Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

FIFTEEN


"Taknak cerita ke macam mana kau boleh kenal dengan  isteri kau,Woon?"  pertanyaan Eunwoo memecah suasana yang agak janggal itu

"Kami dah kenal lama. Dari kecil lagi dan aku pun suka dia dari kecil. Dia je satu-satunya perempuan yang aku cinta dan sayang. Kami bertemu balik masa aku ke Australia dan kami bertunang selama setahun dan akhirnya berkahwin" kata Rowoon sambil memegang erat tangan Chaelin

"Tipulah I je. Takkan tak pernah bercinta langsung" Chaelin melihat Rowoon

"Hahaha tak adalah. Adalah beberapa orang ajak couple but semua I tolak. Adalah seorang yang rapat but nah. Dia tak penting pun" Mylea menahan perasaannya. Dia tidak mahu membuat kecoh disini

"Seulmin" kata Rowoon

"Kenapa dengan dia?" tanya Eunwoo

"Kenapa korang tak kahwin? Dah ada anak kan?"

"Ohh haha maybe soon. Aku sengaja nak bagi Mylea bersedia dulu sebelum berkahwin. Tak ada masalahkan kalau ada anak pun" jawab Eunwoo

"Macam mana korang boleh kenal?"

"You ni kenapa? Serious sangat ni?" tegur Chaelin setelah dia melihat riak wajah Mylea yang kelihatan tidak selesa

"Saya kenal dengan Eunwoo waktu saya minta kerja di syarikatnya dan sejak haritu kami rapat" jawab Mylea

"Mama,Seul nak shishi" Seulmin menepuk-nepuk bahu Mylea

"Ye sayang,jom.. Erm saya minta diri dulu" Mylea segera mendukung Seulmin lalu menuju ke tandas

"Ehh aku ada panggilan ni. Aku nak jawab panggilan dulu la,alang-alang nak ke tandas juga. Korang sembanglah dulu" Setelah mendapat anggukan dari Eunwoo dan Chaelin,Rowoon segera menuju ke tandas. Rowoon menunggu Mylea di hadapan pintu tandas

"Mylea" katanya setelah Mylea keluar dari tandas bersama Seulmin. Mylea mengendahkan Rowoon

"Han Mylea" Rowoon memegang lengan Mylea. Mylea menepis kasar tangan Rowoon

"Kau siapa? Aku kenal kau?"

"Tak perlu berpura-pura kau tak kenal aku Mylea"

"Kau nak apa?!" Mylea merengus

"Seulmin,anak aku—"

"Tak.. Dia anak kepada Han Mylea,orang yang kau kata pelacur. Dia bukan anak kau Kim Seokwoo. Tak payah nak ambil tahu pasal anak haram dan pelacur ni" Mylea senyum tipis. Baru sahaja Mylea ingin melangkah pergi,Rowoon sekali lagi menahan lengannya

"Aku nak tuntut hak aku. Bagi Seulmin kat aku dan aku sanggup bayar kau berapa saja" Mylea menjeling Rowoon lalu menampar Rowoon. Mylea ingin menghamburkan segalanya pada Rowoon namun terbantut setelah melihat Chaelin menuju ke arah mereka. Mylea segera berlalu pergi dari situ


*******

Mylea baring sambil merenung siling. Fikirannya melayang terhadap kejadian makan malam tadi. Dia mengerling ke arah Eunwoo dan Seulmin yang sedang tidur. Dia mengucup dahi Seulmin lalu keluar dari bilik Eunwoo. Entah kenapa sejak balik tadi,Seulmin meragam. Jadi Eunwoo menyuruh Mylea dan Seulmin tidur di biliknya,boleh dia menjaga Seulmin juga. Namun Mylea menolak,dia hanya akan menidurkan Seulmin sahaja. Dia melangkah ke biliknya lalu duduk di atas sofa yang terletak di hujung katil

"Kenapa kau mesti muncul selepas 4 tahun,Kim Seokwoo" Mylea kembali termenung




TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro