Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

˖◛⁺ 16 ˖◛⁺

Di sekolah,

Han memberhentikan langkahnya sebaik saja melihat Yeina sudah menukar tempat duduknya dengan Jongho.Sebelum ini Jongho duduk bersebelahan Ryujin namun sekarang tempatnya itu sudah diambil Yeina.

Perlahan-lahan Han menapak menuju ke mejanya.Dia sudah agak yang Yeina akan berbuat demikian kerana pergaduhan semalam.

"Kau gaduh dengan Yeina ke?",tanya Jongho separuh berbisik.Han tidak menjawab sebaliknya hanya mengangguk kecil.

Ryujin memberi isyarat kepada Jongho supaya tidak bertanya lagi dan Jongho membuat tanda okay.

Sesekali Han memandang Yeina namun gadis itu sedikit pun tidak menoleh.Kemudian Yeina pula memandang Han dan kawan baiknya itu tidak menoleh semula.


Loceng yang menandakan waktu rehat sudah tiba,sedikit pun tidak menerujakan Han.Yeina pula sudah keluar kelas bersama Ryujin terlebih dulu.

"Han...jomlah rehat sekali.",ajak Jongho namun Han menggeleng.

"Tak apalah...kau pergi jelah dulu.Aku kenyang.",beritahu Han dan Jongho mengeluh kecil.

"Janganlah macam ni...makanlah lepastu kau nak broken pun kau brokenlah...jom pergi rehat.",Jongho tetap menarik tangan Han.

Disebabkan malas nak menjawab,Han hanya membiarkan tangannya dibawa Jongho.

♡˖◛⁺♡

Di kantin,

Yeina menghampiri Chan yang ketika itu bersama Hongjoong,Bambam dan juga San.

"Eh Yeina...sorang je hari ni? Han mana...tak datang ke?",tanya Hongjoong bila Yeina hanya sendirian.

Yeina menjeling bila nama Han ditanya.Lepas apa yang berlaku petang semalam,ingat semudah itu saja ke nak lupakan?

"Nak rehat sekali dengan kau boleh? Ryujin rehat dengan kawan kelas lain.",soal Yeina.

"Duduklah...",pelawa San yang ketika itu mengunyah roti.

Chan ternampak Han dan Jongho yang kebetulan lalu di situ segera memanggil.Pada mulanya Han menolak kerana ada Yeina di situ namun disebabkan tiga orang yang lain turut memanggilnya terpaksalah dia pergi kerana pelajar lain sudah memandang pelik.

Yeina hanya mengekalkan reaksi bersahaja seperti tiada apa yang berlaku antara dirinya dan Han.

"Kenapa lambat? Study ke?",tanya Bambam pula dan Han hanya mengiyakan sahaja walaupun bukan itu yang dilakukan.

"Ni Jongho kan? Penyanyi sekolah kita.",Hongjoong menepuk-nepuk bahu Jongho manakala lelaki itu sudah tersipu-sipu malu.

Walaupun suasana meja makan agak riuh dengan gelak ketawa,tetapi bagi Han dan Yeina seperti tiada apa-apa.Masing-masing mengunci mulut dan kelakuan mereka itu disedari Chan.

"Kenapa korang senyap je hari ni...kenyang dah ke?",tanya Chan.

"Taklah Oppa...penat sikit.Oppa makan jelah.",kata Yeina lalu memberikan roti cheese yang dibeli tadi kepada Chan dengan niat hendak membuat Han sakit hati.

Han menggigit bibir bawahnya kerana tahu Yeina sengaja menyakitkan hatinya.

"Hyung...Han pergi dulu ye.Lupa pulak nak hantar homework.Jongho kau dah siap makan belum?",soal Han.Dia ingin segera pergi dari situ kerana sudah tidak tahan.

"Kita ada homework ke?",tanya Jongho polos.Han terpaksa memberi isyarat dan barulah Jongho mengerti.


"Yeina...tak ikut Han pulak...selalu berkepit je.",perli Hongjoong.

"Aku dah siapkan homework..",tipu Yeina.

♡˖◛⁺♡

Termengah-mengah dibuatnya Jongho kerana mengejar Han.Berhenti saja di depan pintu kelas,Jongho mengambil nafas semula.Baru saja nak memarahi Han,Jongho terkelu bila melihat Han menangis sambil menukup mukanya di atas meja.

"Han...kenapa ni?",soal Jongho.Dia mengusap belakang Han yang sedang menangis itu.

Entah kenapa melihat Han menangis sebegitu rupa,hatinya juga terasa sakit.Sebelum ini,Han ialah pelajar yang selalu gembira dan membuatkan kawan-kawan yang lain tertawa tetapi inilah kali pertama dia melihat Han begitu.

"Kau gaduh apa dengan Yeina sampai jadi macam ni?",tanya Jongho.

Manalah tahu dia boleh bantu memulihkan semula hubungan Han dan Yeina.Han mula mengangkat mukanya lalu tersenyum.

"Ani...kalau aku cerita dekat kau mesti Yeina marah nanti.",kata Han tanpa gagap walaupun sedang menangis ketika itu.

"Han...boleh tak sekarang ni fikir perasaan kau sendiri? Aku nampak apa yang dia buat dekat kantin tadi.",marah Jongho.

Sekarang apa yang disangkanya betul.Yeina bergaduh dengan Han disebabkan Chan.

Baru saja Han nak bersuara,Yeina dan Ryujin sudah masuk ke kelas dan ketika itu juga Han cepat-cepat keluar kelas melalui pintu belakang.

"Kenapa dengan Han?",tanya Ryujin dan Jongho hanya diam.

"Mengadulah tu apa lagi? Dia ingat aku nak simpati dekat dia?",kata Yeina selamba.

"Kenapa dengan kau ni Yeina? Kau ada terhantuk dekat mana-mana ke sampai jadi macam ni?",perli Jongho.Geram pula hatinya bila Yeina tanpa rasa bersalah sedikit pun sanggup berkata begitu.

"Kalau ada pun kenapa? Menyusahkan kau?",soal Yeina dan Jongho membuat keputusan untuk tidak menjawab.Kalau nak berdebat dengan Kim Yeina,undur diri ialah keputusan yang betul.

♡˖◛⁺♡

Han membasuh mukanya yang sudah sembap akibat menangis.Kalau difikirkan,membazir airmata sahaja menangis sedangkan gadis itu langsung tidak mempedulikannya.

"Han...KAU MENANGIS KE?!",jerit Hongjoong yang juga berada di tandas.

Han menidakkan kata-kata Hongjoong.Habislah kalau Hongjoong tahu perkara yang terjadi.Risau pula Han yang Hongjoong akan bercerita kepada ibunya dan membuatkan Yeina bertambah benci kepadanya.

"Tipu...aku tahulah kau nangis kan! Kenapa menangis? Sebab minah tu ke?",teka Hongjoong dan Han tidak mampu lagi menipu kerana apa yang direka lelaki itu betul.

"Biasalah tu gaduh...Hyung jangan bagitahu dia pulak.Esok lusa kitaorang berbaiklah semula.",pinta Han dan Hongjoong mengusap kepala Han.

"Stay strong,bro! Kau tak payahlah berlembut sangat dengan si Yeina tu...semua nak ikut kepala dia je,tu yang lembap otak dia.",pujuk Hongjoong sekaligus mengutuk adiknya sendiri.

Han ketawa kecil.Terubat sedikit hatinya dengan lawak hambar Hongjoong.

♡˖◛⁺♡

Yeina teruja melihat nota yang ditampal pada lokernya dan senyumannya mula menghilang kerana nota itu ditulis dalam bahasa Inggeris.

"Han---....",baru dia tersedar yang Han tiada bersamanya seperti selalu.

"Yeina...",gadis itu menoleh dan terkejut kerana rupanya Han yang menyeru namanya.Baru saja dia terpanggil nama kawan baiknya.

"Aku nak min--",

"Tepilah...aku dah cakap kat kau kan jangan cari aku.",kata Yeina lalu melanggar bahu Han.

Han menggosok bahunya yang dilanggar Yeina.Dengan senyuman pasrah,Han beredar dari situ.Dia tidak akan mengalah sehinggalah Yeina ingin bercakap dengannya.

♡˖◛⁺♡

Laju saja langkahnya menuruni tangga rumah.Dengan berpakaian dress paras lutut,Puan Ahn sudah dapat mengagak yang anak gadisnya itu ingin keluar.

"Nak pergi mana?",tanya Puan Ahn.

"Pergi taman,nak jumpa Chan Oppa.",beritahu Yeina dan Puan Ahn mengangkat keningnya.

"Buat apa nak jumpa dia? Dating?",soal Puan Ahn lagi dan Yeina mengemam mulutnya.Macam manalah boleh terlepas nama Chan.

"Yelah tu Eomma.",celah Hongjoong lalu menjelirkan lidahnya bila Yeina menjeling tajam.

"Bukan...Chan Oppa nak bagi Yeina buku nota dia yang lama...kan Eomma suruh Yeina study?",Yeina mencari alasan.

"Balik cepat...jangan nak melencong ke lain.",pesan Puan Ahn.Yeina hanya mengangguk faham lalu mengejek semula Hongjoong.

"Ejek lah...kalau aku bagitahu Eomma perkara sebenar,mati kau.",kata Hongjoong sendirian.

Sengaja dia merahsiakan dulu daripada ibunya kerana mungkin perkara itu dapat digunakan di lain hari,masa dan tempat.

♡˖◛⁺♡

"Yeina...cantik hari ni.",puji Chan dan gadis itu tersipu-sipu malu.

"Komawo...Oppa pun hensem.Kenapa nak jumpa Yeina?",tanya Yeina dan Chan mengajaknya duduk terlebih dulu sebelum menyatakan hasratnya.

Apakah hasrat itu?

"Nak tanya boleh?",tanya Chan dan Yeina mengangguk.

"Yeina gaduh dengan Han ke lepas balik dari kedai buku semalam?",sambung Chan.

Perlahan-lahan Yeina mengakui perkara itu.Macam mana Chan boleh tahu tentang itu,dia tidak tahu.

"Kenapa gaduh? Oppa bukan nak masuk campur dalam hal ni cuma nak tahu punca korang bergaduh.",jelas Chan.

"Sebab Oppa ke?",tanya Chan lagi dan terpaksalah Yeina mengangguk kerana memang itu jawapan yang sebenar.

Chan meraup mukanya bila mendapat dialah punca dua sahabat itu bergaduh.

"Okay Yeina...Oppa nak Yeina berbaik semula dengan Han..Oppa tak nak disebabkan Oppa,korang bergaduh...please?",pinta Chan.

Dia sudah mengagak kerana di kantin tadi sudah jelas yang Yeina sengaja menyakitkan hati Han.

"Tak boleh,Oppa...semua ni salah Han.Kenapa dia bagi Oppa keluar sekali semalam kalau dia sendiri tak suka.Yeina paling menyampah dengan orang yang hipokrit.",jawab Yeina.

"Yeina...macam mana ye Oppa nak terangkan.",Chan memikirkan cara supaya gadis di depannya itu faham erti hipokrit yang sebenar.

"Han bukan hipokrit,Yeina.Dia buat macam tu sebab dia nak jaga hati Yeina.Bayangkan yang dia tak bagi Oppa ikut korang semalam,mesti Yeina terasa kan?",terang Chan.

Perasaan sesal mula timbul di hatinya.Kalaulah dia tidak menelefon Yeina semalam,sudah pasti perkara ini tidak berlaku.

"Maknanya betul lah apa yang Han cakap semalam...tapi Yeina dah salah faham dengan dia.",barulah Yeina tersedar dengan kesalahannya.

Airmatanya mula bergenang bila teringatkan kelakuannya semalam.Kelakuan yang mungkin tidak dapat dimaafkan.

"It's okay,Yeina.. everyone makes mistake..Oppa nak Yeina minta maaf pada Han...boleh?",pujuk Chan.

Yeina mengangguk faham.Chan mengelap airmatanya yang jatuh lalu mengusap rambut Yeina.

Han yang pada mulanya memasang niat untuk menenangkan fikiran di situ,berpaling semula bila melihat Yeina dan Chan sedang berduaan di bangku yang selalu menjadi tempat perjumpaannya dengan Yeina dulu.




Hohoho...cepat pilih nak Han ke Chan😂😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro