↪dare
▶asylum◀
Angka jam sudahpun menginjak ke angka 11 malam, Yewon berjalan malas masuk ke perkarangan lobi hospital Gonjiam, malang sungguh nasibnya sebab dapat shif malam. Nasib baik ada Seojung dengan Lauren.
Yewon menolak troli kecil yang mengandungi ubat-ubatan khas untuk pesakitnya ke level 9. Dia membuka perlahan pintu wad pesakitnya, gusar menggangu patient-patient yang lain.
Yewon menapak perlahan ke arah lelaki yang sedang terbaring lemah dikatil sambil tangan kanan lelaki itu dirantai di tiang katil tersebut.
"Jungkook?" tiada sebarang reaksi atau jawapan yang diberikan oleh lelaki itu, Yewon seterusnya mengeluarkan dua biji pil Nuedexta yang berfungsi untuk menstabilkan kelakuan dan juga perasaan sebelum berjalan ke arah lelaki itu.
Yewon membuka kunci rantai di tangan Jungkook sebelum menghulurkan dua biji pil tersebut.
"Ini ubat aw-" belum sempat gadis itu menghabiskan ayatnya, tangan lelaki itu pantas menepis kuat tangan Yewon, habis terpelanting pil yang dipegangnya.
"AKU TAKNAK MAKAN UBAT TU, KELUAR!" Jungkook menjerkah kuat jururawat di hadapannya itu sebelum dia menanggalkan seliparnya dan membaling tepat ke arah perut Yewon. Gadis itu mengerang kuat, padu juga balingan lelaki ini. Dia menyesal kerana telah membuka rantai tadi.
Yewon memandang Jungkook panas hati, dia memang pantang kalau dimarahi secara tiba-tiba, tetapi dia cuba sebaik mungkin untuk menahan amarahnya. Baginya kekerasan bukanlah jalan yang terbaik.
"Kenapa awak tak nak makan ubat? Makan ubatlah baru cepat pulih" Yewon melembutkan suaranya sehabis yang mungkin, dia cuba membuat pesakitnya tenang dan selesa yang mungkin.
"Kau yakin? Cepat pulih ke cepat mati?" Jungkook memandang sinis gadis yang sedang menahan kesakitan di hadapannya, dia memang tidak suka dipaksa makan ubat.
"Encik Jeon, makan ubat mestilah akan buat awak cepat pulih" Yewon kembali ke arah trolinya dan mengambil semula dua biji pil tadi. Jungkook memandang gerak-geri Yewon dengan teliti, dia pelik kenapa Yewon tidak bertindak kasar dengan dirinya seperti jururawat lain sering lakukan.
"Makan ubat ni sekarang Jungkook, tolonglah saya ada banyak kerja lagi ni" ujar gadis itu separa merayu, jujur dia cakap, dia memang betul-betul ada banyak perkara lagi yang perlu diuruskan kerana doktor yang memantau lelaki ini telah berhenti dan masih belum ada pengganti yang datang, oleh itu semua tugas doktor itu perlu disandang oleh dirinya buat sementara waktu.
"Kalau aku taknak, apa yang kau boleh buat" Jungkook menjongketkan keningnya seolah-olah mengejek gadis di hadapannya ini, dia mahu lihat setahan mana jururawat ini melayan dirinya.
"Jangan cabar saya Jungkook" Yewon memandang Jungkook geram, dia tidak suka bila dirinya dicabar seperti itu, gadis itu tidak suka dirinya diperlekehkan, lebih-lebih lagi dengan pesakit yang langsung tidak setaraf dengan dirinya.
"Aku cabar kau" Jungkook menyandarkan badannya ke dinding bilik itu sambil menyilangkan tangannya di dada, memandang Yewon dengan penuh sinis.
Gadis itu mendengus kecil sebelum melangkah mendekati Jungkook, ditangannya pula ada dua biji pil tadi dan segelas air kosong. Yewon memasukkan dua biji pil tadi ke dalam mulutnya sebelum melilitkan tangannya di leher lelaki itu. Jungkook sedikit terkejut melihat perubahan wanita di hadapnnya ini, diteguk air liurnya kasar.
Yewon tersenyum sinis sebelum mendekatkan bibirnya dengan bibir Jungkook, dapat dia rasakan bibir lelaki itu sedikit bergetar. Lama mereka dalam keadaan begitu sebelum Yewon menolak masuk ubat yang berada dikemam dibibirnya masuk ke dalam mulut Jungkook. Dia melepaskan ciuman tersebut dengan segera dan menghulurkan segelas air kosong tadi.
Jungkook masih kekal mendiamkan diri dan hanya melihat Yewon berjalan keluar dari bilik itu. Dia memegang bibirnya yang dicium Yewon sebelum tersenyum kecil.
"Such a tease"
▶asylum◀
ifancyou asylum's reader and applier
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro