Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2-Surat

dakwat pena yang menari di atas kertas itu tertulis sebuah alamat dan sebuah nama yang belum pernah di dengarinya.

entah mengapa hatinya mahu benar menulis surat pada alamat itu, seakan alamat ini mempunyai satu benda yang telah lama di ambil darinya. seperti nama di balik kertas itu adalah seseorang yang pernah dia kenali satu ketika dahulu.

"Akihiro? sapa dia? agak-agaknya ayahanda marah tak kalau aku kirim surat ke alamat ini?" monolog hatinya. dia mengetuk ngetuk dagunya sambil berfikir. pada akhirnya dia ambil keputusan untuk tuliskan surat ke alamat itu.

"kehadapan penerima surat,

maaf mengirim surat tanpa jemputan. niat kita baik cuma mahu berkawan dengan penerima surat. kita terjumpa alamat ni di dalam bilik ayahanda kita dan nama di tulis disini Akihiro. kita harap awak (akihiro) yang menerima surat ini.

Nama kita Akina, salam kenal. jika tidak di balas kita fikir awak terimalah lamaran kita untuk menjadi sahabat pena awak! ^^

Oh ye, kita dari istana jadi jangan bagi tahu orang lain ye yang awak terima surat ini.

Hanya mahu bersahabat,

Hirokawa Akina."

lilin dimeterai di atas sampul surat Bersama alamat penerima di bahagian belakang.

ringkas dan padat, begitula hasil percubaan ke limanya. walaupun tidak berapa puas hati, tapi Puteri Akina tidak lagi mahu menulis lagi. inilah kali pertama buatnya menulis sepucuk surat. dia masih tidak yakin, adakah dia patut mengirimkan surat itu atau tidak.

"hmmm Ibu Himari kata, nak buat kawan bukan dengan cara bersemuka, tapi boleh ikut surat.. hmmm" dia kembali berfikir dan mencapai kata sepakat dengan dirinya untuk mengirim surat itu. jam kini menghampiri angka 1 dan itu bermakna dalam masa satu jam pengirim surat diraja akan datang ke istana untuk mengutip surat surat dari sekelian penghuni istana termasuk hamba-hambanya.

Puteri Akina berjalan keluar surat tadi disimpan di dalam poket gaunnya. "Tuan Puteri tiba waktu bersantap." kata Satoshi yang kebetulan tiba untuk memanggil Puteri Akina.

ketika berjalan melepasi bilik ayahandanya dia perasan ada seseorang yang tidak pernah terlihat di istana bersama ayahandanya. ruangan pintu yang terenggang menjadi tempat menadah mata dan telinganya.

"hari keputeraannya sudah dekat, apa tuan hamba sudah mencari mangsa baharu?" Raja Kenzo bersoal. soalan pertama didengari sahaja sudah membuatkan Puteri Akina terpana. "Mangsa?" bisik hatinya.

"Tuan Puteri mari ke ruang santap!" panggil Satoshi yang sudah jauh di hadapan. pandangan ayahandanya terpaling ke pintu dek kerana lauangan Satoshi membuatkan Puteri Akina lekas melarikan mata dan bayangnya lalu terus berjalan seperti tiada apa-apa.

"Mangsa? hari keputeraan? apa yang di rancang paduka ayahanda?" berlegar-legar persoalan itu. selepas makan tengah hari pengirim surat diraja pun tiba dan mengutip surat dari semua pekerja yang ingin menghantar surat. tidak pernah dilupakan untuk di tanya kepada Puteri dan Rajanya. "Puteri?"tanpa memberi soalan penuh semua orang di situ sudah tahu.

tanpa di jangka oleh orang lain, Puteri Akina memberi sepucuk surat kepada si pengirim surat. "haa yang lain jangan laporkan pada ayahanda." pesannya pada hamba-hamba yang lain. mereka hanya tersenyum da mengangguk namun dibalik semua senyuman itu ada seorang yang tidak senang.

"Puteri ikut ibu sebentar." Ibu Himari memanggil Puteri Akina ke bilik kerjanya. "Kepada siapa puteri mengirim surat itu?" soal Ibu Himari Sirius. Puteri Akina tersenyum kaku dan peluh mula membasahi dahi. "err err umm" perlahan lahan dia bergerak ke pintu dan lari dari bilik Ibu Himari.

"Puteri!" laung Ibu Himari yang mahu mengejar tapi kalah dengan ketangkasan Puteri Akina. "Ampun Ibu!" laungnya kembali sebelum menghilang ke bahagian atas istana. nafas dicari bagi mengisi kembali peparu yang kehilangan oksigen. "fuhh nasib" dia menarik nafas lega.

berjalan ke katil lalu merebahkan diri di atas tilam empuk sambal memikirkan tentang surat itu dan apa yang diperkatakan oleh Raja Kenzo.

✧══════❁❀❁══════✧

"tadi ada posmen datang hantar surat. pergi tengok." arah Umi Sakiya kepada anak lelakinya Akihiro. surat yang diambil diberi kepada Umi Sakiya. "Akihiro, ni untuk kamu." kata Umi Sakiya dan memberikan surat itu kepada anaknya.

isi surat dibaca dan keanehan mula terbit?

"eh biar benar dia ni? istana? Akina? bukankah tu Tuan Puteri tersembunyi tu?" akihiro berfikir sendiri, lama dia memerhati surat itu sebelum dia memilih untuk mengoyakkan dan berkata "barangkali hanya permainan anak." sebelum dia membuangnya ke dalam tong sampah.

"surat dari sapa tu hiro?" tanya Ayah Tadashi namun hanya di balas gelengan kepala dan "tiada siapa pun ayah, mungkin hanya penipu." kemudian dia pergi menolong Umi Sakiya.

hari berganti hari, minggu berganti bulan. surat dari alamat yang sama sering kali tiba dan kali ini Akihiro menyimpan semua surat surat itu. surat yang di hantar tidak berbaur kejahatan, cuma surat dari seorang anak yang menjadikan Akihiro diarinya.

"Apa saja yang di lakukan dia sekarang?" kala tidak sedar dirinya memikirkan si pengirim surat. biasanya, setiap hari Puteri Akina menghantar surat kepadanya, ialah Akihiro kini sudah menjadi diarinya, namun tidak sekali Akihiro rasa menyampah dengan bilangan yang dihantarnya ataupun malas membaca surat-surat itu. dia dengan sabar membaca satu persatu surat dari Tuan Puteri yang tiada kepastian identitinya.

"Akihiro ada surat!" laung Ayah Tadashi dari luar rumah. Akihiro pun dengan kadar sederhana pergi menuju ke ayahnya itu. menggunakan pembuka surat, dia membuka sampul kemudian mengeluarkan surat itu. Akihiro membaca sambil berjalan ke biliknya.

"kepada penerima surat, Akihiro.

surat sebelum ni ada kita nyatakan yang ayahanda kita berkelakuan pelik. bila difikir-fikirkan tahun tahun sebelum ni, kira-kira waktu bergini juga. Ayahanda akan kurang baran dengan kita, dia akan kurang menegur ketidak sopanan kita di dalam istana. kenapala sekarang baru nak sedar? *tepuk dahi*

makaaaa, kita ekori ayahanda tanpa henti. syukur badan, ayahanda hanya berlegar-legar di ruang istana, maka kita tidak akan dimarahi kerana merayau. Hehe.

ikut punya ikut punya ikut, tiba-tiba ayahanda berhenti di satu bahagian istana yang tidak pernah kita kunjungi. ruang jauh dari dari bangunan Utama istana. masa kita nak ikut ayahanda masuk tiba-tiba saya tersepak batu! ya tuhannnn seram! dupdap dupdap rasanya. nasib pengawal kita selamatkan kita. uhuhu itu pun kene bebel dengan dia sebab merayau uhuhu.

apa-apa pun, kita nantikan surat balasan dari awak. hehe

Hirokawa Akina"

dalam senyuman Akihiro menyimpan surat tu ke dalam kotak khas yang terkumpul surat-surat lain.

"ada saja Tuan Puteri seorang ini. mungkin lain kali aku balas"

lauranaura-

30/11/2020

9:21pm

edited #1 - 05/12/2020

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro