Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

18 | the one you want protect the most became the one you need to fight

Kereta yang dipandu Taehyung serta merta berhenti di atas jalan raya tatkala Taehyung melihatkan lampu isyarat menunjukkan tanda bethenti.

Sebelah tangannya didaratkan di atas stereng kereta manakala sebelah lagi diletakkan di atas pehanya. Sedang dia menunggu lampu isyarat berubah hijau , matanya meliar memandang sekeliling buat seketika.

"Taehyung-ah !"

Taehyung tersentak.

"Tae-Taehyung !"

Suara tangisan penuh ketakutan seorang perempuan betul betul kedengaran bagaikan di dalam kepalanya.

Kedua belah mata Taehyung membulat. Jantungnya tidak henti berdegup laju bagaikan dia sedang takut akan sesuatu yang dia sendiri tidak pasti.

"To-tolong ...."

Serentak itu kedua dua belah mata Taehyung mula berubah warna merah.

Urat urat biru gelap mula tersembul keluar di bahagian tengkuk dan pipinya.

Giginya pula tiba tiba sahaja tumbuh memanjang dan tajam.

Taehyung mendongakkan wajahnya buat seketika dan memandang tepat di hadapannya. Pandangan tajamnya kelihatan cukup menggerunkan.

Rupanya yang sebenar.

Dan dalam sekelip mata , jasad Kim Taehyung hilang di dalam perut keretanya.

♡♡♡

Haewon's

Perlahan lahan kelopak mata aku dibuka. Pada awalnya , segenap ruang aku kelihatan agak kabur membuatkan kepala aku terasa pusing dan sakit.

Terasa bagaikan baru sahaja dihantuk kepala dengan suatu yang keras.

Perlahan mata aku dibuka semula setelah dipejam buat seketika bagi menstabilkan pandangan aku yang kelihatan agak kabur sebentar tadi.

Mata aku serta merta membulat.

"A-apa yang..."

Tatkala melihat keadaan di sekeliling , seluruh anggota tubuh aku serta merta menggigil dahsyat bagaikan tiada masa untuk aku bertenang langsung.

Aku tak pasti aku berada di mana.

Tapi keadaan di sekeliling aku kelihatan cukup menakutkan. Kelihatan seperti aku berada di kawasan bawah tanah memandangkan dindingnya sendiri diperbuat daripada batu bata.

Ada beberapa obor api yang digantung pada dinding supaya menerangi keadaan tempat ini. Jujur , jikalau tiada obor itu , sudah pasti aku akan terjaga dalam keadaan gelap gelita.

Di hadapan aku terdapat sebuah meja panjang dan banyak kerusi. Seolah olah itu merupakan sebuah meja makan untuk mereka yang berjumlah ramai.

Tapi bukan itu yang merisaukan aku.

Bahkan aku sendiri masih boleh bertahan lagi dengan keadaan tempat itu walaupun gelap , kotor dan begitu asing buat aku yang tidak tahu di mana sebenarnya aku berada.

Tetapi yang lebih menakutkan....

Apabila aku menyedari bahawa aku digantung di atas tiang yang aku tak tahu apa. Aku digantung dalam cara bentuk salib.

Kedua dua belah tangan aku didepakan dan diikat pada tiang. Kedua dua belah kaki aku pula dirapatkan dan diikat di tiang bahagian bawah. Manakala leher aku juga diikat dengan tali yang sama.

Disebabkan tali itu diikat terlalu ketat , sukar untuk aku menggerakkan kepala dan menelan liurku yang terasa begitu pahit sekali.

Aku betul betul takut.

Walau sebanyak mana pun aku pejam mata aku dan berdoa supaya apa yang aku lihat ini hanyalah sebuah mimpi buruk namun tatkala aku membuka semula mata aku ,

ianya semua menjadi realiti yang buruk.

Harapan aku musnah.

Mata aku mula berair. "A-apa yang aku patut lakukan ?"

Tiba tiba pintu utama tempat tersebut dikuak luas sehingga menghasilkan bunyi. Aku pantas mendongak wajah dan memandang tepat ke arah tersebut.

Beberapa orang yang berlainan jantina yang sudah pasti asing di pandangan aku , melangkah masuk secara seorang demi seorang dengan jarak berdiri antara seorang 1 meter.

Bagaikan sudah buat rehearsal secukupnya , mereka melangkah menghampiri meja tersebut dan terbahagi dengan dua bahagian.

Yang pertama menghampiri bahagian meja belah kanan manakala yang kedua menghampiri bahagian meja belah kiri dan mereka berdiri betul betul di belakang kerusi masing masing.

Aku hanya memerhati sahaja mereka.

Bila aku perhatikan betul betul , mereka langsung tiada muka....

Kesemua mereka memakai topeng berwarna putih yang sama. Manakala tubuh mereka pula disarungkan dengan jubah hitam yang besar.

"A-aku rasa aku macam pernah nampak benda ni..." suara aku perlahan.

Ya !

Jubah hitam , topeng dan tempat seperti ini...

Adakah mereka cuba untuk lakukan ritual pemujaan ? Ta-tapi memuja siapa ? Dan kenapa ?

Tiba tiba seorang lelaki dalam pakaian jubah berwarna merah tanpa menyarungkan topeng berwarna putih untuk menyembunyikan identitinya , melangkah masuk ke dalam tempat itu.

Lelaki itu dengan pantas mengambil tempat di sebuah kerusi yang diasingkan di meja tersebut. Hanya kerusinya sahaja satu satunya terletak di paling hujung bahagian tengah meja tersebut.

Sebaik sahaja lelaki itu duduk , mereka yang lain turut mengikutinya.

"Tunggu..."

Mata aku membulat.

"Lelaki itu...."

Mustahil !

Lelaki itu mengangkat wajahnya ke atas dan memandang tepat ke arahku. Mata aku dan saling bertembung buat seketika sebelum dia mula mengukirkan senyuman sinis kepada aku.

"Aku dah cakap , kali kedua aku jumpa kau , aku akan bunuh kau." Chanyeol tersenyum lebar.

Air mata aku mengalir deras.

Terkejut. Takut. Gerun.

Seluruh anggota tubuh aku langsung tak dapat aku rasa. Bahkan ingin menggerakan jari jemari sendiri pun aku tak mampu. Tubuh aku betul betul dalam kejutan tatkala melihat lelaki itu.

Insiden yang terjadi di hari aku hampir hampir mati kembali terngiang semula di dalam kotak fikiranku. Sumpah , aku langsung tak boleh nak lupakan apa yang berlaku pada hari itu !

"Kita berjumpa lagi ya , Miss Hickey ?" Chanyeol ketawa sinis.

Air mata aku membasahi wajahku.

"Ke-kenapa kau..." aku ketap bibir rapat. Tekak aku terasa sakit walaupun aku cuba untuk bersuara. "Ke-kenapa kau buat aku macam ni ?" suara aku serak.

Chanyeol ketawa.

Dipandangnya 6 orang di kanan dan 6 orang di kiri buat seketika yang daripada tadi masih setia menundukkan wajah mereka. Dia tersenyum sinis lalu membalas pandangan aku.

"Kau lupa ?" senyumannya mati. "Kau korban pemujaan kami."

Aku tersentak.

Walaupun bibir aku terbuka , namun sayangnya tiada satu perkataan pun yang aku mampu ungkapkan kepadanya ketika ini kerana aku betul betul terkejut...

Pe-pemujaan ?

Ko-korban ?

"Tapi kenapa... ?" akhirnya aku berani bertanya kepadanya.

Dia tersenyum.

"Sebab hanya kau seorang sahaja korban yang sesuai untuk tuan aku , Miss Hickey."

Selepas sahaja dia berkata begitu , obor obor api tersebut serta merta terpadam membuatkan keadaan di sekeliling menjadi gelap gelita dan aku langsung tak nampak apa apa.

Gelap.

Bulu roma aku serentak berdiri tegak tatkala disapa dengan angin dingin ketika itu. Peluh peluh dingin juga sudah pun membasahi tubuh aku yang menggigil tak henti.

Namun dalam keheningan ketika itu , sayup sayup dapat aku dengar suara beberapa orang sedang mengungkapkan sesuatu yang aku langsung tak faham.

Kedengaran seperti sebuah mantera.

Dilafazkan dengan nada yang mendatar dan tegas. Mantera tersebut kedengaran bagaikan bahasa kuno yang sudah lama tidak digunakan lagi tapi aku langsung tak faham.

Aku ketap bibir rapat.

Dalam kegelapan yang tiada penghujungnya , dan suasana yang menggerunkan ini membuatkan aku semakin takut dengan apa yang bakal berlaku kepada diri aku.

"Kim Taehyung...."

Hanya nama itu sahaja yang aku dapat ungkapkan ketika itu.

♡♡♡

Chanyeol mencapai segelas air berwarna merah darah itu. Digoyangkan gelas kaca itu perlahan lalu tersenyum sinis sebelum disisipnya perlahan makanan nya itu.

Tok ! Tok !

Pantas Chanyeol mendongak dan memandang ke arah pintu biliknya. Tak silap tadi dia dengar bunyi ketukan pada pintu. Ada orang datang nak jumpa dia ke ?

"Come in." arah Chanyeol.

Dalam sekelip mata Taehyung menolak pintu tersebut kuat sehingga pecah tercabut daripada posisinya sendiri. Dengan kepantasan bagaikan kilat , Taehyung berlari menghampiri Chanyeol.

Tangan kanannya pantas sahaja mencekik leher Chanyeol dan menolak belakang tubuhnya ke dinding sehingga menghasilkan bunyi yang kuat.

Gelas tersebut juga jatuh pecah berderai di atas lantai.

"Oho , Kim Taehyung-sshi" Chanyeol ketawa melihat wajah Taehyung.

Wajah yang begitu menggerunkan.

Tapi entah kenapa tatkala bersua muka dengan Chanyeol , lelaki itu langsung tidak menunjukkan sebarang rasa takut. Malahan dia merasakan pandangan Taehyung kelihatan begitu lucu sekali.

"Aku dah cakap... aku akan bunuh kau kalau kau sentuh dia."

Chanyeol tersenyum sinis.

"Jadi ? Kau nak bunuh aku pulak sekarang ?"

Tangan Taehyung mencekik leher Chanyeol dengan lebih kuat. "Kau sendiri tahu apa yang aku mampu buat."

Chanyeol ketawa.

Tangan kiri Taehyung yang berada di bawah dengan kuku panjangnya itu sudah bersiap sedia untuk mencakar wajah Chanyeol dan melakukan serangan terhadap lelaki itu.

"Aigoo... tapi macam mana eh ?" pandangan sinis Chanyeol berikan membuatkan dahi Taehyung berkerut.

Boleh pulak lelaki ni tak tunjukkan sebarang rasa takut terhadap Taehyung sedangkan dia sedia tahu Taehyung mampu membunuhnya.

"Sebelum kau bunuh aku , kau kena berhadapan dengan hickey kau dulu , Kim Taehyung."

"A-apa maksud kau ?"

Chanyeol mengukirkan senyuman sinisnya sebelum dia menjuihkan bibirnya ke arah suatu tempat membuatkan Taehyung pantas menoleh dan memandang ke arah tersebut.

Buat seketika , tubuh Taehyung terkaku.

Kelihatan Eun Haewon berada tidak jauh daripada posisi Taehyung dan Chanyeol berada. Namun bukan itu yang membuatkan Taehyung terkejut namun... diri Haewon.

Matanya yang berwarna merah.

Kukunya yang tajam.

Gigi taring yang menakutkan.

Urat urat biru yang kelihatan di leher dan wajahnya.

Tak ubah seperti vampire.

"A-apa yang kau dah buat dekat Haewon ?!" Taehyung menjengilkan mata ke arah Chanyeol.

Pandangan penuh rasa tak puas hati dan bengang ditujukan khas buat penyangak yang tak pernah tahu bila untuk berhenti menyemakkan diri di dalam hidupnya.

Chanyeol senyum sinis.

"Sebelum kau bunuh aku , kau kena hadap hickey kau dulu , Kim Taehyung." ujar Chanyeol sinis.

"Kau..." Taehyung ketap giginya rapat membuatkan rahangnya mula mengeras.

"Persoalannya.... boleh ke kau hadap dia dan bunuh dia , Kim Taehyung-sshi ?"

Senyuman penuh kemenangan Chanyeol tayang.

Dan kalini lelaki itu yakin , dia dapat tewaskan Kim Taehyung.

t o b e c o n t i n u e d

heyyy sorry sangat sebab lama tak update coz neul busy gile dengan urusan maktab and tak on langsung wattpad but issokay disebabkan dah pkp ni and neul ada masa nak menulis sooo neul akan update setiap hari macam biasa !

thank you the most for siapa yang still stay and baca ff ni , neul berterima kasih sangat sangat 🥺❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro