« 28 »
Kerusi aku tarik perlahan,lalu punggung dilabuhkan. Pandangan aku dicampakkan keluar tingkap. Meja aku didatangi oleh seorang pelayan.
"Cik,nak pesan apa?" soalnya dengan nada yang lembut bersama senyuman manis terukir di bibir merahnya. Tanda namanya terukir 'Soo Rin'.
"Red velvet cheese cake and mochacino. 2 set. " balas aku semula.
Dia mengangguk bersama senyuman manisnya sekali lagi.
"Baik,10 minit iya,cik." katanya sebelum beredar. Kepala aku kembali menoleh ke luar tingkap. Suasana malam yang diterangi lampu bercahaya oren amat indah sekali.
Jam di tangan aku jeling,pukul 7:45 malam.
Kerusi di hadapan aku ditarik oleh seseorang dan ia menarik perhatian aku untuk terus menoleh ke arahnya.
"Maaf,aku lambat. Hehe." katanya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal,punggungnya pula dilabuhkan atas kerusi.
"Hyomin,aku minta maaf. Aku tak sangka Jungkook berubah seteruk itu." ujarnya lagi. Aku memberikan senyuman kelat kepadanya.
"Tak apalah,Jimin. Nak buat macam mana lagi kan. Biarkan saja." balasku. Bibir aku dipaksa sekali lagi untuk tersenyum.
Pelayan yang bernama Soo Rin tadi datang bersama dulang yang berisi pesanan aku. Perlahan dia meletakkan pesanan tadi di atas meja.
"Selamat menjamu selera." senyuman manis diukirkan kemudian badannya ditundukkan sebagai tanda hormat. Dia beredar dari situ menuju semula ke ruang kerjanya.
"Aku dah pesankan kau ni. Tak apa kan?" soalku. Jimin tersenyum sehingga matanya tidak lagi kelihatan. Aigo,sepetnya kamu.
"Inikan favourite aku. Takkanlah aku nak menolak pula? Lagi-lagi bila kau yang pesan. Ehe." kata Jimin,sedikit mochacino dihirup olehnya.
"Yelah,Jimin." balasku pendek. Tawa kecil meletus melihat tingkah laku Jimin yang tidak ubah seperti budak kecil.
Makan kek pun comot!
--
Aku berjalan beriringan dengan Jimin. Batuan kecil aku sepak perlahan untuk mengelakkan rasa bosan menyelubungi diri.
Cahaya bulan yang terang menerangi sepanjang perjalanan pulang aku dan Jimin.
"Kau suka aku ke,Jimin?" soalan ini menutur di bibir ku secara tidak sengaja. Mulut aku tekup rapat.
Jimin menghentikan langkahnya. Aku juga turut berhenti sambil memandang Jimin dengan riak pelik.
"Aku dah lama suka kau,Min." jujurnya. Kedua belah pipi aku menjadi sasaran tangan hangatnya.
"Tapi,tak apa kalau kau tak terima aku. Janji kau ada dengan aku sampai bila-bila pun tak apa. Hehe" ucap Jimin sambil mengukirkan senyuman buat aku.
Aku tersenyum melihat dirinya. Jujur,aku lebih tenang bersamanya selepas ketiadaan Jungkook sebagai kawan aku.
"Terima kasih,Jimin-shii!" kataku,seraya itu badannya aku peluk erat. Ketawa kecil dilepaskan Jimin.
Pelukan aku leraikan,mata aku dan Jimin bertaut.
"Hehe,dah. Jom balik. " Jimin menarik tangan aku. Aku hanya menuruti saja tangan diayunkan oleh Jimin. Sekali sekala rambut aku pula dimain olehnya.
Bahagianya kalau aku kenal kau dulu berbanding Jungkook.
--
"Elok-elok jalan tau. Bye Jimin-shii~" kata aku sambil melambai ke arahnya. Jimin pula membalas bersama senyuman yang melebar.
Aku memerhatikan Jimin sehingga dia hilang dari pandangan. Aku pula masuk ke rumah.
"Hyomin." suara seseorang menyapa aku sebelum aku menutup pintu rumah.
Pintu rumah aku buka kembali,ingin melihat siapa yang memanggil aku tadi.
"Kang Soo Hee. Nak apa?" tanya aku dengan nada malas apabila melihat Soo Hee dihadapan rumah.
"Hari jadi Jungkook lagi 2 hari kan?" soalnya sambil tersenyum sinis.
"Ha,ye. Kenapa? "soalku kembali.
"Aku ada hadiah untuk kau sempena hari jadi Jungkook. Haha pelik kan? Hari jadi Jungkook tapi aku nak bagi kau pula hadiah. " jelasnya.
Aku hanya mengerutkan dahi,riak wajahnya cuba aku tafsir tapi tidak dapat. Apa maksud budak ni?
"Kau tunggu je nanti. Ada kejutan untuk kau." balasnya bersama senyuman jijiknya. Ergh.
Dia mengatur langkah pergi dari rumahku. Pintu segera aku tutup.
Disebalik pintu itu aku bersandar,aku terfikir aa yang dikatakannya tadi. Apa maksud Soo Hee? Hadiah untuk aku?
--
tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro