Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

twenty two

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Jeon Jungkook oppa , awak okay ?" suara lembut Ji Dakyung menyapa perlahan gegendang telinga Jungkook.

Disebabkan terasa terganggu dengan suara sebak dan tangisan kecil gadis itu , kelopak mata lelaki itu mula bergerak gerak perlahan. Dahinya berkerut sebelum perlalahan lahan matanya dibuka.

Wajah Dakyung yang sudah pun lencun dengan air mata menjadi benda pertama yang terlintas di pandangan Jungkook tatkala lelaki itu membuka matanya.

Berkerut dahi lelaki itu menahan rasa sakit di kepalanya. Baru dia sedar , kepalanya yang sudah pun berbalut. Barangkali baru sahaja selesai dirawat oleh doktor di hospital ini.

"Syukur oppa dah sedar hiks" senyuman lebar terukir di wajah gadis itu. Air mata yang melimpah tak henti dikesat perlahan dengan tangannya sendiri.

Perlahan lahan Jungkook cuba untuk bangun daripada posising baringnya dengan sokongan daripada sebelah tangan yang didaratkan di atas katil bagi memudahkannya untuk mengubah posisi.

Melihatkan Jungkook seakan sukar untuk mengubah posisi , pantas Dakyung membantu Jungkook untuk membetulkan posisinya daripada baring kepada duduk di atas katil. Tubuh lelaki itu disandarkan di kepala katil.

Jungkook menoleh sedikit ke tepi dan memandang ke arah Dakyung yang masih setia dengan pandangan risaunya kepada lelaki itu. Masih kelihatan dengan jelas kesan air mata yang mengalir di pipi gadis itu.

Jungkook mengeluh buat seketika. "Apa yang jadi ?" soalan pertama ditujukan kepada gadis itu.

"Pendarahan berlaku. Nasib baik serpihan kaca tak tercucuk kat kepala oppa. Cuma kepala oppa luka je dan doktor dah jahit" balas Dakyung perlahan sambil menundukkan kepalanya ke bawah.

Jungkook menundukkan wajahnya dan memandang jari jemarinya yang putih itu. Pandangan kosong diberikan. Teringat lagi tatkala tangan itu yang memegang telefon pintarnya dan menelefon bekas teman wanitanya.

Jungkook mengeluh lagi. Kedua dua belah matanya dipejam rapat. Jujur , dia berasa letih sangat sangat.

"Jungkook oppa , awak perlukan apa apa ke ? Kalau oppa nak , saya boleh tolong" ujar Dakyung tatkala melihat Jungkook yang kelihatan begitu tertekan.

"Boleh... kau tinggalkan aku sendiri ?" balas Jungkook perlahan dengan kedua dua belah matanya yang masih terpejam rapat.

Dakyung tersentak buat seketika.

Namun gadis itu tidak membantah. Perlahan dia mengangguk sebelum dia meminta diri untuk meninggalkan Jungkook seorang diri di dalam bilik sakit itu.

Jungkook juga perlukan masa untuk berehat jadi Dakyung tidak boleh memaksa lelaki itu tentang apa yang baru sahaja menimpa dirinya sehingga perkara malang seperti itu terjadi kepadanya.

Nasib sahaja gadis itu mengunjungi rumah Keluarga Jeon pada malam itu untuk memberikan hadiah daripada keluarganya. Niat pada awalnya untuk mengusha Jungkook di bilik , tidak sangka pulak gadis itu bakal menemui Jungkook dalam keadaan begitu.

Keluar sahaja daripada bilik sakit hospital tersebut , Dakyung terus menyandarkan belakang badannya di dinding. Keluhan berat dilepaskan sambil kedua matanya dipejam rapat.

"Jeon Jungkook oppa... tak ucap terima kasih pun..." riak kecewa mula terhias di wajah gadis itu.

"Gwaenchanna , Dakyung-ah. Hati manusia kau tak boleh paksa" Walaupun perit , Dakyung cuba untuk menguntumkan senyuman manisnya.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Jimin-ah ! Jimin-ah !" ketukan bertalu talu kedengaran begitu kuat sekali.

Diselangi dengan suara Yiseo melaung kuat nama Park Jimin. Walaupun sudah pun lewat malam dan sudah tentu Jimin sudah masuk tidur , namun Yiseo tetap berusaha untuk mengetuk pintu rumah lelaki itu dan berjumpa dengan lelaki itu.

"Jimin-ah ! Jimin-ah !" suaranya mula sebak. Air mata bercucuran mengalir dari kelopak mata sendiri.

Baru sahaja dia ingin mengetuk lagi permukaan pintu rumah lelaki tersebut , tiba tiba sahaja pintu mula terbuka dan terpampang jelas wajah lelaki bernama Park Jimin itu.

Wajah mamai sambil berkerut dahinya menarik perhatian Yiseo. Jimin mengerutkan dahinya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pelik. Sudah kenapa pula Yiseo datang ke rumahnya pada waktu begini ?

"Yiseo kau kena—" belum sempat Jimin ingin menghabiskan kata katanya , tiba tiba sahaja Yiseo menolak pintu kasar bagi membukanya dengan luas.

Tubuh lelaki itu pantas sahaja didakapnya erat membuatkan mata sepet Jimin serta merta membulat besar. Terkejut dengan tindakan tiba tiba dari Yiseo sendiri.

Sambil memeluk tubuh hangat Jimin , Yiseo membenamkan wajahnya pada dada bidang lelaki itu. Teresak esak gadis itu menangis tak ubah seperti kanak kanak yang kehilangan ibu dan ayahnya.

Jimin keliru. Tidak tahu ingin membuat apa apa. Namun tetap sahaja lelaki itu membalas pelukan gadis itu. Rambut Yiseo diusapnya lembut.

"Menangislah. Kalau kau rasa geram nak pukul aku pun , pukul lah. Luahkan semuanya dekat aku" ujar Jimin lembut.

"Ji-Jimin..." teresak esak Yiseo menangis.

Pelukan gadis itu dieratkannya lagi. Perlahan dia goyangkan sedikit tubuh mereka. Belakang badan Yiseo diusapnya lembut bagi memujuk perasaan sedih gadis di hadapannya itu.

"Dah tak mau nangis nangis. Nanti tak comel dah macam mana ?" sengaja Jimin mengecilkan suaranya dan ketawa kecil.

Jimin cuba untuk meleraikan pelukan dengan memegang kedua dua belah bahu Yiseo namun Yiseo tetap berkeras. Dia menggeleng kepalanya perlahan dan merengek kecil.

Pelukan Jimin dieratkannya lagi. "Bo-boleh tak... aku nak peluk kau ? Se-sekejap je lagi..." pinta Yiseo perlahan.

Jimin tersenyum. "Kenapa ni , hm ?" soalnya lembut sambil mengusap rambut gadis itu perlahan.

"A-aku suka haruman kau..." jawapan tak munasabah Yiseo berikan membuatkan Park Jimin ketawa kecil.

"Yelah Yiseo" pelukan gadis itu dieratkannya lagi.

Membiarkan sahaja gadis itu untuk meminjam tubuh badannya bagi melepaskan rasa sedihnya ketika itu. Jimin tau , Yiseo amat perlukan seseorang untuk dipeluk pada ketika itu.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Jungkook dah jujur semuanya dekat kau ?" soal Jimin sambil meletakkan secawan coklat panas di atas meja berhadapan Yiseo.

Yiseo mengangguk. Perlahan tangannya mencapai cawan itu dengan kedua dua belah tangannya. Baru sahaja gadis itu ingin meminumnya , pantas Jimin tarik.

"Panas lagi lah. Nanti melecur lidah kau tu" ujar Jimin lalu meletakkan semula cawan di atas meja , membiarkan air tersebut untuk suam buat seketika.

Yiseo hanya mengetap bibirnya rapat lalu menundukkan pandangan ke bawah. Jimin terus mengambil tempat di hadapan gadis itu.

"Yiseo" bibirnya yang terasa kering dijilat buat seketika.

"Hurm ?" Yiseo membalas pandangan Jimin.

"Jangan lah kecik hati. Aku bukan marah kau tau tadi" balas Jimin penuh serba salah.

Sudah lah gadis itu bukan dalam mood yang baik , mana tahu terasa hati pulak bila Jimin seakan akan memarahinya sebentar tadi. Mahunya menangis gadis ini lagi karang.

Yiseo tersenyum nipis lalu menggeleng kepalanya perlahan. "Taklah. Tak kecik hati pun"

Jimin kemam bibirnya rapat. "Jadi... kau nak buat apa lepas dapat tahu yang Jungkook jujur semua tu dekat kau ?"

Perlahan Yiseo tundukkan pandangannya.

"Kalau boleh... aku nak kembali kepada hubungan aku dan Jungkook macam dulu. Lupakan yang lepas dan bina memori yang baru semula. Aku... nak bersama dengan Jungkook balik" jujur Yiseo.

Riak wajah Jimin berubah.

Namun perlahan lahan dia ukirkan senyuman lebarnya kepada Yiseo di hadapannya itu. "Aku doakan yang terbaik untuk kau , Jang Yiseo"

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

Jimin dan Yiseo berjalan beriringan menuju ke rumah gadis itu. Disebabkan tidak mahu gadis itu pulang ke rumah berseorangan dalam keadaan selewat itu , Jimin menawarkan dirinya untuk menemani Yiseo.

Angka jam sudah pun menunjukkan pada pukul 3 pagi. Disebabkan itu juga lah , keadaan kawasan perumahan ini semua tiada orang yang lalu lalang dan sunyi sepi sahaja.

Kedua dua mereka berhenti melangkah tatkala tiba betul betul di hadapan rumah Yiseo. Yiseo tersenyum nipis sebelum memusingkan tubuhnya ke belakang bagi menghadap Jimin.

"Mian. Aku ganggu kau tidur pada waktu macam tu dan kau terpaksa layan aku yang mood swing ni tetiba" Yiseo gigit bibir bawahnya erat sambil kepalanya ditundukkan ke bawah.

Jimin tersenyum lebar. Tangannya diangkat ke atas lalu kepala gadis itu diusapnya perlahan. Yiseo terus mendongak semula wajahnya ke atas dan memandang Jimin pelik.

Dah kenapa lelaki ni tak marah pulak ?

"Kan aku cakap , aku akak sentiasa ada untuk kau. Kalau kau rasa down ke tengah tengah malam , call aku. Kalau kau rasa perlukan seseorang untuk pujuk kau , peluk aku. Kalau kau rasa overthinking ke , aku akan puji kau banyak banyak. Kalau kau insecure ke , aku sanggup jadi perempuan hodoh untuk kau" kata kata Jimin diakhiri dengan ketawa kecil.

Namun Yiseo tidak langsung ketawa. Malah , gadis itu tersentak dan tergamam mendengar apa yang baru sahaja Jimin katakan kepadanya ketika itu.

Kerana kata kata itu sama seperti apa yang Jungkook pernah katakan kepadanya dahulu.

Melihatkan Yiseo yang tak memberikan sebarang respon , senyuman Jimin terus pudar. Dia berdehem perlahan sebelum menatap semula wajah gadis itu.

"Sorry. Lawak aku tak masuk punchline ke ?" belakang kepala digaru dan senyuman kelat terukir.

Yiseo tersenyum. "Jimin-ah..."

"Hurm ?"

"Jinjja gumawo. Sebab jadi seorang sahabat baik untuk aku. Aku sayang kau sangat sangat" senyuman lebar terukir di wajah gadis itu.

Jimin perlahan tersenyum nipis. Rambut gadis itu diusapnya perlahan. "Dah , pergi masuk tidur. Karang tak bangun satu hal pulak. Esok kan sekolah" Jimin kerawa.

Yiseo juga ketawa. Hampir terlupa pulak esok mereka masih bersekolah. Entah apa yang gadis itu fikirkan sehingga datang mengunjungi Jimin di rumahnya semata mata ingin memeluk lelaki itu pada lewat malam sebegini.

Nasib baik Park Jimin merupakan seorang sahabat yang baik dan sentiasa akan ada untuk Jang Yiseo pabila gadis itu memerlukannya.

"Okay. Aku masuk dulu. Hati hati balik tu" ujar Yiseo lembut sambil tersenyum lebar.

Dia melambai perlahan kepada Jimin sebelum memusingkan tubuhnya ke belakang , bersedia untuk melangkah masuk ke perkarangan rumahnya sendiri.

"Jang Yiseo !"

Langkah Yiseo terhenti. Dia perlahan memusingkan tubuhnya ke belakang bagi menghadap Jimin. Sebelah keningnya terangkat ke atas memandang pelik lelaki itu.

Belum sempat Yiseo ingin berkata apa apa , lelaki itu pantas melangkah menghampiri Yiseo sebelum tubuh kecil gadis itu dipeluknya erat membuatkan mata Yiseo terbeliak luas. Terkejut.

"Boleh aku peluk kau buat seketika , hm ?" pinta Jimin lembut.

Walaupun masih terkejut dengan apa yang terjadi , namun Yiseo tidak menolak lelaki itu. Membiarkan sahaja Jimin memeluk tubuh kecilnya itu erat.

"Jang Yiseo..."

Diam.

"Aku nak bagitahu kau..."

Diam.

"I love you too , crybaby"

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

𝗧𝝝 𝗕𝗘 𝗖𝝝𝗡𝗧𝗜𝗡𝗨𝗘𝗗

ada yang merindui neul update change ke ?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro