°º¤ø 7 ø¤º°
"Kenapa....kaki kanan awak berdarah?",tanya Seonhee dan Juyeon terdiam seraya memandang kakinya.
Seonhee keluar dari bawah katil lalu mengambil kayu besbol yang sama seperti lelaki itu pegang tadi.Dan ketika itu jugalah,lampu rumah kembali terpasang.
"Seonhee...Apa yang awak nak buat ni?!",soal Juyeon sambil mengundurkan langkahnya ke belakang.
"Kau sebenarnya yang culik Sooyoung kan?",kini riak muka Seonhee sudah berubah.
Juyeon terkejut bila Seonhee berkata demikian.Langkahnya terhenti bila tiada lagi tempat untuk dia mengundur kerana sudah pun berada di penghadang tangga.
"Culik? Apa maksud awak?!",Juyeon masih tidak faham kenapa Seonhee bertindak demikian.
Seonhee memandang kaki Juyeon.Dia yakin yang kaki Juyeon ada kecederaan yang sama seperti lelaki yang berpakaian maskot tadi.
"Tunjuk kaki kau...",arah Seonhee.
Dalam keadaan takut,Juyeon menyelak seluarnya dan kelihatan luka yang besar di pergelangan kakinya.
"Saya...terjatuh masa datang ke sini tadi...",beritahu Juyeon.
Kerana tidak berpuas hati,Seonhee menghampiri Juyeon dan seperti yang dikatakan Juyeon,kakinya tercedera kerana kesan jatuh bukan tikaman.
"Awak percayakan saya?",tanya Juyeon.
"Mana lelaki tadi?",Seonhee masih ragu-ragu dengan Juyeon.
"Sebenarnya...sa..",percakapan Juyeon tersekat-sekat dan tangan mula memegang kepalanya.
"Sebenarnya apa?!",tengking Seonhee.
Belum sempat meneruskan katanya,Juyeon merebahkan diri di situ.Dengan segera Seonhee menghampiri Juyeon yang sudah tidak sedarkan dirinya.
"Juyeon...Juyeon!",Seonhee menampar perlahan pipi lelaki itu namun tiada jawapan.
Tangannya terkena cecair pekat dan bila dilihat,Seonhee terkejut bila mendapat tahu itu darah yang mengalir dari dahi Juyeon.
Kemudian Seonhee berlari ke ruang tamu untuk mencari telefonnya yang tercicir di situ.Setelah beberapa minit mencari, Seonhee menjumpai telefonnya dan segera membuat panggilan kecemasan.
▪▪▪▪▪
Di bahagian kecemasan,
Seonhee menarik nafas lega bila doktor memaklumkan yang keadaan Juyeon tidak serius dan pengsan hanya kerana terkejut.Doktor juga membenarkan Juyeon pulang ke rumah bila sudah sedar nanti.
Bahagian lengan Seonhee juga dibalut kerana terluka disebabkan terkena serpihan kaca.Kerusi pelawat diambilnya dan gadis itu duduk di sebelah katil Juyeon.
"Patut ke aku percayakan Juyeon?", soalnya dalam hati.
Jujur,hatinya masih ragu-ragu dengan Juyeon namun setelah memikirkan beberapa kali,lelaki itu tercedera semata-mata hendak menyelamatkan dirinya.
"Seonhee...awak okay?",tanya Juyeon perlahan.Rasa pening menyerang sebaik saja cahaya lampu menerangi matanya.
"Okay....awak?",Seonhee bertanya pula.
Juyeon perlahan-lahan bangun dari posisi baringnya.Dia tersenyum kecil sebelum menjawab soalan Seonhee.
"Saya okay,jangan risau...", jawabnya.
Seonhee mendiamkan diri.Matanya memandang kaki Juyeon yang dibalut hingga ke paras lutut.
"Awak masih tak percayakan saya? Maafkan saya kalau dah takutkan awak.",ujar Juyeon.
"Tak...saya perlukan masa untuk semua ni.",Seonhee bersuara.
▪▪▪▪▪
Kotak yang berisi bungkusan makanan diletak dengan kasar.Yeosang yang berada di situ terperanjat bila Seungmin bertindak begitu.
"Ermm...kau okay Seungmin?",Yeosang meringankan mulutnya untuk bertanya.
"Hmm...aku okay.",jawab Seungmin lalu tersenyum.
Yeosang tercengang melihat respon Seungmin hari itu.Tidak pernah sebelum ini kawan sekerjanya menghulurkan senyuman padanya.
"Kenapa kaki kau tu,Seungmin?",disebabkan respon yang diberikan,Yeosang bertanya lebih lagi.Sengaja dia bertanya kerana ternampak Seungmin berjalan dalam keadaan terhincut.
"Ouh ni...aku tergelincir semalam...terseliuh sikit.",beritahu Seungmin dan Yeosang hanya mengangguk faham.
Selesai menyusun kotak-kotak,Seungmin beredar dari situ.
"Dia senyum kat aku...sungguh tak ku duga.",kata Yeosang sendirian lalu meneruskan kerjanya.
▪▪▪▪▪
Seonhee baring di atas katilnya bagi melepaskan lelah.Dia melihat skrin telefonnya yang sedikit retak akibat pergaduhan semalam.
"Apa pun,aku kena minta maaf dengan Juyeon sebab salah sangka.Dia datang semata-mata nak selamatkan aku.",katanya sendirian.
Telefon dibuka untuk menghantar mesej kepada Juyeon.
Juyeon
Sooyoung dalam bahaya!
Seonhee bingkas bangun dari posisi baringnya selepas membuka semula mesej yang dihantar kepada Juyeon semalam.
"Aku tak bagitahu dia pun alamat rumah Sooyoung...",Seonhee mula menyedari akan itu.
Rasa seram sejuk mula menyelebungi tubuhnya.Tangannya juga terketar-ketar untuk memegang telefon.
Ting!
Juyeon
Sooyoung dalam bahaya!
Seonhee
Awak dah okay?
Serta merta telefonnya dicampak sebaik saja notifikasi masuk.Dia tidak patut mempercayai Juyeon buat masa sekarang.
Dalam masa yang sama,
Seungmin berdiri di luar bangunan sambil memandang ke arah tingkap apartmen Seonhee lalu pandangannya dialihkan ke arah kedai serbaneka.Juyeon yang sedang bersendirian di dalam kedai,itu ditenungnya lama sebelum mengangkat kaki meninggalkan kawasan itu.
▪▪▪▪▪
Seminggu sudah berlalu dan Seonhee masih mengurung dirinya di dalam rumah.Dia hanya membuat tempahan makanan dari luar.
Telefon yang sudah tidak terusik sejak minggu lepas, dipandang.Dan apa yang dilihatnya ialah mesej dan panggilan masuk yang dibuat oleh Juyeon.
Ting tong!
Loceng rumah berbunyi dan Seonhee melihat gerangan itu melalui CCTV yang terletak di luar rumahnya.Selepas kejadian,Seonhee sudah pun menggantikan CCTV yang rosak itu dengan yang baru.
"Seonhee...awak okay?",kedengaran suara dari luar.
Seonhee tidak menjawab pertanyaan Juyeon.Dia masih tidak bersedia untuk bersua muka dengan Juyeon ketika itu.
Juyeon mengeluh kecil bila tiada jawapan dari gadis itu.Selepas lima minit menunggu,Juyeon meninggalkan rumah Seonhee.
"Kenapa dia caring pasal aku?",keluh Seonhee.
Sedang mengemas barang-barang yang tidak digunakan,Seonhee terjumpa penyegar udara yang pernah diberikan Sooyoung tidak lama dulu.
"Ni bukan sebarang air freshener tau...",kata Sooyoung.
"Habis tu apa?",soal Seonhee sambil membelek penyegar udara yang dihadiahkan kepadanya.
"Tu CCTV versi moden...kau kan tak nak dengar nasihat aku tapi sekurang-kurangnya gunalah CCTV ni.",jelas Sooyoung.
Seonhee hanya memuncungkan mulutnya.Dia hanya mengangguk faham sebelum menyimpan penyegar udara yang dihadiahkan Sooyoung tadi.
Seonhee segera meletakkan kamera tersembunyi itu di salah satu penjuru yang melihatkan seluruh rumahnya.
Selepas menyambungkan kamera itu ke telefonnya,kamera itu mula berfungsi dengan baik.Seonhee mengambil nafas lega kerana barang pemberian sepupunya masih dapat digunakan.
Selepas difikirkan semula,Seonhee membuat keputusan untuk mengajak Juyeon berjumpa.Dia perlukan jawapan yang jelas dari lelaki itu.
▪▪▪▪▪
Keesokannya,
Seonhee menghampiri Juyeon yang sudah pun mengambil tempat di dalam kafe itu.
Juyeon tersenyum sebaik saja melihat Seonhee yang menuju ke arahnya.Seonhee pula mengekalkan riak yang bersahaja lantas menarik kerusi.
"Macam mana dengan tangan awak? Sakit lagi?",soalan pertama yang ditanya Juyeon.
"Macam mana awak tahu alamat rumah Sooyoung?",tanpa menjawab pertanyaan Juyeon,Seonhee terus bertanyakan tentang itu.
"Ouh...kan awak hantar mesej kat saya malam tu.",jawab Juyeon.
"Tapi saya tak bagitahu awak pun alamat Sooyoung...pasal kaki awak tu,saya mula ragu-ragu.",tegas Seonhee.
"Saya boleh terangkan pada awak Seonhee..",Juyeon cuba menenangkan Seonhee ketika itu.
"Macam mana saya tahu alamat Sooyoung---",
"Bukak pembalut kaki tu...",potong Seonhee.
Juyeon tercengang mendengarkan arahan Seonhee.Riak wajah gadis itu juga sangat lain dari biasa.
"Awak sebenarnya kan?! Awak yang buat semua ni!",Seonhee sudah kehilangan sabar kali ini.
"Awak...dengar dulu apa yang saya nak terangkan...",rayu Juyeon.
Seonhee tidak mengendahkan lagi kata-kata Juyeon lalu berlari keluar dari kafe itu.
▪▪▪▪▪
Seonhee menangis dalam perjalanan pulangnya.Dia tidak kisah yang ketika itu dirinya menjadi tumpuan orang ramai yang lalu di situ.
Sampai saja di rumah,Seonhee menangis semahunya di belakang pintu rumahnya.Buat masa itu,dia takut untuk mempercayai sesiapa saja.
"Kenapa...kenapa semua khianat aku?",rintihnya.
Seungmin,lelaki yang sangat dicintainya dulu pernah mengkhianati kepercayaannya dan kini,Juyeon turut begitu.
Terlintas di fikirannya untuk melihat rakaman CCTV yang terletak di luar rumahnya.Telefon segera dikeluarkan dari poket seluarnya.
Rakaman itu diteruskan sehinggalah Seonhee memberhentikan rakaman itu pada jam 4:35 pagi.
"Ju...Juyeon? Dia buat apa kat sini?",terkejut dibuatnya bila rakaman itu menunjukkan Juyeon berdiri di depan pintu rumahnya awal pagi tadi.
"Arghhhh!!!",Seonhee menjerit bila pintu rumahnya diketuk dengan kuat.
"Seonhee! Bukak pintu ni!!",arah Juyeon sambil mengetuk pintu rumah Seonhee bertalu-talu.
Seonhee segera membuat panggilan pada detektif yang pernah menguruskan hal sebelum ini.
"Tolong saya tuan! Lee Juyeon penjenayah tu!! Dia ada depan rumah saya sekarang!",beritahu Seonhee.Suaranya ditinggikan kerana ketukan pintu yang kuat itu.
Baiklah...saya akan segera ke sana.Jangan sesekali Cik bukak pintu.
Tiba-tiba suasana menjadi senyap bila tiada lagi ketukan pintu.Seonhee masih tidak berani melakukan apapun.
Di luar,
Juyeon berhenti dari mengetuk pintu rumah itu.Matanya melilau mencari sesuatu untuk menghancurkan pintu rumah Seonhee.
Langkahnya dituju ke arah tukul yang terletak di satu sudut koridor itu.Tukul itu diambil lalu dia mengetuk pemegang pintu sekuatnya.
Seonhee menutup telinganya kerana ketakutan.Sebelum Juyeon menerjah masuk ke dalam rumahnya,Seonhee mencari tempat untuk bersembunyi.
Matanya tertumpu pada salah satu kotoran yang ada.Seonhee pergi dengan lebih dekat dan serta merta dia menjauhkan dirinya bila mendapat tahu yang itu ialah kotoran yang datang dari tapak kasut.
Ha cepat teka...
Seungmin😏
Atau...
Juyeon😗
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro