ᴅᴜᴀ ᴘᴜʟᴜʜ sᴀᴛᴜ
Aku terkejut bila dapat tahu sebenarnya Barbie bukannya menghilangkan dirinya ikut anjing jantan ke apa , tapi dia...
Dah mati.
Paling menyedihkan bila Barbie seolah olah dibunuh dengan kejam oleh seseorang.
Mata aku masih membulat melihat bangkai anjing betina peliharaan Jinyoung yang telah ditutup dengan kain putih di kawasan belakang rumah.
Bukan sahaja aku berada di sini malah Jinyoung , Jungkook , Taehyung dan Jimin juga berada di sini untuk melihat bangkai Barbie.
Pelbagai persoalan bermain di dalam kepala aku.
Jinyoung yang menangis teresak esak itu menarik perhatian aku. Aku menoleh memandang dia.
Terasa kasihan melihat dia. Yelah , dalam dunia ni dia ada Barbie je.
Barbie membesar bersama sama dengan dia dari kecil lagi. Barbie tu dah macam mak , kakak , adik , kawan dan keluarga bagi dia.
Aku menepuk perlahan bahu Jinyoung. Cuba untuk memujuk dia daripada menangis dan bersedih seperti itu.
Tapi aku tahu , dia tetap bersedih.
"What the fish ? Siapa yang buat macam ni do ?" Jimin mengerutkan dahinya memandang bangkai Barbie.
Jelas kelihatan dia terkejut dengan bangkai anjing itu. Darah terpercik di merata tempat.
Taehyung menekup hidung dan mulutnya dengan tangannya. Bukan kerana membenci bau hanyir darah anjing tersebut.
Tapi takut takut jikalau dia tak boleh menahan dirinya. Ada jugak bangkai anjing tu dia hisap darah karang.
"Jinyoung , macam mana benda ni boleh terjadi ?" Jungkook bertanya kepada Jinyoung.
Jinyoung yang pipinya sudah basah dengan air mata perlahan lahan memandang Jungkook. Kepalanya digeleng lemah.
Bangkai yang ditutup dengan kain putih itu dipandang semula.
"Pagi tadi... Young cari Barbie dekat rumah dia tapi... dia take. Young nak bagi dia makan tapi..." mata Jinyoung berair.
"Young nampak dia dalam keadaan macam tu" Jinyoung mula menangis.
Dia duduk mencangkung sambil kedua dua belah matanya ditutup dengan lengan tangan kanannya.
Terkebil kebil aku melihat Jinyoung yang sudah menangis teresak esak ini. Aku tak tau nak buat apa weh.
Aku ni dah lah tak reti pujuk orang.
"Bersihkan semua ni Jimin , aku tak nak tengok darah merata tempat macam ni" tegas sahaja suara Taehyung bersuara.
Jimin terus mengerutkan dahinya dan memandang muka Taehyung.
"Apahal aku ???"
"Takkan Jinyoung pulak nak kena buat kan ? Kau ni kesian lah kat dia"
Jimin mengeluh. "Fine fine aku buat"
Taehyung memandang aku dan Jungkook silih berganti sebelum dia terus pergi meninggalkan bilik Jinyoung.
"Yoonmin , jom ?" Jungkook yang ada di hadapan aku memberi isyarat untuk keluar bersamanya.
Aku hanya mengangguk laju.
Baru sahaja aku ingin meninggalkan bilik Jinyoung , langkah aku terhenti. Aku menjenguk semula untuk melihat Jinyoung yang masih menangis.
Kesian dia...
skip
"Tak pelik ke ?"
Jungkook memandang aku sekilas dengan sebelah kening terangkat sebelum dia fokus semula dengan pemanduannya.
"Apa yang pelik ?"
"Yelah tetiba je Barbie mati macam tu. Dan aku tak rasakan yang Barbie bergaduh dengan mana mana anjing lah"
"Habistu kau rasa apa ?"
Aku memusingkan kepala bagi memandang jungkook. Jungkook yang masih fokus dengan pemanduannya itu aku pandang.
"Entah entah ada orang bunuh Barbie"
Berkerut dahi Jungkook mendengar apa yang aku cakap kan. Dia memandang aku sekilas dan memandang hadapan semula.
"Siapa pulak nak bunuh Barbie ?"
"Manalah aku tahu. Aku teka je"
"Dah tu kau ada bukti ke yang ada orang bunuh Barbie ? Entah entah memang betul dia gaduh dengan anjing lain kan"
"Tapi tak logik lah ! Takkan lah sampai teruk macam tu dia gaduh dengan anjing lain"
Tiba tiba kereta yang dibawa Jungkook berhenti secara mengejut membuatkan aku terkejut.
Dada aku berombak laju. Berderau darah aku bila Jungkook tiba tiba break mengejut. Aku pandang Jungkook dengan mata membulat.
Jungkook mengeluh berat sebelum memusingkan kepalanya memandang ke arah aku.
"Park Yoonmin"
Mata kami saling bertemu.
"Berhenti cakap pasal ni. Benda ni tak penting pun"
Aku menundukkan kepala aku. Entah kenapa tetiba aku terasa dengan kata kata Jungkook.
Jungkook yang sedar aku terasa dengan kata katanya mula berdehem. Keretanya bergerak semula.
"Aku tak marah kau. Aku cakap je"
"Ye ye aku faham" aku mengalihkan pandangan ke luar tingkap.
"Yoonmin , jangan lah merajuk"
"Aku tak merajuk lah"
Jungkook hanya diam. Mungkin dia dah berputus asa nak berbual dengan aku sekarang atau dia malas nak bergaduh.
Well , entah kenapa aku rasa pelik sejak kebelakangan ni.
Sejak bila aku mula jadi sentimental ni ? Ingat tak pasal aku gaduh dengan Jungkook tu.
Macam mana aku boleh jadi emo gila eh ? Aku ni bukannya jenis perempuan yang senang senang nangis sebab laki tau.
Orang selalu cakap kalau kita menangis sebab orang tu , maksudnya kita sayangkan dia.
Jadi maknanya aku sayang Jungkook lah ni ?
Ehehehhggegege. tak tak mood miang aku tak datang kau lek lu.
Entah kenapa aku rasa sejak dua menjak ni hari berlalu dengan cepat. Baru je aku gaduh dengan Jungkook lepastu sekejap je aku dah baik.
Aku bukannya tak nak bersyukur. Tapi aku cuma pelik...
Ah lupakan jelah. Apahal aku terfikirkan tentang benda yang tak penting ni ?
skip
"Wahhh Jungkook lawanyeee !"
Aku menepuk tangan aku berkali kali apabila mata aku ternampak sebuah patung barbie yang ada di sebuah kedai mainan.
"Kau fikir kau budak budak ke nak beli mainan tu ?"
Aku menjeling Jungkook kasar dan mencebik geram. Dia ni kan.
"Jom lah kita beli. Kita bagi dekat Jinyoung. Mana tahu kalau kita belikan untuk dia nanti dia boleh baik dari sedih dia ke"
Jungkook menghampiri aku dan matanya juga melihat patung patung Barbie yang disimpan di dalam kotak itu. Kotak kotak itu elok sahaja disusun di rak mainan ini.
Satu daripada kotak Barbie tu aku ambil dan berikan kepada Jungkook. Jungkook melihat patung Barbia itu tidak berminat.
"Kalau kau nak beli ambil lah"
Aku tersenyum lebar. Tak sangka pulak yang Jungkook ni baik nak belikan untuk Jinyoung patung ni.
"Tapi guna duit kau sendiri lah" aku mula mencebik.
Tak guna betul.
Aku fikir dia nak belanja pakai duit dia ke apa.
Menyedari aku membuat mimik muka menyampah kepada Jungkook , dia menoleh memandang aku dan mengerutkan dahinya.
"Apa ? Kau fikir aku ni suami kau ke nak kena tanggung semua perbelanjaan kau ?"
Eh eh dia ni geramnya kiteeee.
Jungkook tergelak kecil. "Fine then. Disebabkan kau ni comel sangat terpaksa lah aku belikan untuk kau jugak"
Aku terus tersenyum lebar.
skip
Masuk sahaja ke dalam rumah , sekeliling sudah pun gelap. Hanya sedikit cahaya sahaja yang menerangi tingkat bawah.
Disebabkan aku dan Jungkook balik malam , jadi aku syak mostly semua dah mula tidur.
"Tak nak naik atas ke ?"
Aku menoleh ke arah Jungkook yang sudah pun menaiki tangga. Aku tersenyum dan menggeleng perlahan.
"Nak bagi dekat Jinyoung sekejap" paper bag yang berisi patung Barbie aku angkat dan tunjukkan pada Jungkook.
Jungkook hanya tersenyum dan mengangguk faham. Jungkook terus berjalan naik ke tingkat atas meninggalkan aku seorang diri di tingkat bawah.
Keadaan di tingkat bawah yang agak gelap ini membuatkan aku sukar untuk melihat sekeliling.
Bilik Jinyoung berada di tingkat bawah. Biliknya ada dekat hujung belakang selepas lalu dapur. Bilik dia bersambung dengan kawasan belakang rumah.
Di mana dia letak rumah Barbie juga di kawasan belakang rumah itu.
Aku mengeluh. Kenapalah aku tiba tiba teringatkan tentang insiden pagi tadi. Di mana satu rumah ni dikejutkan dengan berita pemergian Barbie.
Bila difikirkan semula , tak logik kalau Barbie bergaduh dengan anjing lain sampai dia end up mati macam tu.
Mata dia apa semua tu ergh aku tak sanggup nak cakap. Dengan keadaan bangkai dia macam tu , aku yakin ada orang bunuh dia.
Tapi siapa ?
Klerrkk !
Aku terkejut mendengar suatu bunyi dari arah dapur. Bunyi tu pelik dan agak menyeramkan.
Ish apa ni Yoonmin !
Aku mengetuk kepala aku sendiri dan menggeleng kepala aku laju apabila minda aku tak habis habis terfikirkan tentang filem filem seram yang pernah aku tonton.
Pelbagai rupa hantu semua terpapar di dalam imbasan ingatan aku. Tak guna betul !
"Apa yang aku fikir ni ?" aku geleng kepala laju.
Mungkin tu Taehyung yang tengah cari cawan ke nak minum air tengah tengah malam macam ni.
Aku terus berjalan menuju ke arah dapur. Aku nak tegur Taehyung lah macam ni. Atau... aku boleh terkejut kan Taehyung ?
Haaa haritu dia terkejutkan aku time aku nak minum air malam malam buta sampai aku tersembur air dekat dia haha bila fikir rasa lawak pulak.
Seperti sangkaan aku , aku dapat lihat ada bayangan seseorang di dapur. Tak pasti dia buat apa sebab dia tengah membelakangi aku.
"BAAA !" aku menyentuh kedua dua belah bahu orang yang aku sangkakan ialah Taehyung.
Kemudian , letusan tawa aku terus kedengaran. Walaupun sebenarnya aku tak pasti Taehyung terkejut ke tak tapi aku tetap ketawa.
Yeshh aku berjaya terkejutkan dia !
"Sorry tae sorry hahhaha kau terkejut ke ? Maaf maaf" aku ketawa.
Tapi yang peliknya Taehyung langsung tidak bergerak. Dia masih dalam posisi dia yang sama iaitu membelakangi aku.
Dia marah aku ke sebab aku terkejutkan dia.
Senyuman aku pudar. Aku mengetap bibir bawah aku dan memandang Taehyung yang masih membelakangi aku.
"Tae... kau marah aku ke ? Jangan lah macam ni weh"
Tiada respon.
Aku mula rasa tak sedap hati.
"Taehyung ?" aku menyentuh bahu dia.
Tiba tiba tubuh tersebut bergerak gerak membuatkan aku terkejut dan aku terus tarik tangan aku semula.
Tiba tiba sahaja tubuh tersebut memusing ke belakang dan memandang aku tepat di mata. Mata aku membulat.
Entah kenapa badan aku terkaku. Aku tak boleh nak gerakkan langsung kaki kaki aku untuk berlari. Mulut aku pulak terbuka tetapi tiada sebarang suara yang keluar.
Muka yang menakutkan itu tiba tiba sahaja menghampiri aku. Aku ingin menjerit tetapi suara aku tidak keluar.
Kedua dua belah kaki aku yang menggigil membuatkan kaki aku menjadi lemah dan akhirnya aku terjatuh ke lantai.
Benda tu menghampiri aku. Dekat dan dekat sampailah muka aku dan mukanya tersangat sangatlah dekat.
"Alakhu...."
Aku menjerit kecil sebelum aku gagahkan diri untuk bangun dan berlari keluar daripada dapur. Paper bag yang tadinya ada di tangan entah tercampak ke mana aku tak tahu.
Seluruh tubuh aku menggigil. Walaupun kaki aku menggigil tetapi aku gagahkan juga untuk melajukan langkah aku naik ke tangga.
Aku berlari laju menaiki tangga. Aku kena cari Jungkook jugakkk !
Ring ! Ring ! Ring !
Bunyi loceng.
Jantung aku berdegup laju apabila telinga aku menangkap bunyi loceng di hadapan aku.
Entah kenapa aku rasa takut nak pandang depan. Tangga tempat aku pijak ini sahaja menjadi tempat aku pandang.
Peluh peluh dingin mula meleleh di dahi aku. Aku rasa takut sangat. Sangat sangat takut.
Perlahan lahan aku mengangkat wajah aku untuk melihat hadapan aku dan mata aku membulat di saat mata aku bertembung dengan mata suatu makhluk.
Dia tidak henti henti menggoyangkan locengnya dan memandang aku sambil tersenyum lebar.
"Om-omma..." suara aku bergetar.
Tiba tiba makhluk tersebut melompat ke arah aku membuatkan aku terkejut. Aku terus memusingkan tubuh aku ke belakang untuk menuruni tangga.
Tapi entah di mana silap aku , aku terjatuh berguling guling di tangga sehingga kepala aku terhantuk ke lantai.
Pandangan aku mula kabur sebelum semuanya menjadi gelap.
—To Be Continued
WARNING : aku akan start buat scene thriller pulak dah takde scene sweet dah
aku dah kata bila aku buat ff takde plot ha gini lah jadinya *korek hidung*
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro