18 (ending)
'Thank you'
.
.
.
.
.
chapter 18
Secawan teh hangat disisip sedikit untuk melegakan tekaknya yang berasa agak dingin.
"Kau bencikan aku..?"
Myunho meletak kembali cawan antik berwarna putih keemasan itu di atas meja. Senyuman manis diukir pemuda itu lalu digeleng kepalanya perlahan.
Woong tersenyum kelat saat mendapat jawapan dari pemuda tersebut. Betul-betul hati malaikat bukan seperti dirinya yang penuh dengan kekejian.
"Aku minta maaf untuk semuanya dan terima kasih sebab keluarga kau dah tolong hyung aku masa dia tengah susah"
"Aku tahu dengan kata-kata aku tak cukup untuk tebus semua kesalahan aku pada kau tapi aku betul-betul maksudkannya"
Pandangan Woong jatuh ke bawah memandang lantai. Sejujurnya dia kesal dan marah terhadap sikapnya sendiri.
Sekarang dia menganggap dirinya bodoh dan memalukan sedangkan keluarga Myungho yang menjadi alasan mengapa syarikat itu sudah berkembang maju.
"Tak apa-apa sunbae"
Itu sahajalah yang mampu diucap oleh Myungho. Terkesan? Sejujurnya ya tapi apa boleh buat dia juga manusia biasa dan perkara itu sudah pun berlalu. Tuhan betul-betul sudah bukakan hatinya.
"Panggil aku Woong"
Kepalanya diangkat lalu ditatap wajah Myungho.
"Y-ya..?"
"Mulai sekarang, panggil aku Woong dan.. kita kawan..?"
Buat seketika Myungho menayang riak bingung. Tidak percaya dengan apa yang didengarnya. K-kawan?
Beberapa saat dia mendiamkan dirinya kini pemuda itu mengangguk perlahan sembari itu satu senyuman dilemparkan pada Woong.
Mesti semua tertanya-tanya dimana Shiwoo kan? Dia ada dibawah dengan Myungho cumanya dia sekadar mendiamkan dirinya memberi ruang kepada jejaka dua ini untuk berbicara.
Kalau dilihat secara dekat dapat dilihat satu senyuman mulai terukir di wajah makhluk itu walaupun sekarang ini dia sedang menyerupai bayangan hitam.
"Tugas aku hampir selesai"
━─━────༺༻────━─━
25 desember 2021
"Myungho, selamat hari natal dan aku perlu pergi"
Secara tiba-tiba, Myungho membuka kelopak matanya. Adakah itu suara Shiwoo? Dia mula bangun dari pembaringan dan lantas kakinya menapak laju menuju ke cermin antik.
"Shiwoo?"
Nama makhluk itu diseru namun tiada sahutan. Sekali lagi Myungho cuba untuk memanggil makhluk itu melalui pantulan cermin.
"Yoon Shiwoo, kau dimana?"
Dengan perlahan cahaya mulai keluar dan terpapar wajah cantik Shiwoo. Nafas lega dihela seketika oleh pemuda itu.
"Syukurlah kau masih ada"
"Kenapa?" Soal Shiwoo.
"Aku mimpi..kau akan pergi"
Shiwoo mendiamkan dirinya sebentar. Iris miliknya diturunkan dengan perlahan. Myungho memandang wajah makhluk itu. Nampaknya ada sesuatu yang tidak kena.
"Kau tak apa-apa? Kenapa dengan muka kau?"
"Itu bukannya mimpi, itu takdir"
Dahi pemuda itu dikerut seribu. Apa yang dia maksudkan?
"Aku betul-betul akan pergi"
Myungho memandang wajah makhluk itu tidak percaya. Buat kali pertama suasana menjadi hening dalam masa yang sangat lama.
"Jadi kau akan pergi..?"
Shiwoo mengangguk perlahan sebelum berucap kembali.
"Maaf sebab aku tak pernah cakap pada kau yang aku akan bersama dengan kau buat sementara. Nampaknya tugas aku dah berakhir jadi aku perlu pergi"
Dengan perlahan kakinya diundur manakala tangannya laju mencari katil miliknya. Dilabuh punggungnya di birai katil. Dia masih memikir. Mengapa waktu cepat sangat berlalu? Itulah, bak kata pepatah masa itu emas.
"Nanti mesti aku akan rindukan kau bukan?"
Pandangannya kini beralih memandang pantulan cermin semula. Shiwoo menjungkit sedikit hujung bibirnya.
Dalam banyak-banyak manusia yang dia pernah tolong setakat ini, pemuda inilah yang membuatkan dirinya berasa selesa. Dirinya berasa sungguh hangat tatkala bersama denga Myungho tidak seperti manusia lain.
"Terima kasih untuk semuanya Shiwoo"
Myungho tersenyum lebar. Shiwoo mengangguk dan turut tersenyum lebar.
"Selamat hari natal. Jangan lupa pakai pakaian yang hangat dan bergembiralah"
"Dan satu lagi"
Satu ukiran ais mulai muncul di meja kecil bersebelahan katil pemuda itu. Ukiran ais tersebut bercorak satu kelopak bunga sakura dan tertulis huruf M.H disitu.
Myungho menyentuh ukiran ais tersebut. Sungguh cantik malah terdapat batu-batuan kristal kecil di dalam ais tersebut.
"Hadiah dari aku. Jangan risau ia takkan cair"
"Sekali lagi terima kasih. Jaga diri Yoon Shiwoo"
Shiwoo tersenyum buat kali terakhir. Cahaya putih yang terang mulai keluar dari cermin itu. Sudah tiba masanya.
Myungho menyepetkan sedikit matanya menahan silau yang datang dari cahaya tersebut.
Dengan perlahan cahaya itu hilang dan cermin antik itu juga turut hilang dari pandangan pemuda itu.
━─━────༺༻────━─━
04 Februari 2022
"Seo Woong, pengarah Seo panggil kau"
Ujar seorang wanita yang kelihatan baru pulang dari pejabat Hoon. Woong mengangkat wajahnya lalu memandang Myungho.
Mungkin dia berfikir dia membuat kesalahan dalam kerjanya. Jantungnya kini berdetak laju seperti baru berlari marathon sepanjang 20 kilometer. Bahu milik Woong ditepuk oleh Myungho.
"Tak apa, jangan fikir bukan-bukan. Mungkin ada sesuatu dia nak cakap dengan kau"
Myungho cuba memberi sedikit semangat kepada rakannya itu. Helaan nafas dihembus seketika sembari itu segaris senyuman kecil diukir.
━─━────༺༻────━─━
Kelihatan satu beg bersaiz sederhana diletakkan diatas meja. Beg itu seperti beg bungkusan makanan. Woong memandang pelik ke arah Hoon yang secara tiba-tiba memberi beg itu kepadanya.
"Ambil"
"Apa ni hyung?"
Hoon merengus kasar. Dokumen yang berada di tangannya diletak kasar sebelum kakinya melangkah laju menuju ke sofa kembali.
Tanpa berbicara, zip ditarik lalu segala isi di dalam beg tersebut dikeluarkan. Terdapat banyak makanan termasuk hidangan sampingan.
Semua makanan ini adalah makanan kesukaan Woong. Sudah begitu lama dia tidak makan lauk pauk itu sejak kedua orang tuanya sudah meninggal.
Sepasang penyepit kayu dihulur oleh Hoon. Lantas Woong menyambut dengan perlahan.
"Makan"
Woong tersenyum. Sedingin-dingin hati si abangnya itu namun tetap juga terselit kehangatan disebalik kedinginan yang terpapar dari luarannya itu.
"Nampaknya prestasi kau dah makin meningkat. Penjualan pada bulan lepas semakin meningkat atas usaha kau"
"Terima kasih"
Meskipun Woong sedang duduk namun dia tidak lupa tundukkan hormat yang patut dia beri kepada abangnya.
"Selamat hari jadi"
Kunyahan japchae yang berada di dalam mulut pemuda itu terhenti seketika. Satu termos yang berada di sisi diletak di atas meja.
"Kenapa buat muka macam tu? Hari jadi sendiri pun tak ingat?"
Sup rumpai laut yang dituang oleh Hoon dihulur pada adiknya. Hujung bibir sang abang dijungkit sedikit.
"Maaf, sebab selama ni aku tak pernah sambut hari jadi kau"
"T-terima kasih hyung.."
Sebak bercampur gembira. Itulah yang dapat dirasai oleh Woong. Dia bersyukur kerana tuhan masih memberinya peluang untuk merasai perasaan sebegini.
Dan dia bersyukur juga kerana kehadiran Myungho itu. Pemuda itu bukan pembawa bala seperti mana dia menganggap diri Myungho ketika dahulu namun ia seperti pembawa cahaya menyeri bak malaikat.
Disebalik cermin terdapat satu figura yang sedang memerhati mereka lalu satu senyuman diukir.
"Baguslah kalau diorang dah berbaik"
Ucap Myungho perlahan.
Air yang dicincang memang takkan putus tak kira yang jahat, yang baik mahupun yang teruk, kalau dah namanya keluarga memang takdir akan menyatukan mereka semula. Cumanya kita tak tahu lambat atau cepat.
Segera Myungho mengorak langkahnya beredar dari situ.
Sedang dia melangkah, pandangannya beralih ke arah jendela besar. Salju putih yang menutupi pemandangan seluruh kota Seoul yang berwarna-warni ditatapnya.
"Shiwoo, semuanya baik-baik di sini.."
Walaupun makhluk itu tidak dapat dikesan dimana keberadaannya namun si pemuda itu tetap dapat merasakan kehangatan yang diberi oleh makhluk itu.
Senyumannya diukir selebar mungkin.
━─━────༺༻────━─━
The End
💌 : Akhirnya tutup juga tirai cerita ni hehe. Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab setia dengan ff ni dari awal sampai akhir. Maafkan aku diatas segala kekurangan, kehambaran malah ketypoan itu.
Saya hanyalah manusia biasa hehe.
Dan maaf juga sebab fanfic ni tak berapa nak fantasi sangat macam yang korang baca fanfic yang lain sebab kali pertama aku buat genre macam ni.
Sekali lagi terima kasih sayang-sayang saya ! Tanpa korang semua entahlah apa yang jadi dekat ff ni hhshshsh. Get ready for the next fanfic ya. Castnya habang Mingyu kita yang hesmes gichuw hehee
Babai! Maaf panjang pulak chapter kali ni. Babai! Let's spread love. No hate ❤️❤️❤️❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro