D U A P U L U H S A T U '21'
Setahun kemudian
Jisoo memegang tangan taehyung. Erat.
Dia masih mengharapkan supaya dia akan sedar dari komanya.
Walaupun doktor selalu mencadangkan supaya mencabut mesin pertolongan hayat taehyung (?).
Tapi dia tak setuju.
Dia tak kan mengalah.
Taehyung dah janji.
Dia tak kan tinggalkan jisoo.
Dia akan pegang janji taehyung.
Jisoo melihat jam ditangannya.
Jam menunjukkan pukul 6.oo petang.
Tido hospital lagilah jawabnya.
Dia bukan apa, dia takut taehyung tiba tiba bangun tapi dia takde.
Tak ke mengamuk budak ni nanti.
Oh ye.
Jisoo dah officially jadi pelajar kolej sekarang.
And of course dalam bidang music.
Yelah music lah senang takde math.
Walaupun banyak kali si taehyung ni ajar, tak masuk masuk jugak dalam kepala ni.
Mungkin takde jodoh dia dengan math.
Uhuk.
Skrrrrt
Dia terdengar bunyi pintu dibuka.
Dengan pantas, dia menoleh.
Wajah yang asing baginya muncul di depan pintu.
Jisoo bangun dari kerusi mendekati orang itu.
"nae? Ada apa ye?"
Orang itu memandang Jisoo sekilas.
Dia terus berpaling ke arah lain.
Tiba tiba namja tu menangis.
Ye menangis.
Jisoo panik.
'laa aku ada salah cakap ke'
Jisoo mencuit bahu namja itu.
"gwaenchana? Saya ada salah cakap ke"
Pantas namja itu menggeleng.
Sebaik sahaja dia tenang.
Dia terus berpaling memandang Jisoo lagi.
"boleh tak saya nak cakap dengan awak sekejap?"
Jisoo berpaling memandang taehyung.
'dia tak kan tiba tiba bangun kan?'
Susah jugakla dia nak tinggalkan taehyung sorang sorang.
Risau kalau apa apa jadi kat dia nanti.
Tapi kesian pulak namja ni siap nangis bagai.
Jisoo menarik nafas berat dan mengangguk.
Dia terus menutup pintu dan mengikuti namja itu.
🌼🌼🌼🌼
Sampai sahaja di taman hospital, namja itu berhenti.
"awak duduk kat sini sekejap eh, saya pergi beli kopi"
Kata namja itu sambil menunjuk ke arah sebuah bangku di situ.
Jisoo mengangguk.
Dia memandang sekeliling.
Jisoo tersenyum.
Tenang je rasa duduk kat sini.
Rambut jisoo yang bertebangan diikat.
Dia tertarik dengan seorang budak yang sedang main kejar kejar dengan adik dia.
'giyowo'
Pikir jisoo.
Namja tadi kembali dengan dua cawan kopi di tangannya.
Dia menghulurkan satu kopi pada jisoo.
"gomawo"
Ucap Jisoo.
Namja tadi hanya senyum.
"oh ye, mian saya tak perkenalkan diri saya lagi. Annyeonghaseyo, jeonan jungkook imnida"
"nae, jeonan jisoo imnida"
"mesti awak pelik kan dengan saya tadi, mian saya teremosi sangat pulak"
Jungkook tergelak kecil.
Jisoo menggeleng.
"aniyaa,"
Dia tersenyum kekok.
Disebabkan suasana yamg terlampau awkward,
Jungkook cuba memulakan perbualan.
"erm boleh saya nak tanya tak?"
"nae"
"macam mana awak kenal taehyung?"
Jisoo terkejut.
Yelah macam mana dia kenal taehyung? Setahu dia taehyung takde kawan lain.
"dia kawan saya, wae?"
Jungkook menarik nafas berat.
Dia teragak agak nak cerita perkara sebenar kat Jisoo.
Jisoo sabar menunggu.
"sebenarnya saya nak cerita perkara sebenar kat awak, pasal identiti saya, taehyung, dan suho"
Jisoo pelik.
Apa pulak kaitan namja ni dengan suho dan taehyung.
Jisoo hanya mengangguk.
Ingin mendengar penjelasan jungkook.
"sebenarnya saya adik kepada suho"
Mulut jisoo terbuka luas.
Setahu dia suho anak tunggal.
Mana pulak datang adik ni.
"saya tahu awak keliru sekarang, tapi apa yang saya cakap ni betul. Masa mak dan ayah saya bercerai, mak saya tak tahu yang dia mengandungkan saya. Ayah saya pulak dah menang hak penjagaan suho jadi dia duduk dengan ayah saya."
"jadi kami adik beradik dah lama terpisah sejak kecil"
Sambung jungkook lagi.
Terlihat wajahnya yang tiba tiba murung.
Dahi jisoo berkerut.
Dia cuba memproses situasi sekarang.
Dah macam sinetron indon tertukar baby pulak.
" saya tahu kisah saya macam drama sinetron tapi perkara ni betul betul terjadi."
Jungkook cuba memujuk jisoo supaya percaya pada dirinya.
Jisoo hanya mengangguk.
Dia nak dengar pasal taehyung pulak.
Kalau teruskan cerita pasal suho, nanti takut dia mengarut ke tempat lain pulak.
" ok ok sekarang apa yang awak tahu pasal taehyung pulak?"
Kening jisoo diaangkat.
Seakan akan mencabar jungkook.
Yela entah dari mana tiba tiba mengaku adik suho.
Pelik la.
Mana tau jungkook ni nak harta suho je ke apa an.
Jungkook memandang lantai.
" saya harap awak bersedia dengan mental dan fizikal yang kuat sebelum awak demgar apa yang saya nak cakap"
Jisoo pelik.
Tapi dia mengangguk.
Dia dah bersedia kalau jungkook ni nak cakap perkara mengarut lagi.
"taehyung yang awak kenal sekarang ni, sebenarnya bukan taehyung."
Dahi jisoo berkerut lagi.
'dia taehyung tapi bukan taehyung? Bwo?'
"lawak apakah ini"
Jisoo bangun dari kerusi.
Dia dah bersedia nak pukul michin namja ni.
Entah entah baru lari dari tanjung rambutan ni.
Jungkook segera bangun.
"chakkaman, biar saya jelaskan"
Dia cuba menenangkan jisoo.
Kang tak pasal pasal benjol dahi dia.
Jisoo dah memegang penumbuk.
"jangan main main, saya ada tali pinggang hitam tau"
"yahh!!"
Terlihat Lisa dari jauh berlari ke arah Jisoo.
Terus tangan jisoo ditarik.
Nasib tak jatuh.
"michiesso?! Kau dah kenapa nak pukul bidadara jatuh dari langit ni"
Lisa melepaskan tangan jisoo.
Dia memandang ke arah jungkook.
"mian kawan saya ni dah tak betul sejak pakwe dia masuk hospital, ok bye"
Dia menarik jisoo ingin pergi dari situ.
Tapi jungkook memberhentikan mereka.
"mian, tapi saya tak habis cakap lagi dengan dia"
"ha cakap? Cakap apa?"
Lisa memandang ke arah jisoo.
Jisoo merengus.
"dahla jom, aku tak nak dengar benda mengarut lagi dari dia"
Jungkook menarik tangan jisoo.
Dia tiba tiba melutut.
Mulut lisa ternganga luas.
Jisoo terkejut.
"tak sangka kau curang jisoo, ok aku pergi dulu bye"
Lisa berlari masuk dalam hospital.
Tak mahu mencampur urusan 'cinta' jisoo.
"yah! Bukan macam tu lah! Yahh!!"
Jisoo menjeling jungkook.
"mian"
Jisoo duduk balik sambil menyilangkan kedua tangannya.
"gomawo"
Jungkook bangun dan duduk di kerusi.
"so sebenarnya masa kejadian pembunuhan ayah awak tu, saya pun ada kat situ jugak"
Jungkook memandang muka jisoo ingin melihat reaksinya.
Tapi jisoo tak memberi reaksi apa apa.
Dia ingin cepat pergi dari semua karutan ni dan pergi pada taehyung.
Dan jelaskan jugak apa yang jadi sebenarnya kat lisa.
Bahaya lisa ni.
Kang dia sebar kat semua orang.
"saya nampak semuanya. Apa yang jadi. Dari awal sampai akhir. Saya pun kenal taehyung dah lama. Cuma dia tak pernah tahu yang saya ni adik suho. Saya kawan baik taehyung."
Jisoo hanya mengangguk malas.
Jungkook mengeluh.
"so, perkara sebenar yang saya nak cakap kat awak sebenarnya, taehyung dah lama meninggal. Dia meninggal masa selamatkan awak jisoo"
Jisoo memandang jungkook serius.
Ppang!
Satu tamparan hinggap di wajah jungkook.
Berani betul dia mempermainkan nyawa taehyung macam tu.
Air mata menitis di wajah jisoo.
Perasaan sedih tiba tiba menyerang dirinya.
Dia memegang dadanya kerana rasa sakit yang terlampau kuat.
Apa yang badan dia ingat tapi dia tak?
Jungkook pun menangis apabila mengingati saat saat terakhir taehyung.
"apa semua ni? Kenapa aku rasa macam ni? Yahh!! jisoo taehyung hidup lagi, waegere?"
Jisoo memarahi dirinya sendiri.
Dadanya di pukul banyak kali.
Ingin menghilangkan rasa sakit yang dirasainya.
Lisa yang senyap senyap memerhati dari dalam, berlari menuju ke arah jisoo.
Dia segera menghentikan perbuatan jisoo dan memeluknya.
"yahh!! Jisoo jongshinchareyo(?) wae? Kenapaa apa jadi, apa yang laki ni kata kat kau?"
Air mata jisoo masih tidak berhenti, tapi mengalir dengan lebih deras(?).
Lisa berdiri menghadap jungkook.
"apa kau kata kat dia hah?!"
Lisa menolak jungkook.
Jungkook yang sedang menangis jugak memandang lisa dengan pelik.
Jisoo menarik Lisa sehingga dia terduduk.
Dia menggeleng.
Menghalang Lisa dari bergaduh di sini.
Akhirnya Lisa memutuskan untuk diam dan menunggu Jisoo tenang.
Setelah kedua duanya dah tenang.
Mereka bercadang untuk membincangkan semuanya di cafe terdekat supaya tak menganggu pesakit di hospital.
🌼🌼🌼🌼
TBC
🖇Jangan lupa vote and comment, kerjasama anda amatlah dihargai😉
🖇Heyyoo am back! 🤧
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro