang erat. Tidak mahu langsung lelaki ini untuk meleraikan ciuman di antara aku dan dia.
Kerana aku takut... ciuman ini bakal menjadi yang terakhir buat aku dan dia.
Jujur , aku sayangkan lelaki ini.
Aku sayangkannya.
Dan aku tak mahu kehilangan dia.
Hari hari aku akan menjadi sepi tanpa dia.
Dan aku tak boleh bayangkan hidup aku tanpa dia. Tanpa senyuman dia , tanpa lawak bodoh dia dan tanpa dia yang sentiasa bersama dengan aku.
Belum sempat aku ingin membuat apa apa , tiba tiba pegangan tangan aku pada pipinya terasa semakin lemah bagaikan tenaga aku semakin berkurang.
Aku cuba untuk stabilkan ciuman, namun entah kenapa aku terasa lemah.
"T-Taehyung..."
Tanpa aku sedar , tubuh aku terjatuh lemah di atas tubuhnya membuatkan ciuman kami berdua terlerai.
Dan semuanya menjadi gelap.
t o b e c o n t i n u e d
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro