3♡
So,Alex. Dah dapat apa yang aku suruh kau cari?
Dah. Don't worry Park Jimin. I'm doin' my job.
Good. Esok aku dah berangkat ke sana. Apa-apa nanti aku telefon. Oh ya, dia dah sampai sana?
Okay,Jimin. U mean,that girl? Dah,dia dah sampai ni. Ada dengan aku sekarang.
Okay,jaga dia elok-elok.
Okay,then.Have a safe journey. Esok aku tunggu kau dekat airport.
Okay. Thanks. Aku letak dulu. Bye.
Aku mematikan panggilan bersama Alex. Rambut aku kusutkan dan selakkan ke belakang.
Segala barang keperluan aku selama beberapa bulan di sana telah siap aku kemaskan awal awal. Takut ada sahaja yang tercicir.
Ya,aku tak pindah terus. Hanya beberapa bulan saja menetap di Amsterdam. Aku sayang bumi Korea, sanggup pula aku tinggalkan tempat kelahiran aku.
TOK TOK!
"Jimin." suara seorang wanita menyapaku. Dan tahulah aku bahawa itu suara eomma. Wajahnya aku pandang, terukir segaris senyuman di bibirnya.
"Ya,ma. Kenapa?" soalku. Eomma berjalan mendekatiku.
"Kamu yakin dengan keputusan ni?" soal eomma kepadaku. Sebaris senyuman aku hadiahkan kepada eomma lalu aku mengangguk.
"Jimin yakin,ma. Jangan risau." tangan aku mengusap lembut tangan eomma.
"Baik-baik kat tempat orang,Jimin. Jaga anak dara eomma Kim tu elok-elok. Pastikan dia sembuh." kata eomma.
Senyuman kelat aku beri,sekali lagi aku mengangguk.
--
"Aku pergi dulu,Kook. Jaga diri." aku memeluk erat tubuh kawan baikku seorang ini. Begitu juga dia membalas pelukan aku.
"Kau pun,bro. Elok-elok dekat tempat orang. Nak balik sini,bagitahu lah aku. " katanya sambil tersenyum. Sudah lama senyuman itu terhapus sejak kejadian tahun lepas.
"Okaylah,aku pergi dulu. Bye,Kook." sekali lagi aku memeluknya.
Kini,aku merapati eomma dan eomma Kim.
Dua wanita istimewa ini aku peluk erat.
"Eomma,ingat. Jangan bagitahu Jungkook. Biar Jimin bagitahu sendiri." bisikku ketika memeluknya.
"Iya,Jimin. Eomma janji." balas eomma.
Pelukan tadi aku lepaskan.
"Jaga diri semua!" jeritku.
Lambaian terakhir aku berikan kepada keluarga serta rakan baikku,Jungkook.
Aku minta maaf,Kook.
--
"Mana budak Jimin ni?" mata aku mencari-cari kelibat rakan karibku yang terbang dari Korea. Ceh.
"Alex!" jerit seseorang memanggil aku mendorong aku untuk menoleh ke belakang. Yalah,ingin melihat siapakah gerangan pemilik suara. Ecece.
"Ha! Sampai pun kau." kata aku sambil menepuk bahunya.
"Haha selamat sampai aku akhirnya." ujar Jimin sambil tersenyum sehinggakan matanya hilang tidak kelihatan. Ergh,kamu dasar sepet.
"Dah,jom balik. Kesian eomma aku jaga budak itu sorang sorang. " jelas aku. Beg bagasi Jimin aku tarik lalu aku berjalan meninggalkan dia di belakang. Kejam kan?
"Woi,tunggulah aku!" jeritnya. Aku menoleh sambil tersenyum melihat Jimin yang sedang berlari anak ke arah aku.
Leher aku dirangkul olehnya, rambut aku dikusutkan.
"Yah,Jimin! Suka sangat main rambut aku." kata aku sambil mencebik.
"Yelah,maaf." katanya.
Aku hanya tergelak kecil lalu kepala aku gelengkan. Ada ada saja lah si Jimin ni.
--
"Eomma,Zen dah balik. Jimin ada sekali ni." ujar Alex ketika masuk ke dalam rumahnya. Zen adalah nama panggilan oleh keluarganya.
Alex? Hanya kawan kawan saja. Zen pula hanya untuk keluarga. Jangan sesekali panggil dia Zen kalau kau bukan keluarga dia.
"Omo. Jimin! Dah besar dah kamu." eomma Alex memegang kedua dua belah pipiku lalu rambut aku pula dikusutkan.
Aigo, dapat juga balasan walaupun bukan dari Alex.
Aku tersenyum kekok melihat cara eomma Alex melayan aku seperti anaknya sendiri.
Ya,Alex dulu jiran aku. Dan kini Alex sekeluarga tinggal di Amsterdam. Alex juga kawan rapat kepada Jungkook dan Hyomin. Almaklumlah, tinggal di kawasan kejiranan yang sama.
"Mana dia?" soalku pada Alex .
Alex memandang ke atas.
"Ada dekat atas. Bilik belah kanan. Pergilah tengok." katanya . Aku mula melangkah menaiki tangga satu persatu dengan perlahan.
Aku telah berdiri di hadapan pintu bilik yang dikatakan Alex tadi. Aku menarik nafas dalam dan melepaskan nya secara perlahan lahan.
Tombol pintu bilik tersebut aku pulas perlahan,lalu ditolak ke dalam.
Sekujur tubuh di atas katil bersama alat-alat bantuan pernafasan dan sebagainya dapat dilihat di tengah bilik.
Keadaan 'dia' amat meruntun jiwa aku.
--
tbc
p/s: story ni slow update ya skrg. tq :)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro