❤︎𝓓𝓾𝓪 𝓹𝓾𝓵𝓾𝓱 𝓭𝓾𝓪
Felix tidak dapat melelapkan mata pada malam itu kerana asyik teringatkan apa yang diberitahu Hyunjin tadi.
"Aku tak kenal sangat dia tapi Sohee selalu jugaklah cerita kat aku dengan Eun pasal Sunwoo...dan daripada apa yang dia cerita,aku dapat rasakan yang Sohee pendam perasaan kat Sunwoo...yelah,Sunwoo tu hensem kot walaupun aku hensem lagi."
"Lagi satu,bakeri yang Sohee kerja tu,bakeri Eomma Sunwoo...jadi hari-hari dia akan ada kat kedai tu."
Felix mengubah posisi baringnya kepada mengiring pula.Dia menggigit jarinya sambil membayangkan wajah Sunwoo.Sebaik saja bayangan merepek terlintas di fikirannya, Felix cepat-cepat menggelengkan kepala untuk membuang fikiran itu.
"Aku yakin yang Sohee tak sukakan mamat tu...",Felix cuba memujuk hatinya sendiri.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
"Sohee! Selamat pagi!",sapa Sunwoo ceria dan Sohee membalas sapaan lelaki itu.
Sunwoo yang melihat Sohee sedang menyusun kerusi itu,segera membantu gadis itu supaya tidak mengambil masa yang lama.Bakeri itu dibuka pada waktu tengahari namun untuk menambah roti dan kek yang sudah habis,jadi mereka perlu datang pada awal pagi untuk menyelesaikan semua itu.
"Awak pergi lah masuk dapur dulu...kan semalam ada customer buat tempahan chocolate bun.",kata Sohee.
"Tak apalah...saya tolong ni cepat sikit.Lagipun kan kita buat roti ban tu sama-sama,jadi saya nak tunggu awak.",jawab Sunwoo.
Sohee hanya mengalah kerana dia tahu yang dia tidak dapat menghalang Sunwoo.Selepas selesai menyusun kerusi,mereka berdua masuk ke dapur untuk melakukan tugas seterusnya.
Di dapur,
Sohee menyediakan alatan seperti dulang,kertas minyak dan selain daripada itu untuk digunakan semasa membakar roti nanti.Sunwoo pula menyediakan bahan mentah yang akan digunakan untuk pembuatan roti bun itu.
Sohee memandang Sunwoo yang sedang mengayak tepung bersama serbuk koko.Secara jujurnya,Sohee mengagumi bakat Sunwoo dalam diam.
"Sohee...awak tolong sambung ayakkan tepuk ni boleh? Saya nak ambik bread maker.",pinta Sunwoo dan Sohee mengangguk faham.
Kini pengayak tepung bertukar tangan.Sohee meneruskan kerjanya seperti apa yang Sunwoo lakukan.Tidak lama kemudian,Sunwoo datang semula ke situ.
"Awak dah boleh berhenti ayak tepung tu...sekarang ni kita masukkan bahan lain dalam bread maker ni untuk buat doh pulak.",ujar Sunwoo.
Sohee hanya mengangguk kecil dan melihat apa yang dilakukan Sunwoo.Sedang asyik memerhati,Sohee menggaru matanya yang termasuk habuk dan lebih teruk lagi bila Sohee menggunakan tangan yang digunakan untuk mengayak tepung tadi.
Sunwoo menoleh dan memberhentikan kerjanya bila melihat Sohee menggosok matanya.
"Awak okay?",tanya Sunwoo.
"Mata saya...masuk habuk.",beritahu Sohee dan tanpa memberi sebarang kata,Sunwoo meniup mata Sohee untuk mengeluarkan habuk dalam mata gadis itu.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
Felix mengintai ruang dalam bakeri itu namun tiada sesiapa.Hyunjin yang berada di belakangnya hanya mampu berserah kerana dipaksa Felix untuk menemaninya pagi itu.Lagipun itu semua salahnya sendiri bila memaklumkan pada Felix yang Sohee bekerja pagi pada hari itu.
"Mungkin Sohee pergi beli barang ke...mana tahu kan? Jomlah balik.",ajak Hyunjin.
"Tak nak...aku rasa diorang kat dapur.Yelah mesti mamat tu ajak Sohee teman dia buat kek ke? Mana tahu.",ujar Felix dan wajahnya melekat pada pintu bakeri itu untuk mengintai.
Felix mengecilkan matanya bila melihat bayang-bayang dari arah dapur.Selepas memastikan yang itu ialah manusia,Felix menolak pintu bakeri itu dan dia bernasib baik kerana pintu itu tidak dikunci.
"Woi kau nak buat apa ni,Lix?! Aku tak nak masuk penjara!",Hyunjin sudah gelabah bila Felix mula melangkah masuk.
"Shhh!",Felix menutup mulut Hyunjin dengan tangannya kerana ingin mengintai ruang dapur pula.
Oleh kerana ruang dapur itu terletak di sebalik kaunter,jadi tidak sukar untuk Felix dan Hyunjin bersembunyi di situ.
Mata Felix membulat bila melihat Sunwoo seperti mahu mencium Sohee dan belum sempat Hyunjin menarik Felix,lelaki itu sudah pun menyerang dua orang tadi.
"Pervert!!!!",jerit Felix lalu mengambil bungkusan tepung yang terletak di atas meja lalu memukul kepala Sunwoo.
Sohee menutup mulutnya kerana terkejut dengan apa yang berlaku di depan matanya.Sunwoo yang sudah dipenuhi tepung dan Felix pula sedang memegang plastik tepung.
Hyunjin yang mengejar Felix tadi jatuh terjelepuk kerana tepung yang bertaburan di atas lantai tadi menyebabkan Hyunjin gagal mengimbangi badannya.
"Siapa kau?! Sohee...telefon polis sekarang!",arah Sunwoo sambil memeluk kaki Felix supaya lelaki itu tidak boleh melarikan diri.
"Felix? Apa yang awak buat kat sini?",soal Sohee.
Sunwoo yang keliru itu mendongak untuk melihat lelaki yang menyerangnya secara tiba-tiba tadi.
"Awak kenal lelaki gila ni,Sohee?",tanya Sunwoo.
"Apa? Lelaki gila?!",kali ini Felix menarik rambut Sunwoo kerana tidak puas hati bila digelar begitu dan berlakulah pergaduhan kecil antara mereka berdua.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
Mereka berempat berkumpul di satu meja.Felix memandang tajam ke arah Sunwoo sejak tadi lagi manakala Sunwoo hanya berdiam diri tanpa menghiraukan rambutnya yang sudah kusut masai akibat ditarik Felix tadi.
"Kenapa kau ceroboh masuk kedai aku?",soal Sunwoo setelah berdiam diri.
"Mana ada aku ceroboh...pintu tak kunci,aku masuklah.",jawab Felix dingin.
Hyunjin yang termasuk dalam perjumpaan itu cuba mencari jalan untuk pulang ke rumah.Dia tidak mahu terlibat dalam masalah hubungan ini tetapi Felix lebih tangkas bertindak bila dia menarik baju Hyunjin dari belakang hingga membuatkan Hyunjin terduduk semula.
"Aku nak kau mintak maaf dan baru aku lepaskan kau.",ujar Sunwoo dan Felix tersenyum sinis.
"Kalau aku tak nak? Kau nak saman aku?",sindir Felix dan Sunwoo mengemam mulutnya kerana geram.
"Lix...semua ni kan salah faham.Apa salahnya kalau awak mintak maaf dengan apa yang berlaku.",Sohee mencelah.
Felix yang mendengar kata-kata Sohee,terkedu.Nampaknya apa yang dikatakan Hyunjin itu betul bila sedikit pun Sohee tidak membela dirinya.
"Maaf....dah Hyunjin jom balik.",ajak Felix lalu pergi dari situ tanpa menoleh sedikit pun.Hyunjin tidak dapat mengejar Felix kerana punggungnya masih berasa sakit akibat terjatuh tadi.
Melihat reaksi Felix,Sohee mula berasa bersalah.Dia bukanlah berniat untuk mengguris perasaan Felix ketika itu.
"Terima kasih,Sohee..",ucap Sunwoo.
"Dahlah...jom sambung balik kerja tadi.",kata Sohee tanpa mengendahkan ucapan terima kasih Sunwoo.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
Hyunjin menggaru kepalanya bila Inhyung menangis kerana ingin mengikutnya.Petang itu dia ingin ke kandang biri-biri kerana diajak Suzy untuk mengangkat dedak biri-biri yang baru saja sampai.
"Oppa nak kerja ni...tak boleh ikut.",pujuk Hyunjin.
"Nak kut...nak kut...",rengek Inhyung dan Hyunjin memejam matanya supaya sedikit bertenang.
"Tak boleh...nanti biri-biri gigit...aum!",ujar Hyunjin sambil menggayakan tangannya.
Helahnya menjadi bila Inhyung mula mengekek melihat Hyunjin mengusiknya.
"Petang nanti ajak Iyen Oppa pergi jalan-jalan ye...jangan nangis.",pujuk Hyunjin dan Inhyung mengangguk kecil.
"Yen Appa...",Inhyung mengulang semula kata-kata Hyunjin sambil menunjukkan bilik Jeongin.
Tidak lama selepas itu,Jeongin keluar dari biliknya untuk bermain dengan Inhyung selepas menyelesaikan semua kerjanya.Hyunjin menarik nafas lega bila Jeongin mengambil Inhyung.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
"Kenapa lambat? Rumah bukan jauh pun.",tanya Suzy bila Hyunjin baru muncul kan dirinya.
"Inhyung nak ikut..nasib baik Iyen pujuk.",jelas Hyunjin.
"Kenapa tak bawak je? Kesian dia.",ujar Suzy dan Hyunjin memberikan pandangan kosong.
"Habis tu siapa nak jaga dia? Noona sibuk dengan Jack...Hyun pulak nak kena susun dedak kat stor belakang.",soal Hyunjin.
"Letak jelah dia dalam kandang dengan Jack...boleh diaorang berkawan.",seloroh Suzy.
Hyunjin membuat mimik muka tidak percaya.Adakah patut nak letak Inhyung dalam kandang.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
Felix membersihkan dapur kerana diarah Jackson.Baguslah Jackson memberinya kerja kerana dia juga tiada kerja hendak dilakukan ketika itu.
Meja makan dilap sambil lewa kerana meja itu tidaklah kotor mana.Teringatkan kejadian di bakeri pagi tadi,Felix mendengus geram.
"Eeeee!!!",Felix menyental meja makan itu dengan kasar bila membayangkan wajah Sunwoo.
Selepas siap dengan kerjanya,Felix duduk di kerusi untuk melepaskan lelah walaupun dia hanya mengelap meja.Kain buruk yang digunakan pula,dicampak perlahan.
Felix terpandang ketuhar dan senyuman sinis mula terukir di bibirnya.Nampaknya dia sudah mendapat cara untuk mendapatkan semula hati Sohee.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
Keesokan harinya,
Jackson terjaga kerana terdengar bunyi bising dari arah dapur.Dia mengeluh kerana tidurnya diganggu oleh kerana malam tadi dia tidur lewat.Dengan rasa terpaksa,Jackson bangun dari katilnya lalu menuju ke arah dapur.
Kelihatan Felix sedang menari kecil sambil mengeluarkan sesuatu daripada ketuhar.
"Kau buat apa tu,Lix?",soal Jackson dalam keadaan mamai.
"Adalah...Hyung pergi tidur balik.",jawab Felix.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
Sohee dan seorang lagi rakan kerjanya menyusun kek ke dalam peti yang memang dikhaskan untuk meletakkan makanan itu.
"Mina...awak tolong lapkan meja kat hujung tu boleh?",tanya Sohee.
"Okay,Unnie...",jawab gadis yang lebih muda itu bersertakan senyuman.
Mereka berdua menyapa Sunwoo yang baru saja tiba di bakeri itu.Sementara pelanggan belum datang,Sunwoo membantu Sohee dan Mina mengemas apa yang patut.
Di luar,
Felix berdiri di depan kedai itu sambil membaca papan tanda besar yang terletak di atas.Mulutnya disengetkan sebaik saja membaca apa yang tertulis.
"Tasty Treats...specially cakes and bread..",Felix menyebut apa yang tertulis di papan tanda itu.
"Tasty lah sangat...sedap lagi brownies aku.",gumamnya sendirian.
Felix cepat-cepat menghilangkan aura negatif daripada dirinya supaya rancangannya tidak terganggu.Dia tidak boleh mengikut perasaannya buat masa sekarang.Pintu bakeri dibuka dan Felix menyimpulkan senyuman semanis mungkin.
"Selamat dat----",Sohee tergamam melihat Felix berdiri di depan pintu bakeri itu.
"Annyeong,Sohee....Annyeong,Sumbu eh Sunwoo...",Felix menyapa.
"Annyeong...kau datang nak beli apa?",Sunwoo cuba beramah walaupun hatinya geram bila namanya dipermainkan.
"Aku datang sini bukan nak beli apa-apa...aku datang sini sebab nak minta kerja,boleh?",tanya Felix selamba.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro