Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

3 | sticky note

CHAPTER THREE :
sticky note

sepatutnya harini takde update tapi sebab nak ganti selasa haritu neul tak publish siap siap so here you go , anothere chapter ! anyway , enjoy reading ngee~

- - -

J U N G  K O O K

" budak lelaki tu la kan yang pembuli terkenal sekolah kita melutut depan dia tu ?"

" apa nama dia weh ?"

" bukan budak tu budak lembap ke ? loser halimunan kat alpha class ?"

" apa yang dia buat sampai wonwoo pi melutut depan dia ?"

" woah , kentang macam dia pun boleh nampak gempak aku ni cane pulak ?"

Langkah aku serta merta terhenti.

Aku melepaskan keluhan berat. Kedua dua belah mata dipejam rapat sambil dahi dikerutkan perlahan. Sepanjang jalan di koridor ni aku dapat dengan desas desus dari pelajar lain berkenaan aku.

Lepas insiden tak dijangkakan yang berlaku di dalam kelas aku tadi , satu sekolah mula kecoh berbualkan tentang aku. Semua orang tertanya tanya kenapa geng 3 orang tu melutut dan meminta maaf dekat aku.

Aku ? Aku lagi lah tertanya tanya !

Apa semalam Tuhan bagi balasan dekat dorang ke sampai harini bertaubat dan terus meminta maaf dan merayu rayu dekat aku pagi ni ? Huh , tak faham betul !

Aku melepaskan keluhan buat sekali lagi lalu terus mengorak langkah menuju ke arah bahagian lockerku. Buku buku yang aku pegang ni aku nak kena simpan dalam tu.

"Lepasni ni kelas bahasa. Memang tidur lah jawabnya aku." omelku sendiri.

Langkah aku serta merta terhenti betul betul di hadapan lockerku.

Namun yang menarik perhatian aku sekarang , sekeping sticky note yang ditampal di permukaan pintu lockerku. Nota yang ditulis dengan tulisan tangan yang begitu unik , aku yakin ni tulisan perempuan.

Sudah hampir seminggu aku menerima sticky note seperti ini , tapi sampai sekarang aku tak tahu siapakah pengirim kertas itu.

Perlahan aku mencapai sticky note tersebut. Mata aku memerhatikan setiap bait perkataan yang ditulis kemas di atas sticky note itu. Langsung tidak membiarkan satu kesilapan pun yang berlaku.

' good morning , have a nice day ! '

Aku perlahan tersenyum segaris.

Mungkin sebab aku tak pernah berpengalaman dalam percintaan , jadi aku agak suka menerima sticky note seperti ini. Terasa seperti ada seorang perempuan yang memendam perasaan terhadap aku dalam diam.

Aku pedulikan sahaja , pintu locker terus dibuka dan aku mula menyusun buku buku ke dalamnya. Belum sempat aku ingin menutup semula pintu locker tersebut , gerakan aku terhenti.

Mata aku membulat.

Terdapat sekeping lagi sticky note berwarna kuning yang ditampal di sebalik pintu lockerku. Di mana ianya di bahagian dalam locker aku yang dikunci dan hanya aku sahaja yang tahu kata laluannya.

"A-apa yang..." dahi aku mula berkerut. Riak wajah aku berubah.

Pantas tangan aku mencapai sticky note tersebut. Memerhatikan semula bait perkataan yang ditulis. Seperti yang aku agak , tulisan unik ini merupakan tulisan yang sama.

Ianya datang dari orang yang sama.

' you have no fun . sepatutnya kau minta diorang buat seperti apa yang aku suruh tadi . baru lah menarik :P '

Aku tersentak.

Berderau darah aku buat seketika tatkala membaca ayat tersebut. Mata aku membulat besar. Aku menggosok kedua belah mata sendiri buat seketika sebelum membacanya semula.

Cuba untuk menyakinkan diri aku yang aku salah baca , namun walau macam mana pun aku cuba , perkataan yang tertera masih tidak hilang dari sticky note itu.

Ternyata , aku tak bermimpi mahupun berangan di pagi hari ketika ini.

"Kenapa..."

Jantung aku sudah mula berdenyut laju. Perasaan kurang enak mula bertandang di dalam tubuh aku. Terasa seperti seluruh bulu roma aku berdiri tegak , menghantar signal seram sejuk.

Dan di ketika itu , sepasang mata kelabu yang aku cukup kenal berlegar sekilas di dalam minda aku.

"Mustahil."

- - -

"Argh , malang betul hari aku." aku mengeluh perlahan.

Disebabkan semalam aku terlalu tertekan selepas dipukul geng Wonwoo , aku terus tertidur dan bangun agak lewat. Hasilnya , aku tak sempat nak siapkan bekalan makanan untuk lunch harini.

Dompet aku keluarkan dari dalam beg. Melihat isi dalamnya. Tidak lah bayak duit tapi boleh kot beli sedikit makanan ringan. Haih , sepatutnya ni duit poket aku untuk weekend ni.

Memandangkan aku kerja part time nanti. Tapi takpelah , nak buat macam mana. Urgent.

Waktu lunch dah tiba dan budak budak kelas aku semuanya sudah berganjak pergi meninggalkan kelas. Masing masing mula menyerbu kawasan cafeteria sekolah.

"Aku dah lah tak suka pergi cafeteria , haih..." keluh aku sekali lagi.

Sambil berjalan menuju ke cafeteria , aku bermonolog sendirian. Bila difikirkan semula , berkenaan sticky note pagi tadi , aku masih tak dapat nak lupakan.

Aku terima sticky note ni sehari selepas diary aku hilang. Pada awalnya , aku fikir sticky note tu orang tersalah bagi ataupun ada yang cuba mengenakan aku. Jadi aku buat tak ambil kisah.

Tapi makin lama , makin kerap pula aku dapat sticky note tu. Aku akuinya , tulisannya sangat unik. Tapi aku tahu tulisan itu pasti tulisan perempuan takkan pula lelaki.

Ada gay dekat sekolah aku yang menaruh perasaan dekat aku ke ?

Dan... pengirim sticky note tu tau tempat belajar aku di mana , locker aku di mana , rumahku di mana dan tempat kerjaku di mana. Seolah olah dia tahu segalanya tentang aku.

Agak menyeramkan , tapi aku cuba untuk bertenang.

Dan selepas menerima sticky note di dalam locker tadi , aku mendapat satu firasat buruk. Terutamanya tentang kemungkinan empunya sticky note itu merupakan seseorang yang aku kenal.

Dan dia...

"Jeon Jungkook."

Langkah aku serta merta terhenti. Wajah aku yang setia ditundukkan ke bawah mengeras begitu juga seluruh anggota tubuh aku terkaku. Mata aku membulat.

Pantas aku mengangkat wajah.

"Boleh kau tolong basuhkan botol ni ? Nanti letak dekat atas meja aku. Aku nak kena jumpa dengan Mr. Ha sekejap , bole ?" wajah polos Yuju tayang.

Aku menghela nafas lega.

Fikir aku tadi , di hadapan aku merupakan Lee Yeon. Kerana entah mengapa bulu roma aku serentak tegak. Nasib baik... Tapi kalau Lee Yeon ada depan aku pun , buat apa aku nak takut ?

Melihatkan aku yang langsung tidak memberi sebarang balasan , Yuju terus menarik tangan aku dan meletakkan botol airnya di atas tapak tanganku. Senyuman manis diberi.

"Tolong tau !"

Belum sempat aku nak balas apa apa dekat dia , dia dah berlari pergi meninggalkan aku. Aku hanya melepaskan keluhan berat.

- - -

"Sejak bila pulak budak kelas aku mula tahu aku wujud ni ?" omelku perlahan sambil tangan dari tadi ralit membasuh botol air tersebut.

Baru sahaja aku ingin mengangkat wajah untuk memandang cermin , gerakan aku terhenti buat seketika. Riak wajah aku mula berubah. Tubuh aku terkaku.

' baby , lain kali jalan tu pandang depan jangan pandang bawah je terlanggar orang nanti !'

Aku terkedu.

Sticky note kuning tu....

Aku pantas melepaskan botol air itu di dalam sinki. Tubuh aku dipusingkan ke belakang , kepala ditoleh ke kiri dan ke kanan berulang kali , memerhatikan sama ada , ada orang lain atau tidak di dalam tandas ini.

Setahu aku... hanya ada aku di dalam tandas ini.

Seluruh bulu roma aku sudah berdiri tegak. Terasa seakan akan aku sukar untuk bernafas buat seketika. Aku... tak pernah rasa setakut seperti ini.

"Apa yang..."

- - -

"Okay semua , next week teacher akan buat test untuk bab 5 tau so pastikan kamu semua study elok elok , okay ?" pesan Miss Jo ceria.

Budak kelas aku yang lain sudah mula merungut mendengar pesanannya. Siapa sahaja di dalam dunia ini yang sukakan test mengejut seperti ini ? Orang gila sahaja yang suka.

Namun ketika itu , perhatian aku langsung tidak ditumpukan kepada Miss Jo yang tak sudah melayan anak muridnya merengek tidak mahu menghadapi ujian.

Tumpuan aku kini hanya satu , Lee Yeon.

Perempuan pelik yang duduk di meja paling hadapan sekali. Dengan senyuman lebarnya , memberikan fokus sepenuhnya terhadap apa yang dikatakan Miss Jo.

"Aku... ada firasat yang buruk tentang perempuan tu." ujarku perlahan sambil sepasang mataku tak lepas dari memerhatikannya.

Waktu rehat tadi , sesuatu yang aku tak jangkakan sekali lagi berlaku.

Disebabkan mood aku terus hilang dek kerana sticky note yang entah macam mana boleh tertampal di cermin bilik air pelajar lelaki , selera aku nak makan terus hilang. Walaupun perut aku dah berkeroncong , aku tetap ketepikan rasa lapar.

Aku... agak terkejut. Dalam masa yang sama , rasa seram.

Dan lunch tadi , pengetua sekolah datang ke kelas aku untuk berjumpa dengan aku sampaikan budak budak kelas aku dan pelajar satu tingkat yang sama juga turut melihat aku dengan pandangan ingin tahu.

Aku juga turut hairan kenapa lelaki berpangkat tinggi sepertinya tiba tiba sahaja menghadirkan diri ke kelas aku hanya untuk berjumpa dengan aku. Fikir aku , aku mungkin melakukan satu kesilapan atau terlanggar apa apa peraturan sekolah.

Tapi sangkaan aku meleret.

Dengan senyuman lebar tak lekang di wajah pengetua lelaki pertengahan umur tu memberikan aku Lobster with seafood sauce. Menggunakan duitnya untuk memberikan aku makanan tengahari. A-aku tak pernah makan makanan semewah itu.

Dan ianya sangat tak masuk akal untuk pengetua sekolah yang aku tak pernah rapat tiba tiba sahaja belanja aku makan !

"Okay semua , jumpa next class esok." ucap Miss Jo sebagai kata putus bagi menamatkan sesi persekolahan pada hari ini.

Seusai memberi kata hormat dan selamat tinggal kepadanya , Miss Jo mula pergi meninggalkan kelas. Pelajar lain juga turut mengambil langkah untuk bersurai.

Hanya aku yang masih tidak mengemas barang. Masih setia duduk di tempat sendiri sambil mata tak lepas dari memerhatikan gerak geri gadis berambut merah jambu itu.

Walau macam mana pun aku fikir , aku tak boleh hilangkan syak wasangka kepadanya. Firasat aku kuat mengatakan yang dia merupakan perempuan yang kerap kali memberiku sticky note kuning itu.

Budak budak lain sudah pergi meninggalkan kelas dan kini hanya ada aku dan Lee Yeon di dalam kelas.

Dia sedang mengemas barang , dan aku hanya memerhatikannya dalam diam. Memerhatikan segala gerak gerinya dengan renungan tajam.

"Eo ?" kening aku terjungkit ke atas tatkala melihat sticky note kuning yang diambilnya lalu diletakkan di bawah meja.

Sticky note kuning tu...

Tapi aku tak boleh serkap jarang. Mungkin ada lagi budak perempuan lain yang ada sticky note tu. Tapi macam mana aku nak jelaskan tentang isi kandungan sticky note dalam locker tu ?

Takkan lah....

"YAH !"

Serantak tatkala Lee Yeon bangkit daripada tempat duduknya , ingin bersiap untuk keluar dari kelas , aku memanggilnya kuat. Mata aku membulat , sebelah tangan menekup mulut sendiri.

Tidak menyangkakan yang aku bakal memanggilnya sekuat begitu.

Menyedari aku memanggilnya , perlahan lahan dia memusingkan tubuh ke belakang. Memberi aku pandangan tidak beremosi dengan sepasang mata kelabu aslinya.

Sepasang mata yang pernah membakar mata aku.

"Kau... panggil aku ke ?" soalnya tenang. Masih dengan pandangan kosong.

"Boleh aku tanya kau sesuatu ?" aku terus bertindak pantas. Tidak mahu berkias kias.

Sebelah keningnya terangkat ke atas. Memberi pandangan ingin tahu kepadaku. "Apa dia ?"

Melihatkan dia yang memberi greenlight , aku terus melangkah menghampirinya. Pantas sticky note sticky note yang aku kumpul itu aku letakkan di atas mejanya.

"Ni kau yang bagi ke ?" mata aku merenung wajahnya dalam.

Dia hanya menundukkan wajah , memandang sticky note tersebut dengan pandangan kosong. Langsung tidak memberikan sebarang reaksi terkejut. Aku salah orang ke ?

Tiba tiba dia tertawa kuat.

Aku mengerutkan dahi. Memandangnya hairan. Entah kenapa tiba tiba sahaja dia ketawa sedangkan aku tak buat lawak pun. Gelak tawanya semakin lama kedengaran semakin sinis.

"Kenapa kau...." mata aku dikecilkan memandangnya. Cuba untuk memahami situasi tersebut.

Pantas dia mengangkat wajah. Merenung tepat ke dalam anak mata aku dengan sepasang mata kelabunya. Sekali lagi , dia memberikan aku... renungan yang cukup panas.

Tangannya pantas menarik tali leherku ke depan membuatkan tubuh aku tertarik menghampirinya. Mata aku membulat tatkala jarak wajah kami menjadi terlalu dekat.

Air liurku telan gugup.

Dua ulas bibirnya mengukirkan senyuman sinis yang cukup sempurna. "And... if I am ?"

Begitu lah pertemuan pertama aku bersama stalker sendiri , psychopath witch di sekolahku.

- t o b e c o n t i n u e d -

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro