Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

30♡ [ Last ]

Aku selamat sampai di bumi Korea bersama Yugyeom.

Aku terus berjalan dengan laju sehingga meninggalkan Yugyeom di belakang kerana aku terlampau risau.

Aku harap apa yang aku dengarkan kelmarin itu semuanya mimpi belaka. Tiada apa yang berlaku.

" Jungkook, ni teksi. Jom. " aku terus bergerak ke arah teksi yang ditunjuk oleh Yugyeom dan masuk.

Aku berikan alamat kepada si pemandu teksi dan suruhnya memandu dengan cepat.

Hati aku semakin gelisah setelah tiba di Korea ini. Hati aku kuat mengatakan ada sesuatu yang berlaku. Aku harap sangat semuanya tak betul.

Aku tak mampu menahan perasaan aku lagi. Hati aku makin gelisah sehinggakan air mata aku gugur juga akhirnya.

--

" Jungkook.. Kau tengok tu. Ramainya orang dekat kubur tu. " kata Yugyeom membuatkan aku tersentak dan terus melihat keluar tingkap.

Aku meminta pemandu untuk memperlahankan kereta supaya aku boleh melihat keadaan diluar tersebut.

Tiba tiba mata aku menangkap kelibat Namjoon, Yoongi dan Taehyung.

Aku cuba mengalihkan pandangan tetapi mata aku menangkap susuk tubuh eomma Kim yang sedang menangis.

" Berhenti dekat sini. " kata aku sebelum terus keluar dari teksi tersebut tanpa berfikir apa apa.

Aku berlari sambil air mata aku mengalir deras ke arah upacara pengebumian tersebut.

Namjoon perasaan dengan kehadiran aku dan reaksinya amat terkejut. Dia memberi isyarat kepada Taehyung dengan mencuit lengannya.

--

" Tae, Jungkook.. " kata Namjoon ketika dia mencuit lengan aku.

Mendengar nama Jungkook, aku terus berpaling ke belakang dan aku melihat Jungkook yang sedang menangis.

Jungkook berlari ke arah aku dan terhenti apabila dia terlihat gambar Jimin dan Hyomin. Jungkook tidak mampu mengawal tangisannya lagi.

Dia menangis semahu mahunya sehingga menarik perhatian orang lain.

" Jimin, Hyomin.. Hiksss. Kenapa kau tinggalkan aku?! Waeee?! "  jeritnya bersama tangisan sehingga eomma Kim pergi mendapatkannya.

Eomma Kim memeluk Jungkook seperti sedang menenangkan anak kecil. Tangisan Jungkook sudah pun reda membuatkan aku dan yang lain turut rasa sedih.

" Maafkan aku, Kook. Aku tak nak pelajaran kau terganggu sebab tu aku tak bagitahu kau. " kata aku setelah Jungkook berdiri di sebelah aku.

Jungkook cuba mengukirkan senyuman disebalik tangisan.

" Tak apa. Aku dah agak semua ni akan jadi. Masa tu.. " kata kata Jungkook terhenti dan air mata nya gugur semula.

" Aku yang call Jimin waktu tu. Dan..hikss.. aku dengar semuanya. " sambungnya bersama tangisan.

" Kalau aku..hikss.. tak call mesti semua tak jadi macam ni. Semua ni hikss salah aku.  " Jungkook mula menyalahkan dirinya.

Jin terus memeluk Jungkook untuk menenangkan dirinya.

" Ini takdir, Kook. Kita terima je ye. " kata aku memujuk Jungkook.

--

5 hari terasa seperti 5 tahun.

Aku rindu kau, Hyomin.

Aku rindu kau, Jimin.

Semua ni cepat sangat. Aku baru je pergi sambung belajar sekejap, korang terus pergi tinggalkan aku buat selama lamanya.

Adil ke macam ni?

Ataupun ini sebenarnya balasan untuk aku ?

" Jungkook, kamu tak nak turun makan?  " soal eomma yang berada di hadapan pintu bilikku.

Aku hanya mampu menggeleng.

" Kook jahat ke eomma? " soalku kepada eomma.

Eomma masuk ke dalam bilik aku dan mendekati diri aku yang berada di hadapan tingkap.

Belaian lembut eomma berikan sebelum soalan aku dijawab.

" Tak, Kook. Kamu tak jahat. Ini semua takdir. " balas eomma dengan tenang.

Aku mencoretkan sebaris senyuman kecil untuk eomma.

drtt..drtt

Telefon aku di atas meja kecil bergetar tanda ada panggilan masuk.

Kim Taehyung
Answer | Decline

Aku terus menjawab panggilannya dengan loud speaker.

Jungkook, jom lepak. Dah lama tak lepak sama sama. Aku tunggu ni dekat tempat biasa. Datang tau. Byee




Belum sempat aku membalas ajakkannya, Taehyung terlebih dahulu menamatkan panggilannya.

Eomma menepuk bahuku.

" Pergilah, Kook. " kata eomma.

--

Tae, kejap lagi aku sampai. Kalau tak sampai tu, jumpa lain tahun jelah eh. Hahahah

Ha, ye aku tunggu ni. Jangan nak merepek.

HAHAHAHA, yeye okay byee

Aku mematikan panggilan.

Aku sudah nampak Taehyung di dalam kafe tersebut. Saja nak kenakan dia. Bergurau manja hehhe.

Aku menunggu lampu isyarat pejalan kaki bertukar kepada hijau.

Akhirnya, setelah 5 minit menunggu ia bertukar kepada hijau.

Aku mula melangkahkan kaki untuk menyeberang jalan. Taehyung yang perasab akan kehadiran aku sudah tersenyum.

PIINN!PIINN!!




Aku terasa seperti dicampak tinggi sehinggakan aku terjatuh dan tak mampu untuk bangun.

" JUNGKOOK! " aku terdengar nama aku dipanggil tetapi aku tak mampu untuk menyahut.

Mulut aku terasa seperti ada cecair yang mengalir keluar. Kepala aku juga terasa sakit dan pedih yang teramat.

Hanya cahaya cerah yang dapat aku lihat pada waktu ini. Semuanya putih, suci dan bersih.

Wajah seseorang yang samar samar muncul dihadapan mataku.

" Jungkook, bertahan. Kejap lagi ambulan sampai. " katanya.

Suara garau itu semestinya milik Taehyung.

" T-taehyung.. " panggil aku perlahan.

Taehyung mendekatkan telinganya kepada aku.

" A-aku minta maaf.. A-aku teruk sangat dari zaman s-sekolah. A-aku dah l-luka kan hati H-hyomin, Jimin.. S-semua orang.. " kata aku dengan tersekat sekat.

Aku tahu, cecair yang keluar dari mulut aku ini adalah darah.

Aku sedar yang aku sudah dilanggar oleh sebuah kereta.

Darah semakin membuak buak keluar dari mulut aku.

" Jangan banyak cakap, Jungkook. " kata Taehyung.

" T-terima k-kasih, Taehyung. K-kau dah banyak t-tolong aku.. Bagitahu yang lain j-juga. A-aku sayang korang s-semua. M-maafkan a-aku. " sambung aku walaupun dihalang oleh Taehyung.

Taehyung mula mengalirkan air mata yang dari tadi cuma bergenang.

" Jangan merepek! Kau akan selamat. " kata Taehyung.

Aku cuma mampu tersenyum. Wajah Hyomin dan Jimin mula muncul ketika aku sudah tiba diambang kematian.

Mata aku menjadi semakin berat dan akhirnya semua menjadi gelap.

Maafkan aku, Jimin dan Hyomin. Maafkan aku.

--

TAMAT









AKHIRNYA TAMAT SUDAH FF BESTFRIEND NI.MAAF UNTUK ENDING YANG TERSANGATLAH HAMBAR. TERIMA KASIH UNTUK SEMUANYA YA READERS. SAYANG KAMU MUAH!

ANY COMMENT? DROP IT HERE🌸


Jemput baca lah cerita ni. Hm tengkiuuu

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro