𝓔𝓵𝓿𝓲𝔂𝓻𝓪 𝓜𝓲𝓴𝓪𝓮𝓵 - 𝓫𝓪𝓫 18
Mikael termenung sendiri di dalam office. Tiba-tiba kepalanya terimbas kembali kenangan dia dan Elviyra.
Flashback...
"Awak!" Panggil Elviyra dengan wajah yang gembira.
"Ada apa flower?" Soal Mikael sambil menjungkitkan kening kanannya. Kenapa dengan isteri dia? Happy semacam je.
Elviyra tersengih lebar sambil memandang Mikael.
"Awak, geng batch kita ada buat reunion dekat hotel. Jomlah kita pergi esok! Ajak Zikri, Fran dan Fril juga." Jawab Elviyra. Senyuman terukir di wajah cantiknya.
"Wajib ke pergi flower?" Mikael memyoal malas. Bila berkaitan reunion automatik dia akan menjadi malas.
"Mestilah awak! Jomlah, sudahlah tahun lepas dah tak pergi, tahun ni kena lah pergi." Balas Elviyra dengan mulut memuncung. Bencilah macam ni! Orang nak pergi reunion pun susah!
Melihat mulut Elviyra yang muncung seperti itik itu membuatkan Mikael geli hati. Suka dia melihat wajah cemberut si isteri.
"Yalah, kita pergi." Putus Mikael membuatkan senyuman di wajah Elviyra mekar.
Automatik dia memeluk tubuh tegap Mikael. Sebuah kucupan di pipi di hadiahkan kepada Mikael.
"Thank you awak! Sayang awak ketat-ketat." Balas Elviyra gembira.
End Flashback...
Tersenyum manis Mikael apabila mengingati kembali. Gelagat Elviyra selalu membuat dia senyum seperti orang angau.
"Aku sayang kau juga." Gumam Mikael perlahan.
Ralit Mikael termenung sehinggalah...
"Woi!" Tersentak Mikael mendengar sergahan seseorang.
"Kau kenapa bavi?" Carut Mikael sambil bertanya. Orang baru nak berangan, si langau ni pula yang kacau daun!
Reza mencebik, sikit pun dia tidak terasa mendengar carutan yang keluar dari bibir Mikael. Sudah biasa ma!
"Aku dari tadi panggil kau. Mika, Mika, Mika dan Mika! Tapi kau? Kau termenung macam orang mati bini." Bebel Reza geram. Kerusi berhadapan Mikael di labuhkan punggungnya.
"Kalau bini aku mati betul-betul, kau orang yang pertama aku cari. Ingat tu." Ugut Mikael keras sambil menjeling tajam Reza yang ada di hadapan.
"Bini kau takkan mati selagi tak sampai waktunya." Balas Reza selamba. Dia sedar ke tak? Yang dia mengata sekarang ni tentang sepupu dia sendiri? Kalau si Zahra Elviyra tahu nahaslah si Reza.
"Kau!" Mikael mengacipkan giginya geram. Nasib baik sepupu kalau tak dah lama lelaki di depan dia sekarang ni makan penumbuk. Mulut tak makan saman betul.
"Rilex lah! Aku gurau je! Yang kau emosi ni kenapa? Selalunya tak macam tu pun!" Tutur Reza sambil bercekak pinggang. Pelik betul perangai Mikael sekarang ni.
"Mana ada aku emosi, kau tu yang cakap bini aku macam tu. Aku ni suami Elviyra tahu! Bukan tunggul kayu." Jawab Mikael. Kaca mata di pakai kembali untuk meneruskan kerjanya yang tergendala tadi.
Reza menyumpah Mikael di dalam hati. Dasar manusia! Benci aku ada sepupu macam ni. Langsung tak boleh bergurau, huh!
"Aku blah dulu! Bye," seusia berkata begitu Reza bangun dan berjalan keluar dari bilik Mikael. Makin lama, makin buat dia geram!
"Woi! Habis tu kau datang sini kenapa?" Tanya Mikael sambil menjerit apabila Reza sudah ingin berlalu pergi.
"Saja!"
.
.
.
.
.
Elviyra mengusap perutnya lembut, gembira hatinya tidak terkata apabila doktor mengesahkan dia mengandung. Sungguh dia gembira, tapi kalaulah Mikael ada sekali. Bolehlah mereka berkongsi kebahagiaan ini.
Sejak Elviyra tahu dia mengandung, dia mula mengalami alahan yang teruk. Waktu pagi selalu muntah serta pening dan dia akan terasa lemah sehingga ke waktu tengahari.
"Elviyra!" Panggil seseorang. Elviyra berpaling ke kiri dan melihat Laila dan Nadiah yang memandangnya sambil tersenyum.
"Laila, Diah." Ujar Elviyra. Dia memanggil mereka berdua untuk duduk di sebelahnya.
"Kau buat apa dekat sini seorang diri?" Soal Laila. Pelik juga dia melihat mak buyung ni, selalunya Zafran atau Zafril selalu ada untuk menemani Elviyra.
"Saja, aku nak ambil angin petang. Boringlah asyik terperap dalam rumah je." Jawab Elviyra dengan wajah cemberut. Sejak Tunku Zarif Tengku Syaza, Zafril dan Zafran tahu dia mengandung, terus empat manusia itu bersikap begitu.
Kadang-kadang dia berasa rimas tapi apabila dia fikir balik dia sepatutnya bersyukur ada ahli keluarga yang sayang akan dia.
"El, orang tua-tua cakap, kalau kau buat muka macam tu masa kau mengandung nanti anak kau akan jadi muka macam tu juga weh!" Tutur Laila berbohong kepada Elviyra.
"Hah? Betul ke?" Soal Elviyra terkejut. Dua manusia itu di pandang. Kalau betul lah anak-anak dia akan jadi macam tu memang taklah dia akan buat lagi lepas ni.
Laila dan Nadiah menahan ketawa mereka. Lawak betul lah tengok muka Elviyra macam tu.
"Kau ni memang budak bandar betu lah! Aku bergurau jelah, hehehe," jawab Laila sambil tergelak kecil.
Elviyra memandang Laila kecil besar, kecil besar.
"Nasib baik kau muda dua tahun dari aku, kalau tak dah lama aku bagi kau hadiah istimewa dari aku." U
jar Elviyra tersenyum penuh makna.
Gulp!
Laila menelan air liurnya yang tiba-tiba terasa pahit. Kenapa dia rasa aura Elviyra lain macam.
Nadiah pula memandang Laila yang cuak itu. Penakut betul budak pendek tu. Hahaha, kenapa pendek? Tinggi Laila tidak seperti umurnya. Umur 24 tapi tinggi 157cm.
"Hahaha, jangan serius sangat El Aku gurau je tadi." Jawab Laila sambil tergelak hambar.
Tiba-tiba Elviyra ketawa kuat, aduhai daripada tadi dia berusaha menahan ketawa dia. Suka betul tengok muka cuak si Laila.
"Yang kau ketawa kenapa budak?" Soal Nadiah sambil mengecilkan matanya.
"Si Laila lah, aku gurau jelah tapi muka Laila tu cuak gila. Aku takkan gilalah nak buat benda tak elok dekat kawan aku." jawab Elviyra tersenyum nipis. Bahu Laila di tepuk perlahan.
Suasana hening mula melanda. Tiada siapa yang membuka bicara kerana masing-masing sibuk termenung.
"Zahra Elviyra!" Jerit Zafran yang berada dari jauh.
Elviyra berpaling dan senyuman di hadiahkan untuk Zafran. Dapat dia lihat wajah bengang Zafran. Ini mesti Zafran yang kena bebel dengan umi kerana tidak menemani dia keluar.
Nadiah dan Laila hanya diam memerhati. Sejujurnya, mereka sedikit janggal dengan Zafran. Mungkin sebab baru lagi.
"Kenapa angah?" Selamba saja Elviyra menyoal. Walhal dia sudah tahu si Zafran sekarang tengah bengang dengan dia.
"Kenapa keluar tak ajak angah atau along? Umi dan ayah risau. Balik sekarang!" Arah Zafran tegas. Aura pensyarah Zafran mula keluar. Si Elviyra jika Zafran tidak tegas maka si mummy to be ini tidak akan menurut.
"Alah! Tapi adik nak duduk sini lagi Fran!" Rengek Elviyra manja.
"Tak boleh! Balik sekarang!" Arah Zafran tegas. Mata helangnya memerhati tajam ke arah Elviyra.
Mata Elviyra mula berkaca-kaca. Hati dia terasa akan Zafran.
Manakala Zafran pula sudah gelabah teruk apabila melihat mata Elviyra sudah berkaca. Lupa pula emosi ibu mengandung ni lain dari yang lain!
"Eh, El jangan nangislah! Angah bukan nak paksa El balik tapi El fikirlah juga tentang anak-anak El tu. Mesti dia lapar sebab dari tadi El tak makan." Pujuk Zafran lembut.
"Tapi El nak duduk sini lagi." Jawab Elviyra lirih.
Laila dan Nadiah di pandang untuk meminta pertolongan tetapi hanya gelengan yang menjadi jawapan.
"El, apa kata kau balik dulu ya. Lagipun hari makin senja ni. Tak elok untuk ibu mengandung." Pujuk Nadiah pula.
Lambat-lambat Elviyra mengangguk. "Okaylah, aku balik dulu."
Laila dan Nadiah menganggukkan kepala mereka. Tangan di lambai kepada Elviyra dan Zafran yang sudah melangkah jauh itu.
"Adoilah, susah betul nak pujuk mak buyung tu." Tutur Nadiah sambil menggeleng kepala.
"Biasalah Diah, kau tunggu nanti giliran kau pula." Balas Laila lalu selamba saja dia berjalan meninggalkan Nadiah seorang diri.
"Wei! Tunggu aku bahlol!" Jerit Nadiah lalu langkah sepupunya di kejar laju.
To be continue...
Tak pandai(҂⌣̀_⌣́)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro