T I G A '3'
Jisoo POV
Pak pak pak
Tapak kakiku kedengaran di satu blok bangunan.
Lepas sahaja aku bangun dan ingin mengikuti taehyung tadi, tiba-tiba dia dah hilang.
Laju betul dia ni jalan. Macam lipas kudung.
Takut masak lemak mak dia habis la tu.
Aku tersedar sesuatu. Library kat mana?!
Disebabkan pening, aku main iniminimainimo pulak kat depan tu nak tentukan jalan.
Ha kiri.
Aku pun jalan macam biasa
Tiba-tiba.
Kedebuk
Aku terjatuh.
Aku menyapu bontotku yang kesakitan.
Ada seseorang menarik begku dengan kuat dari belakang.
Aku mengangkat kepalaku ingin melihat siapa yang berani main tarik-tarik aku ni.
La kepala batu ni rupanya.
Aku segera bangun.
Tak sempat aku membuka mulut dia dah letak jari dia kat mulut aku.
"kau nak pegi mana hah, library kat sana bangang"
Aku memandang arah yang ditunjuknya.
Oh ya. Aku lupa.
Aku menggaru-garu kepala ku.
"kau dah kenapa garu kepala, ada kutu ke ha, dah jom lah lembab ah kau ni"
Katanya dah terus menyambar lenganku. Ya dia pegang tangan aku.
Wtf dah kenapa dia ni.
Aku cuba melepaskan diri.
"kau dah kenapa jom jelah nanti kang hilang lagi, aku nak balik awal ni ish."
Aku hanya ikutkan je. Kang panjang lagi bebel.
🌼🌼🌼🌼
Sampai sahaja di library aku terus ambil tempat duduk di belakang sekali.
Tak nak orang nampak.
Nanti kang dituduh dating, ish.
Aku terus membaringkan kepalaku dan tidak mempedulikan taehyung.
Aku pandang kiri, kanan, kiri balik, kanan pulak. Adu bosan pulak.
Aku angkat kepalaku.
Ingin melihat apa si milo ais tu tengah buat. Ouhh addmath. Ergh alergik.
Aku terus meletakkan kepala aku balik tapi di tahan taehyung.
"kau ni kenapa, nak belajar ke tak ni. Aku nak balik awal ni, kang aku balik tak ajar kau aku kena marah pulak nanti. Malas ah nak dengar cikgu bebel"
Taehyung dah bengang.
Aku dengan terpaksanya keluarkan buku addmath aku.
Haish kenapa la tak da mata pelajaran tido, kalau ada mesti aku skor tiap kali periksa.
"dah, buat latihan ni dulu, tak paham tanya aku, bukan buat bodo je"
Aku hanya menganggukkan kepalaku.
Malas nak gaduh.
Aku pun mulakan buat latihan yang diberi taehyung tadi.
Buka je latihan tu, aku blank.
Apa semua ni.
Aku pandang taehyung, dia busy buat kerja sekolah lah hm takpa takpa aku kacau jugak.
"weh taehyung, ni cane ah"
Taehyung angkat kepalanya dan memandangku.
"ha mana, la kau ni dah kenapa, soalan ni senang je kot, tak kan tak tau"
Taehyung memandangku. Serius.
Seram pulak.
"t-tak"
Alamak hilang swag aku.
"kau ni ish sinilah aku ajar senang je ni"
Pensil taehyung pun mula menari-menari di atas buku ku.
Dan sesi terang-menerang pun bermula.
Wah dia ni bukan biasa-biasa. Cicit einstein ke ni.
"dah paham tak?"
Laju kepala ku menggangguk. Aku tersenyum bangga.
Ingat senang ke nak paham edmet ni.
"ok bagus"
'tu je?'
Aku memandangnya lama.
"kau kenapa pandang-pandang aku, taula aku hensem jangan pandang lama-lama"
Aku mengalihkan pandangan. Perasan.
Buku tulis dihadapan ku, aku conteng. Tanda protes.
Si kepala batu yang berada di depanku ni tak peduli langsung apa yang aku buat, hanya terus memandang bukunya dari tadi.
Aku tak tahan.
Skrrrt
Aku bangun dan memberinya pandangan maut.
kerusi yang berbunyi menarik perhatian semua pelajar yang berada di dalam perpustakaan.
"kau dah kenapa, jangan bisingla. Duduk balik. Cepatlah"
Taehyung berbisik.
Kecut lah tu. Takut dengan penjaga perpustakaan yang macam singa tu.
Apa aku kisah, aku dah lali kena marah, penjaga tu pun dah menyampah dengan muka aku.
Nasib baik dia tak blacklist aku dari masuk perpustakaan.
Kata-kata taehyung tak aku peduli.
Aku terus mengemas semua barang-barangku dan terus menuju keluar.
Taehyung memegang tanganku. Cuba menahan aku dari balik.
"kau nak pergi mana, nanti aku kena marah dengan cikgu lah"
"sorry, aku bukan patung perhiasan yang dibuat untuk teman kau kat sini. Annyeong."
Aku menepis tangannya dan berlalu pergi.
Padam muka. Lantaklah apa nak jadi.
Apa yang aku tahu, aku nak makan.
🌼🌼🌼🌼
Rumah Jisoo
Jisoo yang baru sahaja sampai di rumah terus membuka begnya dan duduk di atas katil bujangnya.
" bwo? Bagus? tch Dia tu tak reti ke nak puji aku sikit, bukan senang aku ni paham edmet tu ish pabo!"
Jisoo membaling satu persatu bantalnya ke arah gambar taehyung.
Ha kantoi.
Jisoo keluar dari biliknya dan menuju ke dapur.
Nak cari ketenangan.
Jisoo mencapai satu bekas aiskrim perisa vanila kesukaannya.
Hari panas-panas macam ni elok makan sebekas aiskrim.
Lepas berjaya habiskan satu bekas aiskrim tanpa henti, dia teringat sesuatu.
Shit! Unnie balik harini. Habislah.
Sebenarnya aiskrim tu unnienya iaitu Soo young yang suruh belikan sebab dia nak makan bila sampai rumah nanti.
Jisoo segera mencapai hoodienya dan melangkah keluar.
Dia kena beli yang baru kalau tak habislah dia kena smackdown dengan unnie dia.
🌼🌼🌼🌼
Jisoo berjalan menuju ke sebuah kedai 24 jam yang berdekatan dengan rumahnya.
Cingg!
Bunyi loceng yang berada di pintu utama kedai.
Jisoo segera menuju ke bahagian sejuk beku. Dan mengambil aiskrim yang dicari.
Suddenly
Bukk!
Dia terlanggar seseorang akibat kecuaiannya.
Habis barang namja itu bertaburan di lantai.
Jisoo segera meminta maaf dan bow berkali kali pada namja itu.
"joesonghamnida, joesonghamnida"
Jisoo membantu namja itu mengutip kembali barang barang nya tadi.
"gwaenchana"
Kata namja itu.
Mereka berdiri. Dan membersihkan pakaian masing masing.
Jisoo mengangkat kepala ingin melihat muka namja itu.
Mata ke mata.
Hati ke hati. Eh.
"kau?!"
Kata mereka berdua.
Namja tu taehyung rupanya.
"kau buat apa jat sini?"
"rumah aku kat sini sini jelah, nampaknya kita ni berjodoh eh asyik terserempak je"
Kata taehyung sambil mengeyitkan matanya.
Jisoo hanya menunjukkan muka wtf nya.
"jodoh? Bodoh adalah!"
Jisoo segera membayar aiskrimnya dan pergi dari situ.
Habis semua orang yang beratur tadi dia potong.
Tak berperikemanusiaan langsung. Ish2.
Taehyung meminta maaf kepad semua pelanggan disebabkan perangai jisoo tadi.
Taehyung hanya mampu senyum dan menggelengkan kepalanya melihat jisoo begitu.
Entah kenapa marah sangat jisoo tu dengan dia.
Haish tak pahamlah perempuan ni.
🌼🌼🌼🌼
TBC
🖇Jangan lupa vote and comment, kerjasama anda amatlah dihargai😉
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro