« 12 »
Pandangan aku campakkan ke luar tingkap,cuaca yang cerah tetapi dingin sekali. Sedingin hati aku.
Babyknife ditangan aku mainkan perlahan di pergelangan tangan. Aku tekankan sedikit supaya mata pisau itu tertusuk ke dalam kulit.
Aku tarik sekuat hati pisau itu,dan satu garisan berdarah dicorakkan. Darah mengalir deras,tetapi tidak aku endahkan.
Satu lagi garisan aku ukirkan,dan aku melangkah ke bilik air. Seperti biasa,aku akan mencucinya.
Air di sinki aku buka laju,aku lalukan pergelangan tangan aku yang telah aku cederakan tadi.
Sedikit pun tidak aku rasa sakit,kerana aku sudah lali. Sudah biasa.
Pili air aku tutup,tuala kecil yang tersangkut di sebelah sinki aku ambil dan aku lapkan bahagian luka tadi.
Darahnya masih mengalir,luka kali ini boleh tahan dalam.
Aku menarik nafas dan aku lepaskan perlahan.
Aku raup kasar muka aku,sebelum aku keluar dari bilik air.
Rak yang menyimpan segala barang milik aku dituju,mencari peti kecemasan kesayangan aku.
Nampak creepy kan aku? Nampak psycho pun ada kan?
Tapi aku tak kisah,aku sakit,aku lega.
Aku menyapu minyak yang boleh memberhentikan darah, dan luka itu segera aku balut.
--
TING TONG!
Bunyi loceng kedengaran serta merta mengganggu perhatian aku yang sedang asyik menonton televisyen.
Aku berdecit sedikit,rasa tidak tenang kerana tiba-tiba di kacau pada waktu-waktu kemuncak k-drama kegemaran aku.
Aku terus meletakkan remote control di atas meja. Aku bangun dari sofa dan membawa diri menuju ke pintu utama rumah.
"Ha siapa?" soal aku dengan nada agak dingin.
"Aku." suara Jungkook kedengaran.
"Huh.." aku mengeluh perlahan. Sejujurnya hati aku masih sakit. Aku ingat lepas aku sembur dia dengan kata amarah aku,dia tidak akan rapat lagi mahupun mendekati si Soo Hee,tapi keadaan tetap sama.
"Kau nak apa?" soal aku dingin,lagi sekali. Tangan aku sudah bersedia di tombol pintu rumah.
"Kan aku dah kata semalam,eomma amanah kan aku untuk jaga kau." jelas Jungkook di sebalik pintu.
Aku meraup muka aku perlahan,rambut aku selak ke belakang.
Aku membuka pintu sedikit,hanya separuh badan aku saja yang kelihatan.
"Jadi?" soal aku kembali bersama kening dijungkit sebelah.
Jungkook membulatkan matanya,tanda dia terkejut dengan soalan aku itu.
"Erm,aku dah c-cakap kan semalam,eomma aku pun tak ada dekat rumah,jadi aku nak teman kau dekat sini." jelas Jungkook dengan sekali nafas.
"Dah lah,masuk." aku membuka pintu luas untuk Jungkook masuk ke rumah. Dia mula tersenyum riang,manakala muka aku masam mencuka.
Dah lah aku kena kawal perasaan suka pada Jungkook,lepas itu dia pula nak duduk serumah.
"Tutup pintu." arah aku pada Jungkook sebelum aku meninggalkannya seorang diri di hadapan pintu.
Aku berjalan ke arah ruang tamu semula,sofa yang empuk itu aku henyak,terus aku mencapai kusyen untuk dipeluk.
Tidak lupa juga,remote control dicapai laju sebelum Jungkook sampai.
Jungkook,kalau nampak aku sedang tekun menonton k-drama,mula lah dia nak kacau,tukar-tukar channel. Mana lah aku tak angin.
Bunyi derapan kaki menuju ke arah aku diendahkan. Aku tahu Jungkook sedang berjalan ke arah aku.
Sofa disebelah terasa sedikit mengendur,tandanya Jungkook sudah pun melabuhkan punggungnya di sebelah aku.
"Kau tengok cerita apa ni?" Jungkook cuba mengalihkan perhatian aku.
"Goblin." sepatah aku jawab tanpa mengalihkan pandangan,kedengaran bunyi seperti Jungkook meng'oh'kan jawapan aku tadi.
--
tbc
Okay belanja lagi satu sebelum trial. Saranghae❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro