↪her tactic(MATURED)
▶asylum◀
Lauren merenung lelaki di hadapannya yang sedang memeluk erat sebuah anak patung berbaju merah di atas sebuah katil, dia mengibas-ngibas tangannya beberapa kali dihadapan lelaki itu. Tiada respon. Dia mengeluh kecil sebelum dia kembali menongkat dagunya memandang lelaki itu.
Lama mereka berdua dalam keadaan begitu, senyap tanpa sebarang perbualan. Lauren hilang sabar, termasuk kali ini sudah tujuh kali mereka berjumpa, tetapi keadaan lelaki itu masih sama, bukan sahaja lelaki itu tidak mengeluarkan sebarang kata malah menjeling dirinya juga tidak pernah.
Setiap kali dia masuk ke dalam bilik lelaki itu, Namjoon mesti akan bertukar menjadi seorang yang sangat pasif. Lelaki itu hanya duduk bersila di atas katilnya sambil merenung ke luar tingkap, ditangannya pula mesti wajib ada sebuah anak patung berbaju merah. Sudah beberapa kali dia pernah ternampak, pesakitnya itu bercakap sendirian dengan patung tersebut, penuh mesra dan siap bergelak ketawa lagi. Seram juga gadis itu apabila dia terfikir kembali.
Dalam keadaan sunyi itu, Lauren tiba-tiba terfikir suatu cara yang mungkin dapat menarik perhatian Namjoon, bibirnya mengukir suatu senyuman licik, bijak juga otaknya ini.
''Namjoon kim can you look at me? Sekali pun cukuplah''
Senyap. Lelaki itu masih dalam keadaan yang sama.
''Ok I swear to god I can't face this anymore''
Lauren tiba tiba bangun dari kerusinya kasar, ditolak kerusi yang diduduknya sehingga terjatuh. Bergema satu bilik besar tu dengan bunyi kerusi yang dijatuhkan Lauren.
Matanya menjeling sedikit Namjoon, tiada pergerakan. So far so good Namjoon.
Gadis itu mendengus kecil sebelum dia mula menanggalkan butang baju uniformnya mendedahkan t-shirt warna merah yang sering dipakai. Dia ketawa kuat sebelum dia tiba-tiba melutut di atas lantai bilik itu, matanya secara automatik mengeluarkan air mata. Dia ketawa dengan kuat sambil menangis teresak-esak. Baju t-shirt yang dipakainya ditarik-tarik kasar.
''I can't stand this anymore'' Lauren menjerit kuat sambil melutut penuh sayu di atas lantai, matanya tidak lupa untuk menjeling reaksi Namjoon. Malangnya lelaki itu masih dalam keadaan sama, membisu memandang ke luar tingkap.
Lauren menjeling ke arah tingkap yang ditenung Namjoon sebelum dia bangun perlahan-lahan menuju ke situ, dalam tangisannya yang semakin menjadi-jadi , tangannya kasar mencabut kasut putih yang dipakainya dan dicampakkan ke sudut bilik tersebut.
Lauren membuka kunci pemegang tingkap tersebut sebelum menolak pintu tingkap kaca itu dengan kasar. Kaki kanannya memanjat naik dan memijak kasar di atas birai tingkap yang sedang terbuka luas. Air matanya turun laju membasahi pipinya, dia kelihatan seperti gadis yang sungguh kecewa, bibirnya juga tidak berhenti meraung perkataan yang sama seperti tadi. Keadaan pesakitnya langsung tidak dihiraukan lagi, dia sememang menjiwai watak lakonannya ini.
''I give up my life, im so sure god hate me, i failed in everything I did''
Lauren mula menaikkan kaki kirinya pula, tetapi belum sempat lagi kaki kirinya mendarat di atas birai tingkap tersebut, badannya segera ditarik ke belakang dan dirangkul kemas. Jelas dia rasakan tangan orang yang merangkulnya ini sedang mengeratkan lagi pelukannya itu, mungkin gusar dirinya memberontak.
Walaupun begitu, lakonannya masih diteruskan, dia masih menangis penuh hiba dan merapu-rapu perkataan yang merepek-repek.
Namjoon memusingkan badan jururawat itu agar berhadapan dengannya, pinggang gadis itu dirangkul dengan erat dan kemas sekali sebelum dia menolak dagu gadis itu keatas perlahan-lahan. Matanya memandang tepat ke muka jururawat yang masih menangis dalam dakapannya.
''So you're really desperate for my attention, young lady? ''
▶asylum◀
FIRST NAMJOON PART EVER.
Lets start our president part with the fresh mint, btw title chapter yang matured tu sis gurau je, alah hari jumaat kan biasalah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro