« 20 »
Pintu rumah aku ditutup perlahan. Aku menunggu kepulangan Jungkook dari pukul 7 malam lagi.
Sekarang jam telah menunjukkan pukul 12:18 tengah malam. Dah lah balik rumah aku,buat macam rumah sendiri.
Suka suka hati je nak keluar masuk.
"Baru balik ha?" sapa aku. Langkah Jungkook terhenti seketika. Dia memandang ke arah aku,lalu tersengih seperti kerang busuk.
"Err,haah. Maaf. " Jungkook mengusap belakang lehernya.
Aku melepaskan keluhan kecil,lalu aku bangun dari sofa. Aku berjalan ke arah Jungkook.
Sekarang,aku betul betul berdiri di hadapannya. Jungkook terdiam dek kerana aku merenung matanya tajam. Dia cuba melari larikan anak matanya itu daripada bertembung dengan aku.
"Ingat,ni rumah aku. Bukan rumah kau. Keluar dengan siapa tadi?" soal aku. Jungkook terkedu seketika.
"Maaf,Min. Err.. aku keluar dengan..err dengan Hoseok tadi." Jungkook menjawab perlahan. Matanya pula tidak duduk diam,takut untuk memandang aku mungkin.
"Kau tipu." balas aku semula.
Sekali lagi,Jungkook terdiam. Rambutnya diselak ke belakang dengan kasar,begitu juga keluhan yang dilepaskan.
"Aku keluar dengan Soo Hee. Puas?" jawab Jungkook dengan nada dingin.
Aku tersenyum sinis. Tawa kecil terlepas dari mulutku.
"Aku tahu. Aku nampak." aku berkata lalu pergi meninggalkan dirinya terdiam di hadapan pintu utama itu.
Langkah aku dibawa menaiki tangga satu persatu,tanpa aku menoleh lagi ke belakang.
Hati aku retak,hancur.
Jungkook masih tak percaya aku dan dia keluar dengan that slut?
--
"Eomma,Min pergi sekolah dulu." aku mencium sekilas pipi eomma dan memeluknya seperti biasa.
"Awal kamu bangun hari ni,Min?" eomma pelik akan tingkah laku aku. Aku hanya memberi senyuman manis.
"Apa salahnya sekali sekala,eomma. Tak payah lah nak susahkan orang kejutkan Min lagi." ujar aku sambil menjeling Jungkook yang sedang menjamah sarapan.
Oh ya,eomma sudah pulang ke rumah 2 hari yang lepas. Dan keadaan aku dengan Jungkook masih seperti ini,dingin tidak bertegur.
Hanya Jungkook sahaja yang beria menegur aku,tetapi aku yang tidak melayannya.
Tahu tak penat? Penat nak layan perasaan.
Aku menyarung kasut sekolah, lalu aku berjalan ke luar dari rumah. Pintu pagar aku buka dan kunci kembali. Biarlah Jungkook tu, aku masih kecewa dengan dia.
Aku berjalan kaki seorang diri,tanpa ada peneman. Jungkook mahupun Jimin tiada bersama.
Aku tidak memberitahu Jimin tentang pergaduhan kecil antara aku dengan Jungkook. Ya,pergaduhan kecil yang sengaja aku besarkan.
Dalam pada aku berjalan sambil menyepak batuan kecil di atas jalan,beg aku seperti direntap oleh seseorang dan ia membuatkan aku terdorong ke belakang dan jatuh terduduk di atas jalan.
"Kau tak layak dapat Jungkook." suara seseorang menyapa ke telinga aku. Aku mendongakkan kepala untuk melihat siapakah orang yang berani buat sebegini rupa kepada aku.
"Kau." aku bangun dan menepuk sedikit skirt di bahagian punggung kerana terdapat kekotoran sedikit.
"Aku dah pesan,jangan rapat dengan Jungkook lagi,tapi kau degil." kata gadis itu.
Aku hanya memberikan senyuman sinis,amaran dia sedikit pun tidak menimbulkan rasa takut dalam diri aku.
"Tch,kau siapa nak suruh aku buat macam tu? Aku dah kawan dengan dia lebih dari 17 tahun. Dan kau? Huh,baru 2 minggu jadi budak baru,dah berlagak acah kenal Jungkook 20 tahun." ujar aku panjang.
Soo Hee menggenggam kemas penumbuk pada tangan kanannya lalu diayunkan ke arah muka aku.
Sekali lagi aku terjatuh,dan Soo Hee ketawa puas.
Bibir aku yang sedikit berdarah aku tidak endahkan. Namun,masih sempat ukirkan senyuman sinis buatnya.
"Kau senyum apa lagi?!" tanya Soo Hee dengan suara lantangnya.
Aku bangun dan berdiri,lalu aku mendekatkan diri pada Soo Hee.
"Jangan macam macam dengan aku,Soo Hee." aku berbisik ke telinganya.
Mata Soo Hee membulat,lalu badan aku ditolak kasar. Soo Hee berlalu pergi meninggalkan aku.
--
tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro