Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

˖◛⁺ 10 ˖◛⁺

"Chan-aaa...annyeong.",

Chan menarik nafas terkejut sebaik saja memalingkan dirinya dan sekali gus bertentang mata dengan empunya suara.

"San...terkejut aku.",kata Chan lalu menarik nafas lega.

Lega kerana San menyelamatkan dirinya dari dikejar lelaki asing tadi.Masih terbayang senyuman misteri lelaki itu di kepalanya.

"Hehe...mianhae.Kenapa kau berlari?",tanya San pula.Dia memang duduk berhampiran kawasan rumah Chan dan kebetulan pula dia keluar untuk membuang sampah lalu ternampak Chan.

"Eoh? Tak ada apa...komawo San sebab tegur aku.",ucap Chan lalu meninggalkan San tanpa sempat lelaki itu menjawab.

˖♡˖◛⁺♡

Di rumah Chan,

Chan berehat di atas kerusi sambil memikirkan pasal tadi.Dia tidak dapat mengecam muka lelaki itu namun senyuman sinis itu sangat jelas kelihatan.

"Chan...kenapa nampak penat ni?",tanya Puan Bang.

"Mana ada penat....Eomma nak pergi mana?",tanya Chan pula bila melihat ibunya berpakaian cantik.

"Pergi beli barang dapur...Chan jaga rumah ye.",kata Puan Bang.

"Chan nak ikut Eomma.",Chan serta merta bangun dari kerusi tadi.Dia tidak akan membiarkan ibunya keluar sendirian kerana risau yang ibunya akan diekori seperti dirinya tadi.

"Arasseo...jom.",Puan Bang hanya membiarkan Chan menemaninya ke pasaraya.

♡˖◛⁺♡

"YEINAAA!!!! LAMBAT LAGI KE?!!",jerit Hongjoong dari tingkat bawah.

Yeina mengoleskan lip tint buat kali yang terakhir sebelum meninggalkan bilik tidurnya.

"Nak pergi pasaraya je Yeina...P.A.S.A.R.A.Y.A...",marah Hongjoong kerana terpaksa menunggu Yeina selama 20 minit.

"Ya...aku tahulah.Kecoh betul.",marah Yeina semula.

Hongjoong menahan geram di dalam hatinya.Semakin marah,semakin menjawab minah tu.Jadi keputusan yang bijak ialah hanya menyumpah Yeina di dalam hati.

"Nah pegang list ni...jangan bagi hilang pulak.",Hongjoong menghulur sehelai kertas yang lengkap ditulis barang-barang yang perlu dibeli.

Puan Ahn menyuruh dua beradik itu untuk membeli barang kerana dia ada urusan di pejabat.Encik Kim pula pulang malam pada hari itu kerana bekerja di luar bandar.

"Tak hilangnya...simpanlah dalam beg...kecoh.",ujar Yeina dalam nada ejek.

Dia tahu yang ketika itu Hongjoong malas mencari gaduh kerana kalau Hongjoong marah,Yeina akan merajuk dan dia terpaksa pergi ke pasaraya sendirian.

Hongjoong memandang tajam adik perempuannya ketika itu.Kecil besar kecil besar saja Yeina di matanya.

"Dah...jom pergi.",ajak Hongjoong tanpa menghiraukan ejekan Yeina tadi.

♡˖◛⁺♡

Di pasaraya,

Yeina menolak troli sambil memandang makanan-makanan yang tersusun rapi di setiap sudut pasaraya itu.Hongjoong pula tekun mencari barang yang disenaraikan ibunya.

"Yeina...cari serbuk jintan manis.",arah Hongjoong dan Yeina menoleh sambil mengerutkan dahinya.

"Jantan manis? Seriuslah kau suruh aku cari jantan manis?",tanya Yeina hairan.

Hongjoong menarik nafas dalam.Dasar perempuan pekak badak sumbu badak air.Lain yang dicakapnya,lain yang dia dengar.

"Jintan manis....J.I.N.T.A.N M.A.N.I.S...", Hongjoong menyebut sekali lagi nama rempah itu.Kembang kempis lubang hidungnya kerana menahan geram.

"Ouhh...jintan manis.Sebutlah elok-elok...janganlah marah-marah,kau nampak hodoh bila marah walaupun kau memang dah hodoh.",sempat lagi gadis itu mengutuk abangnya sebelum cepat-cepat menolak troli makanan menuju ke bahagian rempah ratus.

"Dia ingat dia cantik sangat? Kau tunggu esok.",marah Hongjoong sendirian.

Yeina mencari jintan manis di rak  namun tiada pula di situ.Puas juga dia membaca satu persatu nama rempah yang ditulis pada setiap paket.Matanya memandang ke tingkat atas,dan Yeina mula tersengih kerana jintan manis terletak di tingkat itu.

Tangannya cuba mencapai namun ketinggiannya tidak mengizinkan.Kakinya dijengket dan tiada hasil bila sedikit pun jarinya tidak dapat menyentuh paket jintan manis itu.

"Sikit lagi.....",kata Yeina dan hasilnya masih sama.

Kepalanya terasa sakit kerana mendongak terlalu lama.Boleh tercabut kepala dibuatnya.

"Sikit lagi....",Yeina tak berpuas hati lalu mencuba sekali lagi.

"Nah...",

"Ch..Chan Oppa?",terkejut Yeina bila Chan tiba-tiba menghulurkan paket yang cuba dicapainya sejak tadi lagi.

"Datang dengan siapa? Datang dengan Ahjumma ke dengan Ahjussi?",tanya Chan dan Yeina menggeleng.

"Datang dengan babun tulah,Eomma keluar sebab tu suruh kiteorang beli barang-barang kat sini.",beritahu Yeina dan Chan hanya mengangguk.

"Chan Oppa buat apa kat sini?",tanya Yeina pula.

Gembira pula hatinya bila dapat berjumpa dengan Chan di luar waktu sekolah dan kelas tambahannya.Gembira kerana Chan berbeza bila di luar kelas.

"Teman Eomma beli barang...tengah cari rempah,ternampak pula sorang budak ni terjengket-jengket.",ujar Chan lalu tersenyum kerana melihat Yeina tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikannya.

"Ouhh....hahaha...komawo sebab tolong Yeina ambikkan jantan manis.",ucap Yeina tanpa menyedari apa yang disebutnya ketika itu.

"Jantan manis?",soal Chan dan Yeina terus mengalihkan pandangannya ke arah lain.

Yeina...tahulah senyuman Chan Oppa tu manis..tapi kenapa perlu salah sebut sekarang?

"Jintan manis...salah sebut.",Yeina tersengih malu dan Chan tergelak.

"Yeina...lamanya kau cari jintan manis...",suara Hongjoong kedengaran dari arah belakang.

"Oppa pergi dulu ye...jumpa kat sekolah esok.",Chan meminta diri bila terdengar suara Hongjoong.

"Okay... annyeong.", ucap Yeina.

Hongjoong menampakkan lubang hidungnya sebaik sahaja Chan meninggalkan Yeina.

"Kau cari jintan manis ke jantan manis ha? Punyalah lama aku tunggu.",bebel Hongjoong.

"Dua-dua.",jawab Yeina selamba.

"Jomlah bayar...Eomma dah call aku tadi tanya lambat ke nak balik.",beritahu Hongjoong dan Yeina tidak bersuara sebaliknya terus menolak troli menuju ke kaunter bayaran.

♡˖◛⁺♡

Di sekolah,

Suara gelak tawa kedengaran dari kelas Yeina.Pelajar di kelasnya bersuka ria kerana meraikan ketidakhadiran guru bagi matapelajaran yang sangat dimusuhi mereka iaitu Matematik.

"Jongho cepatlah... karaoke!",pinta Chanhee,kawan yang duduk di sebelahnya.

Dan mendengarkan itu,maka bermulalah sorak menyorak, kononnya memberi semangat untuk Jongho.

"Cepatlah Jongho...lagu Nero...Nero Jongho-yaaa!!",jerit Ryujin pula dan bertambah kuat sorakan.

"Okay...senang kacang je lagu tu.",kata Jongho dan dia sudah pun berdiri di depan kelas untuk membuat konsert tak berbayarnya.

"Geudaeneun gwiyeoun naeui geomeun goyang-i...",satu kelas diam menghayati nyanyian merdu Jongho kecuali Han dan Yeina yang sudah keluar dari kelas selepas saja dimaklumkan ketidakhadiran guru matematik tadi.

Yeina dan Han lepak di belakang sekolah sambil menikmati susu strawberi dan juga roti coklat yang dibeli di kantin tadi.Niat mereka lepak di belakang sekolah kerana Yeina hendak menceritakan tentang tulisan Chan kepada Han.

"Maksud kau...Chan Hyung yang tulis nota English tu kat kau?",Han meminta kepastian.

"Bukanlah aku yakin....aku syak je.Sebab tu kau kena datang rumah aku petang ni,tengok sendiri tulisan dia.",kata Yeina bersungguh.

"Baik kau tanya je dia daripada main teka-teki macam ni.",cadang Han dan Yeina diam memikirkan idea yang diberikan kawan baiknya.

"Tak nak aku...kalau bukan,nak letak mana muka aku ni? Bawah meja?",tolak Yeina.

"Kalau betul?",soal Han semula.

"Kalau betul...memang aku terimalah.Crush aku kot.",jawab Yeina yakin.Siapa je yang tak nak budak hot kat sekolah tu kan?

"Ataupun...kita buat macam ni.",sambung Han dan Yeina sudah sedia mendengar apa yang nak dicadangkan.

"Kita intai siapa yang tampal nota tu...tapi kita kena korbankan masa rehat kitalah.",kata Han.

"Alahh...nanti aku lapar.",rungut Yeina dan Han hanya membuat muka bersahaja.

"Tak nak tak apa...aku cadangkan je.",ujar Han dan dia bangun dari tempatnya.

"Nak pergi mana pulak?",tanya Yeina dan dia juga turut bangun bila Han sudah bangun.

"Balik kelas lah...lagi berapa minit nak habis kelas Matematik.",beritahu Han sambil menunjukkan jam tangannya.

"Ponteng jelah...bukan selalu pun.",kata Yeina selamba.

"Malas aku cari pasal...kau ni,bukan sepanjang hari pun kita belajar.Cuba kau bayangkan,bila dah habis sekolah nanti kau akan rasa rugi sebab ponteng kelas hari ni.Mana tahu,ponteng sehari rosak masa depan.",bebel Han panjang lebar.

"Apa benda lah kau merepek...ye lah yelah jom masuk kelas..tak ada kaitan langsung kelas PJK dengan masa depan.",marah Yeina bila Han membebel tidak kena cara.

♡˖◛⁺♡

Waktu rehat,

Yeina menoleh ke arah suara yang memanggilnya lalu tersenyum gembira bila pemilik suara itu ialah Chan.

"Kenapa Oppa panggil Yeina? Nak rehat sekali ke?",tanya Yeina sambil matanya melilau mencari kelibat Han.

"Ani....ermm,Yeina boleh jumpa Oppa lepas makan tak?",soal Chan.

"Boleh...kat mana?",Yeina menjawab tanpa melengahkan masa.Setakat jumpa,apa salahnya.

"Belakang kantin.",beritahu Chan dan Yeina mengangguk setuju.

"YEINAA!! JOM MAKAN!!",jerit Han dan kelihatan dia sedang memegang dua pinggan nasi goreng.

"Okaylah...jumpa kejap lagi,Oppa.",kata Yeina lalu berlari kecil ke arah Han yang tak jauh darinya.

"Kau cakap apa dengan Chan Hyung?",tanya Han sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

"Chan Oppa ajak aku jumpa lepas makan.",beritahu Yeina.

"Sebab apa?",tanya Han lagi dan Yeina hanya mengangkat bahu.

"Mungkin nak cakap,petang ni dia tak datang kot...aku harap-harap macam tu...penat kot nak hadap buku.",Yeina memberi andaian.

Han diam mendengarkan kata-kata Yeina.Kenapa dia dapat merasakan yang Chan mengajak Yeina atas sebab lain,bukan dengan sebab kelas tambahan.

Selepas makan,

"Han...tunggu aku tau..aku jumpa Chan Oppa kejap.",pesan Yeina dan lelaki itu hanya mengangguk.

Yeina menghampiri Chan yang sudah menunggu di belakang kantin.

"Okay..dah datang.Kenapa Oppa nak jumpa?",tanya Yeina.

"Yeina... sebenarnya Oppa...."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro