❤︎𝓓𝓾𝓪 𝓹𝓾𝓵𝓾𝓱 𝓼𝓪𝓽𝓾
Felix hanya pasrah bila Hyunjin masih lagi mentertawakannya atas kesalahfahaman yang berlaku.Lagipun,siapa saja yang tidak salah faham bila melihat perkara tadi?
"Dahlah...aku tolak kau dalam parit nanti,saja je.",marah Felix dan barulah tawa Hyunjin reda.
"Bukan apa...masalahnya,kau beria gila kot marah kat aku.Dengan muka serius kau lagi...'aku tak kenal pengkhianat macam kau',mahu tak pelik aku.",ejek Hyunjin.
"Yalah...jelas-jelas kot aku dengar Sohee sebut Hwang Inhyung tiba-tiba kau pulak datang situ,mana taknya aku salah faham.",Felix membela dirinya.
Hyunjin mengemam mulutnya menahan tawa yang masih lagi berbaki.Aduhai,tidak pernah terlintas yang dia akan mengkhianati kawan baiknya sendiri.Kalau betul pun,mungkin dirinya dulu dibelasah Eun kerana curang.
"Kau apa khabar? Empat tahun tak jumpa,kau nampak kurus sikit.Pipi chubby kau pun dah hilang.",tegur Hyunjin sambil mencucuk pipi Felix.
Memang betul pun apa yang dikatakan Hyunjin itu.Kerana sibuk menguruskan hal di Australia,berat badannya sedikit menurun tetapi ke arah yang sihat.
"Kurus sikit je...tapi kan,aku tak dapat bayangkan pun yang kau ada adik baru...hahahaha.",Felix mula tertawa memikirkan hal yang boleh dianggap jarang berlaku itu.
"Itu baru kau...aku ni lagilah.Nasib baik comel,kalau tak comel memang taklah aku nak layan dia.",ujar Hyunjin dan Felix tertawa.
"Apa bodoh sangat kau ni...dah nama pun adik kau,mestilah ikut muka ayah kau...lagipun adik beradik kau semua good-looking kot.",puji Felix tanpa dia menyedarinya.
Hyunjin mula tersengih bila dipuji begitu.
"Eh jangan nak sengih-sengih kat sini...anak beranak Sohee pun lawa.",tambah Felix bila melihat Hyunjin sudah kembang dipuji.
Hyunjin menarik muncung dan dia bangun dari tempatnya secara tiba-tiba bila teringatkan sesuatu.
"Kenapa?",soal Felix.
"Aku kena jaga Inhyung sekarang ni...jomlah kita pergi kat buaian tadi.",ajak Hyunjin dan Felix hanya mengangguk.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
Kelihatan Sohee sedang bermain dengan Inhyung di buaian.Inhyung yang ternampak Hyunjin menuju ke arahnya mula tertawa riang lalu berlari pula ke arah abangnya.
"Alololo comel adik Oppa ni...",puji Hyunjin lalu menarik pipi Inhyung hingga kemerahan.
Sohee hanya memandang Felix tanpa bersuara dan begitu juga dengan Felix.Ketika itu,mereka hanya berbicara melalui mata.
"Appa...nak lat...nak lat...",gumam Inhyung sambil menunjukkan ke arah kedai.
"Oppa lah...bukan Appa.",Hyunjin membetulkan kata-kata Inhyung walaupun adiknya yang berusia 3 tahun itu masih belum petah bercakap.
Hyunjin mendukung Inhyung dan dia baru teringat yang Felix berada bersamanya tadi.Jadi,sekarang ialah masa yang sesuai untuk pasangan itu berbual selepas berpisah lama.
"Lix,aku pergi dulu ye.Inhyung ni tak habis-habis nak coklat dia.",kata Hyunjin dan mengaduh kesakitan bila satu tamparan kecil hinggap di pipinya.
"Lat...nak lat...",sekali lagi Inhyung mengulang katanya.
Felix tertawa kecil melihat Hyunjin di tampar begitu.Sebaik saja Hyunjin beredar,suasana terasa sunyi.
"Annyeong...Sohee.",sapa Felix.
"Annyeong...awak sihat?",sapa Sohee semula.
Sedikit sebanyak,Felix berasa lega kerana sapaan Sohee tidak kedengaran kekok sama sekali.
"Sihat...awak nampak lain.",tegur Felix dan Sohee melihat dirinya.
"Empat tahun,Lix...mestilah nampak lain.Awak pun nampak lain jugak.",kata Sohee lalu tersenyum kecil.
"Jomlah duduk dulu,itu pun kalau awak tak sibuk.",pelawa Felix.
"Okay...jom.",ajak Sohee dan mereka berdua menuju ke arah bangku yang berhampiran buaian tadi.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
Encik Hwang berbual dengan Jackson di ruang tamu rumahnya.Betapa terkejutnya bila melihat Jackson tiba-tiba muncul di depan rumahnya tadi.
"Eomma dengan Appa kamu macam mana....sihat?",tanya Encik Hwang.
"Sihat...Eomma pun dah sembuh.Ahjussi apa khabar?",ramah Jackson pula.
"Sihat je...lama betul kita tak berbual.Selalunya setiap petang,kita berjumpa.",kata Encik Hwang dan Jackson hanya tersenyum.
Perbualan mereka terhenti seketika bila terdengar suara tangisan dari arah luar.Jackson yang melihat Hyunjin mendukung Inhyung,tercengang.
"Appa...nak lat....nak lat...",ujar Inhyung dalam tangisannya.Hyunjin pula sudah buntu bila adiknya menangis begitu padahal dia sudah membelikan adik perempuannya itu coklat,seperti yang diminta.
Kerana mengalah,Inhyung pun berlari ke arah Encik Hwang untuk memberitahu yang diingininya.
"Hyunjin...anak kau ke? Seriuslah?",soal Jackson tidak percaya.
"Bukanlah...ni anak Appa.", beritahu Hyunjin lalu masuk ke dalam biliknya.
Mendengarkan itu,kepala Jackson berpaling ke arah Encik Hwang yang sedang memujuk Inhyung.Anak Encik Hwang? Hebat.
Tidak lama kemudian,Puan Hong datang dari arah dapur untuk memujuk anak kecilnya itu.
"Wah...Ahjussi dah kahwin dengan Jihyun Ahjumma?",ungkap Jackson tidak percaya dan Encik Hwang tertawa.
"Ya...dah masuk empat tahun Ahjussi kahwin.",beritahu Encik Hwang.
Jackson mengangguk faham.Matanya mencari kelibat Suzy kerana dari tadi lagi tidak kelihatan gadis itu.Encik Hwang yang seperti mengerti apa yang dicari Jackson,terus bersuara.
"Suzy ada kat kandang biri-biri...pergilah sana,mesti dia suka.",ujar Encik Hwang.
"Ouh yeke...kalau macam tu,saya pergi dulu ye,Ahjussi.",Jackson meminta diri.
Sebelum beredar,Jackson sempat memberi beberapa cenderamata yang dibelinya untuk keluarga itu.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
"Awak buat apa sekarang?",tanya Felix.
"Saya kerja dekat bakeri sekarang...saja nak tambah duit belanja.",beritahu Sohee dan Felix hanya mengangguk kecil.
Sebenarnya,Felix ada perkara yang ingin diluahkan tetapi dia masih ragu-ragu untuk memberitahu Sohee.Nafas ditarik sedalamnya dan kini Felix sudah bersedia untuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
"Sohee..",panggil Felix dan Sohee memandang ke arah Felix.
"Saya sebenarnya rin---",belum sempat Felix meluahkan perasaannya,telefon Sohee berdering yang mana membuatkan Felix tidak sempat menghabiskan ayatnya.
"Kejap ye,Lix.",ujar Sohee sebelum menjawab panggilan tadi.
"Ye,Sunwoo...saya tak buat apa pun,kenapa?"
Felix hanya memasang telinga mendengar perbualan Sohee dan gerangan yang menelefon itu.
"Ouh yeke,boleh...awak tunggu kat kedai.",Sohee menamatkan panggilannya lalu bangun dari tempatnya.
"Ermm...Felix.Saya kena masuk kerja lah sekarang sebab kawan saya sakit jadi saya kena ganti...sebelum tu,awak nak cakap apa tadi?",jelas Sohee seraya bertanya semula.
"Tak ada apalah...awak pergilah kerja dulu.",ujar Felix lantas menggeleng perlahan.
"Kalau macam tu,okay...Nanti kita jumpa lagi ye...bye!",kata Sohee sebelum melambai kecil.
Felix menggigit bibir memikirkan orang yang menelefon Sohee tadi.Selepas 4 tahun berpisah,tidak mustahil jika Sohee sudah berjumpa pengganti.
"Sunwoo...",Felix menyebut nama itu perlahan.Nampaknya dia kena siasat siapakah gerangan itu.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
Perasaan Jackson berdebar-debar sebaik saja kakinya menjejak kandang biri-biri itu.Dia melihat sekeliling namun tiada pula kelihatan sesiapa di situ.
Jackson mengorak langkahnya menuju ke arah kandang yang selalu dibersihkannya 4 tahun lalu.Tiba-tiba seekor biri-biri berdiri di kaki Jackson yang mana membuatkan Jackson menapak beberapa langkah ke belakang.
"Syuhh...syuhh..",Jackson menghalau biri-biri tadi namun sedikit pun biri-biri itu tidak berganjak sebaliknya terus merapati kaki Jackson.
Jackson terkejut lantas terus tersenyum lebar bila mendengar suara Suzy dari arah belakang.
Biri-biri yang berada di kakinya serta merta dilupakan dan Jackson berpusing ke arah belakang untuk bersua muka dengan kekasih hatinya,Suzy.
Suzy yang sedang mengejar anak biri-biri itu terkaku sebaik saja melihat Jackson berdiri tidak jauh dari tempatnya.
"Jackson? Seriuslah? Jackson!!!",Suzy berlari menuju ke arah Jackson dengan teruja.
Jackson tidak berkata apa-apa sebaliknya membalas pelukan Suzy.Dia gembira bila gadis itu menyambut kepulangannya begitu.
Suzy melepaskan pelukan dan dia ternampak biri-biri yang berdiri di belakang Jackson.
"Sam...buat apa kat sini? Sambut Jackson balik ke?",tegur Suzy.
Mendengar nama Sam, Jackson memandang ke arah biri-biri yang menghampirinya tadi.Betapa terkejut dirinya bila melihat Sam sudah pun membesar menjadi biri-biri dewasa.Nampaknya,tiada lagi tangisan anak biri-biri selepas ini.
"Dah besar! Cepatnya masa berlalu...",kata Jackson lalu duduk mencangkung di situ untuk mengusap biri-biri itu.Bila mendapat tahu yang itu ialah Sam, jadi tiada masalah untuk dia mengusap bulu biri-biri itu.
"Haah...dah besar...Sam dah ada anak...kejap ea,saya pergi ambik anak dia.",beritahu Suzy tanpa disuruh.
Jackson menunggu seketika dan tidak sempat beberapa saat,Suzy datang semula bersama seekor anak biri-biri di pangkuannya.Jackson tersenyum luas melihat anak biri-biri itu.
"Ni lah anak Sam....cuba teka nama dia apa?",tanya Suzy.
"Erm...betina ke jantan ni?",soal Jackson sebelum meneka nama anak biri-biri itu.Dan selepas Suzy memberitahu jantina anak biri-biri tadi ialah jantan,Jackson memikirkan nama.
"Jeffrey?",teka Jackson dan Suzy menggeleng.
"Habistu...Mark?",teka Jackson lagi dan Suzy masih lagi menggeleng.
"Bukanlah....nama dia Jack. Saya bagi nama tu sebab masa dia lahir,saya asyik terfikirkan awak...macam mana,suka tak?",tanya Suzy dengan senyuman di bibirnya.
Jackson tersenyum nipis sebelum mengangguk.Jack pun Jack lah,asalkan Suzy tidak melupakannya.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
Felix menunggu Hyunjin di belakang rumahnya untuk berjumpa seperti selalu.Dan apa yang ingin dibincangkan hari itu,ialah tentang pekerjaan Sohee.
"Hey,Felix!",tegur Hyunjin sebaik saja menampakkan batang hidungnya.
"Kenapa lambat? Padahal tadi aku call kau,kau cakap tak buat apa-apa.",tanya Felix.
"Aku kena dodoikan Inhyung tadi...sorrylah.",jelas Hyunjin dan Felix hanya mampu menggelengkan kepalanya.
"Kau nak tanya aku pasal apa?",soal Hyunjin.
"Pasal kawan kerja Sohee...Sunwoo nama dia...kau kenal?",beritahu Felix dan Hyunjin meletakkan jari telunjuk di dagunya.
Seperti pernah dia mendengar nama itu namun di mana,bila masanya? Selepas diam beberapa saat,memori Hyunjin mula memberikan kerjasama.
"Ouh Sunwoo...ha Sunwoo?!",Hyunjin separuh menjerit bila menyebut nama itu.Bahu Felix juga terhincut kerana terkejut.Kenapa dengan lelaki itu hingga membuatkan Hyunjin memberi reaksi seperti itu sekali.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro