:🔱/ ᴡᴡ.ᴇᴘ16
Majlis perkahwinan Ayoung dan Juyeon diadakan pada waktu malam dan kini majlis mereka dimulakan. Semua tetamu sudah bersedia dan pengacara majlis memulakan majlis.
Seorang lelaki yang berusia atau turut dikenali sebagai penyatu perkahwinan mula bersuara.
( kay tak ingat apa nama orang yang satukan pengantin tu 😅)
"Lee Juy-" kata lelaki yang berusia itu sebelum dia berhenti tatkala seorang wanita berlari ke arah majlis mereka
Wanita itu menjerit dengan sekuat hati, membuatkan semua tetamu menumpukan perhatian ke arahnya. Mukanya yang dalam ketakutan jelas dilihat.
"Ada apa! Kenapa ganggu majlis ni!" Marah Tuan Hwang
"K-Kita di serang! Kita di serang!" Jeritnya seperti orang histeria
"Siapa serang kita?" Tanya Tuan Hwang
"W-Were-" kata wanita itu sebelum semuanya senyap setelah mendengar satu bunyi
AOOOOOOOOOOOOOO!!
"S-Serigala Jadian!!" Kata pengacara majlis
Ayoung kini kaku di tempatnya. Semua penduduk berlari ke keluar dari rumah mereka ingin mencari tempat perlindungan yang lebih selamat. Tetamu-tetamu di majlis itu turut berlari keluar dari kawasan majlis meninggalkan Tuan Hwang, Puan Hwang, Juyeon dan Ayoung.
"Juyeon, bawa Ayoung keluar dari sini! Sekarang!" Arah Tuan Hwang
Juyeon memegang tangan Ayoung erat dan dia membawa Ayoung menunggang kudanya. Ayoung tidak dapat mengutarakan apa-apa kata-kata disebabkan dia terkejut dengan apa yang berlaku.
Ayoung hanya mampu melihat kampungnya diserang dan api-api mula marak akibat terdapat beberapa rumah terbakar.
Bukan itu sahaja, Ayoung juga mendapati banyak serigala jadian menyerang mereka.
"J-Jeno….?" Kata Ayoung tatkala dia nampak seekor serigala jadian besar berwarna hitam sedang berlawan
Kuda yang dibawa Juyeon semakin laju masuk ke kawasan rumah Ayoung.
"Awak berlindung di sini, saya akan ke pekan semula. Apa-apa jadi lari!" Kata Juyeon sebelum meninggalkan Ayoung bersendirian di kawasan rumahnya
Kaki Ayoung mulai lemah dan dia jatuh melutut di atas tanah. Air matanya deras mengalir.
"J-Jeno…. Kenapa awak serang kami?" Kata Ayoung
Tbc
::/ maaf chapter ni agak pendek ye anak-anak.
Next chap kay akan panjangkan sikit. Inysaallah
Btw thanks for reading guys!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro