𝐃𝐢𝐚𝐯𝐨𝐥𝐨 𝐌𝐚𝐣𝐞𝐬𝐭𝐢𝐞𝐬 𝟗
" Excuse me miss. Sorry to bother you but may I ask, do you see this person? " Soal Ira Syalien kepada seorang gadis korea sambil menunjukkan gambar Xendrick dalam telefonnya.
" I'm so sorry. I didn't see him. " Jawab gadis itu pula sambil menundukkan sedikit kepalanya tanda maaf.
Ira Syalien tersenyum kelat. Setelah usai berterima kasih dia bergerak ke arah sepasang pasangan yang sedang duduk di atas kerusi berhadapan kedai makan.
" Excuse me. Apology for my suddenly disturbing you guys but may I ask, do you see this person? " Soal Ira Syalien dengan wajah yang penuh berharap.
Dilihat pasangan itu memandang gambar Xendrick lalu mereka melihat sesama sendiri dan serentak mereka menggelengkan.
Muram wajah Ira Syalien. Usai mengatakan terima kasih kepada pasangan tadi, dia bergerak ke arah lain. Setiap orang yang lalu lalang di hadapannya akan di tanya mengenai Xendrick.
Satu jam dua puluh minit sudahpun berlalu. Ira Syalien yang kepenatan segera mengambil tempat di bangku kosong berhadapan kedai.
Matanya ralit memandang gambar dia bersama Xendrick ketika mereka berjalan di kota Seoul dua hari lepas. Tanpa dia sedar, air matanya menitik menyentuh Skrin telefonnya.
Aplikasi mesej dibuka dan dia membaca semula bait-bait ayat yang dia hantar kepada Xendrick. Masih tidak berbalas. Panggilan juga tidak berjawab. Nombor Malaysia yang Xendrick berikan turut di buat panggilan tetapi sayang, masih tiada jawapan.
" Mana awak pergi Xen...Awak memang dah tinggalkan saya ke...? " Ujarnya sendirian. Bibirnya tercebik mencuba untuk menahan tangisan.
Angka jam dilihat. Pukul sebelas pagi. Ira Syalien sudah terlepas penerbangannya namun dia tidak kisah kerana dia masih ingin mencari Xendrick. Dia yakin Xendrick masih berada di Korea.
Namun secara tiba-tiba, lengan kanan di pegang membuatkan Ira Syalien terkejut. Dia meronta sekuat hati namun apalah yang mahu di bandingkan tenaga gadis kecil itu dan lelaki yang berbadan sasa.
" Maaf Cik Muda. Datuk arahkan kami untuk bawa Cik Muda ke lapangan terbang sekarang. " Bicara si pengawal dengan tegas.
Ira Syalien meronta dengan lebih kuat lagi.
" Saya tak nak. Saya dah kata saya boleh balik sendiri kan. Apa yang susah sangat nak faham. Saya dah bagi tahu papa yang saya akan balik Malaysia lagi tiga hari. " Ujar Syalien sambil cuba melawan.
Namun rontaannya tiada penghujung. Dia semakin dekat dengan sebuah kenderaan berwarna hitam yang berada di tepi jalan berhadapan dengan kedai yang dia duduki tadi.
Tanpa seberang amaran tubuh kecil Ira Syalien ditolak begitu sahaja ke dalam kereta membuatkan Ira Syalien menjerit kesakitan akibat kepalanya yang berlanggar dengan bahagian atas kereta tersebut.
Pang! Terteleng wajah Ira Syalien tatkala pipinya ditampar oleh Datuk Faizul.
Luka yang baru sahaja mahu sembuh akibat daripada tamparan Datin Raisara kini berdarah kembali. Namun, hatinya kian berdarah dan terluka teruk.
" Bila aku kata balik sekarang maknanya kau kena balik sekarang juga! Apa yang susah sangat untuk kau faham arahan aku? Kau jadi anak tak pernah nak menyenangkan aku tahu tak. Menyusahkan aku pula kena pergi cari kau! " Amuk Datuk Faizul lalu dia melabuhkan duduknya di tempat duduk penumpang.
" Kau ni kakak tak baik buat papa risau macam tu. Sebabkan kau papa terpaksa sewa jet peribadi untuk balik. Cuba kesian dekat papa ni penat asyik terpaksa fikirkan kau je tapi kau tak pernah fikirkan papa. Seronok sangat keluar dengan jantan tu kan. " Ujar Zahra Syahira dengan lembut cuba untuk menucuk jarum.
Dia tersenyum sinis. Waktu-waktu seperti inilah yang bagus di gunakan untuk menjatuhkan Ira Syalien ke dalam lembah keseksaan yang dahsyat.
" Budak macam tu tak pernah nak fikir orang sekeliling dia. Yang dia tahu cuma jaga diri sendiri je. Mak bapak yang ada dekat depan mata ni pun buat tak tahu. Anak kurang ajar! " Cemuh Datin Raisara dan menjeling tajam wajah Ira Syalien.
Datuk Faizul yang melihat Ira Syalien masih lagi berdiri tegak di hadapannya mula naik angin. Entah mengapa barannya tidak terkawal dan sekali lagi wajah Ira Syalien menjadi mangsanya.
Pang!
Berlanggar tubuh badan Ira Syalien dengan tempat duduk disebelah. Tangan kanannya naik memegang pipinya. Sakit yang tak mampu di ungkapkan. Kedua belah matanya mula berair. Anak mata coklat perangnya beradu dengan sepasang mata tajam coklat tua milik Datuk Faizul.
" Pergi duduk lah! Kau tercegat depan aku lagi dah kenapa?! Itupun aku kena cakap. Asal otak kau bodoh sangat ha?! " Amuk Datuk Faizul lagi.
Menggigil sedikit tubuh badan Ira Syalien lalu tanpa sebarang kata-kata dia laju bergerak kearah tempat duduk di belakang sekali jauh daripada keluarganya.
Tangisan yang tidak mampu ditahan akhirnya terhambur jua. Sungguh dirinya berasa teramat sakit. Bukan fizikalnya sahaja malah mental dan emosinya turut terluka.
Sentuhan diatas kepalanya membuatkan dia mengangkat wajahnya lalu wajah sinis Zahra terhias pada pandangannya.
" Alahai kesiannya dia menangis. Tak sangka pembunuh pun boleh menangis kan kan kan. " Ejek Zahra Syahira dengan nada yang sengaja dibuat lembut.
" A—aku bukan p—pembunuh. " Balas Ira Syalien tersekat-sekat.
Zahra tertawa sinis. Dia membelai lemput wajah Ira Syalien lalu ibu jari kanannya menekan kuat luka di hujung bibir gadis itu dan tangan kirinya laju menekup mulut Ira Syalien apabila gadis itu mahu menjerit.
Ditekan sekuat hati mulut kakaknya. Lalu wajahnya di dekatkan pada wajah Ira Syalien.
" Tak ada pembunuh yang akan mengaku dia tu pembunuh. Dan kau Ira, selamanya pembunuh. " Balas Zahra dan tersenyum sinis.
" Tak akan ada mak ayah yang sudi untuk mengaku anak mereka seorang pembunuh. Kelahiran kau dekat dunia ni bukan untuk di bangga kan tapi untuk di seksa dan di kecewa kan. Hadam ayat aku ni baik-baik dan simpan dalam kepala otak kau sampai kau mati. "
" Kau pembunuh. " Bisik Zahra lagi dengan nada yang keras.
Mulut kakaknya di lepaskan kasar lalu dia bergerak meninggalkan Ira Syalien di belakang membiarkan gadis itu menangis bersendirian tanpa teman disisi.
Ira Syalien yang tidak mahu tangisannya di dengari segera menekup bibirnya. Badannya bergetar hebat. Di saat inilah dia teramat memerlukan seseorang.
Orang yang di harapkan mampu untuk bersama dengannya di saat susah telahpun tiada.
" Xen..."
" Buka pintu cepat! Tuan Muda dah balik! " Ujar seorang lelaki dengan tergesa-gesa.
Dia yang baru sahaja mahu bergerak ke arah pintu penumpang belakang terhenti apabila pintu tersebut telah dibuka lebih dahulu daripada dalam.
Dan keluarlah Xendrick D'Arzen lalu bergerak menuju ke pintu utama.
Bang!
Ditolak begitu sahaja pintu tersebut sehingga menghasilkan bunyi yang mengejutkan ahli di dalam. Dengan langkah tergesa-gesa dia mencari seseorang yang amat dia perlukan saat ini.
" Ya Allah anak mama! Macam mana boleh luka teruk ni sayang?! " Ujar mama Xendrick D'Arzen atau lebih dikenali sebagai Puan Aelyna Medina merangkap Queen.
Terkejut dirinya tatkala dia melihat anak kesayangannya yang berlumuran dengan darah dari muka sehinggalah seluruh tubuh badannya.
" Mama... " Tidak dapat menahan lagi, akhirnya terhambur jua tangisan yang ditahan selama ni. Terus diserbu dan dipeluk erat tubuh badan Permaisurinya menyebabkan wanita tua itu terduduk kembali di sofa.
Wajahnya di sembamkan pada perut Permaisurinya itu. Keluarganya yang melihat keadaan abang sulung mereka turut terkejut.
" Hey Prince. What happened? Who did this to you? " Sampuk suara garau dengan nada kerisauan yang duduk bersebelahan dengan Queen iaitu Tuan Xavier D'Arzen atau lebih tepat King.
Puan Aelyna Medina mengelus lembut kepala puteranya dengan kasih sayang. Hatinya dilanda kerisauan yang sungguh hebat. Bagaimana anaknya boleh kembali dalam keadaan begini.
" Mama... " Seru Xendrick D'Arzen lagi dengan lemah.
" Ya sayang. Mama ada dekat sini. Kenapa ni hmm? " Sambut Puan Aelyna Medina dengan penuh kelembutan.
" Xen—Xen tinggalkan dia mama. Xen tinggalkan dia. " Ujarnya dengan tersekat-sekat. Bertambah garau suara Xendrick dicampur dengan tangisannya yang kian berlagu.
Puan Aelyna Medina dan Tuan Xavier D'Arzen merenung sesama sendiri. Tidak faham akan hujahan putera pertama mereka.
" Maksud kamu tinggalkan siapa? "
Xendrick D'Arzen mengangkat wajahnya lalu anak mata kelabu itu dengan lemah merenung wajah Permaisurinya.
" Xen tinggalkan dia mama. Xen tinggalkan Syalien sendiri dekat sana. I left her when everyone left her. I left her when she needed me the most. I left her alone there. I left her... Xen tinggalkan dia. "
Terdiam seluruh ahli keluarga D'Arzen. Tuan Xavier D'Arzen memanah wajah sembab puteranya. Biasan wajah itu jelas terpapar perasaan sebersalahnya pada seorang gadis yang disebut Syalien itu tadi.
" Anak mama— "
" Xen dah janji Xen tak akan tinggalkan dia dan Xen akan selalu ada dengan dia. Kami janji kami akan jumpa lagi bila balik Malaysia sebab Xen dah janji yang Xen akan cari dia tapi— " Potong Xendrick D'Arzen dengan laju.
" Xen tak nak dia terluka macam mana Xen terluka sekarang. Xen tak nak di sebabkan Xen dia yang akan tanggung semua kesakitan ni dan Xen tak nak dia takut pada Xen bila dia tahu Xen berasal dari keluarga yang selalu hidup dengan bahaya. " Ujarnya lagi. Suaranya bertambah serak dengan air matanya yang tidak malu untuk terus mengalir membasahi wajahnya.
" Tapi Xen tak nak dia benci Xen. Xen tak sanggup untuk hadap kebencian dia. " Bicara Xendrick D'Arzen lagi dengan tangisannya yang masih belum surut.
Ahli keluarga yang lain menatap simpati ke arah abang sulung mereka. Untuk pertama kali abang mereka menangis dengan teruk beralasankan orang luar dan lebih tepat lagi kerana seorang gadis.
" Sayang, mama yakin dia tak kan bencikan kamu. " Pujuk Puan Aelyna Medina dengan lembut. Wajah puteranya yang disaluti dengan darah itu dilap dengan lembut sungguh berhati-hati dan kawasan luka yang ada dielak daripada tersentuh.
Xendrick D'Arzen menggeleng laju.
" Xen tinggalkan dia malam tadi. Sepatutnya Xen jumpa dia dekat restoran tapi Xen mungkir janji. Xen janji Xen akan ada bersama dia sampai bila-bila dan Xen tak akan tinggalkan dia tapi Xen tak nak dia jadi mangsa dan tersekat dalam masalah ni... " Balas Xendrick lagi.
" ... Xen fikir dengan larikan diri boleh selamatkan dia daripada terluka tapi Xen tak sedar cara Xen ni akan membuatkan dia lebih terluka malah lebih teruk! Xen pengecut! " Raung Xendrick lagi bersama dengan penumbuk yang dikepal lalu ditumbuk kuat pada dadanya.
" Xen mungkir janji! " Ditumbuk lagi dadanya.
" Xen bodoh! " Bertambah kuat dadanya ditumbuk.
" Xen lemah! " Ditumbuk lagi dadanya bertubi-tubi.
" Xen lelaki tak guna! " Semakin kuat dadanya ditumbuk sehingga membuatkan dirinya memuntahkan darah dengan mudah.
Puna Aelyna Medina yang melihat segera memeluk kepala puteranya dengan kuat. Sepasang matanya juga turut mengalirkan air mata. Hatinya sakit melihat anak yang selama ini ditatang dengan penuh kasih sayang menangis kesakitan.
" Tak sayang. Anak mama bukan pengecut. Mama yakin satu hari nanti Syalien akan percaya tindakan yang kamu buat ni adalah untuk kebaikan dia juga. " Pujuknya dengan lembut.
" Betul tu Putera papa. Kamu buat tindakan yang tepat. Kamu tinggalkan dia bukan bermakna kamu 'tinggalkan' dia selamanya. Kamu pergi untuk kebaikan dan keselamatan dia. Akan ada waktu dimana kita terpaksa berkorban demi orang yang kita sayang. "
" Walaupun hakikatnya menyakitkan tapi percayalah kesakitan itu yang membuatkan kita untuk terus kuat dan hadirkan sinar kebahagiaan yang kita nantikan dengan sabar pada masa akan datang. " Pujuk Tuan Xavier D'Arzen. Tidak pernah dia melihat puteranya yang seorang ini meraung dan menangisi orang luar.
Tangannya menepuk lembut bahu sang putera dan sesekali kepala anaknya dielus lembut dan sayang.
Xendrick D'Arzen masih menangis dan meraung. Ahli keluarganya memandang simpati kearah dia. Langsung tidak di hiraukan keadaannya tika ini. Dia mahu melepaskan segalanya. Dia mahu menangis semahunya.
Tapi, dia semakin lemah dengan luka yang teruk dan akhirnya dia pengsan tidak menyedarkan diri dalam pelukan hangat sang Permaisurinya.
" Ya Allah Xen! Anak mama! Abang! " Teriak Puan Aelyna Medina kepada suaminya.
" Fred! Call Jane sekarang! " Arahnya kepada orang kanannya itu.
Tuan Xavier D'Arzen segera mendapatkan sang puteranya lalu dia mengangkat dan memapah Xendrick turut dibantu oleh anak-anaknya yang lain.
" Uncle! Budak ni macam mana? " Soal lelaki tadi yang kalut memberitahu Tuan Muda mereka dah balik.
Dia sedang mengendong seorang gadis yang pengsan akibat luka di bahagian wajah dan perutnya.
Tuan Xavier D'Arzen mengerutkan dahinya. Patut sahaja dia tak nampak gadis itu rupanya ikut putera sulungnya pergi ke Korea.
" Tolong uncle hantar dia ke bilik. " Arahnya bernada kosong.
Lelaki itu mengangguk. Di kemaskan lagi gendongannya dan kakinya mula mengikuti Tuan Xavier D'Arzen ke arah lift untuk naik ke tingkat atas. Anak matanya tunak memandang wajah berlumuran darah gadis itu lalu dia menggeleng perlahan.
" Kau masih tak serik lagi kan. "
Rabu; 18 Oktober 2023
3:20 p.m; Raden Arenza
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro