11 | new transfer student
CHAPTER ELEVEN :
new transfer student
- - -
"Attention !" selaku ketua kelas , Do Kyung Soo bangkit berdiri tegak tatkala Miss Choi , guru kelas mereka melangkah masuk ke dalam kelas bagi sesi roll call.
Jungkook yang sedang membaca buku pantas mengangkat wajah. Tangannya terus menyimpan buku yang dibacanya tadi di bawah meja. Siap siap duduk tegak di atas kerusi sendiri untuk menunduk hormat kepada guru kelas.
"Takpe Kyungsoo , saya nak umumkan something lepasni nak keluar ada meeting. So tak payah greet , okay ?" ujar Miss Choi lembut seraya tersenyum.
Di sebelahnya pula berdiri seorang pelajar lelaki tinggi berambut perang. Gaya rambut yang dikenakan tampak kacak untuknya. Menyerlahkan bahagian dahinya.
Pelajar pelajar lain yang berada di dalam kelas sudah mula berbisik antara satu sama lain sambil memerhatikan entiti asing yang berada di tengah tengah kelas bersebelahan guru kelas mereka.
"Okay , semua orang cukup ke ? Ada yang tak masuk kelas lagi ke ?" soal wanita pertengahan umur 30 itu , sambil matanya meliar memerhatikan segenap ruang kelas.
"Choi ssaem !" satu tangan diangkat ke atas menarik perhatian wanita itu.
Melihatkan wajah Jihyo , anak muridnya , pantas dia melemparkan senyuman manis ke arah gadis tersebut. "Ya , kenapa ?"
"Err... semua memang ada. Tapi Lee Yeon..." perlahan gadis itu memusingkan kepala perlahan ke sebelahnya , memandang tepat ke arah figura seorang gadis berambut merah jambu yang sedang tertidur di tempat sendiri.
Bukan sahaja Miss Choi , malahan satu kelas menoleh untuk memandang ke arah gadis tersebut. Sedang lena dibuai mimpi sambil kepalanya beralaskan kedua belah lengannya yang disilang di atas meja.
"Eo ? Dia tak pernah tidur dalam kelas..." monolog Jungkook perlahan tatkala melihat gadis itu yang masih terlena.
Mungkin gadis itu tak biasa tidur lambat memandangkan semalam dia menemani Jungkook untuk pulang ke rumah. Tapi , Lee Yeon cakap dia dah biasa stalk Jungkook sampai pagi...
"Takpe takpe , biarkan je dia. Nanti dia tahu jugak." Miss Choi menguntum senyuman manis.
Hakikatnya , guru wanita itu sendiri tidak berani ingin mencari masalah dengan anak gadis menteri kewangan negara tersebut. Bukan sahaja dia , malahan satu sekolah takut dengan gadis berambut merah jambu itu.
Satu satunya pelajar perempuan yang cukup berpengaruh besar. Sekali kau dipandang buruk olehnya , padah akibatnya nanti. Memandangkan gadis itu seorang sahaja merupakan insan paling kaya di sekolah itu.
Bahkan jikalau kau cuba untuk mengambil kesempatan ke atasnya , tidak akan ada peluang bagi kau bernafas lagi di dunia ini.
"Okay , memandangkan semua dah cukup ada dekat dalam kelas , ssaem nak kenalkan dekat korang semua pelajar baru kelas kita." ujar Miss Choi riang. Dia menoleh sebentar ke sebelah , memberi pandangan kepada entiti yang baru ditemuinya pagi tadi.
Menyedari dirinya diperhatikan , perlahan dia menoleh memandang guru wanita itu. Berbalas pandangan buat sementara sebelum dia kembali memandang ke hadapan semula , mengukirkan senyuman lebar kepada bakal kawan barunya.
"Anneyonghaseyo , Kim Taehyung imnida. I wish that we'll get along together soon." ujar lelaki berambut hitam itu dengan suara American accent yang dimilikinya.
Memandangkan dia merupakan pelajar pindahan dari America.
Segenap ruang kelas mula bising mengusik pelajar baru itu , melaungkan 'uwoowww' sesama mereka tatkala mendengar pelajar baru itu baru sahaja memperkenalkan dirinya dalam bahasa asing.
Taehyung tersenyum.
"Okay , ssaem nak kena keluar dah ni. Erm... Taehyung kamu boleh duduk dekat hujung sana tu. Ha tempat yang kosong tu." pesan wanita itu sambil menunding ke arah yang dimaksudkan.
"Nae , seosengnim." Taehyung menunduk hormat kepada Miss Choi sebelum wanita itu mula melangkah keluar daripada kelas.
Taehyung mengukirkan senyuman manisnya kepada seisi kelas , tumpuan kelas kini semua tertumpu kepadanya memandangkan dia merupakan entiti yang terlalu asing di dalam kelas pada ketika itu.
Dia perlahan mengatur langkah menuju ke tempat yang bakal menjadi tempat belajarnya sepanjang di kelas itu. Namun kedua belah kakinya dihentikan sebaik sahaja dia tiba di hadapan sebuah meja.
Bukan meja belajarnya. Namun ianya merupakan meja belajar Lee Yeon , gadis berambut merah jambu yang sedang nyenyak tidur tidak ingat dunia pada ketika itu.
Senyumannya terukir. Merenung wajah lena gadis itu lembut.
Akhirnya , dia mendapat peluang untuk berjumpa gadis itu lagi. Tujuan utama kenapa dia mendaftar masuk ke dalam sekolah tersebut hanya satu , ianya kerana Han Yeon Hee.
- - -
Loceng rehat mula kedengaran.
Sebaik sahaja mendengar bunyi itu , Lee Yeon pantas mengangkat wajahnya. Kedua belah matanya masih terpejam rapat , masih mamai. Lagipun , sepanjang sesi pembelajaran sebelum rehat dia hanya menghabiskan masa dengan tidur sahaja.
Manakan tidak gadis itu mengantuk , buat seharian dia tidak tidur langsung. Mungkin disebabkan terlalu gembira dicium Jungkook , sehingga dia menawarkan dirinya menjadi pak guard tak berbayar di hadapan rumah lelaki itu.
Berjaga di hadapan pintu rumah lelaki itu sampai lah ke pagi. Tidak membenarkan walau seekor kucing atau anjing pun membuat bising di tengah malam hanya ingin memberikan lelaki yang disukainya itu tidur lena.
Lee Yeon menguap sambil memusingkan wajahnya ke tepi , menoleh untuk memandang ke arah tempat Jungkook. Ingin melihat sama ada dia ingin berangkat ke kawasan bumbung bersama bekalan makanan ataupun tidak.
Matanya yang kuyu serta merta membulat besar.
"Oh shit."
Gadis itu mencarut perlahan tatkala menangkap kelibat satu figura perempuan yang berdiri di hadapan meja Jungkook , sedang berbual tentang sesuatu yang pastinya Lee Yeon tidak mahu tahu dengan lelaki itu.
Membuatkan hati perempuan itu semakin panas tatkala menyedari kedua belah telinga Jungkook yang semakin memerah. Bukan itu sahaja , wajah lelaki itu juga ditundukkan dua tiga kali , seolah malu berhadapan dengan gadis di hadapannya.
Riak wajah Lee Yeon berubah tidak beremosi.
Memandang kosong ke arah figura gadis berambut hitam paras bahu yang sedang menguntumkan senyuman manis kepada Jungkook di hadapan. Sekali pandang , Lee Yeon akuinya dia menyampah.
"Hahh... kalau aku ni bukan professional , aku pasti akan robek muka dia berkali kali sampai muka dia dah takde rupa dah." penuh tenang gadis berambut merah jambu itu monolog sendirian.
Segala imaginasi merobek muka gadis berwajah dewi itu menggunakan pisau tajam berlegar di dalam fikirannya ketika itu. Namun hakikatnya Lee Yeon bukan lah seseorang yang membunuh kerana dendam dan marah.
Ianya hanya satu , keseronokan.
Jadi gadis bermata kelabu itu tidak pernah membunuh terus mereka yang membuatkannya marah. Memandangkan dia memilih untuk membuatkan mereka menderita berbanding menamatkan riwayat mereka.
Lee Yeon Merenung ke arah gadis di seberang sana.
Cheon Hanju.
Semua benda yang dilakukan gadis berwajah dewi itu semuanya tidak kena di mata Lee Yeon. Sehingga mendengar dia bernafas pun dah buat Lee Yeon ingin merobek kedua belah telinganya.
Kerana Hanju , merupakan gadis yang Jeon Jungkook suka.
Sebelah kening Lee Yeon terangkat ke atas tatkala melihat adegan menjijikkan di hadapan mata. Tatkala gadis sialan itu tiba tiba sahaja menyentuh rambut Jungkook dan mula tertawa kecil.
Aku betul betul rasa macam nak cekik dia sampai mati. Monolog Lee Yeon sendiri.
Gadis itu memusingkan wajahnya ke hadapan. Mendongak sedikit ke atas seraya memejam matanya rapat. Melepaskan keluhan berat. Tidak ada gunanya juga jikalau dia berterusan menonton drama jijik di hadapan mata.
Pantas Lee Yeon bangkit daripada duduk dan mula mengambil sling bag putihnya. Melangkah keluar terus dari kelasnya untuk ke kawasan bumbung. Tidak sekalipun menoleh ke arah Jungkook di belakang.
Yang sedang memerhatikan kelibatnya semakin menghilang.
- - -
Kotak rokok berwarna merah jambu dikeluarkan dari dalam sling bag putihnya bersama lighter. Kemudian , begnya dicampak ke lantai. Seputung rokok dikeluarkan dan pantas lighter dinyalakan.
"Ah ssibal..." gadis itu mencarut tertekan perlahan tatkala lighternya sukar untuk dinyalakan.
Di kala dia tertekan begini juga , semua benda tidak mahu berjalan dengan lancar. Jikalau dia tidak mampu mengawal dirinya ketika itu , sudah pasti dia akan penggal kepala perempuan gedik tadi.
Lepas itu , kepalanya akan digantung di hadapan pagar sekolah. Biar ahli keluarganya yang datang ke sekolah untuk menjemputnya saksikan betapa cantik dan indah wajahnya ketika mati dipenggal kepala.
"Nak ?" satu tangan menghulurkan lighter berwarna merah kepada Lee Yeon.
Gadis itu tidak memandang ke arah empunya tangan. Pantas tangannya merampas lighter itu dan terus menyalakan api. Tatkala api sudah dinyalakan , dia terus membakar sedikit hujung rokok sebelum dikemamkan rokok ke bibirnya.
"Huh." gadis berambut merah jambu itu terus memberikan semula lighter itu kepada entiti tersebut tanpa langsung memandang ke arahnya.
Langkahnya pantas diaturkan menuju ke arah tembok batu di kawasan bumbung. Berdiri tercegat di situ sambil memerhatikan pemandangan dari atas. Sesekali putung rokok dikeluarkan dan dia mengeluarkan asap rokok dari dalam mulut.
"So... sejak bila kau merokok ?" suara garau itu bertanya perlahan. Berdiri di sebelah Lee Yeon sambil memerhatikan pemandangan yang sama.
"None of your business."
"Aku fikir kau akan stay loyal dengan vape glitter kau."
Mendengarkan kata kata pelik yang diungkapkan lelaki itu , dahi gadis berambut merah jambu itu mula berkerut. Perlahan dia memusingkan wajahnya ke sebelah lalu mendongak , memandang wajah lelaki yang lebih tinggi berbandingnya.
Lee Yeon tergamam.
Kedua mata mereka saling bertemu membuatkan suasana di antara mereka menjadi sunyi sepi. Gadis itu terpana buat seketika tatkala bertemu mata dengan sepasang mata yang begitu tidak asing ditatapnya.
"Found you , Yeonhee-yah."
Pantas gadis itu mengalihkan pandangannya. Matanya sedikit membulat , agak terkejut dengan wajah yang begitu tidak asing di hadapan matanya sebentar tadi.
"Bertahun aku cari kau dan tak sangka pulak yang kau--" kata kata Taehyung terhenti tatkala Lee Yeon terus memusingkan wajahnya ke arah Taehyung , memberikan pandangan tidak beremosi kepadanya.
"I'm sorry but you're mistaken me for someone else." ujarnya mendatar sebelum mengatur langkah ingin pergi daripada situ.
Putung rokok yang dipegang juga sudah pun dicampak ke bawah tanpa sempat menghabiskannya. Mood gadis itu terus lenyap tatkala melihat seseorang yang sepatutnya dia tidak berjumpa lagi.
"Yeonhee , tunggu !" pantas tangan Taehyung menahan lengan gadis itu membuatkan langkah Lee Yeon terhenti.
Taehyung mengerutkan dahinya. Memandang wajah gadis itu dengan pandangan risau. Sedaya upaya dia cuba mencari keikhlasan dan kejujuran dari pandangan mata kelabu asli milik gadis itu.
"Jujur dengan aku. Kau... Han Yeonhee , kan ?" dia bertanya lagi.
Gadis berambut merah jambu itu melepaskan keluhan beratnya. Tangannya direntap kasar membuatkan pegangan Taehyung terlepas. Perlahan dia mengangkat wajahnya seraya menolak rambut panjangnya ke belakang.
Memberi pandangan penuh menjengkelkan kepada Kim Taehyung.
"Aku cakap. Kau silap orang." dia merenung tajam ke dalam anak mata lelaki itu. "Jangan buat aku ulang buat kali ketiga."
Taehyung terdiam.
Perlahan Lee Yeon menunduk dan memandang tangan lelaki itu sebelum memandang semula wajah Taehyung dengan renungan tajam. "Dan jangan sesekali berani sentuh aku lagi. Kalau kau tak mahu tangan kau hilang."
Taehyung tersentak.
Lee Yeon menjeling lelaki itu tajam sebelum melangkah semula untuk pergi meninggalkan Taehyung. Tidak sekalipun terfikir untuk memusingkan kepalanya untuk memandang wajah lelaki itu buat kali terakhir.
"Han Yeonhee !"
Langkah Lee Yeon terhenti.
"...manusia pertama yang mengajar aku untuk terus hidup sedangkan sepanjang aku hidup aku hanya mahu mati."
Lee Yeon terkedu.
"Dan aku berdiri di sini , hidup dan bernafas ketika ini... berterima kasih kepada dia , Han Yeonhee. Cinta pertama aku."
Gadis itu berdiri kaku. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tidak mampu melangkah pergi meninggalkan lelaki itu sedangkan dia sudah pun menjelaskan bahawa lelaki itu silap orang.
Kerana hanya dia sahaja... dapat menjelaskan identiti sebenar Han Yeonhee.
Gadis yang pernah menjalankan misi terbesar buat setahun dan nama unik yang pernah dia dukung buat setahun. Menjadi seorang gadis profesional untuk melaksanakan misi yang diberikan keluarganya.
"Kau masih fikir aku silap orang ke ?" soal Taehyung perlahan , dia menatap lembut figura belakang badan gadis itu.
Berharap supaya gadis itu akan mengingatinya walau sekali. Banyak cabaran yang perlu dia tempuh hanya untuk hadir ke tempat ini bertemu dengan insan yang pernah menyelamatkan nyawanya.
Ianya gadis bermata kelabu asli itu.
"Dia kata dia bukan. Siapa pun Han Yeonhee yang kau sedang maksudkan , aku harap kau tak silap orang dan kacau orang lain. Buatkan mereka rasa begitu tak selesa."
Mendengarkan suara garau itu , gadis itu pantas mengangkat wajah. Matanya sedikit membulat tatkala menyedari figura seorang lelaki berambut hitam berdiri di sebelahnya. Merenung tajam ke arah Taehyung.
Jeon Jungkook.
"Dan dia ada nama. Bukan Han Yeonhee atau cinta pertama kau , tapi nama dia... Lee Yeon."
Bagaikan putera dari kayangan , Jungkook datang menyelamatkan keadaan. Mengusir Taehyung jauh daripada berani menghampiri gadis berambut merah jambu yang kini berdiri tercegat di sebelahnya.
Lee Yeon mengetap bibir rapat , menahan tawa tatkala rahang Jungkook mengeras seraya kedua belah telinganya memerah. Sebelah tangannya pula yang digenggam erat itu tak henti berketar.
Pfftt... nak berlagak hero tapi dia sendiri kecut.
- t o b e c o n t i n u e d -
heyyoo semua ! miss me ??? 🥺
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro