xvii. together
8:27a.m
6 months after—home.
"Hyunjin! Turun sekejap!" Sedang aku menyiapkan sarapan pagi di atas meja, sempat aku melaung nama si adik bertuah. Entah apa yang dibuat kat atas sana. Mentang-mentanglah sedang cuti summer.
"Ya kak. Kenapa?" Suara mamainya sayup-sayup kedengaran. Aku mengintai disebalik dinding mendapati Hyunjin sedang menuruni tangga perlahan. Matanya digosok perlahan sambil menguap. Pengotor punya budak.
"Kenapa belum mandi lagi ni? Matahari sudah tinggi tu." Aku mencekak pinggang melihat Hyunjin yang masih kelihatan seperti budak-budak. "Malas la kak."
Aku hanya mampu menggeleng. "Nanti akak mahu keluar dengan Jungkook. Abang dia yang lain akan datang lepak di sini dengan kamu. Pergi mandi lepas sarapan." Arahku sedikit tegas sebelum mengambil duduk. Si adik hanya mampu mengangguk, masih mamai lagi.
Saat kami sedang bersarapan dan berbual-bual kosong, bunyi loceng di pintu bergema di dalam rumah. Mata Hyunjin membulat sambil tersengih-sengih. Suka sangat dia ni bila Jungkook dan abang-abangnya datang. Maklumlah, sekepala.
Aku bangkit daripada duduk kemudian berlalu ke pintu rumah. Tombol pintu dipusing sebelum membukanya. Terpacullah tujuh wajah pemuda yang memang dinanti-nantikan.
"Abang!!" Hyunjin berlari ke hadapan bersama chopstick di tangannya. "Hyunjin, mandi dulu!" Belum sempat tiba di ruang tamu, adik aku terus membelok dan naik ke tingkat atas. Habis berdekah gelak Jungkook dan abangnya yang baru tiba.
"Jom." Jungkook menggenggam tanganku bersama senyuman sinisnya. Aku tersengih. "Awal-awal pergi mana bosku." Taehyung, lelaki yang tua dua tahun daripada Jungkook menyakat. Kami hanya mampu melepaskan tawa.
"Sarapan ada banyak lagi, sengaja masak lebih. Kalau nak pesan makanan, duit saya sudah titip pada Hyunjin." Aku menyentuh lengan Seokjin untuk memesan kepada lelaki itu memandang dia yang paling tua.
"Kami pergi dulu." Aku dan Jungkook berkata serentak kemudian mengambil baju kot yang disangkut bersebelahan pintu.
"Have fun!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro