Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

« 19 »

"Kau nak pergi mana pagi-pagi ni?" jam di dinding aku jeling, pukul 8:30 pagi.

"Aku nak keluar dengan Jimin." jawab Hyomin tanpa memandang muka aku. Sedikit rasa bersalah mula terbit di dalam hati.

"Aku pergi dulu,jangan lupa makan. Aku balik sebelum pukul 6 petang." kata Hyomin sebelum dirinya hilang dari pandangan.

Aku mengeluh perlahan.

TINGG!

Telefon aku berbunyi tanda ada mesej yang masuk.

Aku merenung skrin telefon pintar aku. Nama Kang Soo Hee terpampang pada skrin tersebut.

Aku tersenyum kelat apabila teringat situasi semalam. Surat yang diberi Soo Hee pada Hyomin telah aku simpan rapi.

Aku membuka mesej dari Soo Hee.





Kang Soo Hee👽
Hai Jungkook! Free tak hari ni?

Jungkook Ganteng😏
Err,hai. Free je. Kenapa?

Kang Soo Hee👽
Jom keluar.

Jungkook Ganteng😏
Em,okay. Lagipun bosan ni.

Kang Soo Hee👽
Okay! Pukul 9:30 saya tunggu dekat taman. Awak ambil saya.

Jungkook Ganteng😏
Okay.





Aku menutup telefon aku semula. Aku segera naik ke tingkat atas untuk bersiap.

--

"Jimin,aiskrim jom." aku mengajak Jimin yang sedang leka meninjau keadaan sekeliling.

Lantas Jimin menarik tangan aku tanpa suara,hanya senyuman yang diberikan kepada aku.

Inilah yang aku suka pasal Jimin,tahu je macam mana nak buat aku senyum,gembira macam dulu.

Aku dan Jimin berdiri di hadapan sebuah kedai aiskrim. Kami berdua melangkah masuk ke dalam. Ramai orang,maklumlah,hujung minggu.

"Kau nak perisa apa?" tanya Jimin.

"Haa! Aku tahu! Kau nak chocolate minty kan? ha tunggu jap aku order." Jimin berlalu meninggalkan aku tanpa aku sempat berkata apa.

Nasib dia betul,dia tahu perisa kegemaran aku.

Mata aku sedang melilau meninjau sekeliling kedai tersebut.

Mata aku terhenti pada satu pasangan ini. Kelihatan seperti biasa dilihat.

Pasangan itu berjalan ke arah aku dalam keadaan gelak ketawa.

Itu..

"Hyomin. Nah." Jimin menyapa aku. Mata aku masih setia menanti wajah pasangan ini secara dekat. Jimin juga memerhatikan apa yang diperhatikan aku.

"J-jungkook.." pasangan tadi telah lepas melintasi aku dan Jimin tanpa perasan akan kewujudan kami di situ. Jungkook bersama..

Soo Hee.

Aku cuba menahan rasa sedih,mahupun marah. Aku patut kawal. Ya,kawal perasaan tu,Hyomin.

"Kau nampak apa yang aku nampak kan,Jimin?" tanya aku pada Jimin.

Jimin hanya mengangguk perlahan. Mungkin dia rasa serba salah kerana membawa aku keluar dan sekarang pula bertembung dengan Jungkook.

Mujurlah Jungkook dan Soo Hee tidak menyedari kewujudan aku tadi.

"Nah,makan aiskrim ni." Jimin menghulurkan aiskrim dihadapan mukaku.

Tangan aku mencapai aiskrim tadi,lalu dijilat dan digigit perlahan-lahan.

Mulut sedang nikmat menikmati aiskrim,tetapi hati sedang membara bercampur dengan kesal dan sedih melihat Jungkook bersama Soo Hee.

Jungkook tak percaya ke apa yang aku tunjukkan semalam? Hm.

"Kau menung apa lagi,Min? Dah tak payah fikir. Jom. " Jimin mematikan lamunan aku,lantas tangan aku ditarik olehnya.

Jimin memimpin aku ke sebuah tempat yang tidak aku tahu dimana keberadaannya.

--

"Cantiknya." ujar aku selepas berhenti di sebuah tasik berdekatan dengan Seungkyun Mall ini.

Jimin seolah olah memahami kehendak dan isi hati aku.

Ya,aku perlukan tempat yang tenang.

"Kau duduklah sini,biar tenang. Aku tak kacau kau. Aku pergi duduk sana ya." Jimin berkata lalu cuba beredar dari situ.

Tangganya aku tarik pantas,langkah Jimin terhenti.

"Duduk sini dengan aku." arah aku. Jimin tersenyum kecil,lalu mengambil tempat di sebelah aku.

"Terima kasih,Jimin. Sebab bawa aku datang sini." kata aku memecahkan kesunyian yang semakin menguasai.

"Tak ada apa lah. Kau perlukan ketenangan,aku tahu tu. Dah,kau jangan sedih lagi ya. " Jimin mengusap lembut kepala aku. Rambut aku pula dikusutkan olehnya.

Aku tergelak kecil apabila melayan kerenah Jimin yang seperti abang yang penyayang terhadap adiknya.

--

tbc

Nak Lachi terus update atau hiatus?😝

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro