Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2♡

Jungkook,aku nak jumpa kau boleh?

Boleh,bila? Aku tengah free ni.

Ha,bolehlah. Sekarang,emm. Pukul 5 kita jumpa. Dekat tempat biasa. Luxury Lullaby Cafe. Okay?

Okay.

Okay,ngam. Aku letak dulu. Bye









Panggilan dimatikan oleh Jimin. Aku meraup muka aku kasar. Aku masih diselubungi kesesalan. Hyomin mati semua sebab aku.

Aku yang bodoh.

TOK TOK!

Pintu bilikku diketuk. Aku berjalan ke arahnya lalu pintu aku buka. Susuk tubuh eomma berdiri tegak di hadapan pintu.

"Ya,eomma?" soalku.

"Jom turun makan." jawab eommaku. Tangan kananku diraih oleh eomma lantas digenggam erat.

"Jangan lawan cakap eomma. Jom turun." sambung eomma.

Tahu saja aku ingin menolak.

Aku hanya tersenyum nipis dan mengangguk memandang eomma. Jelas kelihatan senyuman bahagia terukir di bibirnya.

"Baguslah. Dah lama Kook tak makan. Asyik skip je makan. Kalau makan pun sikit je. Sejak pemergian Hyomin kamu jadi macam ni. " kata eomma sambil memimpin aku ke ruang makan.

Aku menunduk. Aku tahan air mata aku daripada gugur. Hati aku sakit setiap kali nama Hyomin disebut.

"Maafkan,Kook. Kook rindu dia. Sangat-sangat. Kook bodoh,ma. " air mata aku mengalir perlahan akhirnya. Eomma segera memeluk tubuhku erat.

"Dah,jangan menangis. Tak comel. Kalau Hyomin nampak ni,mesti dia ketawakan kamu. Dah. Jom makan."

Aku mengangguk dan menyapu lembut pipiku yang dibasahi air mata.

Hyomin,aku betul-betul rindu kan kau.

--

"Maaf,aku lewat sikit. Ada hal tadi." kerusi di hadapan aku ditarik oleh Jungkook.

Wajahnya yang kelihatan agak pucat aku tenung seketika. Mukanya juga kelihatan cengkung.

"Jimin?" Jungkook melambaikan tangannya di hadapan mukaku.

"Ha,oh takpe. " jawabku ringkas sekali senyuman kecil aku beri.

"Kau mesti pelik kan tengok aku macam ni. Betul tak?" soal Jungkook membuatkan aku memandangnya semula. Sedang syok melihat menu, tiba-tiba soalan sebegini singgah di telinga.

"Hm,haah. Kenapa sampai macam ni? Baru 3 bulan Kook kita tak jumpa sebab masing-masing sibuk kerja. " jawab aku.

"Hm . Aku rindu dia ." jawab Jungkook ringkas.

"Maksud kau,Hyomin?" kataku. Jungkook menunduk lalu menganggukkan kepalanya.

"Haih,Kook. Dah setahun,Kook. Lupakan je lah. Hyomin pun mesti tak suka tengok kau macam ni. Dia dah maafkan kau kan. Sudahlah tu melayan rasa bersalah tu. Tak ada gunanya lagi." bebelku padanya.

"Hm. Apa tujuan kau nak jumpa aku?" Jungkook menukar topik. Aku hanya menggelengkan kepala . Keluhan kecil aku lepaskan.

"Aku nak pindah. " jawabku ringkas.

Mata Jungkook membulat.

"Nak pindah mana? Takkan kau pun nak tinggalkan aku." suara Jungkook bertukar sayu. Serba salah aku dibuatnya.

"Aku dapat kerja dekat Amsterdam. Bukannya saja saja nak tinggalkan kau. " bohongku. Ada sebab kenapa aku ingin pindah ke sana.

"Hm,bila pergi?" soal Jungkook kembali.

"Next week." ringkas jawapan aku.

"Nanti dekat sana duduk dengan siapa?" soalnya lagi. Banyak tanya betullah. Geram aku. Nasiblah kau kawan baik aku.

"Alex. Maksud aku, Alex dah jumpa rumah untuk aku." jawabku.

"Maksud kau,Alexzendra?" Jungkook meminta kepastian.

Aku mengangguk sahaja sebagai jawapan. Jungkok pula membuat mulut berbentuk 'o' tanda dia faham.

Aku memberi senyuman kelat kepadanya. Maaf,Kook. Aku terpaksa tipu kau,demi kebaikan kau dan dia dan sebagai pengajaran buat diri kau.

"Kook,nanti aku dah pergi sana,kau pepandai lah jaga diri. Jaga makan tu. Kurus dah aku tengok kau ni." pesanku.

Jungkook tersengih seperti kerang busuk lalu dia mengangguk.

"Ya,Jimin. Arasseo!" jawabnya.

tbc

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro