Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

« 14 »

Aku membawa separuh lagi barang menuju ke ruang dapur. Muka Hyomin masam mencuka sejak pertemuan antara kami dan Soo Hee.

Hyomin menghentakkan kakinya sambil mendaki anak tangga satu persatu tanda dia sedang marah.

Dalam kereta seketika tadi,sepatah perkataan pun tidak dilafazkan oleh Hyomin mahupun aku. Awkward gila tadi dalam kereta.

Aku hanya menggeleng kecil melihat gelagat Hyomin yang tidak ubah seperti anak kecil yang merajuk kerana tidak dapat apa yang diingini.

Aku sendiri tertanya-tanya,kenapa Hyomin cukup marah bila aku mendekati Soo Hee? Sedangkan Soo Hee tidak pernah buat apa-apa kesalahan terhadapnya.

Aku menyimpan segala barang kering di dalam kabinet,makanan-makanan ringan aku simpan di tempat khas milik Hyomin.

Langkah aku ambil menuju ke ruang di mana tangga rumah itu ditempatkan. Segera aku daki satu persatu dengan berhati-hati.

--

Pintu bilik aku diketuk perlahan oleh seseorang,dan siapa lagi kalau bukan,Jungkook.

"Masuklah." kata aku acuh tak acuh. Aku duduk berpeluk lutut di tepi tingkap bilik , menikmati pemandangan kawasan perumahan yang cantik dan indah.

Jungkook menutup pintu bilik,derapan kakinya kedengaran berjalan ke arah aku. Tempat kosong di hadapan aku diisi olehnya.

"Kau okay tak ni,Min?" tanya dia dengan nada sedikit sendu. Tangan aku diusap lembut olehnya.

Tolonglah,Jungkook. Jangan bagi aku makin rasa sayang dekat kau.

"Aku okay,Kook." jawab aku ringkas.Tangan Jungkook aku tepis perlahan supaya hati wanita aku kembali tenang.

Jungkook cuba mendekatkan dirinya kepada aku tetapi dihalang oleh aku. Aku terus memandang wajahnya,lalu aku bangun dari situ.

Aku melabuhkan punggung di atas tilam katil yang empuk. Aku biarkan saja Jungkook yang terdiam dengan tindakan aku sebentar tadi.

"Kau kenapa ni?" Jungkook mendekati aku. Dia berdiri di sisi katil aku sambil sebelah tangannya mencekak pinggang.

"Huh.." aku mengeluh perlahan lalu kepala aku ditoleh untuk memandang dirinya.

"Kau okay kan,Min?" Jungkook memegang dahi aku kemudian turun pada leher.

"Aku tak demam,Kook. Aku okay." tangannya yang sedang merasa suhu badan aku terus aku capai dan aku letakkannya perlahan-lahan.

Jungkook kemudiannya mengambil tempat di birai katil aku. Kedua-dua belah bahu aku dipegang dan dipusingkan agar aku duduk menghadapnya.

"Cuba bagitahu aku benda sebenar." Jungkook memegang kuat bahu aku,mata redupnya sayu memandang tepat ke dalam mata aku.

Aku tepis perlahan tangannya yang semakin kuat mencengkam bahu aku. Semakin sakit dibuatnya.

Aku masih terdiam kaku. Tiada sebarang jawapan yang mampu aku ungkap kan. Aku hanya menunduk memandang bantal yang berada di pangkuan aku.

"Hyomin." panggil Jungkook membuatkan kepala aku terus saja laju diangkat dan seperti dipaksa untuk memandang mukanya.

"Jawab." dingin suara Jungkook mula kedengaran.

Tch,ingat aku takut?

"Tak ada apa-apa lah." jawab aku ringkas. Keluhan berat Jungkook lepaskan sejurus jawapan itu yang kedengaran dari aku.

Kasar mukanya diraup,lalu Jungkook bangun dari katil aku. Dia membawa diri menuju ke pintu bilik.

"Nak pergi mana,Kook?" tanya aku membuatkan langkahnya terhenti seketika.

Dia menoleh,senyuman sinis dia berikan.

"Aku nak pergi bunuh diri." jawab Jungkook.

Mata aku membulat,Jungkook pula telah pergi meninggalkan aku yang sedang terkejut seorang diri di dalam bilik.

Damn! Takkan sebab aku tak nak jawab soalan dia,dia nak bunuh diri?

Aku bingkas bangun dari katil,dan menuju ke pintu bilik.

Aku bergegas menuruni tangga dan mencari Jungkook di ruang tamu. Segenap ruang yang ada mata aku jelajahi, tapi malangnya tiada kelibat mahupun bayang yang muncul.

--

tbc

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro