8 | my fake gun
CHAPTER EIGHT :
my fake gun
- - -
"Jadi , budak lembap ni memang kelemahan kau rupanya pfftt..." Wonwoo tertawa kecil. Cukup tidak menyangkakan gadis yang ditakutinya itu mempunyai kelemahan seperti iti.
Adakah ini cinta ?
Mungkin ya , tapi terlalu sukar untuk percaya Lee Yeon mempunyai perasaan cinta terhadap pelajar paling lembap dan bongok di dalam sekolah mereka. Siapa sahaja yang akan jatuh cinta dengan seseorang seperti Jeon Jungkook ?
Buta. Fikir Wonwoo di dalam hati.
"So , macam mana kau nak aku belasah dia , jagiya ?" soal Wonwoo sinis , perlahan melangkah perlahan menghampiri Jungkook yang duduk melutut lemah di hadapannya.
Vernon sedang berdiri di sebelah Jungkook. Memerhatikan sahaja lelaki lemah itu , menunggu arahan daripada ketuanya untuk membelasah Jungkook.
Manakala Mingyu di seberang sana sedang mengawasi Lee Yeon yang berdiri tegak di sebelahnya. Leher gadis itu juga dirangkulnya perlahan , memberi pandangan penuh mengejek kepada gadis itu.
Lee Yeon tidak membuka mulut untuk membalas apa apa terhadap kata kata Wonwoo. Hanya memberikan pandangan tidak beremosi kepada lelaki itu. Tidak menunjukkan walau sekalipun perasaan gerun terhadap tiga pembuli tersebut.
"Kenapa ? Kau fikir kau boleh ugut aku macam haritu lagi , hm ?" Wonwoo tertawa sinis. "Well , mungkin aku bodoh tempoh hari sebab takut dengan perempuan sialan macam kau."
Gelak tawa sinis Wonwoo serta merta terhenti. Dia mengangkat wajahnya perlahan dan merenung tajam tepat ke dalam anak mata Lee Yeon. Memberikan pandangan penuh menakutkan , namun tidak bagi gadis itu.
"Anni. Aku tak pernah takut dengan perempuan sialan macam kau." renungan redup dia berikan.
Lee Yeon masih memerhatikannya dengan pandangan tidak beremosi. Langsung tidak terkesan walaupun Jeon Wonwoo memberikannya pandangan membunuh dan ancaman menakutkan.
Takut ? Benda tu tak tertulis di dalam kamus hidup Lee Yeon.
Selama dia hidup , buat pertama kali dan terakhirnya dia merasakan takut ketika umur 4 tahun. Dan selepas itu , dia tidak lagi merasakan perasaan hina tersebut.
Kerana... hanya manusia yang takut dan gerun dengannya. Bukan Lee Yeon.
"Kau ugut aku kerana budak lembap ni kan haritu ? Nampaknya kau memang betul betul sayang dengan dia , tak sangka pulak aku."
Jungkook tersentak.
Wajahnya yang setia ditundukkan ke bawah pantas di angkat. Memandang ke arah Wonwoo dan Lee Yeon di hadapan silih berganti dengan pandangan keliru. Fikirannya betul betul keliru.
Jadi... kerana itu ke mereka merayu dan meminta maaf kepadanya ? Perasaan suka Lee Yeon kepadanya memang betul ? Tapi... apa yang Lee Yeon lakukan sehingga dapat menjatuhkan harga diri mereka bertiga ?
"So... sebelum aku belasah dia sampai mati , ada apa apa pesanan terakhir , Lee Yeon-sshi ?" soalnya sinis. Memberikan pandangan mengejek ke arah gadis itu.
Mendengarkan kata kata Wonwoo , perlahan gadis itu ukirkan senyuman sinis. Dia menunduk sebentar wajahnya ke bawah sebelum mengangkatnya semula seraya meraup perlahan rambut panjangnya ke belakang kepala.
Mata kelabunya merenung perlahan wajah Wonwoo , pandangan penuh seksi dari gadis cantik sepertinya.
"Hahh..." keluhhnya perlahan. "Kau banyak cakap. Aku yang tengok kau pulak rasa kering tekak." jeling gadis itu halus.
Wonwoo hanya diam.
Sejujurnya , lelaki itu masih takut. Namun disebabkan kedua rakannya ada , dia tidak mahu menyerlahkan ketakutan sedia adanya kepada mereka berdua. Hilang lah macho lelakinya nanti kalau begitu.
"Wonu-sshi... did you forget that i'm the most rich student here ?" dia mengangkat sebelah kening ke atas , memberikan pandangan sinis kepada Wonwoo.
"You know how scary rich people can be , right ?" Lee Yeon tersenyum sinis. "I could end you anytime , you know ?"
Wonwoo menelan liurnya kasar.
Segala kekuatan dan keberaniannya sebentar tadi serta merta lenyap tatkala mengingati semula ugutan penuh ancaman yang diberi Lee Yeon tempoh hari berkenaan nyawa ommanya yang akan diambil bila bila masa sahaja.
Hendak dibandingkan dengan Lee Yeon , Wonwoo tidak lah lahir dari keluarga yang kaya raya. Hakikat itu membuatkannya semakin gentar dan menyedari ianya merupakan kesilapan terbesar untuk dia mencari masalah dengan gadis itu.
"Dude , kau takut ke dengan perempuan ni ?" bahu Wonwoo ditepuk Vernon perlahan membuatkan lelaki itu menoleh untuk memandang wajah rakannya.
Wajah Wonwoo pucat. Gerun.
"Kalau kau orang takut , tak menjadi masalah buat aku. Hand him to me and semuanya akan settle. Tak perlukan pertumpahan darah pun untuk selesaikan masalah kecil ni." ujar Lee Yeon sinis.
Mingyu mengerutkan dahinya. Tangannya sudah pun dijauhkan dari leher gadis itu. "Apabenda perempuan ni mengarut ?"
"Kau fikir kitorang takut ? Sedar tak sekarang kau tu perempuan yang berhadapan dengan tiga orang lelaki yang lebih kuat dari kau ? Nak harapkan budak lembap ni , sampai mati pun dia tak boleh selamatkan kau , perempuan." Vernon berdecit sinis.
Mingyu ketawa kecil mendengar jenaka hakikat yang dilontarkan Vernon. Manakala Wonwoo hanya diam. Tidak langsung mampu mengungkapkan apa apa kata. Pucat lesu wajahnya.
Senyuman Lee Yeon perlahan lahan mati.
Kalini , tiada emosi dan perasaan seperti tadi. Hanya pandangan kosong diberikan kepada ketiga tiga lelaki itu. Tidak menunjukkan sebarang rasa takut terhadap mereka.
Lee Yeon mengeluh perlahan. "Sometimes violence is a must for those who don't understand shits im talking."
Mereka hanya memandangnya sinis. Kedua Vernon dan Mingyu hanya memandang rendah terhadap gadis kaya di hadapannya. Manakala Jeon Wonwoo... sudah tidak mahu berada di situ lagi. Dia takut jikalau Lee Yeon akan membuat sesuatu di luar jangkaan.
Sling bag putih yang sempat dibawanya bersama keluar ke kawasan bumbung itu ditarik dekat dengannya sebelum dia memasukkan tangan ke dalam beg itu. Mereka bertiga hanya memerhatikan Lee Yeon teliti.
Termasuk Jeon Jungkook di belakang.
Sepucuk pistol berwarna hitam dengan ruang pegangannya diukir dengan ukiran bunga kecil dikeluarkan. Lee Yeon memegangnya erat lalu perlahan membeleknya. Memberi renungan redup kepada senjata kegemarannya.
Mata mereka semua membulat.
Walaupun mereka tahu bahawa gadis bertubuh kecil itu sedang memegang sepucuk pistol , namun tetap mereka cuba untuk menyedapkan hati bahawa pistol itu palsu. Lagipun , manusia normal mana sahaja yang akan membawa senjata ke mana mana , kan ?
"Y-yah... kenapa kau keluarkan pistol mainan tu pulak ? Pfftt... kau fikir sekarang waktu sesuai untuk main permainan polis dan perompak ke ?" Mingyu ketawa. Namun jelas Lee Yeon dapat merasakan perasaan gemuruh dari gelak tawa lelaki di sebelahnya.
"Hmmm... palsu." Lee Yeon mengumam perlahan.
Mereka bertiga sudah memandang antara satu sama lain. Mereka tahu , dari rupa pistol itu tampak terlalu real. Mustahil ianya palsu. Namun lagi mustahil jikalau gadis seperti Lee Yeon mampu membawa senjata terlarang itu ke sekolah !
Mata Jungkook membulat besar. Dia juga turut tidak dapat mempercayai mata sendiri.
"Kau nak buktikan ke sama ada pistol ni betul atau palsu , Mingyu-sshi ?" soal Lee Yeon polos , memberi pandangan cukup tak bersalah.
Mingyu menelan liurnya kasar tatkala sepasang mata kelabu gadis itu mula menatap lembut matanya. Dan entah kenapa , renungan lembut diberi gadis itu terasa agak... panas.
Betul betul membuatkan lelaki itu gementar.
"A-apa yang kau..." tersekat sekat suara Mingyu , terlampau gemuruh untuk menyusun ayat dengan betul.
Perlahan Lee Yeon menjarakkan sedikit tubuhnya dengan Mingyu lalu tangannya didepa perlahan , menghala muncung pistol betul betul di hadapan wajah Mingyu. Mata Mingyu membulat besar.
"Kau janji nak buktikan yang pistol ni palsu ataupun tidak , bukan ?" perlahan picu pistol ditarik.
Seluruh anggota tubuh Mingyu sudah menggeletar dahsyat. Kedua dua tangannya diangkat pantas paras telinga sendiri. Terlampau takut sehingga dirinya sendiri tidak sedar dia sudah pun bertindak tidak punya harga diri di hadapan mangsanya sendiri.
Lee Yeon tersenyum sinis. "Wonu-sshi..."
Wonwoo tersentak.
Perlahan gadis itu memusingkan wajahnya ke tepi , memberi eyesmile comelnya ke arah lelaki berwajah pucat itu. "Nak buat taruhan dengan aku tak ?"
Perlahan Lee Yeon memusingkan semula wajahnya ke arah Mingyu di hadapan. "Dalam baby comel aku ni , ada tiga peluru segar. Nak buat taruhan sama ada tembakan yang aku lepaskan ni punyai peluru ataupun tidak ?"
Wonwoo tersentak.
Bukan sahaja dia , malahan Vernon dan Jungkook sekali. Mereka berempat terlalu terkejut dengan permainan jenaka yang diutarakan gadis gila di hadapan mereka.
Nampaknya gelaran perempuan gila buat Lee Yeon bukan lah saja saja dibuat.
Lee Yeon tertawa kecil. Menoleh semula ke arah Wonwoo untuk mendapatkan jawapan. "Deal ?"
"Lee Yeon kau--"
PPOMM !
Serentak mereka yang berada di atas bumbung itu jatuh terduduk ke bawah sambil kedua belah telinga mereka ditekup erat. Terlampau terkejut dengan bunyi kuat yang baru sahaja dihasilkan oleh perempuan gila itu.
Perlahan lahan mata Mingyu dibuka. Berderau darahnya tatkala menyedari tubuhnya tidak langsung ditembak mana mana. Menyedari dirinya juga sudah pun jatuh terbaring di atas lantai kerana terkejut.
Perlahan dia mengangkat wajah dan memandang ke arah gadis yang masih berdiri tercegat di hadapannya. Sambil tangannya yang dijulang ke atas bersama sepucuk pistol berwarna hitam.
Dia melepaskan tembakan di udara.
Perlahan menguntumkan eyemsile comel terhadap Mingyu yang sudah pun mengalirkan air mata ketakutan. "Macam mana ? Pistol aku masih nampak palsu ke ?"
- - -
Senyap.
Lee Yeon berjalan di hadapan manakala Jungkook berjalan dua langkah di belakang. Tidak seiring. Manakan tidak , selepas apa yang disaksikannya sebentar tadi , dia menjadi terlampau takut dengan gadis itu.
"Jungkook-ah."
Langkah Lee Yeon serta merta terhenti membuatkan langkah lelaki yang mengikutinya di belakang itu juga turut terhenti. Perlahan Jungkook mengangkat wajahnya dan memandang ke arah tubuh Lee Yeon yang berdiri membelakanginya.
Perlahan gadis itu memusingkan tubuhnya , menghadap Jungkook. Tatkala mata mereka bertembung , pantas Jungkook tundukkan semula wajah ke bawah. Pandangan mata Lee Yeon... terlalu panas.
"Kenapa kau berkelakuan macam ni ?" soal gadis itu lembut namun Jungkook langsung tidak membalas. Masih sedaya upaya cuba untuk melarikan pandangan.
Walaupun hakikatnya bahawa ada mata mata di sekelilingnya yang sedang memerhatikan mereka di koridor kelas itu , namun dipedulikan sahaja buat Lee Yeon. Perkara utama baginya ketika itu hanyalah Jeon Jungkook.
Lee Yeon mengeluh perlahan.
Perlahan dia mendekatkan tubuhnya dengan Jungkook. Jungkook tidak menjauh , hanya berdiri tegak di situ. Tangan gadis itu memegang lembut wajah Jungkook sebelum perlahan jarinya menolak dagu lelaki itu ke atas , membuatkan pandangan mereka saling bertemu.
Mata Jungkook berkaca. Bukan sedih. Namun penuh ketakutan.
Riak wajah Lee Yeon berubah. "Jungkook--"
"A-aku takut... dengan kau."
Lee Yeon terdiam.
"Ma-macam mana seorang pelajar macam kau boleh bawak senjata berbahaya seperti tu ke sekolah ? A-aku tahu kau kaya tapi itu bukannya tiket percuma untuk kau buat sesuka hati kau." suaranya kedengaran begitu bergetar.
Keadaan hening buat seketika. Hanya kedua mata mereka saling berbicara antara satu sama lain sebelum perlahan Lee Yeon tersenyum lalu tertawa kecil membuatkan dahi Jungkook berkerut. Apa dia ada buat sebarang jenaka ke ?
"Maksud kau , kau takut dengan pistol tadi tu ?" dia tertawa kecil masih membuatkan Jungkook memandangnya hairan.
"Jangan risau , aku tahu batasan aku di mana. Lagipun tu bukannya pistol betul pun. Tu hanya replika yang dibuat dengan metal sebenar. Macam design olok olok yang nampak real tapi tak bole insert peluru pun."
Dahi Jungkook berkerut. "Tapi bunyi tadi tu..."
Gadis itu tertawa. "Mungkin sebab kau orang semua terlampau takut dengan apa yang aku cakap tadi sampai tak sedar aku ada tekan bunyi sound effect yang aku simpan dalam phone dekat beg aku tadi."
Jungkook terdiam.
Terus kehilangan kata kata tatkala mendengar penjelasan tenang gadis itu. "Ta-tapi kenapa kau bawa replika tu ke sekolah ? I-ianya mampu menimbulkan salah faham tau tak."
"Well I guess for my own protection. Lagipun kau tak boleh jamin budak budak sekolah kau tak mencuri. Memandangkan aku budak paling kaya kat sekolah ni mungkin aku akan jadi sasaran dicuri utama. Bila diorang nampak pistol dalam beg aku mungkin diorang takkan berani nak mencuri."
Sekali lagi Jungkook terdiam , kehilangan kata kata.
Lee Yeon mengukirkan senyuman manis. Tangannya perlahan mengusap rambut lelaki itu. "Okay gotta go now. Aku nak pergi locker untuk ambil buku next class kita , byebye si comel !"
Belim sempat Jungkook ingin mengatakan apa apa , gadis itu sudah pun memusingkan tubuhnya ke belakang lalu mengatur langkahnya menjauhi lelaki itu. Jungkook hanya diam dan perhatikan Lee Yeon yang semakin hilang dari pandangan.
Di seberang sana.
Gadis berambut merah jambu yang sedang berjalan membelakangi Jeon Jungkook , pantas mematikan senyuman manisnya. Memaparkan pandangan tiada emosi dan perasaan. Hanya pandangan kosong.
"Buat apa pulak aku bawak replika palsu ke sekolah sedangkan tujuan aku bawak pistol sebenar untuk tembak sesiapa sahaja yang menjengkelkan ?"
- t o b e c o n t i n u e d -
grrr actually neul pikir nak double update tapi disebabkan beberapa hal tertentu me cannot buat double update 😭 anyway neul memang nak bagitau sangat sangat dekat readers yang comment korang semua buat neul gembira baca 🥺 thank you so much sudi baca ff ni ☺️💗
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro