0 4 : 𝘄𝗮𝘁𝗲𝗿
“DAN TULAH SEBAB KITAORANG BERGELUT.”
Air diteguk selepas selesai menjelaskan segalanya kepada William. Tangan naik mengusap perlahan dada yang masih terasa sakit. Kakia yang duduk berhadapan William di sisi, dijeling.
William pandang wajah Kakia yang kelihatan dingin. Pandangannya yang dilontar ke luar tingkap kelas terhenti bila William menyepak kakinya lembut.
“I'm sorry.”
Tutur Ace mendatar. Minyak Freshcare yang berada di sisi beg dikeluarkan. Kakia hanya mengangguk perlahan, malas nak panjangkan hal macam ni.
“You good Kakia?”
Kedengaran suara William menyoal lembut. Senyuman manis yang terukir di bibir turut menyebabkan Kakia tersenyum sendiri.
“I'm good. Sorry for hurting you, Ace.”
Ace julingkan mata ke atas. Tahulah cakap sorry lepas William senyum kat dia. William yang perasan akan reaksi Ace hanya menggeleng perlahan.
Alahai lah mamat antartika ni.
“Macam mana korang boleh kenal?”
Soalan yang sudah lama berlegar dalam fikiran pun dikeluarkan. Kedua-dua wajah mereka dipandang. Satu butang baju kemeja dibuka. Minyak Freshcare lantas disapu pada bahagian dada yang sakit.
“I saw her playing violin last week.”
Balasan William menyebabkan Ace kerut dahi.
“Huh?”
“Well, he accidentally saw me playing and that's it. Tu je.”
“Korang kenal sebab William tak sengaja tertengok kau main violin?”
Anggukan diberikan sebagai jawapan.
“You can play musical instrument?”
Sekali lagi dia mengangguk mendengar soalan Ace. Tangan menyeluk masuk poket seluar slack. Satu gula getah dikeluarkan sebelum dirinya mula mengunyah.
“And what is it?”
“Violin, Guitar dan Drum. Piano and Cello.”
Mata William membulat bila mendengar jawapan Kakia. Sedikit terkejut bila dengar gadis ini reti bermain cello.
Cello is one of the most challenging instruments to learn.
Sampaikan dia berhenti bermain dan memilih untuk jadi rhythm guitarist.
“Cello? Wow, that's impressive.”
“Thanks.”
“How about languages?”
William alih kepala memandang ke arah Ace. Riak wajahnya berubah.
“Huh? Maksud kau?”
“Kau reti cakap banyak bahasa tak? Bahasa Melayu and English tu dikecualikan. Something else than that.”
Sekali lagi dia mengangguk. Sejujurnya, dia dah rasa lain bila Ace menyoalnya dengan soalan sebegitu. Namun, riak wajahnya dikawal.
“Contoh?”
“Korean, Spanish, Tagalog and French.”
Riak wajah Ace berubah. Tak sangka dengan kebolehan gadis yang berada di hadapannya ketika ini.
“That's cool. Then it will be easier for us to-”
KPAK!
Satu sepakan hinggap pada kaki Ace. Terus sahaja dia mengaduh kesakitan dan ingin mencarut namun melihat isyarat mata dari William, dia terus matikan niat.
Dalam hati dah menyumpah seranah William yang sepak kaki dia tepat dekat tempat Kakia sepak tadi.
“Kenapa korang tanya benda macam ni?”
Soalan itu membuatkan mereka berdua terdiam. Memandang sesama sendiri dan berbicara melalui isyarat mata.
Tak pasti sama ada nak bagitahu dia ke tak.
“Takde papelah. Kitaorang saja-”
“Be honest please. Why?”
Nadanya sedikit tegas. Memandang tajam setiap inci wajah mereka berdua.
“We are SLICKS.”
“A band right?”
Kedua mereka terkejut. Huh, macam mana Kakia tahu?
“Aku teka je. Leklah, nama pun macam nama band aku dengar.”
Macam tahu apa yang di fikiran mereka, Kakia menjawab. Riak wajahnya bertukar bosan. Sudah penat untuk bermain teka-teki dengan mereka.
“Ooo macam tu. Sebenarnya, kitaorang nak-”
“I know what you really want. Korang nak aku join band korang kan?”
Kedua-duanya terdiam. Riak wajah masing-masing berubah. Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum wajah Kakia yang jelas mempamerkan riak bosan itu dipandang semula.
God, how in the world does she know?
“Cam mana kau-”
“Tak susah nak kesan orang yang tengah cuba untuk sembunyikan sesuatu.”
Belum sempat Ace untuk berkata-kata, Kakia terlebih dahulu memotong.
“Aku tahu korang perlukan orang sekarang ni tapi untuk sebab apa, itu aku tak pasti. Yang pasti-”
Jari telunjuk diangkat sebelum ditunjuk tepat pada wajah William. Senyuman sinis terukir di bibir apabila riak wajah William berubah.
Gotcha!
“Kau takkan suka-suka untuk intai aku main violin masa tu. You have your target and I'm one of them.”
“Damn, you already know from the start huh?”
William tergelak kecil. Senyuman terukir di bibir. Alahai, seems like she isn't that easy.
Punggung diangkat. Tali beg sandang dicapai seraya digalas kemas. Mata menjeling sekilas jam yang tergantung pada dinding.
2:30 pm
“Well, nampaknya our little chat need to stop for now. Dan William, make sure kalau tak nak orang tahu apa niat kau, learn to control your expressions. Smiling and acting innocent doesn't help you know.”
Melihat mereka berdua yang masih terkedu, Kakia mula atur langkah meninggalkan kelas. Sebelum satu tapaknya melangkah keluar, dia berhenti.
“Dan thanks untuk surat tu. Aku tak berminat, dah boleh kot cari orang lain. Have a nice day gentlemen.”
Terus sahaja dia mengorak langkah pergi, meninggalkan Ace dan William yang masih berada di dalam kelas.
“I know she already know about this.”
Ace mendengar dengan jelas apa yang William katakan. Entah kenapa dia rasa kecewa pada diri sendiri.
“Sokay, Will. We will try again.”
Kedengaran satu suara dari luar menyentakkan mereka berdua. Wajah Arfat yang nampak ceria menuju ke arah mereka dipandang.
“Kau dari mana ni? And sejak bila kau dekat situ?”
Soalan William menyebabkan Arfat tergelak kecil. Senyuman terukir sendiri di bibir.
“Dari bilik guru. Aku dah dekat situ start dari dia tahu pasal kita tengah cari ahli baru.”
William mengangguk. Ace yang masih mendiamkan diri seolah sedang memikirkan sesuatu dipandang.
“Kau okay tak?”
“Aku okay. But-”
Alis Arfat dan William terangkat rendah. Seolah bertanya kenapa tanpa perlu mengeluarkan suara.
“But aku tertanya, how does she know about us? About this? Aku tak rasa dia boleh tahu dengan cara tengok ekspresiasi wajah kau.”
“She's smart, Ace. She's totally different from what you think about her.”
Masing-masing melepaskan keluhan. Apa susah sangat nak tarik Kakia masuk band ni?
I thought it will be more easier than that.
“Seems like we need a new plan.”
“Yeah, aku setuju.”
LANGKAH diatur keluar dari kedai runcit sambil tangan menjinjing plastik yang berisi dengan barang dapur. Cap yang dipakai diatur kemas.
Langkah dihentikan. Tubuh disandar pada dinding kedai. Beg plastik diletakkan di bawah terlebih dahulu. Telefon pintar dikeluarkan.
Tangan sebelah lagi turun menyeluk poket seluar. Airbuds dikeluarkan sebelum disumbat masuk ke dalam telinga. Jari-jemari lincah menekan pada skrin telefon. Aplikasi Spotify dibuka.
Dalam beberapa saat kemudian, lagu I Wanna Be Yours mula berkumandang. Telefon dimasukkan semula ke dalam poket. Plastik beg dicapai lalu langkahnya disambung semula pulang ke rumah.
Kaki sekali-sekala menyepak batu kerikil. Ruangan kaki lima sedikit lenggang dan sengaja dirinya memperlahankan langkah walaupun jam sudah mula menginjak lewat petang.
6:25 pm
Bukan ada sesiapa pun yang akan menyambut kepulangannya di rumah nanti.
Kakia senyum sinis pada diri sendiri, mengejek nasib yang menimpa walaupun diri tahu Tuhan yang sudah menentukan jalan hidupnya seperti ini.
God is so cruel towards her.
Hujung kasut terhenti tepat di hadapan sebuah kedai yang menempatkan pelbagai jenis alat muzik. Dari gitar akustik sehingga ke cello, tersusun kemas pada setiap dinding di dalam kedai.
Violin berwarna hitam yang tergantung kemas dipandangnya. Satu senyuman terukir dengan sendiri. Tangan naik menekap pada kaca lutsinar.
“Hey there, miss.”
Satu suara menegur menyentakkan Kakia. Pantas langkah diundur beberapa tapak sebelum tubuh dipaling menghadap ke hadapan. Wajah seorang lelaki yang agak berusia menjadi tatapan mata.
“Hello there, mister.”
Balasnya sopan. Senyuman penuh janggal diukir. Airbuds ditanggalkan sebelum diseluk masuk ke dalam poket. Damn, dia nampak ke aku tersenyum macam orang gila tadi?
“Is there anything that caught your eyes?”
Lelaki itu menyoal dengan penuh sopan. Melihat seorang gadis muda yang tidak berhenti merenung ke dalam kedainya, akhirnya menyebabkan dia terpaksa menapak keluar dan bertanya dengannya.
“Nothing, I just love to see those musical instrument. It looks so pretty.”
Katanya sedikit berbohong. Tangan naik menggosok leher. Janggal dan dia sekarang memang betul menyesal berhenti dekat depan kedai ni dan merenung violin itu.
“I see, if you wanna take a look maybe you should head inside. It's pretty cold out here, miss.”
Kakia menggeleng perlahan tanda menolak. Senyuman masih setia di bibir.
“It's okay mister, it looks so late already and I need to go home. Maybe next time.”
Kakia mula atur langkah untuk pergi.
“Thank you mister. Have a great evening.”
Senyuman kecil dihadiahkan buat lelaki itu. Lantas, dirinya mula melangkah pergi meninggalkan lelaki itu berdiri di luar kedai.
Tubuh dipaling menghadap ke arah Kakia bergerak tadi. Senyuman kecil terukir di bibir tua itu.
“Such a pretty girl. Have a great evening too, miss.”
Bisiknya kepada diri sendiri.
“Mister.”
Baru sahaja ingin menapak masuk, satu suara mematikan langkahnya. Wajah seseorang jejaka tampan dipandang.
“Hey there, young man. Is there anything that you want?
Pintu kedai dibuka luas, mempersilakan jejaka itu untuk masuk. Senyuman kecil dan anggukan diberikan seraya dirinya dan lelaki itu menapak masuk bersama. Makin melebar senyumannya apabila mata dijamah dengan alat-alat muzik yang tergantung kemas.
Semuanya nampak baru dan mewah. Rak yang menempatkan piring hitam di sisi pintu kedai dan poster yang memaparkan khidmat membaiki alat muzik elok terlekat pada dinding kedai menyapa anak mata.
Kakinya kini berhenti di hadapan barisan gitar dan violin yang elok tergantung pada dinding. Mata memerhati setiap satu sebelum ia berhenti pada satu violin
berwarna hitam.
“Anything that caught your eyes, sir?”
Soalan itu membuatkan jejaka tersebut memandang ke arahnya. Kepala dipusing memandang sekilas ke arah pintu kedai. Senyuman masih terukir di bibir.
Jari telunjuk naik menunjuk ke arah violin itu.
“Sir, is there any people that already reserved for this violin?”
Gelengan diberikan dengan senyuman kecil.
“No, sir. It's been there for a few weeks now.”
Jawapan itu makin membuatkan senyumannya melebar.
“Mister, could you please pack this for me? I want to buy this for my girlfriend.”
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro