MDH | EIGHT
"Hey, come here." Tersentak pekerja hotel yang menjaga ruangan private floor hotel tersebut tika lelaki yang dikenali sebagai Jeon Jungkook, pemilik E.Caesar Hotel berada di depan matanya. Segera dia berlari anak mendekati lelaki itu. Perempuan yang berada di dalam gendongan Jungkook buatkan pipinya memerah.
"Boleh buka bilik ni untuk saya? Nanti saya settle payment." Tanpa membantah terus sahaja kad khas yang disimpannya disentuh pada pedal pintu. Kad tersebut dihulurkan pada Jungkook supaya diletakkan ke dalam ruangan yang sepatutnya agar boleh menggunakan elektrik di dalam bilik tersebut.
"Saya ada je dekat ruang depan tu. Esok pun sama. Boleh pulang kad tu dekat saya."
"Thanks, saya jumpa awak nanti."
"Have a great time."
Ethan menghela nafas lega saat tubuh gadis yang digendongnya tadi selamat dibaringkan di atas katil. Punggungnya dilabuhkan di birai katil. Sempat matanya memerhati sekeliling bilik yang sangat besar dan cantik.
"Ugh.." dengusan gadis tersebut buatkan Ethan berkalih. Tak sempat untuk bertanya kenapa, gadis itu terlebih dahulu bangun dan berlari ke bilik air untuk memuntahkan isi perutnya. Ethan bangkit dan menuju ke arah peti ais. Air sejuk yang tersedia dicapai dan kakinya melangkah mendekati bilik air.
"Minum air ni." Air tersebut dihulur setelah gadis itu keluar dari bilik air. Tanpa membantah, Deana meneguk untuk hilangkan rasa tak selesa di tekak.
"Boleh saya tahu nama awak?" Soal Ethan sambil memegang lengan gadis itu untuk berjalan ke katil semula.
"Deana."
"Awak?"
"Ethan. Ethan Caesar."
Saat mereka berdua melabuhkan punggung di birai katil, Ethan merenung wajah gadis yang dikenali sebagai Deana. Dan selepas beberapa ketika, baru dia tersedar yang mereka berdua pernah bertembung di depan kafe miliknya. Namun mungkin tak diingati Deana memandangkan dia pergi dengan tergesa-gesa.
"Awak nak pergi mana?" Soalnya saat Deana bangkit.
"Nak buang mekap." Jawab Deana dan Ethan hanya mengangguk. Tika gadis itu hilang ke bilik air bersama sesuatu dari dompetnya, Ethan menyelesakan diri di atas katil sambil tersenyum nipis.
Tak sangka mereka berdua bakal betemu buat kali kedua.
Saat terlihat kelibat Deana, Ethan bangun dari katil.
"Kalau dah okay, saya balik dulu." Deana diam. Memandang Ethan yang berjalan menjauhinya untuk keluar dari bilik.
"Kejap!"
Kakinya melangkah mendekati Ethan.
"T-tadi, awak cakap awak s-single." Suaranya berubah perlahan.
Betul ke apa yang kau buat ni?
"Uh-uhm.."
Tapi kalau biar lelaki tu pergi, peluang hilang.
Deana mengerling ke arah suis lampu yang berada tak jauh dari Ethan. Ditutup semua lampu tersebut, hanya membiarkan suis lampu di bahagian katil dan bahagian dia dan Etha sedang berdiri. Keliru juga Ethan dibuatnya bila Deana boleh pula main suis lampu buat seketika.
"Deana?"
Tangannya digenggam penumbuk. Belum sempat Ethan ingin memanggilnya buat kali kedua, tangannya pantas menolak tubuh Ethan ke dinding sebelum dirangkul leher lelaki itu tika dia mencium bibir Ethan buat kali kedua.
Walaupun tak pandai, Deana cuba sedaya-upaya agar Ethan membalas ciumannya. Makan masa juga untuk menerima balasan tersebut namun Deana mengeluh lega di dalam hati tika pinggangnya terasa disentuh. Dan beberapa ketika selepas itu, Ethan yang mengambil alih.
Deana menelan liur tika belakang tubuhnya terhentak ke dinding saat menukar posisi. Perutnya terasa sesuatu saat belakang tubuhnya yang terdedah disentuh oleh Ethan. Rangkulannya pada lelaki itu semakin erat apabila dressnya terasa diselak.
"Do you need me?"
m y d u a l i t y h u s b a n d
Sedaya upaya lapisan kedua selimut ditarik perlahan-lahan supaya tak mengejutkan Ethan yang sedang nyenyak tidur. Tubuhnya dibalut sebelum berlari anak ke bilik air untuk bersihkan diri secepat mungkin. Dress semalam yang terbaring di atas lantai dicapai dan disarung pada tubuh.
Telefon serta dompetnya dicapai dan sempat dia merenung wajah Ethan yang masih lena.
"Ethan Caesar." Bisiknya perlahan.
Tak semena-mena pipinya terasa bahang saat kejadian sepanjang malam tadi menjengah mindanya. Deana membuka langkah, meninggalkan bilik tersebut walaupun hatinya sangat berat. Dia terpaksa kerana tak ada kekuatan untuk stay.
Pasti sahaja Ethan akan soal tentang semalam. Kenapa dirinya bertindak untuk berbuat demikian. Ah fikir sebab saja dah memalukan!
"Miss? Mana Sir Ethan?"
"Ah-ahh s-saya kena balik dulu. Dia tengah tidur lagi." Jawabnya kekok. Dia perasan akan kehadiran gadis yang sama semalam ketika Ethan membawanya ke bilik tersebut. Dia juga yang memberi kad bilik untuk Ethan semalam.
"Hati-hati Miss." Kepalanya mengangguk dan Deana mula membawa dirinya masuk ke dalam lif untuk beredar secepat mungkin. Rambutnya yang panjang dibiarkan semuanya ke belakang memandangkan bajunya agak terdedah.
Buat seketika, Deana teringat semula yang kejadian dengan Ethan semalam takkan terjadi kalau lelaki itu tidak membantunya ketika sedang diganggu oleh lelaki yang tak dikenali. Kepalanya digeleng perlahan.
"Macam mana nak cakap dekat appa aku boyfriend kalau seorang pun takde nih haih.." kakinya melangkah keluar dari lif setelah tiba di lobi hotel. Terus sahaja dia berjalan ke luar untuk menuju ke arah keretanya.
m y d u a l i t y h u s b a n d
Tubuhnya diregangkan saat terasa sejuk dek dirinya tak ditutup dengan selimut. Sedang tangannya menarik selimut untuk menutup tubuh, Jungkook terasa agak pelik kerana kakinya terasa seakan tak berlapik seluar. Terus sahaja matanya dicelik dan mengintai ke dalam selimut.
Automatik dia duduk dan memandang sekeliling. Dah kenapa pula dia boleh ada dekat hotel dan fully naked pula ni?! Telefon dicapai dan jadualnya dibuka. Ingin melihat apa jadualnya semalam yang dijalani oleh Ethan sehinggakan dia boleh tidur dalam keadaan bogel ni.
Disebabkan tak jumpa jawapan, Jungkook mengambil keputusan untuk menelefon PA barunya, Ivy.
"Ivy speaking, Tuan."
"Uhm, morning Ivy. Saya nak tanya, semalam ada additional schedule yang awak tak letak dalam jadual ke?"
"Takde Tuan Jungkook, semalam memang Tuan free tapi semalam Tuan ada terima invitation dari Mercure Ambassador Hotel untuk celebration Rooftop Kloud diorang yang baru."
"Ouh, yeke? Okay takpelah kalau macamtu. Thanks and sorry kacau awak pagi-pagi ni."
"Uhm? Sekarang dah nak tengahari dah Tuan."
"Ouh?" Jungkook mengerling ke arah jam di skrin telefonnya yang memejam mata kesal. Morning apanya kalau jam pun dah tunjuk pukul 13.32 tengah hari.
"Sorry sorry, saya tak perasan."
"Tuan Ethan terminun banyak kut semalam. Takpelah, Tuan Jungkook rehat ya? Kalau Tuan nak, saya boleh kosongkan jadual esok."
"Uhm, tolong ya? Saya rasa taknak masuk ofis esok. Thanks."
"Baik, Tuan."
Telefonnya dilempar ke tepi.
"Tak sekarang ni bilik ni Ethan dah bayar ke belum?"
t o b e c o n t i n u e
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro