Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝐃𝐢𝐚𝐯𝐨𝐥𝐨 𝐌𝐚𝐣𝐞𝐬𝐭𝐢𝐞𝐬 𝟑

" Jadi nama tunang kau Iqbal? " Dia seperti pernah mendengar nama ini dulu.

" Pembetulan mamat mix mata kelabu, bekas tunang saya. " Ujar Ira dan ayat Xendrick tadi dibetul kan.

Sengaja dia memanggil Xendrick D'Arzen dengan gelaran sebegitu. Xendrick hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Entah mengapa dia berasa okey sahaja jika gadis itu memanggilnya begitu.

" Habis tu, yang kau beria menangis tadi tu kenapa? " Soal Xendrick lagi dan keningnya sedikit berkerut. Seakan tidak berpuas hati melihat gadis itu menangis hanya kerana seorang lelaki.

" Tipu lah kalau saya kata saya tak sedih dan kecewa. Iqbal satu-satunya yang selalu ada untuk saya susah dan senang. Waktu semua orang palaukan saya, benci saya, pinggirkan saya, dia je yang sudi hulurkan tangan dia untuk saya dan temankan saya selama empat tahun ni. Senang kata, saya percaya yang saya masih ada tempat untuk bergantung harapan. "

Luah Ira Syalien sambil tangan kanannya yang memegang garpu itu dikuis lebihan nasi yang ada didalam pinggannya.

" Walaupun pada awalnya saya sendiri yang tolak untuk bertunang dengan dia tapi makin lama saya luangkan masa dengan dia, makin saya rasa selesa dengan sifat dia yang tenang, jujur, selalu utamakan saya dalam setiap hal yang dia lakukan, hormat saya selayaknya seorang perempuan patut dapat tapi..... "

Terhenti bicara Ira syalien. Xendrick D'Arzen dapat merasakan getaran dari nada suara gadis itu. Empat tahun bertunang ada waktu susah dan senang jadi memang bukan mudah untuk gadis itu terima dalam jangka masa yang pendek.

" It's okay. If you don't wanna talk about it, you don't have to force yourself. I know it's not easy for you. You've been enduring that all this time by yourself. Only you. It's okay to cry because it doesn't mean you're weak, but you're strong enough. " Ujar Xendrick cuba untuk meredakan kesedihan gadis dihadapannya.

Ira Syalien naik menatap wajah Xendrick D'Arzen. Hatinya tersentuh mendengar bicara lelaki ini. Senyuman nipis terlakar sedih diwajahnya itu. Lalu dia menggelengkan kepalanya perlahan. Dia menatap ke dalam anak mata kelabu milik Xendrick.

" Tapi tu semua hilang bila genap tiga tahun kami bertunang. Perlahan-lahan dia berubah. Saya tak perlu sebut siapa awak pun dah tahukan. "

Xendrick D'Arzen yang melihat senyuman kecewa milik Ira Syalien hanya berdiam diri. Tanpa dia sedari, dia menggenggam kedua belah tangannya.

Adik Ira Syalien.

"Apapun, sekurang-kurangnya saya lega sebab saya ada alasan untuk putuskan pertunangan ni. Macam yang saya cakap, saya dah tak nak simpan lelaki macam tu. "

Ira Syalien mengukirkan senyuman manisnya dengan lebar cuba untuk meyakinkan Xendrick D'Arzen bahawa dia baik-baik sahaja. Perkara pun sudah lepas jadi dah tak perlu dikenang.

" Untuk jawapan pada soalan awak awal tadi, saya tak menyesal. Sebab saya akan menyesal bila saya dah jadi isteri dia nanti. Masa tu menangis air mata darah sekalipun saya tak akan mampu lepaskan diri saya daripada dia. Allah dah tetapkan yang kuasa talak ada pada lelaki yang bergelar suami kalau Iqbal tak nak ceraikan saya memang hidup saya akan menderita selamanya. "

Xendrick D'Arzen yang tekun mendengar berasa kagum dengan pemikiran gadis ini. Lain daripada yang lain.

" Lebih-lebih lagi kalau dia jalankan semua tanggungjawab dia sebagai suami dengan sempurna tanpa cacat cela walaupun sedikit, lagilah susah untuk saya tuntut fasakh. "

Ira Syalien menghirup udara dengan sehingga keliang paru-parunya dan lalu dihembus perlahan. Wajah Xendrick D'Arzen ditatap dengan senyuman nipisnya. Tatkala dia meluahkan masalahnya, seakan segala beban dibahu hilang satu persatu.

" Jadi sebelum saya menyesal lebih baik saya tamatkan sekarang. "

Xendrick D'Arzen tersenyum puas mendengar segala hujahan gadis itu. Dia seakan tertarik dengan tingkah laku dan personaliti gadis muda dihadapannya ini. Kedua belah lengannya diangkat dan diletak diatas meja.

" He don't deserve you because you deserve a man who's more better than him. "

Ira Syalien tertawa nipis. Air mineral diambil dan diteguk bagi melegakan tekaknya yang kering dan kehausan. Lalu skrin telefonnya disentuh. Sekarang sudah jam 8:45 malam di Korea. Kedai ini juga akan tutup pada jam 9.

" Jom lah awak. Kita jalan-jalan dekat tempat lain. Kedai ni pun dah nak tutup jam 9 nanti. Saya pergi bayar dulu. "

Tanpa sempat Xendrick D'Arzen menahan Ira Syalien terlebih dahulu bangun dan beredar ke kaunter bayaran. Xendrick Kieran hanya merenung tubuh badan belakang Ira Syalien. Gadis itu pasti masih muda lagi namun pemikirannya matang.

Kecil sahaja orangnya. Waktu gadis itu berdiri dihadapannya tadi, ketinggiannya hanya paras dadanya sahaja. Dia pula terpaksa menunduk kebawah.

Untuk pertama kalinya dia dibelanja oleh orang luar dan perempuan pula yang sudi membayar makanannya. Sungguh lama dia perhatikan Ira Syalien sehingga dia dikejut dengan panggilan daripada telefon Ira Syalien.

Cukup hanya dia seorang sahaja yang mendengar. Dilihat pada skrin bercahaya itu,

Iqbal is calling....

Namun bukan itu yang menarik perhatiannya tetapi lagu yang menjadi nada dering panggilan itu.

I'm here tryin' to pull you through
You just gotta be strong

'Cause I don't wanna lose you now
I'm lookin' right at the other half of me

The vacancy that sat in my heart. Sewaktu mendengar bahagian lirik lagu ini, secara automatik pandangan Xendrick D'Arzen terlekat pada Ira Syalien.

Is a space that now you hold
Show me how to fight for now

And I'll tell you, baby, it was easy
Comin' back here to you once I figured it out

Lagu itu seperti berpihak kepada mereka berdua apabila Ira Syalien yang sudahpun selesai membuat pembayaran memusingkan tubuhnya kebelakang dan waktu itu pandangan mereka berdua bertaut. Ira Syalien tersenyum manis kearah Xendrick D'Arzen.

You were right here all along
It's like you're my mirror

Sewaktu Ira Syalien kembali berjalan kearah Xendrick D'Arzen, panggilan itu sudahpun berhenti. Ira Syalien yang tidak mengesyaki apa-apa terus sahaja mengambil telefon bimbitnya lalu disimpan kedalam beg tangannya.

" Jadi, kita nak pergi mana lagi ni? " Soalnya pada Xendrick Kieran.

Dilihat lelaki itu memakai masknya kembali dan Xendrick D'Arzen bangun dari duduknya dan berdiri tepat di hadapan Ira Syalien. Perbezaan yang ketara antara mereka membuatkan Ira Syalien terpaksa mendongak keatas.

" Kita pergi Namsan Park. Jalan-jalan sambil rehatkan fikiran dan hati kau. " Ujar Xendrick D'Arzen kali ini nadanya kembali seperti biasa.

Ira Syalien tertawa kecil lalu dia mengangguk sahaja mengiyakan lelaki itu. Pandangan mereka bertaut erat seakan cuba untuk menyelami dasar hati-hati masing-masing.

You were right here all along.

You're my mirror.

Ira Syalien menghirup udara segar di Namsan Park itu. Sungguh cantik pemandangan taman ini pada waktu malam. Lampu cantik menerangi jalan dan juga bunga-bunga disini.

Dapat dia rasakan dirinya lebih segar dan bersemangat berbanding tadi. Ramai juga pasangan kekasih yang meluangkan masa bersama di taman ini.

Ira Syalien mengerling sedikit kearah Xendrick D'Arzen yang berjalan disisinya. Tidak rapat masih lagi ada ruang antara mereka.

" Terima kasih bawa saya datang sini. Pandai awak pilih tempat. "

Xendrick D'Arzen tersenyum nipis. Dia memasukkan tangannya kedalam poket baju hoodie hitam yang dipakainya saat ini.

" Aku selalu datang jalan kat sini setiap kali aku datang Korea. Walaupun aku tak minat bunga tapi aku suka suasana dekat sini. Tenang dan aku rasa bebas dari masalah. "

" Awak datang dengan siapa? Girlfriend eh? " Ujar Ira Syalien mula untuk mengusik Xendrick D'Arzen.

" Tak lah. Dengan keluarga aku. Aku tak ada girlfriend tak main benda-benda tak berguna macam tu. Haram. " Tembak Xendrick D'Arzen kembali.

Ira Syalien mencebikkan bibirnya perlahan. Tali beg sandang dibahunya dibetul kan sedikit.

" Awak ada suka dekat seseorang tak? "

Terhenti langkah Xendrick D'Arzen. Ira Syalien yang perasan tindakan lelaki itu juga turut berhenti tetapi dia berada dihadapan sedikit. Angin malam sejuk bertiup lembut kearah wajah mereka berdua. Rambut coklat perang milik Xendrick beralun cantik ditiup angin.

" Kenapa tanya? "

" Saja nak tahu sebab saya tengok awak ni boleh tahan dingin juga. Macam mana lah awak layan orang yang awak suka tu kan. " Luah Ira Syalien.

Xendrick D'Arzen menapak sedikit dekat dengan gadis itu lalu dia berhenti dalam jarak tiga langkah.

" Even if i'm cold, i won't hurt the person i love. Hurting her is just like i'm hurting myself and i won't let anyone hurt my woman either her physical nor her mental. " Balas Xendrick D'Arzen.

Walaupun nada suaranya kosong tetapi terselit keyakinan disitu. Ira Syalien yang mendengar balasan lelaki itu tersenyum nipis. Dia memusingkan kembali tubuhnya ke hadapan dan mula berjalan perlahan-lahan.

" Siapalah agaknya perempuan bertuah tu. Mesti dia akan jadi perempuan yang paling bahagia dalam dunia ni. Dari cara awak, awak mesti tak pernah sakitkan mana-mana perempuan betul tak? "

Ira Syalien membalikkan tubuhnya ke belakang menghadap Xendrick D'Arzen. Dia berjalan secara kebelakang sambil merenung Xendrick D'Arzen yang masih setia berdiri ditempatnya.

Xendrick yang mendengar soalan daripada gadis itu terdiam. Sakiti dari segi apa? Mental atau....fizikal?

" I don't play with their mental. Because i know between mental and physical, mental is much more hurt. It feels like you're slowly dying inside and soon it'll affect your physical as well. "

Terangguk-angguk kepala Ira Syalien. Bibirnya sedari tadi tersenyum kecil. Dia melihat Xendrick D'Arzen sudahpun bergerak berjalan kembali apabila jarak diantara mereka sudahpun sedikit jauh.

" So mental health comes first and then physical? Macam tu? "

" People even can dying from breaking up with their partner . Bila mana kau tak dapat terima orang yang kau cinta tinggalkan kau, putuskan hubungan dengan kau, curang dengan yang lain jadi ia akan tinggalkan kesan yang mendalam dalam diri iaitu mental kita dulu .... "

Xendrick D'Arzen melajukan langkah kakinya apabila dia perasan Ira Syalien sengaja bergerak sedikit laju. Dan apabila dekat sahaja jarak mereka barulah Ira Syalien kembali memperlahankan langkahnya diikuti Xendrick.

" ....Bila mental kita terganggu, kita tak dapat nak lakukan aktiviti harian kita. Keadaan dimana seseorang tak dapat mengawal emosi, pemikiran dan tingkah lakunya jadi dia akan cenderung untuk melakukan sesuatu diluar kesedaran diri and suicide is one of the way. "

Terhenti langkah Ira Syalien begitu juga Xendrick D'Arzen. Apa yang dikata oleh lelaki itu benar. Ada juga pasangan yang sanggup membunuh diri kerana ditinggal, dicurangi dan pelbagai kes lagi.

" Sebab tu aku paling utamakan kesihatan dalaman diri. Kalau kau jaga mental kau sebaiknya, kau dah tak perlu risau tentang hal yang lain sebab kau boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. "

Xendrick D'Arzen menatap ke dalam anak mata coklat keperangan itu.

" Watching my lover died in front of me Is like hell. Scary and tormenting. "

" Awak pandai berkata-kata. Betul apa yang awak cakapkan tadi. Mereka lebih utamakan dan taksub akan cinta sampai sanggup gadaikan nyawa sendiri. Saya bersyukur sangat sebab saya masih lagi waras. "

Mereka berdua tertawa serentak. Keadaan taman yang sedikit lengang daripada pengunjung itu diperhati oleh Ira Syalien dengan cepat dia selongkar beg tangannya lalu telefon bimbit dikeluar.

Skrin dihidup kan. Ada beberapa panggilan termasuk mesej daripada Iqbal dan juga papa dan mamanya. Jam sudahpun menunjuk ke angka 10 malam. Tidak sedar cepat sahaja masa berlalu.

" Awak dah lewat ni. Saya kena balik dulu nanti mama dengan papa saya bising pula. "

" Syalien... "

Terangkat kepala Ira Syalien tatkala mendengar nama yang disebut oleh Xendrick D'Arzen. Berkerut dahinya namun bibirnya mengukirkan senyuman kecil.

" Tak apakan aku panggil kau Syalien? "

" Mestilah. Nama saya juga. "

Xendrick D'Arzen mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket belakang seluar jeans hitamnya lalu disua kearah Ira Syalien.

" Aku nak nombor kau boleh? Kalau kau tak kisah, aku ingat nak ajak kau keluar breakfast esok. Lagipun aku ada dekat sini lagi lima hari. "

Ira Syalien mengemamkan bibirnya. Dia mengangguk sahaja tanda setuju lalu telefon Xendrick dicapai dan ditaip nombornya.

" Boleh. Saya free je. Saya ada dekat sini lagi empat hari termasuk bekas tunang saya tu. Tak nak lah percutian ni saya kena hadap muka dia je. Bukan percutian dah namanya tapi penyeksaan. "

Xendrick D'Arzen tertawa halus . Diambil semula telefonnya lalu diset nama Syalien sebagai contact list.

" Jom aku hantar kau balik hotel. "

" Eh tak apa-tak apa saya boleh balik sendiri. Lagipun saya tak rasa awak boleh hantar saya balik. Iqbal mesti dah cerita apa yang dia nampak dekat mama dan papa saya. "

" Ada baiknya aku temankan kau kalau macam tu. Aku boleh jadi saksi untuk kau kalau mama dengan papa kau tak percaya. "

Ira Syalien menggelengkan perlahan kepalanya seraya tersenyum kecil.

" Tak apa tak perlu risau. Saya boleh uruskan. Nanti awak mesej je saya alamat untuk kita jumpa esok. Saya balik dulu tau hati-hati Xen. Assalamualaikum. "

Terus dibuka langkah meninggalkan Xendrick D'Arzen dibelakang. Dia harus kembali ke hotel dengan segera. Tak larat mahu membiarkan telinganya meletop dengan leteran daripada mama dan papanya nanti.

Xendrick D'Arzen hanya menjawab salam itu dengan perlahan. Entah kenapa dia berasa risau untuk melepaskan gadis itu pulang ke pangkuan keluarganya.

Dia mendongak kearah langit. Menatap bulan yang cantik bercahaya disana. Dia berasa risau dengan seorang gadis yang baru sahaja dia kenali hari ini. Tak mampu menahan diri, satu keluhan resah dilepas dengan lemah.

" Please, i hope you'll be doing okay until we meet again tomorrow. "

Okay tak okay? Can i get 100 likes and 50 comments to unlock double chapter again for the next time.

Sabtu; 9 Sep 2023
4:15 p.m, Raden Arenza

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro