Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

30 | the truth about her


CHAPTER THIRTY :
the truth about her

- - -

! HOT NEWS !

" Betul ke news kat portal sekolah tu ?"

" Sumpah la minah tu buat plastic surgery ?"

" Weh buruk siot muka dia , memang patut la dia buat pembedahan "

" Euw dia always berlagak cantik padahal sampah je muka "

" Wow , bila kau ada duit semua benda kau boleh buat "

Kedua dua langkah Lee Yeon dihentikan serta merta. Sebelah kening dijungkitkan ke atas , memandang hairan segenap ruang koridor yang dia lalui ketika itu. Beberapa pelajar sekolahnya yang lain sedang tertawa dan berbisik antara satu sama lain.

Yang membuatkannya agak hairan tatkala mereka memberikan satu pandangan serong kepadanya. Seolah dia merupakan satu satunya karakter paling jijik yang pernah hidup di dalam dunia ini.

Lee Yeon menggulingkan matanya ke atas , melibas perlahan rambut panjang merah jambunya. Malas ingin mengambil tahu tentang hal yang terjadi di persikatarannya. Lagipula , hal hal seperti itu sudah pasti tidak penting sama sekali.

Lee Yeon. Sentiasa berdiri dengan prinsip ' I don't give a fuck' nya.

Jejak sahaja ke dalam kelasnya , satu kelas yang tadinya bising bagaikan sedang mengadakan parti ulang tahun seseorang serta merta menjadi sunyi sepi bagaikan kubur yang sunyi tanpa seorang tetamu.

Dan ianya menjadi sunyi tatkala kesemua ahli kelas termampak Lee Yeon yang berada di muka pintu kelas.

Namun mereka langsung tidak memberikan pandangan yang selama ini mereka beri. Yang pada awalnya mereka memberi pandangan takut bahkan bertentang mata dengan gadis berambut merah jambu itu juga mereka tidak berani.

Namun pada ketika itu , kesemua ahli kelasnya memandang serong dan jijik ke arahnya. Sebabnya ? Gadis bermata kelabu itu juga tidak tahu menahu.

Mungkin kita boleh ketepikan seorang lelaki.

Kim Taehyung yang sedang duduk berpeluk tubuh di tempat duduknya. Sepasang matanya memandang simpati ke arah Lee Yeon yang masih memberi pandangan kosong ke seisi kelasnya pada ketika itu.

Lee Yeon tidak pernah mengambil kisah tentang pandangan yang diberi mereka kepadanya. Matlamatnya memerhati seisi kelas pada ketika itu hanya untuk mencari kelibat Jeon Jungkook , teman lelaki kesayangannya.

Namun hampa , Jungkook tiada di dalam kelas.

"Mana dia pergi...?" Lee Yeon berbicara perlahan , sedikit sedih.

Gadis itu terus melangkah ke tempatnya. Walaupun desas desus ahli kelasnya kedengaran , namun tidak sebarang ayat pun dia mahu mengambil tahu. Baginya perkara perkara yang dibualkan mereka sudah pasti tidak penting.

Buat apa Lee Yeon ingin mengambil kisah tentang mereka yang tidak penting di dalam hidupnya , bukan ?

Duduk sahaja di atas kerusi , telefon pintar pantas dikeluarkan dari dalam sling bag berwarna putihnya. Sementara menunggu Jungkook tiba ke kelas , apa kata kita bodek Lee Soo belanja wine ke apa en.

Ting !

Baru sahaja Lee Yeon ingin mencari contact abang pertamanya , notifikasi mesej masuk di dalam group chat kelasnya menarik perhatian. Entah apa yang dirasanya pada ketika itu , buat pertama kalinya Lee Yeon memuka group chat kelas.

Selama ini dia hanya buat buat tak wujud sahaja group chat itu. Hanya menggunakan alasan nak masuk group sebab nak dapatkan nombor telefon Jungkook sahaja. Tapi entah kenapa... hari ini dia buka chat tersebut.

Lee Yeon tersentak.

alpha class group chat :

mina : heol , aku jijik betul tengok muka dia

yikyung : aku dengar dia memang slut. agak agak kalau aku jual dia untuk dapat duit , on tak ? psh

jihyo : selama ni dia pakai topeng je untuk jumpa semua orang lmao

momo : tula orang cakap , perempuan buruk ni semua perangai buruk mana ada perempuan cantik perangai buruk

john : mungkin dia fikir dengan muka ' palsu ' dia tu , dia boleh dapat semua benda yang dia nak

chae : pfftt aku tak sangka selama ni aku insecure dengan rupa dia padahal rupa dia tu fake je

bobby : apahal semua perempuan desperate nak jadi cantik ek ?

song : orang kaya en memang senang ah dorang

dahyun : gamaknya dia desperate nak attention tu yang sampai bedah muka lmao

sana : euw layak ke dia dapat attention dengan rupa palsu dia tu ?

hyo : kalau aku jadi dia , dah lama aku berhenti sekolah

jongin : fuck off , plastic surgery monster .

Lee Yeon memandang kosong skrin telefonnya. Tidak sesekali pun berganjak dari tempat duduknya. Membaca dengan teliti apa yang mereka sedang bualkan. Hanya manusia yang tidak bijak sahaja takkan tahu apa yang mereka sedang bincangkan.

Walaupun mereka tidak menyebut nama Lee Yeon , namun ianya jelas mereka sedang memaksudkan gadis itu.

Perlahan Lee Yeon mengangkat wajah , memberi pandangan tidak beremosi ke semua ahli kelasnya yang sibuk menaip sambil memandangnya di tempat duduk dengan pandangan sinis.

Sebelum sempat mereka bermaharajelala mengumpat gadis berambut merah jambu itu , pantas gadis itu bangkit berdiri dari tempat duduk membuatkan semua ahli kelasnya memandang ke arahnya serentak.

Lee Yeon tidak membalas pandangan mereka. Hanya mengatur langkahnya perlahan menuju ke hadapan kelas , ke arah meja guru yang terletak elok di bahagian hadapan kelas. Gadis itu berdiri di pusat kelas.

Seisi kelas memerhatikan gadis itu tanpa sebarang kata. Termasuk Kim Taehyung yang masih berpeluk tubuh.

Lee Yeon memandang seisi kelas sebentar sebelum telefon pintarnya dicampak pantas ke lantai membuatkan rakan rakan kelasnya yang lain terkejut. Tersentak dengan perbuatan gilanya secara tiba tiba.

Tidak cukup dengan itu , telefon pintarnya dipijak berkali kali kuat. Membuatkan setiap mata yang sedang memandangnya pada ketika itu membulat besar , terkejut dengan tindakan hilang akal merosakkan telefon sendirinya itu.

"Aigoo... seperti yang kau orang tengok , telefon aku dah rosak." keluh Lee Yeon perlahan , membuat mimik wajah sesedih yang mungkin.

Perlahan dia mengangkat wajah ke atas , memandang seisi kelasnya , memberi renungan panas pada setiap mata yang sedang memerhatikannya dengan pandangan cukup terkejut. Mereka juga langsung tidak mampu berkata apa apa.

"...jadi kalau kau orang ada benda yang nak cakap dekat aku , cakap depan muka aku. Jangan jadi pengecut mengutuk aku di belakang." renungan tajam diberi.

Membuatkan setiap bulu roma manusia yang berada di kelas pada ketika itu serentak berdiri tegak. Menghantar signal maut.

Lee Yeon memusingkan tubuhnya ke tepi , baru sahaja dia ingin melangkah ke tempatnya semula , langkahnya terhenti tatkala sepasang mata kelabunya bertemu dengan sepasang mata hazel milik Jeon Jungkook yang kini berdiri di muka pintu.

Memandang wajah Lee Yeon dengan pandangan terkejut. Namun setelah tahu apa yang terjadi , pandangannya berubah ke pandangan penuh simpati.

Lee Yeon terdiam.

Buat pertama kalinya , dia rasa begitu benci dengan diri sendiri pada ketika itu. Lee Yeon amat merasakan dia kelihatan menyedihkan di pandangan mata teman lelakinya , Jeon Jungkook.

Lee Yeon langsung tidak mengatakan apa apa kepada Jungkook , gadis itu pantas melangkah keluar dari kelas , menghiraukan Jungkook yang masih memberikan pandangan simpati terhadapnya.

"Lee Yeon !"

Jungkook menghentikan langkahnya. Baru sahaja dia berfikiran ingin mengejar teman wanitanya dan bertanyakan keadaan gadis berambut merah jambu itu. Namun , pada ketika itu , Jeon Jungkook sedar.

Gadis itu , tidak mahu menoleh untuk memandang ke arahnya.

- - -

"Iya betul , aku tak tipu. News kat portal sekolah tu memang betul. Aku sendiri yang carikan gambar muka buruk dia tu dekat bidodata peribadi sekolah lama dia tu. Iyaaa..." Vernon tertawa kecil tatkala menjawab panggilan rakannya yang lain.

Sudah pasti Vernon tahu tentang hal itu memandangkan dia juga merupakan dalamg suruhan Hanju. Entah apa yang ditawarkan Hanju kepada lelaki itu sehingga dia bersetuju untuk sama sama jatuhkan reputasi Lee Yeon.

Mungkin dendam terhadap gadis yang pernah mengancamnya suatu ketika dahulu masih tersemat di dalam hati.

Vernon menolak daun pintu bilik air , langkahnya pantas sahaja diaturkan menuju ke arah sinki tandas pelajar lelaki. Telefon pintar yang sejak dari tadi dipegang kini ditekup ke telinga belah kirinya pula.

Telefon tersebut diapitkan dengan telinga dan bahunya manakala kedua dua belah tangannya diletakkan di dalam sinki untuk dibasuh. Memandangkan lelaki itu baru sahaja keluar dari kubikel tandas.

"Yah , kau tak percaya aku ? Kau fikir aku bermain ke ? Satu sekolah dah tahu muka buruk dia tu. Nak berdalih apa lagi ? Apa dia fikir dia tu cantik sangat lah ? Padahal siot je muka."

Vernon tertawa kecil.

"Entah entah khabar angin pasal dia tu fuckgirl pun betul tak ? Yelah , kalau dah muka buruk , mesti dia nak tunjuk yang dia ada kelebihan jugak kan ? Entah entah dia dah bermalam dengan ramai lelaki tu yang lelaki semua tunduk dekah dia." terkekeh kekeh Vernon.

Puas hatinya melepaskan segala kegeraman terhadap gadis berambut merah jambu itu. Itulah , dulu bukan main berlagak menguggutnya bukan main. Habis hilang machonya.

"Eo ? Jungkook ? Budak lembap yang dia suka tu ? Pfftt... tah tah Jungkook tu punya dick besar sangat kot sampai dia ketagih. Fuckgirl memang macam tu. Dalam mimpi jelah dia suka betul betul. Tu mesti dia ketagih bermalam dengan Jungkook tu-"

BBUM !

Bahu Vernon terhinjut laju. Disebabkan terlampau terkejut dengan bunyi kuat yang dihasilkan , telefon yang ditahannya menggunakan bahu dan telinga sendiri turut terjatuh di atas lantai. Lelaki itu mencarut perlahan.

"Ah ssibal..."

Telefon yang sudah terpadam jatuh di atas lantai dipandang dengan pandangan menjengkelkan sebelum perlahan lelaki itu mengangkat wajah. Merenung tajam ke arah satu figura seorang lelaki berambut perang.

"Kau apahal ?" dahi dikerutkan , memandang tajam ke arah figura tersebut.

Lelaki berambut perang yang kini sedang memandang kosong ke arahnya. Memberi pandangan penuh tiada emosi. Makin membuatkan Vernon hairan , sudah kenapa pula pelajar baru itu ingin memandangnya sebegitu ?

"Kau memang nak mati ke ?" Vernon mula bercekak pinggang , memandang Taehyung tidak puas hati.

"Jadi... kau la anjing suruhan Hanju ?" sebelah kening dijungkitkan ke atas , memandang ketat wajah lelaki asing di hadapannya.

Vernon mengerutkan dahinya. "Kau apahal ? Dah kenapa pulak kau nak sibuk ni ?"

"Aku tanya..." perlahan Taehyung merenung tepat ke dalam anak mata Vernon. Memberi pandangan yang cukup menakutkan sehingga Vernon dapat merasakan seluruh bulu romanya berdiri tegak. "...kau ke yang buat apa yang Hanju suruh ?"

Vernon terdiam.

Entah mengapa sebelah tangannya mula menggeletar. Disebabkan tidak mahu kelihatan seperti seorang penakut di hadapan pelajar baru itu , pantas Vernon menyembunyikan tangannya di belakang. Dia perlu bergalak kuat !

"K-kau apahal ? Menjengkelkan betul."

Baru sahaja Vernon ingin melangkah pergi meninggalkan tandas tersebut , belum sempat dia jalan melepasi tubuh Taehyung , lelaki bermata coklat itu pantas menahan Vernon menggunakan tangannya.

Mencengkam kuat leher Vernon membuatkan mata lelaki itu terbelalak luas tatkala dicekik sebegitu. Belum sempat Vernon ingin membuat apa apa , tubuhnya ditolak kuat ke dinding. Vernon mengerang sakit tatkala belakang badannya berlanggar dengan dinding.

Cengkaman kuat pada lehernya membuatkan dia seperti hendak muntah pada bila bila masa sahaja.

Taehyung mencengkam leher lelaki di hadapannya kuat. Perlahan mendekatkan wajahnya dengan wajah penuh kerutan Vernon. Memandang lelaki di hadapannya dengan pandangan mata penuh marah dan dendam.

Sejujurnya , dia tidak pernah mengenali siapakah lelaki yang ingin diserangnya di hadapan mata. Namun tatkala mendengar perbualan lelaki itu bersama rakannya di hujung talian berkenaan gadis yang dicintainya , Kim Taehyung hilang arah.

"Y-yah..." Vernon memejam mata rapat , mengerang sakit.

Entah mengapa lelaki itu tidak mampu langsung melepaskan dirinya dari cengkaman Taehyung. Walau sekuat mana dia lakukan , hakikat kudrat Taehyung lebih kuat berbanding dengan dirinya.

"You've gotta be kidding me pfftt..." Taehyung tertawa sinis menampakkan barisan gigi putihnya.

Vernon menelan liurnya perit. Sekali pandang wajah Taehyung pada ketika itu , tak ubah seperti wajah seorang pembunuh psycho yang ingin membaham mangsa mereka di setiap movie yang pernah ditontonnya.

"Before I teach you some lesson... mind to ask me something , your human bastard ?" sinis lelaki itu menyoal. Senyuman nakal tak lekang di wajahnya sendiri.

Terkebil kebil Vernon melihat perubahan drastik di wajah Taehyung. Lelaki kacak yang digemari pelajar perempuan di sekolahnya berubah seratus peratus. Daripada seorang putera istana berubah menjadi seorang pembunuh bersiri.

"A-a... ke-ke..napa ? A-apa... k-kau buat..." sukar bagi Vernon untuk berbicara memandangkan lehernya sudah dicengkam kuat tidak mahu dilepaskan Taehyung.

Taehyung tersenyum sinis.

"Kau sakiti dia. Dan aku takkan sesekali biarkan sumber kesakitan dia hidup dengan aman."

Sebaik sahaja dia berkata begitu , leher Vernon mula dicekik kuat. Bahkan Kim Taehyung juga tidak kisah jikalau Vernon mati dicekik olehnya di dalam tandas pada ketika itu.

Pada ketika ini , dendamnya lebih penting.

- t o b e c o n t i n u e d -

as someone yang pernah kena kutuk dalam group chat batch sebab rupa buruk sendiri , yes situation lee yeon fucking hurt :(( idk why neul buat lee yeon ni macam resembles myself but in the way character dia badass and high above from me :)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro