°º¤ø 4 ø¤º°
Habis saja waktu kerja,Seonhee terus singgah di kedai serbaneka dengan harapan untuk berjumpa Juyeon.
"Selamat datang...."
Seonhee hanya tersenyum kecil.Lupa pula yang Juyeon bekerja di shif malam jadi sekarang ini ialah waktu Jisu yang bekerja.
"Unnie sihat?",sapa Seonhee.
"Sihat...cuma semalam ada hal sikit,tu yang suruh Juyeon gantikan.",jawab Jisu dan Seonhee hanya mengangguk sambil tersengih.
Seonhee pergi ke bahagian belakang kedai untuk mengambil makanan dan minuman tangan selalu dibelinya.
Selesai membuat pembayaran,Seonhee beredar dari situ dan telefon dikeluarkan dari beg tangannya.
Click!
Gambar susu pisang dan roti coklatnya diambil dan terus dimuat naik ke laman sosialnya.
"Lepas ni nak buat apa? Awal lagi ni...",Seonhee menyoal dirinya.
Matanya melilau mencari tempat untuk dia menyantap makanan.Satu bangku kosong yang terletak berhampiran kedai itu menjadi tempatnya.
Semasa makan,notifikasi Instagram,tidak berhenti berbunyi memandangkan dia baru saja memuat naik gambar tadi.Seonhee menjenguk telefon yang berada di tepinya lalu tersenyum gembira.Buat masa sekarang,itulah kebahagiaannya.
"Seonhee...",satu suara memanggil namanya.
Seonhee menoleh dan terkejut bila melihat Seungmin ada di situ.Segera dia mengambil telefonnya sebelum mengambil langkah.
"Seonhee! Kenapa awak lari dari saya?",tanya Seungmin sebaik saja tangan Seonhee sempat ditarik.
Seonhee memandang Seungmin dengan tajam.Kelakuan Seungmin yang mengetuk pintu rumahnya tempoh hari,masih segar di ingatannya.
"Kenapa saya lari? Sebab saya dah tak ada apa-apa nak cakap dengan awak,Seungmin.",jawab Seonhee.
"Tapi saya ada...tolong dengar dulu apa yang saya nak cakap sekarang.",rayu Seungmin.
"2 minit...lepas tu saya tak nak tengok muka awak lagi.",ujar Seonhee.
Baginya,tidak salah jika memberi peluang untuk Seungmin bercakap asalkan dia tidak lagi menganggu hidupnya.
"Tolong bagi saya peluang kedua? Saya janji akan bahagiakan awak...tolong terima saya semula,Seonhee...",luah Seungmin.
Seonhee melihat jam telefonnya dan 2 minit yang diberi sudah pun berlalu.
"Masa dah tamat dan jawapan saya tetap sama...tak nak.Sekarang awak boleh pergi.",kata Seonhee lalu meninggalkan Seungmin di situ.
Seungmin membuat keputusan untuk membiarkan Seonhee pergi hari itu.Setelah memastikan Seonhee selamat masuk ke dalam bangunan itu,Seungmin menapak pergi dari situ.
▪▪▪▪▪
Sooyoung tidak mampu membuat apa-apa oleh disebabkan tangannya diikat.Menangis airmata darah sekalipun, dia pasti yang dia tidak akan dilepaskan.
Lelaki yang menculiknya masuk ke dalam bilik di mana dia mengurung Sooyoung.Gadis itu memerhati setiap gerak geri lelaki itu dan baru dia tersedar sesuatu tentang lelaki itu iaitu ketinggian badannya.
"Se...Seungmin?",soalnya di dalam hati.Dia pasti itu Seungmin walaupun wajahnya tidak kelihatan kerana dia pernah bertemu lelaki itu beberapa kali sebelum ini.
Langkah lelaki tadi menuju ke arah Sooyoung.
"Kau nak keluar dari sini?",soal lelaki itu.
Sooyoung yang tadinya menundukkan kepala, perlahan-lahan mendongak disertakan anggukan kecil.
"Bagitahu aku password rumah Seonhee dan aku akan lepaskan kau.",kata lelaki itu.
"Kalau aku bagitahu...k-kau lepaskan aku?",Sooyoung meminta kepastian dan lelaki tadi mengangguk tanda mengiyakan.
Sooyoung memberi isyarat supaya penculiknya itu mendekatkan dirinya dengan dia.
Bukk!
Lelaki itu memegang kepalanya yang dihantuk kuat.
"Jangan harap aku nak bagitahu kau,sial!",herdik Sooyoung.
Aku tahu,aku tak akan mampu bertahan lagi.
Lelaki itu bangun sambil memegang kepalanya yang masih lagi terasa sakit.Kayu besbol yang terletak di belakang pintu biliknya,dicapai.
Maafkan aku,Seonhee
Dan semuanya berubah gelap dalam sekelip mata.Darah pekat mula mengalir akibat pukulan tadi.
▪▪▪▪▪
Malam itu,
Seonhee merebahkan dirinya di atas katil selepas mengemas ruang tamunya.Telefon diambil dan tiada mesej baru yang masuk.Gambarnya bersama Sooyoung ditatap lama.
"Sooyoung dah sihat ke? Selalunya ada je dia mesej aku.",gumam Seonhee.
Ting!
Serta merta Seonhee mengukirkan senyuman melihat mesej yang dihantar Sooyoung.Baru saja dia memikirkan pasal sepupunya itu.
Sooyoung✨
Kenapa kau tak reply?
Kau marahkan aku ke?
Sorry
Kalau aku takutkan kau...
Seonhee mengerutkan dahinya membaca mesej itu.
"Kenapa dia tanya sebab aku tak reply sedangkan aku selalu macam tu..",soal Seonhee hairan.
"Sorry? Sejak bila pulak Sooyoung mintak maaf dengan aku?",makin banyak persoalan yang bermain di fikiran Seonhee ketika itu.
"Dia takut aku merajuk kot...",Seonhee cuba berfikiran positif lalu membawa mesej tadi.
Sooyoung✨
Sorry
Kalau aku takutkan kau...
Tak ada apalah
Kau free?
Free! Kenapa?
Jom makan nak?
Aku belanja.
Kat rumah kau boleh?
Sure!
Aku tunggu.
Seonhee mengambil nafas lega.Kenapalah dia terlalu berfikir tentang itu tadi.Mungkin disebabkan kehadiran Seungmin,membuatkan dirinya sedikit terganggu.
30 minit kemudian,
Makanan yang dipesan sudah disediakan.Seonhee melihat jam telefonnya lalu memuncungkan mulutnya.
"Kenapa lambat sangat ni...selalunya cepat je dia datang.",rungut Seonhee.
Pintu diketuk membuatkan Seonhee tersenyum lebar.Setelah lama menunggu,akhirnya sampai juga sepupunya itu.
Baru saja ingin membuka pintu,Seonhee menarik tangannya.
"Sooyoung tak pernah ketuk pintu..", getusnya.
Memang Sooyoung tidak pernah mengetuk pintu rumahnya memandangkan sepupunya itu selalu menekan loceng.Dan kalau malas menunggu,Sooyoung akan menggunakan password rumah yang diberinya.
"Siapa?",tanya Seonhee lantas melihat CCTV rumahnya lalu mengeluh kecil.
Dia terlupa yang CCTV rumahnya rosak dua hari lepas.Seonhee mengintai luar rumahnya melalui ruang kecil di pintu.
"Kenapa gelap?"
"Penghantaran makanan..",kedengaran suara menjawab.
"Makanan?",Seonhee menoleh ke belakang dan makanan yang dipesannya sudah sampai 10 minit tadi.
Boleh jadi someone tu stalker kau
Kata-kata Sooyoung terngiang-ngiang di fikirannya saat itu.Dia perlahan-lahan menjauhkan dirinya dari pintu.Telefon yang berada di atas meja segera dicapai untuk menghantar mesej pada Sooyoung.
Sooyoung✨
Sooyoung!
Jangan datang rumah aku!
Selepas menghantar mesej ke Sooyoung,Seonhee mendail nombor kecemasan namun dia tidak sempat untuk melaporkan keadaannya.Telefon yang dipegangnya terjatuh kerana terkejut dengan ketukan pintu yang semakin kuat.
Seonhee menutup telinganya sambil memejamkan mata.Dia berharap yang ini merupakan mimpi ngeri baginya.Seonhee menapak ke belakang tanpa menoleh dan ketika itulah kakinya tersalah langkah yang menyebabkan Seonhee terjatuh.
Seonhee memegang kepalanya yang terhantuk di meja dan suara ketukan pintu itu semakin hilang dari pendengarannya.
▪▪▪▪▪
Seonhee membuka matanya sebaik saja mendengar loceng rumahnya berbunyi.Kepalanya tidak lagi sakit seperti semalam dan Seonhee terus menuju ke pintu lalu mengintai siapa yang berkunjung ke rumahnya.
"Polis?",tanpa melengahkan masa,Seonhee membuka pintu rumahnya.
"Cik ni kenalan rapat Choi Sooyoung ke?",tanya polis itu sebaik saja Seonhee membuka pintu.
"Sooyoung?"
▪▪▪▪▪
Di balai polis,
"Tujuan saya bawa Cik ke sini sebab berdasarkan apa yang kami jumpa di dompetnya,hanya kad kerja beserta gambar Cik saja yang ada.Sebab itu jugalah pihak polis pergi ke rumah Cik untuk bertanya lebih lanjut.",terang polis yang bertugas.
"Seorang pembersih jalan terjumpa dompet yang dipercayai milik Choi Sooyoung.Bila kami bertanya pada jiran rumahnya,kami dimaklumkan yang dia sudah 2 hari tak balik ke rumah.",sambung polis itu lagi.
"2 hari? Baru semalam saya chat dengan Sooyoung...macam mana tuan boleh cakap 2 hari?",tanya Seonhee hairan.
"Kalau tak percaya,baca chat kiteorang semalam.",kali ini Seonhee menghulurkan telefonnya kepada polis.
Sedang membaca mesej itu,ketika itu jugalah notifikasi Instagram masuk.Polis yang bertugas,memandang Seonhee.
"Saya diberitahu yang Cik sangat berpengaruh di Instagram...",kata polis itu dan Seonhee menundukkan kepalanya.
"Macam nilah...pada pandangan saya,ini bukan sepupu Cik.",ujar polis itu.Telefon Seonhee juga dipulangkan semula.
"Maksud tuan?",Seonhee masih tidak dapat menangkap apa yang dimaksudkan polis itu.
"Memandangkan Cik sangat berpengaruh di Instagram,boleh dikatakan yang itu ialah stalker.",beritahunya.
Buat masa sekarang,mungkin scene Seungmin tak banyak...jangan risau kerana permulaan segalanya baru saja bermula😏😏
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro