Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

˖◛⁺ 22 ˖◛⁺

"Kerja dengan aku."

"Kerja apa? Asalkan aku dapat bayar semua hutang Appa,aku sanggup.",jawab Chan.

"Esok datang pejabat aku,dan masa tu baru aku bagitahu apa tugas kau...ni nombor aku.",jelas Jaehyuk lalu mencampakkan kad kerjanya kepada Chan.

Chan termenung sendirian selepas dibenarkan pergi dari tempat kotor itu tadi.Tangisan yang ditahan sejak tadi,dilepaskan di situ juga.Ketika itu perasaannya bercampur baur.Marah,sedih dan kecewa semuanya ada.Beberapa orang yang lalu di situ juga sudah tidak dihiraukan lagi asalkan dia dapat melepaskan perasaannya di situ.

"Mianhae,Appa..",kata Chan sendirian dalam tangisnya.Air mata yang mengalir juga tidak diseka.

Selepas lama duduk di situ,Chan akhirnya meninggalkan tempat tadi kerana bimbang ibunya yang bersendirian di rumah.

♡˖◛⁺♡

Yeina menarik selimut menutup mukanya.Hari itu dia malas hendak ke sekolah kerana tangannya masih sakit.

Pintu bilik dikuak kasar dan selimut yang membalut di badan Yeina tadi,ditarik.

"Bangun,bangun! Pergi sekolah!",sengaja Hongjoong menguatkan suaranya dan Yeina menendang kaki abangnya kerana mengganggu ketenteraman paginya.

"EOMMA!! YEINA TAK NAK BANGUN!",jerit Hongjoong tidak puas hati dan Yeina dengan perasaan terpaksa,mengangkat kepalanya.

"Serabut lah babun ni...aku tak pergi sekolah hari ni.",beritahu Yeina sebelum meletakkan semula kepalanya di atas bantal.

"Kenapa? Kau sakit ke?",soal Hongjoong lalu merasa dahi Yeina dan tiada haba yang dapat dirasainya.

"Ni...",Yeina menunjukkan tangannya yang masih berbalut dan Hongjoong membuat muka menyampah.

"Tak ada....tangan yang sakit bukan kaki...baik kau bangun sebelum Eomma belasah kau kat sini.",arah Hongjoong lalu menarik kaki Yeina namun gadis itu tetap tidak berganjak.

"Kau ingat Eomma kisah ke dengan tangan kau yang terseliuh tu...bangun cepat!",bebel Hongjoong lagi dan Yeina menggaru kepalanya tidak puas hati.

"YE!! Bising lah kau ni.",marah Yeina dan dia menolak badan Hongjoong keluar dari biliknya.

♡˖◛⁺♡

Di sekolah,

Han yang sedang berbual dengan Jongho dan juga Ryujin,mula tersengih gembira sebaik saja Yeina menampakkan batang hidungnya.

"Aku ingat kau tak pergi sekolah hari ni....tangan kau dah okay?",soal Han dan Yeina menggeleng sambil memuncungkan mulutnya.

"Si babun tu lah... paksa-paksa aku pergi sekolah..",adu Yeina.

Kepala Jongho diketuk Han kerana memulas pergelangan tangan Yeina yang dibalut itu.Yeina tertawa kerana terhibur melihat Jongho diperlakukan begitu.

"Bukan kuat pun! Bocor kepala aku!",marah Jongho sambil menggosok kepalanya.

"Dahlah...tak tercabut lagi tangan aku ni.",kata Yeina.Kesian pula bila melihat Jongho yang hanya ingin tahu dengan tangannya itu.

"Korang main bowling tak ajak pun kiteorang...sampai hati.",ujar Ryujin dan Han tersengih.

"Aku pun tak tahu nak main bowling...lepas graduation lah kita pergi sama-sama.",jawab Yeina.

"Okay...Aku tunggu...tak ajak,siap korang ea.",kata Ryujin lalu menudingkan jari telunjuknya.

Dua sahabat itu mengangguk serentak tanda berjanji.

Di kelas Hongjoong,

Bambam melawat tempat San dan Hongjoong yang terletak di belakang kelas kerana bosan bersendirian.

"Chan tak datang ke hari ni?",soal San dan Bambam hanya mengangkat bahunya.

Tiada pula Chan memberitahu apa-apa kepadanya.Nak kata sakit, baru semalam lelaki itu menghalaunya dari kedai semalam.

"Penatlah tu...dia kan dah start kerja.Biarlah dia rehat lagipun bukan buat apa-apa pun kat sekolah ni.",Hongjoong mencelah.

"Aku kesian dekat Chan tu...sebabkan Appa dia,dia pulak yang kena tanggung semua tu.",Bambam mula membuka cerita.

Hongjoong dan San yang sememangnya kaki gosip,mula teruja untuk mendengar kisah Chan.Mendengar kisah kawannya itu,lahirlah rasa simpati.

"Joong...kau kan kaya,pergilah bagi bantuan dekat Chan.",cadang San.

"Merepeklah kau...Eomma dengan Appa aku yang kaya,aku miskin.",jawab Hongjoong dan San mencebik mulutnya.

"Korang buat tak tahu jelah....aku cerita ni sebab Chan tu kan kawan korang jugak...janji jangan buat perangai pelik-pelik pulak depan Chan.",pesan Bambam dan dua orang itu mengangguk faham.

♡˖◛⁺♡

"Han...tolong ambik aku punya buku nota boleh?",pinta Yeina dan tanpa sebarang bantahan,Han mengambil buku Yeina yang terletak di dalam loker.

"Nah...ada apa-apa lagi?",tanya Han lagi dan Yeina menggeleng lalu tersenyum manis.

Melihat senyuman manis Yeina, cepat-cepat Han membuang perasan yang hadir.Biarlah perasaannya tidak terbalas asalkan dapat berkawan dengan gadis itu sampai bila-bila.

"Kesian Han kan...",bisik Jongho dan Ryujin memandang Jongho pelik.

"Kenapa kesian?",tanya Ryujin hairan dan Jongho menutup mulutnya kerana risau dia akan memberitahu Ryujin tentang perasaan sebenar Han.

"Tak ada apa...aku salah cakap je.",dalih Jongho dan Ryujin menggeleng kepalanya,malas melayan kerenah kawan semejanya.

♡˖◛⁺♡

Chan terpaksa ponteng hari itu kerana sudah berjanji dengan lelaki tidak guna semalam.Nasib baiklah peperiksaan sudah tamat jadi tidak adalah mengganggu pelajarannya.

Selepas melepasi beberapa orang pengawal,Chan menunggu di pejabat yang sama seperti semalam.

Dalam 10 minit menunggu,Jaehyuk mula menampakkan bayang.

"Wah...tepati masa! Bagus-bagus!",perli Jaehyuk lalu menepuk tangannya beberapa kali.Chan hanya menjeling kerana menyampah dengan lelaki di depannya sekarang.

"Apa kerja aku?",tanya Chan kerana tidak mahu melengahkan masa.

"Sungho!",panggil Jaehyuk dan seorang lelaki yang kelihatan sebaya Chan,muncul di depan pintu.

"Mulai hari ni,kau ikut Sungho,faham?",beritahu Jaehyuk.

"Hari ni kau buat kerja kat mana?",tanya Jaehyuk.

"Perumahan di Hongdae,Tuan.",jawab Sungho dan Jaehyuk mengangguk faham.

"Kau berdua boleh bertolak sekarang dan balik semula ke sini sebelum pukul 6.",arah Jaehyuk lagi.

Chan sudah pun mengekori langkah Sungho tanpa disuruh.Dia sudah faham sikap orang di situ hanya dengan melihat cara layanan saja.

♡˖◛⁺♡

Yeina menunggu di meja makan bersama Ryujin sementara menunggu Han dan Jongho membeli makanan.

"Dua orang je?",tegur Bambam yang lalu di situ.

"Eh tak...Jongho dengan Han pergi beli makanan.",beritahu Ryujin.

"Ouh begitu...okay.",Bambam mengakhirkan katanya lalu beredar dari meja itu.

Ryujin dan Yeina saling memandang lalu ketawa.Datang semata-mata nak tanya itu?

"Eh...Chan Oppa tak datang ke hari ni?",soal Yeina bila hanya melihat Bambam hanya bertiga termasuk abangnya, Hongjoong.

"Tanyalah Oppa kau nanti.",kata Ryujin dan Yeina hanya mengangguk.

Han dan Jongho datang sambil membawa 2 dulang makanan seorang satu.Ryujin yang melihat kawannya bersusah payah,mengambil dulang makanan untuknya dan juga Yeina.

"Komawo...",ucap Yeina dan Ryujin.

Yeina agak susah untuk memegang penyepit makanan kerana keadaan tangannya.Beberapa kali juga mi di dalam pinggan itu jatuh semula sebaik saja Yeina mengangkat penyepitnya.

"Tak boleh makanlah...Ish!",kata Yeina dengan nada geram.Sudahlah perutnya lapar,makanan pula tidak mahu masuk ke dalam mulut.

"Aaaaaa...",Han menyuakan makanan kepada Yeina.

"Apa?",tanya Yeina.Nak tergelak pun ada melihat Han membuka luas mulutnya.

"Aku suapkan...bukaklah mulut tu..Aaaaaa...",ujar Han dan barulah Yeina faham.

Dengan malu-malu kambing,dia membuka mulutnya supaya Han boleh menyuapkan makanan.Ryujin dan Jongho yang berada di situ hanya memerhati gelagat dua orang itu.Ini memang sengaja nak suruh mereka berdua sendu ke apa?

"Sweetlah kau ni,Han...tak sangka aku.",puji Jongho.Mana tidaknya,selama ini lelaki itu hanya tahu melawak saja,tidak sangka pula boleh romantik begitu.

"Kawan aku...mestilah sweet.Takkan kau nak suruh aku suap kasar-kasar pulak.",balas Han.

"Erk...tapi bukan dengan kawan ke kasar-kasar...dengan yeochin baru sweet?",celah Ryujin dan itu membuatkan Yeina dan Han tersedak serentak.

"Eh...Ni baru dengan Han,kalau dengan Chan Oppa mesti lagi sweet kan... entah-entah kongsi pinggan.",Jongho cuba mengembalikan suasana yang sudah kekok tadi.

"Ha..haah..betul lah tu...betul sangat.",jawab Yeina gagap.Han pula hanya mendiamkan dirinya dengan menyuapkan mi dengan banyak sekali ke dalam mulut hingga kembung kedua pipinya.

Yeina tersenyum melihat Han yang duduk di depannya.Rasa nak tampar-tampar saja pipi Han ketika itu.

♡˖◛⁺♡

Suasana dalam kereta sunyi tanpa sebarang suara.Sungho meneruskan memandu manakala Chan memandang ke luar tingkap.Disebabkan pekerjaan sekarang,dia terpaksa berhenti dari bekerja di kedai sebelum ini.

"Nama kau apa?",Sungho mula membuka suara.Chan menoleh ke arah lelaki itu.

"Chan...",jawab Chan pendek dan Sungho hanya mengangguk.

"Umur kau pulak?",soal Chan pula.Daripada apa yang dia lihat,Sungho itu hanya lebih kurang umurnya.

"20...kau mesti 18 kan?",teka Sungho dan Chan mengangguk tanda mengiyakan.

"Kenapa kau sanggup terima semua ni,Chan? Kau dah bahayakan nyawa kau sendiri.",kata Sungho dan Chan hanya menunduk.

Chan sedar tentang itu namun dia juga membuat semua itu demi dirinya dan juga ibunya.Kalau itu dapat membuang beban yang ditanggung Puan Bang,dia sanggup buat semua ini.

"Aku buat demi Eomma aku sendiri...dan aku tahu semua ni bahaya.",jawab Chan tenang.

"Aku faham... mula-mula aku tengok kau tadi pun,aku dah tahu kau orang yang baik.",Sungho bersuara dan Chan tersenyum.

Sekurang-kurangnya,orang yang ditugaskan bersama masih lagi dapat bertolak ansur.Chan kembali memandang ke luar tingkap dan perkara itu membuatkan terlintas soalan di kepalanya.

"Hyung...kerja apa yang kita buat sebenarnya sekarang ni?",soal Chan.

"Cari orang yang berhutang dengan Jaehyuk dan kalau orang tu tak dapat nak bayar hutang....",Sungho memandang Chan sebelum menyambung kata-katanya.

"Kita terpaksa buat perkara yang tak dapat kau bayangkan...ataupun lebih tepat,bunuh.",sambung Sungho.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro