+18
CHAN MIN POV
Aku berbaring di atas katil. Entah kenapa aku rasa hari ni panjang sangat satu hari.
Aku cuba untuk memikir apa yang Gfriend kata tadi. Oh, aku tak bagitahu lagi yang nama kumpulan ni apa. Nama kumpulan ni Café Latte.
Eh, Gfriend. Dari tadi kepala aku fikir pasal kumpulan Café Latte tu je.
Diorang kata Café Latte tu queenka dekat sekolah. Bila sebut Café Latte Café Latte, terasa haus pula.
Aku turun dari katil lalu menuju ke dapur. Yerin yang tidur di tingkat bawah katil aku dipandang sekilas. Harap muka je cantik. Tidur dia... masyaallah. Terkangkang, satu kaki dekat luar selimut, satu kaki di dalam selimut. Lantaklah nak tidur macam mana.
Aku menuju ke satu kabinet. Yayayayya
Ada kopi krim! Yeyayaya! Ma favourite! Banyak kopi dekat dalam kabinet tu. Penuh kabinet tu dengan kopi pelbagai perisa. Ok, berhenti guna bahasa karangan.
Aku bernyanyi kecil sambil membancuh kopi tersebut. Eh, apasal kopi ni jadi warna hitam?
Serbuk dia bukan main putih mengalahkan suga. I mean sugar. Aku mengambil plastik kopi itu.
ORIGINAL COFFEE TONGKAT ABU
Huwaa! Aku tak suka kopi pahit! Ah, lantaklah. Aku tinggalkan jela benda ni dekat sini.
Aku masuk ke bilik dan naik ke atas katil. Bruhh... apa aku nak cite tadi?
Ah Café Latte.
Café Latte sebuah kumpulan yang terkenal di Busan International High School. Kenapa kumpulan tu terkenal.
Sebab, ketua dia, Chorong, anak PIBG sekolah ni.
Bapak dia, dah banyak bantu sekolah. Baru aku faham, sebenarnya bapak si Chorong bukannya appa Jungkook sunbae.
Bila aku dengar-dengar Gfriend bincang, sebenarnya, bapak Chorong yang tolong pengetua Jeon bangunkan sekolah ni.
Hmm... maybe pengetua Jeon menghargai jasa baik tuan—kejap, apa nama keluarga Chorong?
Panggil bapak dia jelah senang. Pengetua Jeon menghargai jasa baik bapak Chorong dan tak mampu bayar kesemuanya.
Yelah, kau ingat murah sangat ke buat satu sekolah siap ada café. Dorm ni pun dah macam banglo aku tengok. Kalau ada sesiapa yang mampu pergilah derma pada bapak Jungkook.
Ok, back to the story. Bila anak tuan—apa nama keluarga Chorong? Haduh, aku letak jela. Lee Cho Rong.
Bila sekolah ni dah siap. Tuan Lee minta dekat pengetua Jeon yang anak dia sekolah dekat sini. Tanpa berfikir dua kali, pengetua Jeon bersetuju.
Bila dengar Eunha kata macam tu, aku terfikir. Pengetua ni pyscho ke apa. Ataupun, Eunha yang tambah ayat tak betul. Yelahkan mana tahu yang Eunha ni dapat D ke Bahasa Korea. XD
Wuarghhh! Ngantuknya!
Disebabkan readers sanggup baca sampai sini, aku sanggup untuk bercerita. Aceyh!
Ok, Café Latte ada 7 orang ahli.
Seorang daripada kumpulan itu keluar kerana dia sudah insaf dan tak nak membuli lagi. Apa tah nama dia. Youkyoung rasanya.
Gfriend tak cakap nama penuh dia. So, aku tak tahu nama keluarga dia. ahli-ahli dia... kejap bagi aku ingat jap.
Chorong, Bumi, Enji, Namjoon, Hayang dan Nan. Pelik juga nama diorang.
Aku ada tanya, macam mana diorang ni boleh masuk kumpulan Chorong. Diorang kata...
Chorong ambil budak yang kaya-kaya je. Phone diorang beribu-ribu. Takdelah sampai beribu, tapi... lebih seribu ringgit. (ps: AGUST guna duit Malaysia keh. Kalau guna duit korea korg jugak x paham XD)
Barang diorang pun barang berjenama. Biasalah kelas pertama. Eipp. Bukan kelas yang pertama tetapi first class. Faham kan?
Kelas pertama
- Atlet sekolah. Pemain bola sepak menduduki carta teratas kerana perasan bagus
kononnya bakal menggegar dunia seperti David Beckham, Ronaldo dan Zinade Zidan.
- Semua ahli pancaragam. Ranking perama tentunya pemain flut dan drum. Pemain trombone juga dianggap hebat.
- Ahli cheerleaders. Ini bagi menghargai usaha mereka melentik-lentik, terlompat-lompat, terjerit-jerit dan terkinja-kinja.
- Kumpulan Café Latte iaitu 6 anak dara yang cuba meniru gaya Nora Danish dalam siri drama Puteri. Mereka ialah Park Chorong, Yoon Bomi, Kim Namjoo, Jung Eunji, Oh Hayoung dan Son Naeun. Mereka adalah pelajar perempuan yang berkuasa dan berpengaruh setaraf Kim Young Min CEO terkejam SM.
Kelas kedua
- Model sekolah terdiri daripada lima kumpulan iaitu BTS, EXO, GOT7, dan GFRIEND kecuali CAFÉ LATTE. Walaupun Café Latte merupakan model sekolah, mereka tetap tidak mahu masuk ke dalam kelas kedua.
- Ahli-ahli Persatuan KAdet Polis Busan International High School yang berlagak seolah-olah hebat sebab dalam banyak-banyak unit beruniform, uniform kadet polis yang paling segak, cool dan bergaya.
Kelas ketiga
- Ahli persatuan Sains dan Matematik Busan International High School (only nerdy and geeky student will enroll in this type of academic club!)
- Pelajar bijak pandai yang memakai cermin mata tebal dan tidak mengikut peredaran fesyen terkini. Pada zaman beg ADIDAS, NIKE dan ELLE menjadi beg yang digalas oleh semua pelajar dan berharga sekitar RM 150 hingga RM 300, mereka masih setia kepada beg UMBRO dan HIGH SIERRA yang berharga sekitar RM40.
- Semua pelajar yang bukan atlet sekolah, bukan ahli Café Latte, bukan ahli sorak sekolah, bukan ahli pancaragam sekolah, bukan model sekolah, dan bukan ahli kadet sekolah dianggap sebagai pelajar yang rendah tarafnya dalam hierarki social Busan International High School.
Actually, aku tak tahu aku tergolong kelas yang mana.
Aku awal-awal dah jadi atlet sekolah. Masuk sekolah ni terus dapat surat yang aku kene pergi latihan bola baling, bola jaring. Segala jenis bola aku masuk.
So, aku kelas petama. Tapi, aku pun model sekolah. Café Latte pun model sekolah, so, aku masih lagi in highest ranking.
Aku pun ambil kadet polis jadi aku punya badan beruniform. Chim oppa pun masuk kadet polis. Chan oppa masuk kadet bomba. Dia tak de dalam senarai. Padan muka.
Tapi, masa nak ambil persatuan, aku pilih masuk Sains atau Matematik. So, aku ni kelas ketiga lakan?
Ughhh! Pening kepala aku fikir benda ni. Jam didinding dikerling. Bruhh dah pukul 1.09 pagi. Aku cuba tutup mata.
Nampak gelap.
Ajjaann da lame x promote org. Amaghi la kita promote org.
Cerita die pasal TaeRin 👌 so, sesape yg ship diorang pergila serbu acc tu n bace cerita dia.
OhYeoJoo nnti promote sy auu 😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro