˖◛⁺ 2 ˖◛⁺
Chan membuka pintu rumahnya sebaik sahaja pulang dari sekolah.Senyuman yang manis seperti biasa akan terukir di bibir sebaik melihat ibunya sedang menyiapkan makan tengahari untuk mereka berdua.
"Pergi mandi lepastu kita makan sama-sama.",suruh Puan Bang lembut.
Selepas ayah kandung Chan melarikan diri disebabkan hutang yang dipinjam dari lintah darat,mereka terpaksa menyembunyikan diri dari pemiutang itu.Oleh kerana itu,Chan tekad akan belajar bersungguh-sungguh untuk memberi ibunya kehidupan yang lebih baik.
"Eomma...",panggil Chan dan Puan Bang menoleh.
"Saranghaeee... kamsahabnida sebab besarkan Chan.",ucap Chan.Puan Bang tersenyum lebar walaupun itulah kata-kata yang selalu diucapkan anaknya seorang itu.
♡˖◛⁺♡
Yeina duduk di depan meja belajarnya.Segala buku diletakkan atas meja untuk diulang kaji.Itulah kali pertama dirinya berbuat demikian.Kalau tidak,buku itu akan digunakan bila perlu saja.
Tak sempat beberapa minit,kepala digaru kasar.Macam manalah abangnya itu mampu menghadap buku-buku yang membosankan itu selama berjam-jam.Dia yang baru beberapa minit saja sudah naik benak otak dibuatnya.
"Belajar ke tu...kena viral ni.",usik Hongjoong yang tiba-tiba muncul di depan pintu biliknya.
"Oppa....kau tolonglah aku...aku janji akan buat apa saja yang kau suruh.Basuh baju, basuh boxer kau semua aku sanggup...pleaseee",rayu Yeina.Dia tak nak dirinya diajar oleh tutor yang garang dan itu merupakan alahan bagi hatinya yang lembut bak tisu basah.
Hongjoong meraut dagunya sambil berfikir.Basuh baju? Banyak baju nak kena basuh ni.
"Basuh,jemur, lipat sekali...kau sanggup?",tanya Hongjoong minta kepastian dan Yeina mengangguk dengan bersungguh.
"Arasseo...okay kau nak aku ajar subjek apa?", Hongjoong menghampiri Yeina dan adiknya itu sudah tersengih-sengih bila abangnya itu bertolak ansur.
"Add math...boleh?",tanya Yeina dan Hongjoong tersenyum sinis.
"Add math? Sesenang korek hidung je bagi aku.",kata Hongjoong sambil mengorek hidungnya.
"PENGOTOR LAH!!! AJARLAH ELOK-ELOK!!",trauma dibuatnya bila melihat Hongjoong mengorek hidung dan abangnya tergelak besar.Kim Yeina memang melebih,bukannya dia korek betul-betul pun.Kecoh je lebih.
Bermulalah sesi mengajar antara dua makhluk itu.Hongjoong mengajar dan Yeina pula mengangguk faham setiap kali Hongjoong bertanya.
"Okay...buat balik apa yang aku ajar tadi.",arah Hongjoong selepas selesai memberi beberapa tips untuk Yeina.
Yeina terkejut dengan apa yang diminta Hongjoong.Habislah kantoi yang sebenarnya dia tak faham sehabuk pun apa yang diajar Hongjoong tadi.Pen diambil dari tangan Hongjoong dan sedia untuk menulis.
"Macam ni?",tanya Yeina polos dan Hongjoong memandang dengan pandangan tak percaya lalu menutup mukanya dengan tapak tangan.
"Dahlah malas aku ajar kau...membazir air liur dengan masa aku je ajar kau...aku tanya faham ke tak..kau jawab faham...bila suruh buat tak tahu.",marah Hongjoong.
Yeina mengalirkan airmata dalam diam.Tahulah dia tu lembap tak macam otak Hongjoong yang selaju Wi-Fi jiran sebelah.
"Kenapa menangis pulak ni?",Hongjoong mengurut kepalanya yang terasa pening secara tiba-tiba.
Baru marah sikit nak menangis.Macam manalah nanti kalau Encik Kim dan Puan Ahn betul-betul mengupah tutor untuk Yeina,ada berhenti pada hari yang sama.
"Keluarlah....tak nak ajar tak payahlah ajar...suka hati je nak marah aku.",jawab Yeina lalu menolak badan Hongjoong.
Pintu bilik ditutup dengan kuat dan Hongjoong tertawa dengan kelakuan Yeina yang kebudak-budakan.Nak kata manja sangat,selalu sangat kena marah dengan ibunya.
♡˖◛⁺♡
Keesokannya,
Yeina berjalan ke arah loker sebelum waktu rehat tamat.Dan satu nota kecil tertampal di pintu lokernya.Belum sempat nak dibaca,Han merampas dari tangan Yeina.
"Neol johahae....from secret admit?",Han membaca apa yang ditulis pada kertas kecil itu.
"Apasal admit? Bukan admirer ke wey?",tanya Han pula dan Yeina tergelak membaca nota yang ditinggalkan itu.
"Suka hati je kau rampas aku punya love note...admit pun admitlah asalkan aku ada fans..kau ada?",kata Yeina sambil memintal hujung rambutnya.
Sering juga dirinya menerima surat-surat cinta namun kebanyakan darinya ialah junior di sekolahnya dan selebihnya orang yang tak menepati citarasanya.
"Eleh....fans lah sangat.Setakat budak-budak junior,apa sangat.",ujar Han dan Yeina menjelirkan lidahnya.
"Ada...",kata Yeina.
"Ada apa?",soal Han hairan.
"Ada aku kisah?",sambung Yeina dan meninggalkan Han sendirian di loker.Han merenungnya tak puas hati.
"Menganjing lah.....nanti mulalah 'Han...tadi kan tadi kan'...",Han mengajuk Yeina yang selalu mencarinya setiap kali ada perkara yang nak diceritakan.
Hongjoong menuju ke arah San yang sedang berbual dengan pelajar kelasnya.
"San...betul ke ni aku tulis?",tanya Hongjoong.
Walaupun dia mahir dalam subjek lain namun San lebih tinggi markahnya dalam subjek Bahasa Inggeris.
"Alah....aku tak tahulah.Apa kata kau tanya Chan?",jawab San dan Hongjoong memutarkan matanya tanda menyampah.
"Tak apalah...aku lagi sanggup salah daripada tanya mamat tu.",kata Hongjoong dan balik semula ke tempatnya.Tanpa menghiraukan kawannya,San menyambung semula perbualannya yang tergantung tadi.
Chan memandang ke arah Hongjoong yang kelihatan sedang memeriksa semula kerja rumahnya itu.
"Kau rasa kenapa dia tak suka aku? Aku bukan buat apa-apa pun kat dia.",tanya Chan.Bukan dia tak nak bertanya tetapi Hongjoong selalu mengelak dari bersemuka dengannya.
"Kau ni kenapa blur sangat? Dia tak suka sebab kau kan pesaing dia..jadi Hongjoong tu rasa tercabar lah dengan kau.",jawab Bambam.
Satu kelasnya sudah maklum dengan sikap Hongjoong yang suka bersaing apatah lagi dalam pelajaran.Chan hanya diam selepas Bambam berkata begitu.
♡˖◛⁺♡
Hari Yeina seperti biasa yang selalu akan menunggu abangnya di hentian bas.Kalau tak dipesan ibunya,sudah lama dia balik seorang diri.Malangnya Puan Ahn sudah berpesan supaya mereka balik bersama.
"Ishh...lambatnya keluar!",rungut Yeina seorang diri.Sudah hampir setengah jam dia menunggu dan masih belum kelihatan lubang hidung Hongjoong.
"Han pun sama...sampai hati tinggal aku sorang-sorang.",kali ini dia menyalahkan pula si Han.
Mukanya sudah masam mencuka kerana terpaksa menahan terik matahari.Kerutan mukanya perlahan-lahan menghilang dan senyuman terukir bila Chan keluar dari pagar sekolah.
"Auch...crush lalu lah pulak.",Yeina membetulkan rambutnya yang agak serabai.
"Eh tak marah ke hari ni? Senyum-senyum lagi.",perli Hongjoong namun tak dipedulikan Yeina.
"Serabut lah kau...",marah Yeina.Dia masih merajuk dengan Hongjoong pasal perkara semalam dan kakinya melangkah terlebih dulu.
"Siapa yang selalu tunggu kat bus stop tu? ",tanya Chan.Dia perasan yang setiap kali keluar dari pagar,pasti ada seorang gadis menunggu di situ.
"Molla... kenapa? Kau suka dialah tu.",teka Bambam dan Chan menjeling.
Orang tanya lain,lain yang dijawabnya.Ingat Chan seperti dirinya yang mudah untuk jatuh cinta?
"Malaslah aku layan kau...suka merapu.",jawab Chan.
♡˖◛⁺♡
Hongjoong mencari sesuatu di almari bajunya dan apa yang dicari itu tiada di situ.Puas juga dia selongkar setiap laci di almarinya.
"Mana t-shirt aku? Rasanya dah basuh.",bebelnya sendirian dan kini pencarian beralih kepada bakul baju kotornya.
Hongjoong membuat keputusan untuk bertanya ibunya.Manalah tahu,Puan Ahn terambil ke,kan?
"Eomma...nampak tak baju Hongjoong yang warna pink tu?",tanya Hongjoong.
Yeina yang sudah berada di ruang tamu,memeluk ayahnya.Janganlah Hongjoong bertanya Encik Kim pula.
"Tak ada...sejak bila pulak ada baju warna pink?",soal Puan Ahn.Sejak bila anak jantannya itu menyukai warna pink.
"Tak apalah...Appa..",dia menghampiri ayahnya pula.
"App--- KIM YEINAAAA!!!",terkeluar anak tekaknya kerana menjerit manakala Encik Kim dan Yeina pula hampir pecah gegendang telinga.
"Baju aku tu...kenapa pakai???",marah Hongjoong.Sudahlah baju itu pemberian bekas teman wanitanya tahun lepas.
"Alah....aku pinjam je.Baju aku tak basuh lagi.",Yeina memberi alasan dan Encik Kim pula memerhati pertengkaran anaknya.
"Jangan bagi alasan...pergi tukar sekarang.Kenapa kau ni suka sangat pakai barang aku? Minggu lepas kau rembat boxer aku.",ungkit Hongjoong dan akhirnya Yeina mengalah.Risau pula Hongjoong membocorkan rahsianya yang memakai skirt kesayangan Puan Ahn bulan lepas.
"KEDEKUT!! BAJU DAHLAH BURUK!!",kutuk Yeina yang sudah berada di tingkat atas.
♡˖◛⁺♡
Chan melihat gambar keluarga yang diambil beberapa tahun yang lepas sebelum ayahnya melarikan diri.Dari gambar itu,kelihatan yang mereka sangat gembira.
"Kenapa Appa sanggup buat macam ni kat kiteorang?",Chan bercakap sendirian sambil menatap gambar itu.
Dia kemudiannya menuju ke ruang tamu dan Puan Bang masih belum tidur.
"Kenapa tak tidur lagi...esok kan nak sekolah.",tanya Puan Bang bila Chan mengambil tempat disebelah nya.
"Tak mengantuk macam mana nak tidur.",jawab Chan lalu berbaring di atas riba ibunya.
Puan Bang mengelus lembut rambut anak lelakinya.Terkenang pula kenangan mereka dulu.
"Chan...",panggil Puan Bang dan tiada sahutan.
Senyuman seorang ibu terukir di bibirnya.Tadi kata tak mengantuk tapi bila baring,terus terlena.
"Eomma harap kebaikan kamu ni terbalas dengan kejayaan...",katanya dengan penuh harapan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro