Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ᴅᴜᴀ ᴘᴜʟᴜʜ ᴇɴᴀᴍ

sebab semua takut ada gif , chap ni aku tak letak gif dah

...

Jimin's

Aku membuka sedikit pintu bilik ini. Mata aku memerhatikan sekeliling melalui celahan pintu yang aku buka bagi memastikan the low clown sudah tiada.

Melihatkan sahaja tiada sebarang makhluk berjenis clown yang lalu lalang di sini , aku terus menutup pintu semula.

Yoonmin yang berada di sebelah aku pandang. Dia memandang aku dengan pandangan yang macam-mana-ada-ke?

Aku menggeleng. "Aku rasa dia dah mati"

Yoonmin menghela nafas lega. Aku memandang semula ke arah Yoonmin.

"Macam mana ? Kau ada jumpa apa apa tak dekat dalam bilik ni ?"

Mendengarkan sahaja soalan yang aku tujukan kepada Yoonmin , dia terus mengangguk laju menandakan itu merupakan berita yang baik.

"Aku ada jumpa ni" Yoonmin menunjukkan sebilah pisau yang dia pegang.

"Kau nak guna ke ?" aku mula menyoal.

Aku bukannya tak nak Yoonmin simpan pisau ni ke apa. Cuma aku risau kalau Yoonmin ni tak reti guna dan dia takut.

Lain lah aku. Aku dah biasa bunuh bunuh ni.

"Kau lah yang pegang" aku mengangguk mendengar arahan Yoonmin.

Tapi yang buat aku peliknya dekat dalam dunia ni , aku langsung tak boleh nak berubah.

Walaupun aku nampak bulan pada malam hari di sini , tapi aku langsung tak boleh nak berubah jadi serigala jadian.

Sebab apabila aku berubah , kekuatan aku dalam badan serigala jadian , lebih kuat dan lebih laju berbanding dengan badan manusia ini.

"Dah bersedia nak keluar ?" aku menyoal Yoonmin. Dia mengangguk.

Perlahan lahan pintu bilik ini aku buka. Tangan kiri aku berikan kepada Yoonmin untuk dia pegang erat. Takut takut pulak Yoonmin hilang karang aku pulak susah.

Sebab hanya dia seorang sahaja yang boleh bawak aku keluar daripada neraka ini.

Itulah peraturan yang telah ditetapkan oleh si lelaki jahanam yang tangkap aku dan bawak aku masuk ke dalam neraka ni.

Aku memandang sekeliling dengan penuh teliti. Aku risau kalau tetiba clown yang aku tewaskan tadi bangun balik daripada mati dia ke.

Tapi nasib menyebelahi kami berdua.

Tiada sebarang clown pun di sekitar kawasan aku dan Yoonmin berada. Bermakna ini merupakan peluang untuk kami berdua bergegas ke basement.

"Yoonmin.." aku membisik perlahan.

Yoonmin yang masih memandang sekeliling dengan wajah takutnya terus memandang aku.

"All clean. Kita terus turun bawah , nae ?"

Lambat lambat Yoonmin mengangguk. Aku faham yang dia takut. Lagipun ini merupakan kali pertama dia berhadapan dengan makhluk makhluk seperti ini.

Selain daripada aku , Taehyung , Jinyoung dan Jungkook. Makhluk makhluk ini lebih dahsyat daripada kami.

"Kalau kau takut , pegang tangan aku erat erat dan jangan lepaskan tangan aku"

Aku berkata perlahan kepadanya sambil menunjukkan tangan aku yang dia tengah pegang ini.

Mendengarkan sahaja kata kata aku , dia terus mengeratkan pegangan tangannya pada tangan aku.

Perlahan lahan aku dan Yoonmin jalan menuruni tangga dan menuju ke arah basement di bawah. Keadaan di bawah agak gelap.

Tapi tidak lah terlalu gelap kerana ada beberapa lampu di sepanjang kawasan basement ini.

"Jimin..." Yoonmin menarik belakang baju putih aku membuatkan aku sedikit agak terganggu.

Aku menoleh ke belakang dan melihat wajahnya yang sudah memaparkan wajah yang takut dan risau.

"Betul ke... dekat basement ni jalan keluar ?"

Aku menghela nafas. Tangan Yoonmin aku pegang erat. Cuba untuk memberikan keyakinan dan kekuatan di dalam dirinya.

"Kau percayakan aku , nae ?"

Lambat lambat Yoonmin mengangguk. Aku faham yang dia masih tak boleh nak brain dengan apa yang sebenarnya dah berlaku sekarang ni.

Aku sendiri tak faham dan tak ingat macam mana aku boleh berada dekat sini.

Bangun bangun je aku dikejutkan dengan hakikat di mana aku berada di dalam satu rumah yang penuh dengan 3 ekor clown yang menyeramkan.

Aku cuba untuk menempuh diorang semua. Dan semuanya berjalan lancar. Tetapi aku tak mampu nak lawan dengan the high clown dekat basement.

Aku dapat tahu yang pintu keluar ada dekat basement. Dan aku hampir hampir mati sewaktu berhadapan dengan the high clown.

Nasib baik aku dapat naik ke aras pertama. Sebab the high clown tak boleh naik ke aras lain. Begitu juga dengan clown yang lain.

Aku melihat sekeliling basement yang gelap ini. Tiada apa yang menarik pun di sini. Hanya lorong jalan yang gelap. Aku tak pasti dihujungnya apa.

Tapi kalau ada the clown , aku sumpah nak lari.

Mata aku meliar memandang sekeliling. Cuba untuk mengingati kembali di mana arah untuk aku pergi supaya aku dan Yoonmin sampai di pintu keluar.

"Jimin , betul ke dekat sini ? Aku tak sedap hati lah"

"Yoonmin , please percayakan aku"

Yoonmin mula berdiam diri apabila aku menegaskan suara aku kepada dia. Aku tahu dia takut. Tapi dia ingat aku pun tak takut ke.

Siapa je yang tak takut mati.

Mata aku akhirnya menangkap kelibat sebuah pintu besi yang aku syak itu merupakan pintu yang akan bawa aku keluar dari sini.

"Yoonmin , pintu tu..." aku menunding jari ke arah pintu besi tersebut.

Yoonmin memandang ke arah pintu besi yang aku tunjukkan itu. Dia memandang aku semula.

"Kita dah boleh keluar la ni ?" aku hanya tersenyum lega.

Yoonmin sudah tersenyum lebar. Seronok betul dia bila nampak pintu besi yang aku tunjukkan dekat dia ni.

Tapi aku pelik.

Takkan lah sesenang macam ni je aku dapat jumpa pintu ni dan macam mana pulak dengan the high clown ?

Mana dia ?

Tiba tiba aku terdengara bunyi derepan kasut sedang berjalan. Berderau darah aku mendengar bunyi derepan kasut itu.

Yoonmin mula terkaku tatkala terdengar bunyi derepan kasuy itu. Tubuhnya menggigil hebat. Dia memandang aku takut.

Perlahan lahan jari telunjuk aku dinaikkan ke atas dan diletakkan di bibir aku. Bagi menyuruh Yoonmin jangan membuat apa apa bunyi.

Dan itu dia.

the high clown.

Aku tak tipu bila aku cakap the clown yang ini sungguh dahsyat. Perutnya besar dan dia lebih tinggi berbanding aku dan Yoonmin.

Tapi kedua dua mataya terpejam rapat. Seperti yang aku bagitahu Yoonmin sebentar tadi , the clown yang itu buta.

Makhluk itu berjalan menghampiri kami berdua. Aku berhenti bernafas. Sepertinya dia dapat rasakan nafas aku. Aku tak nak dia tahu yang aku dan Yoonmin berada dekat dengan dia.

Dia menghentikan langkahnya betul betul di hadapan kami. Perlahan lahan dia memandang sekeliling serta kepalanya juga turut bergerak.

Dia tersenyum lebar.

"Kau orang fikir... aku tak dapat bau kau orang ? hehehe"

shit.

Mata aku membulat apabila the clown tersebut dengan secara agresifnya meluru ke arah Yoonmin dan menarik tubuhnya membuatkan Yoonmin terjerit kecil.

Aku mula panik. Aku tak tau nak buat apa !

"Lepaskan akuu ! Lepaskan akuuu !" Yoonmin memukul mukul tangan the high clown yang besar itu.

Peluh meleleh di dahi aku. Aku memandang sekeliling dengn wajah yang keliru. Aku masih tak boleh nak brain aku patut buat apa.

Tiba tiba aku teringatkan tentang pisau yang Yoonmin jumpa dan dia berikan kepada aku itu.

Aku terus keluarkan pisau tersebut dan memandang the high clown tajam. Nak tak nak , aku kena selamatkan Yoonmin jugak !

"YAHHH !" aku menjerit kuat ke arah the high clown.

Dia terus memusingkan kepalanya ke arah aku. Tercari cari dia di mana aku berada kerana dia terdengar aku memanggil dia sebentar tadi.

"AKU KAT SINI !!"

Perlahan lahan senyuman lebar sehingga ke telinga terukir di wajah the high clown. Dia berjalan menghampiri aku dengan kaki dia yang besar itu.

"Jimin apa kau buat ni ?!"

the high clown berlari ke arah aku. Tiba sahaja dia di hadapan aku , aku terus mengelak di saat dia cuba untuk mencapai tubuh aku.

Tangannya yang baru sahaja ingin menyentuh tubuh aku , aku terus cucuk dengan pisau yang ada di tangan aku.

Makhluk tersebut menjerit sakit apabila aku menikam tangannya dengan pisau. Dia menolak aku kuat membuatkan aku terpelanting dan belakang badan aku berlanggar dengan dinding basement.

"Jiminnn !"

Suara jeritan kuat daripada the high clown membuatkan telinga aku terasa sakit. Berdesing telinga aku jadinya.

Yoonmin berlari mendapatkan aku. Tubuh aku dia belek. Aku hanya mampu tersenyum tawar. Badan aku sumpah rasa sakit sangat sangat macam tulang aku patah.

"Jimin kau okay tak ?"

Aku tersenyum sinis. "Soalan bodoh apa kau tanya ni Yoonmin ? Mestilah tak"

Yoonmin mula panik. Dia sendiri keliru dan tak tau nak buat apa dengan aku.

"Ki-kita kena cepat pergi ke pintu tu !" mendengarkan sahaja kata kata Yoonmin ,aku tersenyum.

"Yoonmin"

"Ye Jimin ?" suaranya bergetar.

"Aku nak mintak tolong kau..."

"To-tolong apa ?"

"Bila aku kira sampai tiga , aku nak kau terus lari ke arah pintu besi tu. Aku akan menyusul dari belakang"

Yoonmin menoleh sebentar untuk melihat the high clown yang masih menjerit kesakitan dan cuba mengeluarkan pisau dari tangannya itu.

"Ta-tapi the clown tu macam mana ...?"

Aku tersenyum.

"Aku akan lengahkan dia sebentar. Lepastu aku ikut kau dari belakang. Walau apa pun yang terjadi , kau mesti lari dan jangan pusing ke belakang pun , nae ?"

Yoonmin pandang aku dengan wajah yang teragak agak.

Aku hanya memberikannya senyuman.

Dia membantu aku bangun perlahan lahan. Malangnya buat kami , the high clown telah pun berjaya mengeluarkan pisau yang aku cucuk tadi di tangan dia.

Disebabkan dia buta , dia sedang memandang sekeliling macam orang bodoh untuk menghidu bau kami berdua.

"Satu"

Aku memegang tangan Yoonmin erat.

"Dua"

Yoonmin memandang aku dan mata kami saling bertemu. Aku hanya memberikannya senyuman.

"Tiga"

Aku teruk menolak belakang badan Yoonmin membuatkan tubuhnya tergerak ke hadapan.

Seperti yang aku sangkakan , dia berlari menuju ke rah pintu besi yang aku bagitahu dia tadi.

"AKU KAT SINI !"

Langkah Yoonmin terhenti.

Dia memusingkan kepalanya untuk melihat aku. Aku hanya memberikannya senyuman yang paling manis sebelum...

Kepala aku dihancurkan.

—To Be Continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro