« 13 »
"Nak makan apa?" aku sedang sibuk mencari resepi pada telefon pintar aku.
Hyomin masih tekun menonton k-drama nya. Matanya tidak lepas memandang TV. Melekat saja matanya sehingga soalan aku pun diabaikan.
"Min,aku tanya ni." aku mengalihkan pandangan aku dari skrin telefon. Wajah Hyomin yang putih itu aku tenung.
Hyomin perlahan-lahan menoleh ke arah aku. Dia memandang malas ke arah aku. Mata redupnya aku tenung.
"Hm." balasnya,kemudian dia menoleh ke arah TV semula.
Aish,budak ini lah kan.
"Aku tanya lagi sekali ni,kau nak makan apa?" sekali lagi aku menanyakan soalan kepada Hyomin.
"Apa apa jelah. " Hyomin membalas tanpa menoleh ke arah wajah aku.
Aku menarik nafas,kemudian aku hembuskan perlahan. Aku bangun dari sofa,langkah aku ambil menuju ke dapur rumahnya.
Aku membuka segala kabinet yang ada,peti sejuk juga telah aku selongkar. Tidak banyak barang dapur yang ada.
Kabinet juga hampir kosong,tinggal semangkuk ramen dan sebotol air sarsi.
Aku mengambil langkah menapak ke ruang tamu semula,Hyomin masih asyik menonton k-drama nya.
"Min,keluar jom." aku mengajak Hyomin keluar. Barang dapur di rumahnya hampir kehabisan.
"Hm,malas lah." jawabnya ringkas.
Aku meraup muka dengan kasar,lantas aku mengambil remote control yang dipegang kemas oleh Hyomin dengan kasar.
"Apa ni,Kook?!" marahnya. Hidungnya kembang kempis,nafasnya kasar dihembus tarik. Dahinya dikerutkan sambil merenung tajam dalam anak mata aku.
"Habis k-drama kau,ikut aku pergi beli barang. Kau nak apa,aku belanja. On?" kata aku sambil tersenyum sinis.
"Serius? Kalau macam tu,okay lah. Sekarang,bak sini remote control tu." Hyomin menghulurkan tangannya menunggu aku memberikannya semula .
Aku tersenyum puas,lantas remote control tersebut aku pulangkan semula. Punggung aku labuhkan di atas sofa empuk bersebelahan dengan Hyomin .
--
"Kook,nak ni." aku menunjukkan coklat kegemaran aku,cadbury berperisa hazelnut. Uih,layan tho kalau makan ni.
"Ha,ambil lah. Apa lagi?" Jungkook tersenyum,lalu melangkah laju mendekati aku.
"Ni,ni,ni dengan ni. Boleh?" aku menunjukkan pelbagai jenis makanan ringan yang sememangnya kegemaran aku.
Jungkook senyum dan menganggukkan kepalanya saja.
Aku juga tersengih seperti kerang busuk,tanpa segan aku meletakkan semua makanan yang dipilih tadi ke dalam troli.
Sayur,ayam,ramen,daging dan lain-lain juga telah selamat di dalam troli.
"Kita kongsi tau,Kook." aku menunjukkan makanan-makanan ringan yang telah dipilih tadi.
"Okay,Min." balasnya sambil mengukirkan senyuman arnab nya yang paling comel.
Jujur,aku cair. Tapi ingat,dia kawan baik kau,Hyomin.
--
"Semua dah masukkan dalam but kereta?" Jungkook menyoal aku.
Aku melihat troli yang sudah kosong,lantas kepala aku mengangguk laju.
"Okay,jom balik." Jungkook membuka pintu kereta,dia yang memandu,bukan aku.
"Jungkook!" jerit seseorang,dan ia menarik perhatian aku dan Jungkook. Segera saja aku dan Jungkook menoleh serentak ke arah suara tadi.
"Hai,Jungkook. Buat apa dekat sini?" soal gadis itu.
Ya,dia Soo Hee.
"Err,beli barang dengan Hyomin ni." Jungkook menunjuk aku sambil mengukir senyuman kelat. Nampak seperti Jungkook tidak selesa dengan kehadiran Soo Hee yang tidak diundang.
Pandangan Soo Hee beralih kepada aku,matanya tekun menilik diri aku dari atas rambut hingga ke hujung kaki. Pandangan jijik dilemparkan kepada aku sambil tersenyum sinis.
"Buat apa keluar dengan dia?" Soo Hee menjeling aku, intonasi suaranya saja digedikkan.
Aku dah mula hilang sabar,lantas aku tutup pintu kereta dengan agak kuat menyebabkan Jungkook dan Soo Hee tersentak.
"Suka hati dia lah nak keluar dengan siapa. Jangan sibuk boleh kan,Soo Hee? Kook,jom balik." aku membalas soalan Soo Hee tanpa disuruh Jungkook,lantas Jungkook aku arahkan untuk membawa aku pulang.
--
tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro